Bidadari penghuni syurga

Alhamdullilah. Di sini saya ingin nukilkan tentang buku yang telah saya baca yang bertajuk “Bidadari Penghuni Syurga” dalam siri wanita syurgawi. Buku ini ditulis oleh Muhammad Ali Quthub dan diterbitkan oleh “Pustaka Al Shafa” bersama dengan “Victory Agencie’.Buku ini mengungkapkan kisah hidup wanita-wanita syurga yang keberadaannya disyurga telah dikhabarkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.

Beberapa kelebihan dan daya tarik dari buku ini dapat dilihat dari keberadaan wanita-wanita syurga yang menjadi objek pembahasan. Majoriti mereka adalah para sahabat yang dijamin masuk syurga, yang meninggal dunia sebagai syuhada. Selain itu, mereka adalah para wanita dari kalangan kaum Muhajirin dan tidak ada seorang pun di antara mereka yang berasal dari kaum Anshar (dan kami menyucikan seseorang atas Allah). Bidadari-bidadari penghuni syurga itu ialah Sumayyah Binti Khayath, Asma’ binti Abu Bakar, Nasibah binti Ka’ab ,Ummu Ruman, Ummu Waraqah, dan Ummu Aiman

Bidadari yang pertama ialah Sumayyah Binti Khayath, shahidah pertama dalam Islam. Sumayyah adalah seorang muslimah yang mempunyai harga diri (izzah) yang tinggi. Memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa di fasa-fasa awal dakwah Rasulullah. Sumayyah mempunyai suami bernama Yasir dan seorang putera bernama ‘Ammar bin Yasir . Beliau mencontohkan diri sebagai keluarga muslim dan mengikuti ajaran Nabi Muhammmad s.a.w.Pengislaman mereka sekeluarga adalah secara senyap-senyap.Berita tentang pengislaman mereka telah menyebabkan kemarahan kepada Abu Hudzaifah. Dia memaksa agar keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya mempertahakan keyakinan mereka.Kenyataan ini membuatkan para pemuka masyarakat yang pada saat itu masih menyembah berhala, Lata, Uzza berasa tidak senang.Maka, diseksalah mereka oleh kaumnya, dan hanya akan menghentikan seksanya ketika mereka melepaskan diri dari ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Namun, Sumayyah dan keluarganya tetap istiqamah, tetap tegar dalam keIslamannya dan memegang teguh keyakinannya untuk membenarkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. walaupun telah diseksa dengan bermacam-macam cara. Dan akhirnya, beliau dan suaminya gugur di medan keshahidan. Sumayyah adalah wanita perkasa pertama yang shahid dalam sejarah Islam pada kemunculan awal Islam.

Bidadari yang kedua ialah Asma’ Binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai wanita besi yang berumur panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi, perjalanan hidupnya tidak pendek seperti namanya.Asma’, termasuk kelompok wanita yang pertama masuk Islam. Permulaan Asma’ tidak boleh dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar.Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada mereka. Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun nithaqain” yang membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung makanan dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia memotong ikat pinggangnya menjadi dua,satu untuk mengikat karung makanan dan satu lagi untuk mengikat tempat air minum.Ketika Rasulullah mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah akan menggantikan ikat piinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang lebih baik dan indah di syurga. Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari golongan biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian, Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya. . Hasil perkahwinannya, Allah menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas yang diberi nama Abdullah bin Zubir.Waktu terus berlalu, anaknya Abdullah bin Zubir diangkat menjadi Khalifah menggantikan Yazid bin Mu’awwiyah yang wafat. Bani Umaiyah tidak rela dengan kepemimpinan Abdullah bin Zubir. Mereka menyiapkan tentera yang besar dalam pimpinan Panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi untuk menggulingkan Khalifah Abdullah bin Zubir.Perang di antara dua kekuatan itu tidak dapat dihindari.Lalu, Abdullah bin Zubir turun ke medan perang untuk memimpin pasukannya.Tetapi, tenteranya belot dan pergi kepada pihak Bani Umaiyah. Akhirnya, dengan jumlah tentera yang sedikit, pasukan Abdullah bin Zubir undur ke Baitul Laham, bersembunyi di bawah Kaabah. Beberapa saat sebelum kekalahannya, Abdullah bin Zubir menemui ibunya dan meminta nasihat mengenai tenteranya yang ramai belot. Tetapi ibunya memberitahu agar terus teguh di dalam medan perjuangan agar dapat mempertahankan Islam.Nasihat Asma’ memberi semangat kepada Abdullah untuk mempertahankan dan membela kebenaran. Sebelum matahari terbenam, Abdullah mati syahid menemui Allah.

Bidadari yang ketiga ialah Nasibah Binti Ka’b al-Maziniyyah yang terluka pada Perang Uhud atau Ummu ‘Umarah adalah seorang wanita yang berperanan penting dalam perang Uhud. Di awal perang, beliau bertugas untuk membawakan air dan mengobati pejuang yang luka-luka bersama wanita-wanita muslimah lainnya. Tetapi ketika perang mulai berpihak pada kaum muslimin, para pemanah tidak mematuhi perintah Nabi Muhammad SAW, sehingga kemenangan yang hampir ditangan kembali berpihak pada kaum musyrikin. Hal ini ditegaskan dalam AlQuran surat Ali ‘Imran ayat 152

“Dan ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorang pun, sedang Rasul
memanggil kamu dari belakangmu, lalu Allah menimpakan kepadamu kesedihan atas kesedihan supaya kamu jangan bersedih hati (lagi) atas sesuatu yang luput dari kamu dan terhadap musibah yang menimpa kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan(3:153)”

Pada saat itu, Nasibah memutuskan untuk ikut bertempur.Dengan pedang danpanah
ditangan, beliau dengan pasti melangkah menuju Nabi Muhammad SAW yang dikelilingi muslimin-muslimin yang berperanan sebagai pedang manusia untuk melindungi Rasulullah dari panah-panah kaum musyrikin. Setiap kali ada yang menyerang Rasulullah, Nasibah dengan berani melawannya. Kemanapun Rasulullah berpaling, Nasibah berdiri di depan Rasulullah untuk melindunginya.

Anak lelaki Nasibah yang bernama ‘Umarah ketika itu terluka tangan kirinya setelah seorang musyrikin menusuknya, kemudian pergi meninggalkannya tanpa membunuhnya. Ketika darah ‘Umarah terus mengalir, Rasulullah SAW mendekati ‘Umarah dan menyuruhnya untuk membalut lukanya. Ketika itu ibunya (Nasibah) datang dan membaluti luka anaknya dengan kain penutup pegelangan tangannya. Rasulullah SAW menyuruh ‘Umarah bangkit untuk kembali berperang. Sementara Ummu ‘Umarah mengatakan bahawa musyrikin yang telah melukai anaknya telah ia cegat dan pukul hingga terjatuh. Rasulullah SAW tersenyum hingga terlihat gigi belakangnya. Dalam perang ini , Ummu ‘Umarah menderita banyak luka-luka. Ketika itu Rasulullah SAW memanggil anaknya (‘Umarah) dan berkata “Ibumu, ibumu, lihat luka-lukanya, semoga Allah memberkati keluargamu! Ibumu telah berperang lebih berani daripada yang lain”. Rasulullah mengatakan bahwa telah dijanjikan surga bagi Umm ‘Umarah.

Keberanian Nasibah tidak hanya ditunjukkan pada perang uhud, tetapi juga perjanjian Al-Aqabah, perang hudaybiyah, khaibar, dan hunain. Pada zaman khalifah Abu Bakar shiddiq, Nasibah ikut dalam perang Al-Yamamah, dan berperang dengan berani sehingga akhirnya kehilangan salah satu tangannya. Semua ini berimbalan dengan janji syurga bagi Nasibah. Nasibah juga dipuji oleh khalifah Umar ibn al-Khattab, khalifah Abu Bakar Al-Siddiq dan panglimanya Khalid Ibn Al-Walid untuk keberaniannya.

Bidadari yang keempat ialah Ummu Ruman yang mendapat gelaran sebagai “bidadari kekasih Rasulullah”. Beliau bernama Zainab atau biasa disebut Da’da. Anak kepada Ameer Bin Uwaemer. Merupakan isteri kepada Abu Bakar dan juga ibu kepada Aisyah dan Abdurrahman. Beliau seorang isteri yang sangat menhormati dan menyayangi suaminya. Mengikuti jejak suaminya dalam kebenaran Islam dan menyembunyikan sehingga Allah s.w.t. mengizinkannya untuk menyiarkan agama Islamnya. Digelar sebagai bidadari kekasih Rasulullah kerana setelah Aisyah berkahwin dengan Rasulullah, Aisyah telah difitnah dan jatuh sakit. Aisyah meminta izin suaminya untuk di rawat di rumah ibunya. Ummu Ruman telah mengetahui tentang fitnah mengenai Aisyah tetapi dia tetap melayan anaknya itu dengan baik kerana dia tahu anaknya adalah dipihak yang benar. Setelah beberapa tahun dari peristiwa itu, Ummu Ruman wafat kerana sakit yang dideritainya. Rasulullah ikut turun ke dalam kuburnya dan berdoa di sana.Beliau berkata, “ Barangsiapa yang ingin melihat wanita bidadari syurga, hendaklah melihat Ummu Ruman.

Bidadari yang kelima ialah Ummu Waraqah, bidadari yang teraniaya. Beliau adalah puteri Abdullah bin al- Haris bin Uwaimar bin Naufal al-Anshariyah. Beliau dikenal dengan kunyah (gelar yang diawali dengan Abu atau ummu) Ummu Waraqah binti Abdullah atau dikenal dengan Ummu Waraqah binti Naufal, dinisbahkan kepada kakaknya.Beliau termasuk wanita yang mulia dan yang paling mulia pada zamannya. Rasulullah saw telah mengunjungi beliau beberapa kali dan beliau diberi gelaran sebagai asy-Syahidah.Beliau adalah seorang wanita yang memiliki semangat yang tinggi terhadap Islam dan bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah dalam rangka meninggikan kalimat Allah. Oleh kerana itu, beliau tidak terhalang untuk berjihad bersama kaum muslimin dan mendapatkan pahala mujahidin. Tatkala Rasulullah saw hendak berangkat dalam Perang Badar, Ummu Waraqah berkata kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah, izinkanlah aku berangkat bersama anda, sehingga aku dapat mengubati orang-orang yang terluka di antara kalian, merawat orang yang sakit di antara kalian, dan agar Allah mengurniakan diriku syahadah (mati syahid).” Kemudian Nabi saw menjawab, “Sesungguhnya Allah akan mengurniakan dirimu syahadah, tapi tinggallah kamu di rumahmu, kerana sesungguhnya engkau adalah syahidah (orang yang akan mati syahid).”Beliau turut mengumpulkan Alquran al-Karim, dan beliau adalah seorang wanita yang menjadi ahli dalam membaca Alquran. Kerana itu, Nabi s.a.w memerintahkan beliau agar menjadi imam bagi para wanita di daerahnya. Dan, Rasulullah s.a.w menyiapkan seorang muadzin bagi beliau. Rumah Ummu Waraqah ra, dijadikan tempat untuk solat lima waktu. Alangkah terhormatnya seorang wanita yang menduduki posisi sebagaimana seorang wanita mukminah seperti Ummu Waraqah ra.Ummu Waraqah sentiasa istiqamah dengan keadaannya, iaitu menjaga syari’at-syari’at Allah hingga pada suatu ketika budak dan jariahnya, yang telah dijanjikan oleh beliau akan dimerdekakan setelah beliau wafat, membunuh beliau. Beliau adalah imam bagi para wanita di zamannya yang amat sangat rindu untuk berjihad dengan harapan mendapat pahala mujahidin. Akhirnya, Allah pun mengabulkan permohonannya dan beliau mendapatkan pahala mujahidin.

Kisah yang menarik seterusnya adalah mengenai seorang wanita yang mendapat jaminan syurga dari Rasullullah, iaitu Ummu Aiman, Ibunda seorang kekasih. Nama sebenar Ummu Aiman adalah Barakah binti Tha’labah bin Amru bin Hashan bin Malik bin Salamah bin Amru bin Nu’amn. Ummu Aiman adalah seorang wanita agung dan mulia, bahkan sangat istimewa di sisi Rasulullah s.a.w. Ummu Aiman mempunyai hubungan yang sangat dekat dengan Rasulullah s.a.w. semuanya bermula saat menemani Aminah dan puteranya Muhammad pergi ke Yatsrib. Ditakdirkan riwayat Aminah berakhir sewaktu perjalanan ke Yatsrib, meninggalkan Nabi Muhammad yang masih kecil sekali gus sebagai anak yatim piatu. Hati Ummu Aiman tersentuh, lalu membawa Rasulullah kembali semula ke bandar Makkah. Nabi Muhammad kemudiannya tinggal bersamanya di rumah Abdul Muthalib, datuk Muhammad. Di rumah itulah Ummu Aiman mengasuh dan melayani semua keperluan Muhammad. Justeru berkembang hatinya dengan kecintaannya dan kasih sayang seperti kasih seorang ibu kepada anaknya. Kedekatan hubungan antara Ummu Aiman dan Muhammad s.a.w terbawa selama hidupnya. Keterikatan antara keduanya menciptakan rasa cinta yang mendalam sehingga Muhammad s.a.w. pun tidak pernah keberatan memanggilnya dengan “Wahai ibuku….”

Setiap Rasulullah s.a.w. memandang Ummu Aiman, beliau sentiasa teringat masa-masa silam yang beliau alami bersamanya. Semua kerana Ummu Aiman telah mengasuhnya dengan penuh perhatian dan kasih sayang sepeninggalan ayah dan ibunya. Ummu Aiman pun memperlakukan Rasulullah sebagai buah hati yang dibelainya engan perasaan cinta yang mendalam. Dia tidak pernah meninggalkan Rasulullah, bahkan sampai masa dewasanya. Dan dia sentiasa membawa bersamanya di bilik rumah Abu Thalib, bapa saudara Muhammad. Begitu juga, ketika Muhammad s.a.w telah dapat menguruskan segala urusannya secra berdikari, telah mampu menafkahi dirinya sendiri, mengatur semua urusannya, maka beliaulah yang merawat Ummu Aiman. Beliau tidak membebankan seseorang untuk merawatnya. Semua itu Rasulullah lakukan sebagai tanda kesetiaan dan kasih sayang, kuatnya hubungan dan kepercayaannya kepada Ummu Aiman di sepanjang masa.

Sehingga ketika Rasulullah s.a.w. menikah dengan Khadijah binti Khuwailid, beliau membebaskan Ummu Aiman. Beliau berharap Ummu Aiman dapat menempuh jalan hidupnya dengan suasana bru dengan menikah, mengingat usianya telah melampaui usia penikahan. Jadi Rasullullah membebaskan atau memerdekakan Ummu Aiman bukan kerana tidak lagi memerlukannya, palagi untuk bebas dari segala beban. Beliau ingin Ummu Aiman menikmati hidupnya seperti orang lain. Perjalanan Ummu Aiman pada tempoh awal masuk islam. Perjalanan Islam beliau menarik pada saat-saat hijrah kerana diwarnai oleh peristiwa-peristiwa yang mulia dan kejadian-kejadian yang luar biasa serta pertolongan-pertolongan Allah yang begitu agung kepadanya. Ummu Aiman r.a. termasuk sejumlah sahabta perempuan yang ikut serta bersama kaum muslimin keluar ke Khaibar. Mereka keluar dari Khaibar bukan untuk berperang dan bertempur, tetapi untuk membantu dan menolong kaum muslimin dengan memberikan minum tentera-tentera kaum muslimin yang kehausan, mengubati yang terluka dan memberikan pelayanan kepada mereka. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berkumpul bersama sahabat-sahabat perempuan dalam suatu majlis, sekembali dari rumah Ummu Aiman, seraya beliau bersabda, “Barangsiapa yang ingin mengahwini perempuan dari penghuni syurga, maka kahwinilah Ummu Aiman.” Perkataan Rasulullah s.a.w menjadi perhatian para sahabat, slah satunya Zaid bin Haritsah. Akhirnya Ummu Aiman dinikahi oleh Zaid bin Harits yang dikenal dikalangan para sahabat sebagai kekasih Rasulullah s.a.w. Dari pernikahan keduanya lahirlah seorang anak lelaki yang bernama Usamah bin Zaid bin Harits. Di masa besarnya, Usamah pun adalah seorang yang terhormat di sisi Rasulullah s.a.w seperti ayahnya.Ummu Aiman menghembuskan nafas terakhirnya pada masa pemerintahan Uthman bin Affan. Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa dia meninggal setelah dua puluh hari kematian Umar.

Sebagai kesimpulannya tidak rugi jika kita membaca buku-buku yang berkaitan dengan agama Islam. Selain menanbahkan ilmu pengetahuan kita juga dapat mengetahui betapa besarnya pergorbanan bidadari-bidadari syurga ini. Bidadari-bidadari ini merupakan pejuang Islam dan orang yang terpenting dalam agama kita. Mereka sanggup bergadai nyawa demi menegakkan Islam walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan.Mereka telah mendapat jaminan syurga. Sesungguhnya, kawan-kawan kita sebagai pelajar juga adalah dikira berjihad.Semoga jihad kita ini diberkati dan diredhai oleh ALLAH s.w.t, Amin. Sekian, Wassalam.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Bidadari penghuni syurga

  1. nadzmy says:

    salam.. mohon utk berkongsi sgala yg bermanfaat d dlm blog ini..

  2. bagay mana cara menemui bidadari surga itu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s