Jalan Akhirat

Julai 4, 2010

Netanyahu jenerasi ke 7 Abrahah yang ingin mengulangi menyerangi Kaabah ?

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 7:28 am



Ada diceritakan oleh Al-Marhum Syeikh Ainullah, tetapi kami ingat-ingat lupa, yaitu fasal pada menyatakan pernikahan Abdullah dengan Aminah. Ada pun Abdul Mutalib itu diriwayatkan ianya dari gulungan Bangsawan Bani Hashim yang amat disegani, lagi sebagai Penguasa Kota Mekah dan Penjaga Kaabah.

Hinggakan tatakala Abrahah dengan pasukan tentera bergajahnya mahu menyerang Kaabah, mereka terpaksa berdepan dulu dengan Abdul Mutalib sebagai Penguasa Kota Mekah dan Penjaga Kaabah diketika itu. Maka Abdul Mutalib telah memberi amaran keras kepada Raja Abraham, jangan sekali-kali mereka mahu mencuba menggugat Rumah Allah Kaabah itu.

Maka amaran itu telah dilanggar oleh Raja Abrahah, maka akibatnya bala bencana yang mereka terima, itulah seperti sejarahnya apa yang termaktub dalam Surah Al-Fil (Tentera Bergajah) itu. Kesemuanya telah hancur ranap bagaikan debu diserang oleh tentera-tentera Allah berbentuk burung-burung dari langit yaitulah Malaikat Ababil. Maka sebab itu kelahiran Nabi Muhammad SAW itu ada dikaitkan dengan Tahun Gajah, kerana takwim kalender Islam maseh belum ujud.

Maka disini kami ingin menyingkap sedikit mengenai ada ura-ura peristiwa Tentera Bergajah itu bagaikan akan berulang semula sekali lagi dalam sejarah Islam. Kerana ada difahamkan ada pun Perdana Menteri Yahudi sekarang ini, yaitu Sang Benjamin Netanyahu itu adalah nasabnya dari pecahan generasi ke 7 dari bloodline Abrahah. Maka hati perutnya itu juga agaknya sama macam leluhurnya Abrahah itu juga. Ada kami serta sahabat kami terbaca dalam internet gara-gara Yahudi mahu mengesan Imam Mahdi, namun hasil mereka maseh kabur.

Telah bertahun mereka mencari samada melalui ejen-ejen skuad pembunuh Mosaad dan CIA, atau menyamar sebagai pelancong, namun sehingga kini tiada hasilnya. Maka Netanyahu telah membuat declarasi : Jalan mudah untuk mereka mencari Imam Mahdi adalah menyerang Kaabah dan Kota Mekah pada mana-mana Musim Haji, dengan peralatan senjata moden mereka – “For sure Al-Mahdi will emerge from his hiding place.” Kerana Imam Mahdi itulah satu-satunya Penyelamat bagi Kaabah Rumah Allah itu. Cuba renungkan, apakah niat mereka itu akan berlaku? Wallahu’alam….

Komen oleh Banjoe — Julai 3, 2010

3 Komen »

  1. jika boleh sertakan gambar nya, susurgalur keturunan abrahah .

    Komen oleh aminahpdt — Julai 9, 2010 @ 7:25 pm

  2. Masya’Allah…

    Benjamin Netanhayu dari pecahan nasab ke7 itu, hanya perkhabaran dari Sang Raja Wali, itu aja. Dlm forum barat ada terbaca thread Chasing The Al-Mahdi, pasal susah sangat mencari Mahdi, dakwaan Netanyahu serang aja Kaabah : “We just bomb the Kaabah, for sure the Al-Mahdi will emerge from his hiding”.

    Ampon buk… salur galur Abrahah itu kami nggak ngerti buk… Kalo
    ada mereka yg tahu salasilahnya itu Abrahah, silakan bung….

    Komen oleh Banjoe — Julai 11, 2010 @ 12:18 am

  3. hanya Allah yang tahu kapan, dan bagaiman cerita para orang arab

    Komen oleh Ricky sandi kurniawan — Januari 7, 2011 @ 10:41 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Theme: Silver is the New Black. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 100 other followers