Kemana roh setelah mati



Kedudukan roh berbeda selepas keluar dari badan

Banyak berita yang mutawatir menceritakan  apa yang dilakukan oleh roh selepas keluar dari badannya, yang mana tidak boleh dilakukan semasa roh berada dalam badan, umpamanya, ia dapat mengalahkan bilangan tentera yang banyak hanya dengan seorang atau dua   dengan bilangan yang kecil, Nabi s.a.w. bersama Abu Bakar dan Umar melihat dalam mimpi yang  mana roh-roh mereka telah mengalahkan roh askar-askar yang kufur dan zalim, roh orang yang beriman yang lemah dapat mengalahkan bilangan musuh yang banyak  walaupun bilangan  mereka amat kecil.

Dan yang lebih menakjubkan bahawa roh-roh orang yang beriman berkasih-sayang berkenalan dan bertemu antara mereka sedangkan  mereka berada dalam jarak yang amat jauh, mereka sama-sama bersedih dan  bertegur-sapa, mereka kenal antara satu sama lain seolah-olah dia berada disinya dan semacam keluarganya.

Telah berkata Abdullah ibnu Amrin: Roh-roh orang yang beriman bertemu sesama mereka dalam jarak satu hari perjalanan, sedangkan mereka sebelum ini belum pernah bertemu, kata-kata ini adalah berasal dari dari Nabi s.a.w..

Kata Ikrimah dan Mujahid:  Semasa manusia tidur adalah  menjadi sebab membolehkan  roh mereka  keluar sedangkan tempat asalnya tetap di badan,  roh mereka telah pergi dan sampai kesuatu tempat yang diizinkan oleh Allah, apabila roh itu kembali kedalam badannya dia akan jaga, ini adalah umpama sinaran matahari yang sampai kebumi sedangkan matahari tetap berada dilangit yang tinggi  dimana sinarannya tetap berhubung denganya.

Telah berkata Abu Abdullah bin Mandah yang beritanya dari setengah ahli ilmu dengan katanya: Bahawa roh akan keluar menerusi lubang hidungnya  di mana tempat asalnya ialah dalam badannya, jika roh itu keluar keseluruhannya pasti   dia mati, umpama     lampu akan  padam apinya jika dipisahkan dengan sumbunya,   tempat asal api adalah dari sumbunya, kalau dinyalakan akan terang benderang rumah itu, maka demikian

juga roh akan keluar dari lubang hidungnya dan akan menjelajah hingga kelangit dan berjalan merata negeri dan bertemu dengan roh-roh simati.

Apabila malaikat yang menjaga roh memperlihatkan kepada sesaorang hamba Allah  dalam   mimpinya, jika orang tersebut   hidupnya  beriman dan beramal  saleh  dia tidak akan melihat perkara yang buruk semasa roh   terpisah dengan badan semasa tidurnya, kerana dia  telah terdidik dengan akhlak yang baik semasa sedar. sebaliknya dia akan melihat   sesuatu yang baik sesuai dengan didikan jiwanya semasa sedar menurut  akhlak mulia yang telah   kurniakan  Allah  kepadanya.

Tetapi jika sesaorang itu sentiasa meringan-ringankan perintah Allah dimana dia sentiasa gemar kepada perkara yang  buruk dan melihat serta beramal dengannya,   bila    diperliahatkan   kepadanya perkara baik  dan buruk atau gambaran-gambaran dari syaitan, dia akan melihat semua perkara tersebut dalam mimpinya, namun begitu bila  jaga dia tidak dapat menghuraikan apa yang diperlihatkan   dalam  mimpi  kerana ia bercampur antara benar dan batal.

Bahan pengajaran Kitab al-Roh oleh ibnu Qaiyyim halaman 270.

Pengajian Mengenai al-Roh dalam Kitab al-Roh

Pasal

Pendapat Yang Mengatakan Bahawa Roh Orang Yang Berhimpun Di Bumi Yang  Diwarisi Oleh Hamba Nya Yang Salihin.

Pandangan yang mengatakan bahawa roh mereka berada di bumi berdasarkan Firman Allah Ta’ala; ( ولقد كتبنا في الزبور من بعد الذكر أن الأرض يرثها عبادي الصالحون ); maksudnya; “Sesungguhnya Kami telah catat di dalam kitab Zabur sesudah pengajaran bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba Ku yang saleh”. Al- Anbiyak  : 105.

Orang ramai berbeza pendapat mengenai    bumi  tersebut, menurut pendapat Said Bin Jubair daripada Ibnu Abas; bumi yang dimaksudkan disini ialah Syurga, ini adalah pendapat kebanyakan ahli tafsir.
Menurut pandangan lain dari Ibnu Abas; Dunia yang   dibentangkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah  kata-kata  yang betul,  kerana ada persamaan dengan firman Allah dalam surah al-Nur ayat 55;

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka:

Dalam hadis Nabi s.a.w. baginda bersabda; (زويت لي الأرض مشارقها ومغاربها وسيبلغ ملك أمتي ما زويت لي منها ) bererti; “ Diwariskan bumi ini kepadaku timur dan barat, dan kekuasan umat ku akan sampai kepada bumi yang telah diberikan warisan kekuasaannya kepadaku”.

Menurut pendapat sebahagian ahli tafsir; yang dimaksudkan bumi disini ialah Baitul Maqdis.
Pendapat Yang Mengatakan Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada Di Illiyin.

Adapun pendapat yang mengatakan bahawa roh orang yang beriman berada di Illiyin di langit ketujuh,  dan roh orang kafir berada di Sijjin dibumi yang ketujuh, ini adalah pandangan dari golongan ulamak salaf dan khalaf, mereka berdasarkan kata Nabi s.a.w. ( اللهم الرفيق الأعلى); “Ya Allah Tuhanku, aku pilih al-Rafiq al-A’ala”.

Sebelum ini Abu Hurairah telah meriwayatkan sebuah hadis Nabi;  ( ان الميت اذا خرجت روحه عرج بها الى السماء حتى ينتهى بها الى السماء السابعة التي فيها اتله عز وجل ); “Apabila roh keluar dari badannya dibawa naik keatas hingga  kelangit   ketujuh yang pada nya Allah Azjwajalla”.

Abu Musa telah berkata; “Sesungguhnya roh dibawa naik hingga ke Arasy”.

Abu Khuzaifah telah berkata; “Bahawa roh ditahan disisi Tuhanya”.

Kata Abdullah bin Umar; “Roh–roh berada disisi Allah”.

Sebuah hadis Nabi menyatakan; ( ان أرواح الشهداء تأوي الى قناديل تحت العرش); “Sesungguhnya roh para syuhadak ditempatkan dilampu-lampu di Arasy”.

Al-Barrak bin al-‘Azib pernah menyatakan; roh akan dibawa naik dari selapis langit  kelangit yang lain dan diarak oleh malaikat-malaikat yang hampir dengan Allah sehingga kelangit yang ketujuh, dan dalam lafaz yang lain; sehingga kelangit yang ketujuh padanya Allah Azzawajalla.

Beberapa pendapat di atas tidaklah memastikan bahawa roh menetap disana, malah roh dibawa naik selepas kematiannya untuk menerima perintah Allah,    dicatatkan     sama ada mereka di Illiyin atau di Sijjin, kemudian akan dikembalikan kekuburnya untuk disoal,   tidak dikembalikan kesana lagi, roh orang yang beriman ditempatkan di Illiyin berdasarkan  pahala amalan mereka, begitu juga roh orang kafir ditempatkan di Sijjin berdasarkan  amalan dosa mereka.

Pasal;
Pendapat Yang Mengatakan   Roh Orang Yang Beriman Dihimpun Diperigi Zamzam.

Adapun pendapat  demikian tidak ada dalilnya dari al-Quran dan al-Sunnah, tidak boleh berpegang dengan pendapat ini, tidak ada kata-kata dari sahabat Nabi s.a.w. yang boleh dipercayaai, ini adalah tidak saheh, kerana perigi Zamzam tidak muat untuk dihimpunkan   roh orang yang beriman, pandangan ini adalah bercanggah dengan sunah yang saheh menyatakan bahawa roh orang yang beriman berupa burung yang berterbangan dipohon-pohon syurga.

Kata-kata ini adalah sebatil-batil dakwaan dan seburuk-buruknya, malah lebih buruk lagi berbanding dengan pandangan yang menyatakan roh berada  di Jabiyah sedangkan Jabiyah suatu tempat yang luas dan lapang berbanding dengan perigi Zamzam.

Pasal;

Pendapat Yang Menyatakan Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada Di Barzakh  Dan Bergerak Dengan Bebas Kemana Dikehendakinya.

Adapun pendapat yang menyatakan demikian adalah diriwayatkan oleh Salman al-Farisi. Al-Barzakh ialah suatu tempat yang terdinding antara dua alam, Salman bermaksud Barzakh berada di antara dunia dan akhirat yang bebas untuk roh bergerak kemana sahaja dikehendakinya, pandangan ini kuat, kerana roh telah terpisah dari dunia dan belum lagi masuk kealam akhirat.

Roh orang yang beriman berada di alam barzakh yang luas  sedang menerima berbagai ni’mat dan kesenangan. Manakala roh orang kafir pula berada di alam barzakh yang sempit dalam keadaan susah dan azab.

Firman Allah Ta’ala;  ( ومن ورائهم برزح الى يوم يبعثون  ) ”Dan dihadapan mereka terdapat alam Barzakh iaitu dinding yang membatasi hingga  kehari mereka dibangkitkan”. Al-Mukminun:100.

Pasal:

Pendapat Yang Mengatakan Roh Orang Yang Beriman Disebelah Kanan Adam Manakala Roh Orang Kafir Disebelah Kirinya.

Kata-kata ini telah disokong dengan hadis yang saheh, iaitu hadis mengenai peristiwa Israk, kerana Nabi s.a.w. telah  diperlihatkan hal demikian, kata-kata ini tidak  semestinya roh-roh tersebut berada dekat dengan Adam malah kemunkinan amat jauh dipihak kanannya dan juga  dipihak atasnya sedangkan roh orang kafir disebelah kirinya dalam jurang dan tertahan disana.

Kata Abu Muhammad bin Hazm, bahawa Barzakh yang diperlihatakan kepada Nabi sa.w. dimalam Israk terletak dilangit dunia. Alam  itu berbeza  dengan  alam kita   walau pun  dibawah langit  tetapi tidak dapati padanya air, tanah, api dan udara.

Ada pandangan lain yang mengatakan bahawa roh syuhadak sahaja yang akan dimasukkan kedalam syurga, kerana al-Quran dan al-Hadith menyatakan demikiian, Firman Allah: bermaksud; (Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka  hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah ). QS.Ali –Imran: 167-170.
Hadith  lain daripada Sa’id al-Khudri, bererti (Roh syuhadak bebas pergi balik kemudian mereka menetap di lampu-lampu yang tergantung di Arasy, Allah berfirman kepada mereka: Adakah kamu tahu   kemuliaan yang lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada kamu?, lalu mereka menjawab; tidak,  Cuma kami ingin  agar  dikembalikan kedalam jasad   supaya dapat kami berjuang sekali lagi kejalan Allah). Riwayat Hannad dari Ismail bin al Mukhtar dari ‘Atiah.

Hadith Ibnu Abbas menyatakan, sabda Rasul Allah bemaksud: ( Apabila saudara-saudara kamu terkurban dalam peperangan Uhud, Allah masukkan roh mereka kedalam burung-burng hijau yang bekeliaran disungai-sungai syurga, makan buah-buahan syurga, kemudian mereka pulang  kelampu-lampu yang tergantung  dinaungan Arsasy, apabila mereka merasai keenakan makanan dan minuman lalu mereka berkata; siapakah yang dapat menyampaikan berita kepada rakan-rakan kami bahawa kami sekarang hidup dalam syurga dan mendapat rezeki dari Tuhan, agar mereka tidak merasa berat untuk berjuang dan tidak lari dari mati syahid. Maka  Allah berfirman: (Kami akan sampaikan berita kamu kepada mereka, maka Allah turunkan ayat bermaksud: (Dan jangan kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hiidup disisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki daripada Nya). QS.Ali Imran 169.

Hadith lain dari al-A’amasy daripada Abdullah bin Murrah, dari Masruq katanya; Abdullah bin Ma’ud telah ditanya mengenai ayat; (Dan jangalah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah mati malah mereka hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka) Ali Imran:169. Jawabnya memang kami telah Tanya Nabi s.a.w. lalu Baginda menjawab; (Roh orang-orang yang mati syahid berada didalam perut burung hijau yang berlegar didalam syurga kemana sahaja mereka ingin, kemudin kembali menetap dilampu-lampu, maka Allah menjelma kepada mereka seraya bertanya; (Adakah kamu ingin sesuatu yan lain; mereka menjawab;  apakah ada yang  lagi  yang      kami inginkan, sedangkan kami telah bersiar-siar dalam syurga menurut kehenddak kami, Allah terus bertanya mereka hingga tiga kali. Bila mereka terus ditanya juga lalu mereka berkata; Wahai Tuhan, kami ingin supaya pulangkan roh kami kedalam jasad supaya kami dapat berjuang kejalan Mu sekali lagi,  bila mereka tidak ada soalan lain  mereka tidak ditanya lagi. Hadis Muslim  dalam sahehnya.

Bukhari meriwayatkan hadith dari Anas; bahawa Ummu Rabi’ binti al-Barrak iaitu ibu kepada Harisah bin Suraqah telah berjumpa dengan Nabi s.a.w. lalu bertanya; (Hai Nabi Allah,   beritahu kepada saya  berita Harisah – yang terbunuh dalam peperangan Badar    terkena panahan sesat,- kalau dia berada didalam syurga saya akan    sabar, kalau tidak saya akan menangis besungguh-sungguh, jawab Baginda; Wahai Ibu Harisah  sesungguhnya disana beberapa syurga dan anak puan berada dalam syurga Firdaus yang tinggi).

Menurut Ibnu Abbas; Roh orang yang mati syahid berada di dalam perut burung hijau yang bergantung  di buah-buahan syurga, demikian juga pandangan Qatadah katanya; telah sampai berita kepadaku bahawa roh orang yang mati syahid berada didalam badan burung yang berwarna puteh yang sedang memakan buah-buahan syurga.

Menurut Ibnu Umar; semua hadith yang telah disebut sebelum ini jelas menyatakan bahawaa roh orang yang mati syahid sahaja   berada didalam syurga, ada hadith yang menyatakan roh mereka disebut sebagai burung, ada yang menyatakan roh mereka berada didalam perut burung dan ada yang menyatakan roh mereka seperti burung berwarna hijau. Pendapat yang mengatakan roh syuhadak  seperti  burung hijau berdasarkan hadith riwayat Ka’ab bin Malik, bermaksud; (Roh orang beriman seperti burung, tidak menyatakan dalam perut burung ).

Dari Masruq dari Abdullah mengatakan roh mereka seperti burung hijau. Dan dalam Saheh Muslim; Roh Syuhadak berada di dlam perut burung hijau. Kata Ibnu Umar; berdasarkan kepada semua ulasan ini seolah-olah Rasul Allah s.a.w.mengatakan; (Sesungguhnya roh orang yang mati syahid berterbangan bergantung pada pokok-pokok dalam syurga.)

Sumber pengajian;
Ibnu al-Qaiyum, al-Roh, Dar Ibnu Kathir, Berut, cetakan 6, t 2005, hal 255

Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid  al-Syakirin Oran

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

12 Responses to Kemana roh setelah mati

  1. Fakeh Khalifah Saka berkata:

    KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

  2. Banjoe berkata:

    … HIDUP SESUDAH MATI …

    ALAM KUBUR / ALAM BARZAH : Bermula, kata Syah Waliyullah ada pun Nafs Natiqah (Ruh Manusia) itu dijadikan untuk melatih badan. Maka dengan itu tidak ada Nafs Natiqah yang tidak melatih badannya, samada dalam peringkat permulaan atau dalam peringkat hidup akan datang. Oleh itu pastinya Nafs itu akan berhubung dengan Nasmah (Nyawanya) apabila Nafs Natiqah itu meninggalkan badannya. Tugasnya dalam hubungan ini ialah memelihara Hayula bagi Nafs itu, untuk memenuhi kehendak semulajadinya dan mendapatkan semula fikiran dan khayalannya yang biasa berhubung dengannya.

    DARJAT-DARJAT RUH : Ada pun darjat orang-orang selepas mati itu terbahagi kepada beberapa gulungan, mengikut keperibadiannya dan tatalakunya pada masa Hayatnya yg lalu itu, seperti berikut :

    (1) Ruh mereka bersatu dengan “Malaikat Peringkat Tinggi”, yang memiliki pengaruh semesta. Mereka ini adalah gulungan “Insan kamil”. Mereka ini ada tugas dan diberikan tugas “Urusan Semesta”.

    (2) Ruh mereka bersatu dengan “Malaikat Peringkat Tinggi” yang tertentu. Dalam gulungan ini termasuklah mereka yang mati syahid dizaman dahulu dan yang lain-lain seperti mereka, seperti Sayyidina Hamzah dan sebagainya. Urusan mereka ini berbentuk “Semesta Dalam Khusus”.

    (3) Ruh mereka bersatu dengan “Malaikat Peringkat Rendah”. Mereka ini ada berbagai gulungan, seperti para Syuhada, orang-orang Abid dan mereka yang mencapai peringkat dzauk dalam peringkat fana yang awal. Kegiatan mereka daripada jenis yg khusus, seperti menolong orang yang tertindas, menyempurnakan kerja-kerja tertentu yang berfaedah kepada orang ramai, mengelakkan kejahatan tertentu dan memberi bantuan untuk mencapai kemenangan.

    (4) Ruh mereka “bersatu dengan Jin”. Mereka ini adalah orang-orang yang mengamalkan pelbagai jenis kejahatan. Akibatnya satu wajah timbul dari kejahatan mereka itu. Gulungan ini terbahagi kepada banyak pecahan, menurut besar atau kecilnya pengaruh kejahatan itu. Mereka ini termasaklah orang-orang yang merosakkan orang-orang lain dan sesetengahya membuat tindakan kezaliman dan kejahatan.

    (5) Ruh mereka “berhubung dengan Jin” tetapi perhubungan itu tidak berapa erat. Mereka ini adalah orang-orang yang mengamalkan satu-satu kejahatan terus menerus. Akibatnya Ruh mereka fana dalam kejahatan tersebut. Mereka ini ada berbagai-bagai jenis menurut bentuk-bentuk kejahatan mereka itu.

    (6) Mereka yang karam dan fana dalam satu-satu kebaikan, atau mereka yang karam tenggelam dalam sesuatu kejahatan.

    (7) Mereka yang tidak fana dalam sebarang kebaikan atau tidak juga terpengaruh secara luar biasa oleh apa-apa kebaikan atau kejahatan.

    Fana dalam sesuatu kebaikan atau sesuatu kejahatan itu adalah satu hal yang penting dalam dzauk, yakni rasa, pengetahuan secara ilham. Sebagaimana juga Manusia itu boleh fana dalam Allah dan dalam Nama-Nama-Nya, maka begitu jugalah seseorang itu boleh fana dalam sesuatu Ruh. Menurut pendapat Ahli Hakeqat amalan Kaum-Kaum Musyrikin dan mereka yang sealiran dengannya, mereka itu sentiasa tenggelam dalam pelbagai amalan-amalan kufur, adalah amalan palsu dan syirik.

    ILMU KESUFIAN : Telah menjadi kenyataan bahawa Hakeqat wujud dalam sesuatu kejadian atau proses itu mempunyai wataknya sendiri bergantung pada kekuatan yang menentukannya. Setiap Maujud itu memiliki jalan menuju kesatu Maujud yang lain, dan Maujud itu ada perhubungan dengan maujud yang lain itu, samada oleh “Kesatuan Kejadian” atau “Keserupaan Keduniaan”. Jika sesuatu ciri itu samada baik atau jahat, zahir dihadapan Manusia dengan segala keindahan dan keelukannya, nescaya ciri itu akan terlekat terhunjam kuat dalam hatinya. Akibatnya akalnya bersedia menerimanya dan Ruhnya akan menurut apa saja hingga ia bersatu dengannya lalu dicelup dengan celupannya.

    Maka Manusia itu adakalanya sifatnya menimbulkan wajah yang kebetulan campuran kesan-kesan Nafs Natiqahnya dengan kesan-kesan pancainderanya. Firman Allah : ” Tetapi ia cenderung kepada dunia…” (Al-A’raf : 176. Manusia bersifat demikian tidak berkuasa ia membebaskan dirinya dari cengkaman tarikan dan penguasaan keduniaan. Kadang-kadang tabi’i orang seperti ini kebetulan diwarisi dari lelulurnya, kerana Nafs anaknya itu adalah dari Nafs orang tuanya. Maka orang yang menanggung daya yang jahat itu masuk dalam gulungan Jin yang derhaka. Kedua-duanya itu mempunyai objek yang sama untuk dituruti. Maka dalam Ilmu Kesufian menunjukkan orang yang bersifat demikian boleh fana dalam daya-daya yang baik. Dalam peringkat ini banyak ilmu yang menakjubkan dan pengaruh-pengaruh yang terserap terzahir. Sebab-nya ialah urusan-urusan pancaindera terhadap hal-hal keduniaan tidak lagi bekerja disana untuk jadi penghalang. Pendeknya Manusia didunia ini ada tiga daya : (1) Daya Berfikir, (2) Daya Khayal, (3)Daya Pandangan. Tiga daya inilah jadi alat untuk pelajaran dan pendidikan. Manusia itu akan mencapai fana dalam daya mereka itu diAlam Barzah itu nanti, bukan didunia ini.

    ALAM KUBUR : Ketahulah bahawa orang-orang dalam Alam Kubur itu akan ditanya amal perbuatannya, tetapi dalam Peringkat Hisab, mereka akan ditanya tentang tindakan dan kepercayaan mereka. Dalam dzauk kami itu, kami dapati orang yang mati itu boleh mendapat manafaat dengan empat cara aitu :

    (1) Warisnya (Anaknya yang Soleh) berbuat baik dengan orang yang hampir dengannya dan disayanginya, kerana itu bererti berbuat baik kepadanya.

    (2) Warisnya dengan melawat kuburnya dan membaca Al-Quran disitu, kerana ini akan membawa kegembiraan kepadanya.

    (3) Warisnya dengan menjadi wakilnya dan memberi sedeqah bagi pihaknya serta lain-lain yang seumpama.

    (4) Warisnya dan sahabat terdekatnya boleh mendoakan supaya si-mati itu diampuni Allah dan Allah menerima doa itu dengan kehendak-Nya, kemudian Ia akan meninggikan derajatnya dan mengampunkan dosanya.

    KEDUDUKAN RUH SELEPAS KEMATIAN : Dalam Hadis ada menjelaskan tentang Ruh-Ruh itu menduduki tempat-tempat tertentu dan ada yang berterbangan bersama Malaikat. Maka anda boleh jadikan Hadis itu sebagai sokongan kepada apa yabg kami telah sampaikan kepada anda. Yaitu Ruh-Ruh itu ada tempat-tempat tertentu dilangit, dalam kubur dan juga diangkasa. Sebab kenapa Ruh-Ruh itu terletak ditempat-tempat tertentu ialah kerana Ruh-Ruh itu “bersatu” dengan gulungan-gulungan tertentu. Dan Ruh-Ruh itu tetap disitu bersama-sama dengan gulungan itu.

    AZAB KUBUR : Dalam kubur Manusia menanggung berbagai-bagai azab, samada azab akal, azab pandangan dab azab badan. Sebab mereka menerimanya sesuatu azab tersebut ialah kerana daya-daya (Malakut) yang mewatakkan mereka disebabkan keupayaan badan mereka. Begitu juga dengan pelbagai jenis ganjaran kerana amalan baik. Adakalanya badan Manusia itu selamat dan tidak rosak dalam kubur itu disebabkan kuasa yang kuat kerinduan dan ingatannya untuk kembali keAlam Kubur. Banyak para Syuhada dan mereka yang Hafiz Al-Quran termasuk dalam gulungan ini dimana badan mereka “tidak hancur” dalam kubur. Maka begitu juga berkaitan dengan azab-azan pandangan….

    …Wallahu’alam…

    ( Sedikit petikan dari Kitab Al-Khairul Kathir – Oleh Syah Waliyullah –
    Terjemahan Abang Abdul Majid Khatib, Si-Putih Ipoh )

    Sekian, buat renungan bersama….

    Wassalam….

  3. Banjoe berkata:

    Firman Allah Taala : “Kamu telah dilalaikan oleh perlombaan (memperbanyakkan harta-benda dan anak-anak). Sehingga kamu dimasukkan kedalam kubur. Sekali-kali janganlah begitu, nanti kamu akan mengetahui. Kemudian sekali-kali janganlah begitu, nanti kamu akan mengetahui. Sekali-kali janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan ilmu yang yakin. Sesungguhnya kamu akan melihat neraka. Kemudian sesungguhnya kamu akan melihatnya dengan mata keyakinan. Kemudian kamu akan diperiksa pada hari itu tentang segala nikmat (yang kamu perolehi dari Tuhan-mu).” (Surah At-Takathur – Berlomba-Lomba Banyak : Ayat 1 – 8 ).

    Wallahu’alam….

  4. rahma berkata:

    menarik sekali ini, tp saya mohon dijelaskan benarkah ruh bisa mengikuti orang yang amat disayang didunia

  5. yieynn berkata:

    mahu mengetahui lebih lagi…

  6. aditya berkata:

    kk boleh naya

  7. Tanya Khidir berkata:

    Adam AS dijadikan dari 2 kejadian iaitu KEJADIAN ZAHIR dan BATIN…kejadian fizikal dan spiritual.

    Kejadian fizikal Adam AS disebut dlm Al Quran terdiri dari saripati yg diekstrak dari tanah yg mengandungi gas asli, bahan mineral dan vitamin termasuk gas oksigen, hydrogen, nitrogen dll begitu juga dengan bahan galian asli seperti kalium, sodium, fosforus, mangnesium dsb serta vitamin yg terdiri dari vitimin A, B, C, D, K dsb.

    Apa yg dijadikan di bumi akan tinggal di bumi.

    Manakala kejadian rohaniah Adam AS pula terdiri dari ‘ROH ALLAH’ yg dihembuskan ke jasad Adam mengandungi Annur dan Annar.

    Yg ghaib akan pulang ke ghaib.

    Diri ZAHIR tinggal di kubur.

    Diri BATIN tinggal di BARZAKH.

  8. Annieka berkata:

    Ada yang mengatakan bahawa selepas dikembumikan, roh masih tidak tahu yang dia telah meningal sehinggalah hari ke-3. Betulkah?
    Dan saya juga ingin bertanya, bilakah si mati akan menghadap Allah?

  9. sugiono berkata:

    trima kasih smuanya smoga yg di sampaikan dalam pengkajian ini bisa jdi lktibar bagi kita smua.agar dapat meningkatkan ke imanan dan ketakwaan kita smua kepada allah azza wa zallah.amin ya robbal allamin.

  10. antokkadiri berkata:

    hal yg brkaitan dg ruh sangatlah perlu dijelaskan dg dtail.kebanyakan masyarakat tak hiraukan ini.agar faham,bhwa stlah mati blmlah selesai prkara.prjalanan msh panjang.dlm ksengsaraan.

Tinggalkan komen