10 gangguan ketika solat

Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

20 Responses to 10 gangguan ketika solat

  1. maisarah berkata:

    salam,saya copy maklumat diatas untuk djdkn bacaan.minta halalkan di dunia dan di akhirat..

  2. Mohd Rosli b. Ali berkata:

    Semoga kita di berkati aleh allah.. dan hendak lah kita melakukan solat ini dgn kusyuk . Jgn persia-siakan amalan kita .. yang rugi kita. Semoga segala amaln yang dikerjakan mendapat keredhaan dari Allah swt.

  3. passerby berkata:

    Assalamualaikum, saya ada soalan:

    2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

    Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

    “Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

    Adakah ini hadis sahih?

  4. terimah kasih atas saran saudaraku

  5. atiqah berkata:

    saya selalu berasa was-was seperti yg di nyatakan pada no 1…apa yang harus saya lakukan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa was-was ini kerana semakin lama semakin teruk jadi nya…saya sangat terseksa dan boleh dikatakan kesemua gangguan ini pernah saya lalui…yang paling teruk adalah no 1 dan no 10…boleh berikan nasihat atau cara untuk menghilangkan rasa ini?perasaan ini menyebabkan saya akan menjadi malas tetapi saya cuba melawan perasaan ini…terima kasih.

  6. jackzgoras berkata:

    istighfar dahulu kemudian baca surah An-Nas, lepas tu baru niat

  7. cikputih berkata:

    saya dah lama tinggalkan solat..bila mana saya mula nak solat..semua gangguan dia atas 70% terjadi masa saya dalam solat..masyaAllah sungguh banyak syaitan dalam badan saya

  8. jalanakhirat berkata:

    Asalamualakum
    Untuk panduan khusyuk ketika solat sila klik di bawah ini:

    Petua untuk khusyuk ketika solat

    Wasalam

  9. Nur Nursuryantie berkata:

    Salam..Bagaimanakah jika seseorang bersolat dalam keadaan mata tertutup untuk mengelakkan daripada berpaling dari tempat sujud?

  10. Siti Hapsa berkata:

    Assalamualaikum, pertama sekali saya mengucapkan terima kasih banyak ya atas informasi tentang berbagai gangguan ketika sholat, dan saya kebanyakan mengalami gangguan seperti pada item 2, 3 dan 5, untuk item 5 sering terjadi karena dalam perjalanan dan waktu sholat hampir selesai, sehingga akadang kadang tergesa gesa. namun dengan membaca tulisan ini bisa menjadikan introspeksi bagi kesempurnaan sholatku.

  11. mylife19752013 berkata:

    Terima kasih di atas keterangan ini kerana saya selalu terlupa berapa rakaat yang telah dibuat,Insyaallah saya akan mencuba tips ini sewaktu bersolat.

  12. Hatta Gobel berkata:

    Assalaamu;alaikum warahmatullahi wa barakatuh. Mohon ijin untuk bisa mengcopy materi-materi yang ada dilaman ini untuk keperluan personal, keluarga dan juga ummat Muslim yang membutuhkan. Mohon dihalalkan dunia akhirat.
    Jazakallah khairu jaza’ wa Barakallahu fiina !
    Salam cinta.

  13. gembelpesugian berkata:

    terima kasih bnyk..saya jdi terbimbing..

  14. Ida berkata:

    Tk atas tipyg diberikan saya akn manfaatkannya…

  15. TAUFIK HIDAYAT berkata:

    itu bukan ngangguan,,tapi rahman dan rahimnya,,,,,,,,,bagi diri yg merase

  16. Adnan Nordin berkata:

    Assalamualaikum ustaz, ada org kata dlm solat surah yg dibaca pd rakaat pertama harus panjang dari surah pd rakaat kedua. Tapi, apa yg saya tahu dari belajar agama dulu, surah yg dibaca dlm solat pd rakaat pertama harus surah yg dahulu dari baca surah pd rakaat kedua dlm Al-Quran. Cthnya pd rakaat pertama dibaca surah “Innaaktoinakalqausar…….., dan pd rakaat kedua dibaca surah “Qulhuallahuahad…. atau Qulauzubirabbinnas……” Bolehkah ustaz? Wassalam

  17. sal berkata:

    Assalamualaikum
    Saya ingin bertanya … samada adakah solat saya sah mengenai beri salam selepas solat. Sbb saya tiba2 rasa tak pasti samada saya beri sebutan salam dgn betul atau tidak. Assalamu / a’laikum @ a’laiqum padahal saya tahu hurufnya adalah huruf ‘kaf’ … Kemungkinan ini gangguan juga?

  18. abd berkata:

    Assalamualaikum…Saya mohon untuk menyalin fail dari tuan empunya laman tersebut untuk menambah ilmu dan sebagai rujukan. Saya juga mohon halalkan ilmu tersebut dan semoga sama-sama kita mendapat kebaikan ,keampuanan ,kerahmatan ,taufik dan hidayah dari Allah.

Tinggalkan komen