
SHAH ALAM – Seorang bekas pengikut yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Ubaidah mendedahkan, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang yang paling rapat dengan Abuya mengatakan bekas pemimpin al-Arqam itu kini berada di Gua Ashabul Kahfi.
SMS yang dihantar tertera: “Abuya tak mati. Kalau kuburnya dibongkar sekarang mayat abuya tak ada. Abuya sekarang ada di gua ashabul kahfi. Dia akan bangun berjuang bila nak daulah nnti. Tunggulah arahan2 abuya..yg akan disampaikan kpd ummu dari masa ke masa. Abuya…dikatakan tak mengembuskan nafas terakhir. Dia masih hidup…..”
Beliau yakin, pengikut yang taksub dengan Abuya yang menerima SMS itu pasti percaya bahawa pemimpin yang mereka agungkan itu tidak meninggal dunia dan masih hidup untuk meneruskan perjuangan Al-Arqam.
“Orang yang paling rapat dengan Abuya memainkan peranan bagi memastikan pengikut yang ada tidak lari dan menyatakan Ashaari sebagai Pemuda Bani Tamim (pembantu Imam Mahadi).
Beliau berkata, pengikut Al-Arqam juga mengadakan konsert di Rawang dengan tema, Pulanglah Abuya dengan mempersembahkan satu pentomin roh Abuya datang membantu mereka dan berada di alam ghaib.
“Ketaksuban pengikut Al-Arqam, menunjukkan mereka hilang pertimbangan agama sedangkan Khatijah Am hanya berjuang untuk kepentingan peribadi,” katanya.
Seorang lagi bekas pengikut yang tidak mahu identiti dikenali berkata, mereka terlalu taksub menganggap Ashaari tidak mati dan berada di ‘dunia ghaib’.
“Berpijak di bumi yang nyata untuk menerima hakikat Allahyarham Ashaari telah meninggal dunia pada 13 Mei lalu,” katanya





berfikirlah secara waras.semoga mendapat petunjuk dari Allah.
Komen oleh muazzin — Mei 23, 2010 @ 1:28 pm
Berpijaklah di bumi yg nyata.. Di dalam Al-quran sendiri ada menyebut..setiap yang hidup pasti akn mati..
Komen oleh Fiah — Mei 24, 2010 @ 12:40 pm
Kalau abuya x mati memang ghaib, mcmn org2 yg x percaye tu..entahlah.
Komen oleh Rock rambut panjang — Mei 31, 2010 @ 10:31 am
wallahualam….percayalah bahawa yang dah mati tu tetap mati..relakanlah pemergian allahyarham kesian dia di alam sana tak tenang atas kepercayaan….wallahualam
Komen oleh baim wong — Jun 26, 2010 @ 9:51 am
Kullu Nafsin dzhaa iqotul mauut..kita wajib beriman kepada hari kematian..
Komen oleh Rushdi — Jun 28, 2010 @ 9:48 pm
yang mati tetap mati kecuali Allah..ini dikatakan belum mati ..adakah masyarakat tidak fhm belum? Belum maksudnya tidak terjadi lagi,,klu disini blum terjadi kematian kpd Asaari beliau hnya dighaibkan oleh Allah,suatu hari nanti beliau tetap menjalani proses kematian seperti manusia biasa…Allah boleh melakukan apa sahaja kerana dia Tuhan yg Maha berkuasa..
Komen oleh K.C — November 3, 2010 @ 5:07 pm
meti ttp ‘kan mati..tp kuasa Allah tak boleh disangkal dan x boleh dipikir logik akal…JANJI ALLAH PASTI BERLAKU…
Komen oleh Hamba — November 12, 2010 @ 2:30 pm