Isteri Asaari (arqam) dakwa dengar suara suami (abuya)



Isteri Asaari dakwa dengar suara suami
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2010/05/21

Hatijah beritahu Abuya minta direlakan ‘pemergian’

KUALA LUMPUR: Hatijah Aam, isteri kedua Asaari Muhammad mendakwa mendengar suara suaminya meminta supaya merelakan pemergiannya secara fizikal bagi membolehkan rohnya bangkit memimpin umat Islam ketika terlantar sakit di sebuah hospital di Ipoh, baru-baru ini.

Hatijah Amm berkata, tugasan penting Asaari adalah untuk pergi dan kemudian kembali semula untuk bersama pengikutnya.

“Suara itu menyebut “kamu nak suruh orang tua yang tidak ada gigi yang kerepot ini bangun buat apa? Kenapa tidak fikir yang akan bangun nanti bukan yang ini,” katanya ketika ditemui di Bandar Country Homes Rawang, baru-baru ini.

Hatijah, 56, berkata suara itu kedengaran jelas beberapa minit sebelum Asaari, disahkan meninggal dunia pada 13 Mei lalu, di KPJ Ipoh Specialist Centre akibat jangkitan paru-paru.

“Abuya sudah bebas di alam ini… Abuya boleh pergi dan boleh balik. Janji Allah kepada orang-orang roh, mereka bebas di alam roh tanpa diganggu kerana selama ini fizikal mengganggu keaktifannya. Jadi, sekarang saksikan keajaibannya,” katanya.

Malah, Hatijah berkata, ketika berkomunikasi dari hati ke hati dengan suaminya itu, Asaari sempat mengukir senyuman kepadanya dan membuka mata sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Beliau berkata, Asaari kini boleh melakukan kegiatan roh secara total kerana sudah bebas daripada fizikalnya yang menyekat pergerakannya selama ini.

LAIN LAIN BERITA MENGENAI PEKARA DI ATAS TERDAPAT DIRUANGAN KOMENTAR INTRI INI DIBAWAH INI;

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

17 Responses to Isteri Asaari (arqam) dakwa dengar suara suami (abuya)

  1. jalanakhirat berkata:

    ‘Abuya tak mati’ – balunya bungkam
    Mei 21, 10 12:50pm

    Setelah dituduh sebagai perancang utama dan dikaitkan dengan ‘fatwa’ kononnya Asaari Muhammad tidak meninggal dunia, seorang balu bekas pemimpin al-Arqam itu kini memilih ‘diam seribu bahasa’.

    “Minta maaf, minta maaf, minta maaf sangat-sangat!” kata Hatijah Aam setelah wartawan Malaysiakini memperkenalkan diri.

    Malah, Hatijah terus meletakkan telefon ketika belum sempat pun soalan khusus diajukan kepadanya.

    Hari ini, anak saudaranya sendiri Mohd Fakhruddin Abdullah dilaporkan membuat dakwaaan itu.

    Malah, Mohd Fakhruddin dilaporkan mahu kerajaan bertindak tegas dengan menahan ibu saudaranya ditahan bagi “mengelak penyelewengan terus berleluasa”.

    “Bukti yang dikeluarkan dilaporkan akhbar jelas pelanggaran akidah berlaku. Tidak ada orang sudah mati akan hidup semula. Dakwaan mereka itu adalah untuk kepentingan sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata.

    Fakhruddin yang juga Pengerusi Maahad Tahfiz Nur Shaadah di Perlis, dilaporkan berkata, Hatijah mempunyai pengaruh besar dalam kumpulan itu dan perancang utama yang menentukan hala tuju pergerakan itu.

    Beliau dilaporkan mendakwa, tujuan Hatijah berbuat demikian bagi memastikan pengaruh kumpulan berkenaan tidak luput daripada bekas ahli kumpulan berkenaan.

    [Berita penuh menyusul]

  2. jalanakhirat berkata:

    Keluarga, pengikut Abuya mula berbalah

    2010/05/21
    RAWANG: Keluarga dan pengikut Asaari Muhammad atau Abuya mula berbalah berhubung kepercayaan kononnya bekas pemimpin pergerakan Al-Arqam yang diharamkan itu tidak meninggal dunia dan akan kembali dalam masa terdekat.

    Menantu Asaari, Sheikh Lokman Hakim Abdul Rahim Pfordten, yang mendakwa mewakili keluarga Allahyarham semalam secara terbuka mengakui kepercayaan itu tidak benar dan disebarkan semata-mata untuk menenangkan emosi pengikut Abuya demi menyelamatkan empayar perniagaan Global Ikhwan Sdn Bhd yang diasaskan bekas pemimpin Al-Arqam itu.

    Bagaimanapun, Penasihat Ekonomi dan Korporat Global Ikhwan, Dr Aziz Hashim, mempertahankan kenyataannya kelmarin bahawa Abuya cuma ghaib dan akan kembali dalam masa terdekat.

    “Siapa Sheikh Lokman Hakim untuk menafikan perkara ini. Adakah pangkatnya lebih besar daripada Fakhrur Razi (anak sulung Asaari dan pemangku Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan).

    “Apa yang didedahkan adalah kebenaran dan konsert yang diadakan pada Isnin dan Selasa lalu bertujuan mengharapkan Abuya kembali dalam masa terdekat ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

    Terdahulu, pada sidang media di Ibu Pejabat Global Ikhwan, Sheikh Lokman Hakim, menjelaskan keluarga Asaari menerima hakikat kematian Allahyarham, malah menyaksikan Abuya menghembuskan nafas terakhirnya pada 13 Mei lalu.

    “Bagaimana kami dikatakan tidak dapat menerima hakikat kematian Allahyarham, sedangkan kami menyaksikan sendiri Abuya menghembuskan nafas terakhirnya.
    “Arwah kemudian dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Pilin, Rembau. Pada kami, Abuya memang sudah tiada, tetapi ramai sangat mengharapkan kematian itu tidak berlaku,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri anak keenam Asaari, Muhammad Iqramullah merangkap Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan dan seorang lagi menantu Allahyarham, Dr Rohaya Mohammad.

    Bagaimanapun, Fakhrur Razi tidak hadir, dipercayai mempunyai urusan perniagaan di luar Kuala Lumpur.

    Sebelum ini, Fakhrur Razi dalam ucapannya pada hari pertama konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’, Isnin lalu, dilaporkan berkata bapanya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup untuk memimpin umat Islam.

    Beliau berkata, kegembiraan ditunjukkan pengikut Asaari pada konsert itu membuktikan mereka yakin bekas pemimpin Al-Arqam itu tidak meninggal dunia.

    “Umumnya, kumpulan ini menunggu jawapan yang boleh menenangkan mereka. Kami perlu berhati-hati kerana tidak mahu lebih banyak masalah timbul. Jika kami mengatakan Abuya meninggal dunia, kami bimbang Global Ikhwan akan menjadi lesu dan kehilangan pekerja, sedangkan inilah legasi perjuangan ditinggalkan arwah untuk diteruskan pewaris dan kakitangannya,” katanya.

    Justeru, katanya, selepas mengkaji semua aspek, keluarga Allahyarham mengambil jalan selamat dengan memaklumkan bahawa Asaari ghaib dan akan kembali meneruskan perjuangannya.

    “Ini bukan bermaksud kita berkuasa menghidupkan semula orang yang sudah mati. Kita hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan. Allah jua yang maha segala-galanya.

    “Kami akui masih ada (pengikut) tidak boleh menerima hakikat Abuya sudah tiada. Ada yang masih terkejut. Ini semua memerlukan masa, malah kami sendiri masih dalam kesedihan. Lebih menyedihkan bila keluar cerita sebegini,” katanya.

    Merujuk kenyataan kononnya Abuya cuma ghaib, beliau berkata, kisah seperti itu ada dinyatakan dalam al-Quran seperti peristiwa Nabi Isa, Nabi Khaidir dan Ashabul Khafi.

    “Namun, siapalah arwah untuk disamakan dengan mereka. Mengenai pantomin ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ tidak sama sekali bermaksud arwah akan hidup semula.

    “Pulang ialah kembali ke ‘negara asalnya’ dari mana kita datang. Hidup yang kekal sebenarnya ialah di akhirat. Janganlah merujuk kepada pantomin untuk berhujah kerana ia lakonan semata-mata. Ia cuma program motivasi untuk menaikkan semangat kakitangan kami yang disalah tafsir pihak tertentu.

    “Penganjuran program motivasi tempoh hari juga mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Justeru, isu ini tidak sepatutnya timbul hingga mengelirukan orang ramai,” katanya.

  3. abdullah ghofor berkata:

    Survival…katakannn akan buat apa saja untuk kekal hidup ala kemewahan,,,kemegahan…dengan kebodohan pengikut yang tersesasttt…b bebal..anak2 tak bersekolah merempat senang dcucuk hidung
    ….di katakan setiap negeri wajib menyumbang rm 40,000.00 sebulan untuk…@ demi /*&%$#?…org tua nyanyok tu ?! 13 buah negeri? dah berapa ? anak bini pengikut tak makan pun tak apaa??! asal pamili abua-yaa kenyang,,??! rm 1/2 juta sebulan? apapun boleh pakai? alpak ker…@3?* mata belalag??! Cakap jer ekonomi global?! beli kereta pakai nama orang? pi cek a/c depa ni.. wak per mintak duit ngan orang ramai kalu pandai sangat?….ini geng geng penyangak moden..mentangkedarah harta orang..kalu org tua nyanyok tu dah ,,m..p@s …sapa lagi geng malaun famili ni nak jadi ahli nujum negara antah berantah sariiyun walhatijatiyunn…nii yang tahu bila hang nak mati?nak mati..tapi tak jadi mati dulu..bolih kiv ..tak mahu matii??? lagiii..??!matiii tak mati,,nampak macam matii…tah apa apa lgiii… maka kalakian tersebut kesahh.. gaiblah katanya..jadid dia seperti kalkatu apanama boleh terrbang tu ,,pari pari..katanya ulang alik..dari dunia ke satu dunia kayanyangan antah beratahhh..dengan kendaraan…ajaib anugerah dia punya tuhaan tu?? Sedarlah wahai manusia..,taubatlah sebelum ajal kamu sampaii dihalkum !,,,! kenallah siapa kamuuu…!!? mana kamu mari ,,mana kamu nnak pergiii…wallah huakhlam bissawab!

  4. sampah berkata:

    nampaknya abdullah ghofor puas memuntah segala hasad yg terbenam sekian lama di lubuk nafsunya.
    marah sgt dgn sumbangan 40k stiap negeri. biasalh, klu ghofor dpt percent mungkin dia bungkam. begitulah manusia bila kepentingannya terancam.

    • tuankelarias berkata:

      Assalamualaikum,

      Syukurlah, Allah telah mengkhabarkan kepada dunia bahawa dengan kematian abuya pada tarikh keramat 13 mei 2010 yang lalu akan segala jenis pendustaan dan penyelewengan peribadi di dalam jemaah yang selama ini diagung2kan oleh umat muslimin di Malaysia, Singapura, Indonesia dan di seluruh dunia amnya.

      Sebenarnya abuya telah menjadi salah seorang cendikiawan antara yang terulung di Malaysia dengan memartabatkan cara hidup poligami yang amat diminati oleh golongan lelaki yang agak kuat nafsu sexnya secara peribadi. Mereka telah mengutamakan sex dalam kehidupan lebih dari segalanya dengan mengembangkan persatuan poligami sebagai jalan untuk melempiaskan nafsu secara halal. Soal tanggungjawab perkara kedua yang penting tidakk melakukan zina, itu jalan selamat. Hakikatnya kosong jua bak kata pepatah bagi betis nakkan peha, bagi peha nak kfc..

      Syariat yang didukung sangat menggiurkan anak muda yg mencari kedamaian terutama mereka yg ingin mencari jalan kembali kepada tuhan yg Esa. mmenyerah diri tersalah tempat ibarat lepas mulut singa masuk mulut ular tapa. Tubuh gadis genit sekujurnya menjadi santapan para peliur dengan tiket yg ada. Tak usah lah disembunyikan perkaranya. Sehingga takut para ahli jemaah membongkarkan rahsianya kerana abuya dan mereka yg berkenaan mempunyai keramat ganjil yg boleh membunuh seperti mati tercekik.

      Saya percaya memang ada alat dan tangan halus bergerak di sebalik kejadian kerana abuya selama hayatnya termasuk para isterinya yang taat membabi buta sebenarnya terbela pendamping jin ifrit secara tidak sengaja. Jin jin itulah yang telah banyak menimbulkan perkara perkara aneh selama ini.

      Saya salah seorang pengkaji bersama beberapa rakan yg lain berkenaan perkara ini sedia memberikan kerjasama jika diminta untuk menunjukkan kebenaran ini. benar atau tidak abuya dan isterinya dikelilingi jin jin ifrit pendusta lagi munafiq.

      Mereka inilah yg telah meniru wajah seikh suhaimi, para wali, roh orang yg saleh dan yang bertanggungjawab membisikkan kata kata ramalan yang sering gagal dan tidak menepati jangkaan. Kewalian besar seperti yg diakuinya itu seperti tersalah ramal dan kasyafnya seperti kasyaf jin pula yg sering tersilap lihat dan rasa.

      soal hartanya pula, sebenarnya abuya telah mempergunakan para pengikutnya yg telah tersihir dengan kata kata ketuhanannya yg jelas berdusta supaya menyerah diri kepadanya bukan sahaja tubuh badan tetapi harta yg perlu dihadiahkan kepada dirinya dan jemaahnya dengan nilai tertentu.

      Malang sekali seorang yg didakwa alim dan kasyaf tetapi hatinya sangat kuat dan haloba dengan harta dunia mempamirkan dirinya yg bercita cita ingin menjadi seorang yang kaya raya akhirnya terbongkar dengan penemuan penting yg menafikan perjuangannya selama untuk menegakkan islam rupa rupanya ada keinginan sesuatu yg tersembunyi selama ini. Lihatlah sendiri nanti, bagaimana ahli keluarganya berbalah berebutkan harta besarnya itu termasuk berebutkan pengaruh dan kedudukan itu.

      Terlalu banyak pendustaan yg telah dilakukan sehingga saya mengirakan, inilah salah seorang alim yang paling banyak berdusta dengan tuhannya, rasulnya, diri dan pengikutnya.

      Ayuhai bekas para pengikut al arqam kemarilah bersama kami menegakkan kebenaran membasmi kemiskinan yg melanda kalian akibat nafsu gelojoh tersembunyi selama ini dengan bersatu hati memberanikan diri bahawa abuya tidak mempunyai kualat mulut masin seperti yg didakwa selama ini. Saya sanggup berhadap dengan kemungkinannya jika ada yg benar ingin lepasi sumpahannya abuya itu.

      saya tidak mempunyai kepentingan melainkan ingin turut membantu mereka yg memerlukan pertolongan. kepada sesiapa yg ingin melihat dan menyaksikan sendiri kebenaran ini datanglah berjumpa saya dengan hati yg terbuka. sang Dajjal kecil akhir zaman telah kembali ke pangkuan tuhannya tanpa disangka oleh empunya dirinya.

      Saya dengar berita, salah seorang dari ahli keluarganya telah bermimpi katanya bertemu dengan pocong hantu abuya asaari. temui saya di alam jin-tuankelarias.

  5. smid berkata:

    nampaknya yahudi dan wahabi berjaya menghuni di hati tuan sehingga tuan buta dengan kebenaran sedgkan yahudi sgt setuju dgn kata2 tuan kerana tuan adalah senjata percuma dr yahudi utk membunuh kebenaran di akhir zaman.kenapa lebih percaya kuasa jin drpd kuasa malaikat?bahasa org tuhan tentu tidak sama dgn bahasa org akal.sebab itu tuan akn buta dgn kebenaran selama-lamanya.

  6. Banjoe berkata:

    ….ABUYA PEMBUAT TSUNAMI….????

    Ampon pak numpang lalu lagi… Peristiwa Tsunami tahun 2004 telah lama reda, yg tinggal hanya kenangan yg amat memilukan, dimana lebeh 150,000 jiwa telah terkorban serta kehilangan kerosakan harta benda yg nggak terhingga nilainya. Akan tetapi Ibu Hatijah serta pengikut Al-Arkam juga yg nggak bisa reda-reda lagi, suka aja bikin ribot-ribot dan bikin ribot Tsunami yg baru.

    Astaga…., blog diIndon sekarang ini sedang dilanda ribut Tsunami baru yg amat kencang, lagi-lagi bikinan Al-Arkam. Ibu Hatijah telah meluncurkan buku mendakwa Tsunami tahun 2004 diBanda Acheh itu, serta tempiasnya hingga ke Malaysia, Thailand, Ceylon dan India itu dahulu, pencetusnya adalah Abuya. Wah betapa hebatnya Abuya, ada magical power seperti dlm mitos Yunani menyatakan dewa Poseidon The Sea God/The Earth Shaker itu kerjanya mencetuskan Tsunami dan gempa bumi. Jangan-jangan Poseidon The Sea God itu Jin Afrit Laut koq….???? Dakwaannya lagi alasan perbuatan Abuya itu kerana ada hikmah2 tertentu.

    Yg menghairankan Abuya mendakwa dia bisa menyegerakan ato melambatkan kematian pengikutnya. Abuya juga bisa menukar-ganti kematian muridnya dari si-folan kepada si-folan yg laen, sebab alasan tertentu. Agaknya fasal itu pengikut Abuya takut sekali mahu lari keluar dari jemaah Al-Arkam itu. Tetapi apabila Sakaratulmaut mendatang, Abuya itu sendiri nggak bisa lari dari itu kematian.

    Abuya telah pukul canang serata dunia mengaku dialah Pemuda Bani Tamim yg dijanjikan Allah sebagai Pembantu/Orang Kanan kepada Imam Mahdi Syeikh Suhaimi yg ghaib itu. Maka sepatutnya Abuya buktikanlah dahulu, bangkit diAkir Zaman itu nanti. Ternyata kenyataan Abuya itu telah meleset. Nah sekarang Abuya mendakwa Rohnya akan bangkit semula. Janganlah koq kerana maluan yg besar itu, sengaja diomongan kehebatan2nya yg jelek utk mengabui mata dunia…

    Apa yg kita difahami, apabila matinya Anak Adam itu maka terputuslah segalanya Si-Arwah itu dgn alam dunia ini, melaenkan : (1) Anaknya yg sebenar2 soleh yg mendoakannya (2) Ilmunya yg sebenar2nya Ilmu Haqq, yg mengalir bertali arus kepada sesiapa jua, lalu dimanafaatkan kejalan Allah, (3) Sedeqah jariah dari hartanya yg halal kepada fakir miskin yg memerlukannya, dll amalan soleh.

    Apabila matinya Anak Adam itu, apakah yg keluar itu sebenar2nya Roh ato Kembaran nya aja…??? Sedangkan Roh nggak bisa dibicarakan dgn tepat, kerana Alam Ruh itu dibangsakan Amar Rabbi – Pekerjaan Tuhan. Sebab itu apabila Pendita Yahudi Ahli Kitab yg pakar keilmuan itu pun jahil fasal itu Ruh. Mereka ada bertanya kepada Nabi SAW apaan itu Ruh? Baginda SAW hanya menjawab : Ruh itu Urusan Tuhan-ku, akan tetapi kita hanya diberitahu hanya sedikit.

    Kata Sang Raja Wali Abuya itu dah pun mati. Nggak perlu diceritakan apaan kapitan yg ada dibelakangnya, koq hanya bikin fitnah aja, dan lagi koq hanya akan menyiksa mayatnya diAlam Kubur yg menyeramkan itu, menuju Alam Barzah yg amat panjang menuju Alam Akhirat, Alam Abadan Abada. Cumaan kita wajib berserah pasrah dan akur pada ketentuan Ilahi, apabila telah sampai detik Sakaratulmaut itu, kita pastinya akan kembali kesangkar masing2…. Tanah pulang ketanah, air pulang keair, api pulang keapi, angin pulang keangin. Kerana setiap yg baharu itu pasti akan binasa, setiap yg bernyawa itu pasti akan mati. Yg nggak mati2 itu, itulah tatakala : Aku Tiupkan Ruh-Ku….

    Harimau mati meninggalkan belangnya, manusia mati meninggalkan namanya. Maka wafatnya Nabi SAW meninggalkan keilmuannya Syariat Muhammad dan Hakeqat Muhammad akan berterusan sepanjang zaman. Wafatnya Paduka Rasul meninggalkan pesaka warisan zuriat nasabnya itulah Imam Mahdi yg akan bangkit menerajui Akhir Zaman. Maka matinya kita itu meninggalkan harta pesaka, jika ada. Tetapi janganlah ditinggalkan harta pu”SAKA”…., “SAKA” yg menjadi beban pada anak2 ato murid2….

    Kita telah lama dijajah dan terjajah, hinggakan nggak mengerti apaan itu ertinya kemerdekaan. Kita telah lama hidup menumpang hinggakan kapal guru yg sarat muatannya itu akan karam ato tidak. Carilah itu kebebasan kerana pada kita ada itu kebebasan, berdirilah atas kaki kita sendiri. Kita telah lama menjalankan penghidupan, hinggakan kita lupa apaan itu ertinya itu “HIDUP”. Carilah itu “HIDUP” dan berpeganglah pada itu “HIDUP” kerana datangnya ia dari “YG MAHA HIDUP”….

    Wallahu’alam…..

    Sekian, sekali lagi Newbie
    mohon ampon dan maap bung…

    Wassalam….
    _________Ngacir

  7. jalanakhirat berkata:

    Asalamualaikum

    Saudara Banjoe, terima kaseh dan saya sentiasa mengalu-galukan komentar saudara yang layak di jadikan intri di weblog ini.

    wasalam.

  8. ummi berkata:

    Assalamualaikum Semua,

    Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami semua, semoga apa yang kami luahkan ini tidak akan tersalah dan menepati apa jua kehendak Mu, Ya Allah Ya Rabbi.

    Abuya telahpun pergi….. itu sudah janji Allah. Samaada ianya telahpun benar-benar meninggal dunia ataupun ghaib kita serahkanlah kepada Allah SWT. Kita nak kutuk Abuya, kita nak hina Abuya, siapalah kita? Baik sangatkah kita? Apakah kita dijanjikan masuk Syurga? Silap-silap kita masuk neraka kerana mengutuk dan menghina. Macamana jika tekaan kita tidak benar? Macamana jika memang Abuya ghaib? Macamana jika Allah beri jawapan dalam masa yang terdekat ini menyatakan Abuya memang ghaib? Ingatlah kita semua, perkara ini tidak mustahil bagi Allah…. Dunia sudah sampai dihujungnya.. dunia kita sudah tua renta… bila-bila masa kiamat akan berlaku. Perbaikilah diri kita, lihatlah diri kita, dimana kita diakhirat nanti?…

    untuk kita sama-sama memikirkannya… Mudah2an kita semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.. amin….

  9. Ibnu Ihsan berkata:

    Pengikut arqam perlu mengambil ikhtibar kenapa di hari tua abuya tidak boleh bercakap? Ini perlu difikirkan.
    Terima kasih.

  10. abubakar berkata:

    Cukuplah tu wahai ummu jah. Jangan lagi nak menipu orang. Abuya telah tertipu oleh jin tua yang sangat alim tapi munafik. Jin inilah yang membisikkan kesanuru barinya itu dan ini. Ramalan begini dan begitu. Baik dan buruk semua dicampur. Sepinggan lauk berkuah yang nampak cantik tetapi terjatuh tahi cicik ke dalamnya adakah kamu masih mahu memakannya. Inilah dia ajaran Asaari. Asaari selalu claim ini nabi bagitau. Ini saidi syeikh cakap. Semuanya itu tipu cuma bisikan seekor jin tua. Kini jin itu sedang menyarung ke tubuh kamu. Ngak percaya ngak apa. Pastinya kamu akan lihat/terima balasabnnya di sana nanti.

  11. DinT berkata:

    Salam.

    Perkara yang batil itu asasnya lemah. Teka-meneka, agak-mengagak. Sekarang Ummu Jah digelar bonda wasilah. Alasannya dialah yg paling lama meneman abuya, hatta dilantik menjadi jurucakap semasa abuya sakit. Pelik ya, kenapa Abu bakar tak jadi khalifah wasilah. Beliau telah meneman Nabi dari mula sampai akhir.

    Ada segolongan org dlm GISB yg boleh berfikir sikit dan mempertikaikan UJ. Tetapi spt biasa, puak penyokong akan mendewa2kan UJ dan menghina dan mencaci kelompok ini. Proses ini ialah ulangan cerita lama zaman Arqam dulu, iaitu bila ada org yg mempertikaikan Ashaari. Kini UJ mewarisi kepimpinan GISB, namun dikaburilah kononnya mendapat tunjuk ajar ghaib dari abuya. Kenapa tak dapat direct dari Syeikh Shuhaimi?

    Ajaran mereka ni dah mengarut tahap gaban. It takes thousand lies to cover one lie. APa agaknya berlaku jika UJ pula mati? Siapa pula nak menjadi ghulam wasilah? SFR?

    Sekarang ini UJ, Fakhurazi semua ada gelaran baru, “AR”. Apa maknanya tu? Siapa yg bagi?

    Wassalam
    Din Taliban

  12. Din Taliban berkata:

    Salam.

    Kesesatan yg bermula dengan 1 darjah, bila dibiarkan akan semakin jauh dari kebenaran. Sehingga selepas satu tempoh masa, yg tersesat itu sudah terlalu jauh dari haq hingga payah nak dibetulkan.

    Mereka yg paling bijak dalam Arqam (nama lama) ialah mereka yg paling awal keluarnya. Sekian ramai asatizah yg telah keluar, kini yg tinggal ialah generasi yg dididik dari kecil dlm lingkungan arqam. Malang, mereka tidak mendengar agama dari sumber yg diluar arqam, berbanding dgn para ustaz/pejuang2 yg telah meninggalkan arqam.

    Alangkah malangnya nasib mereka. Apa pun harapan hidayah masih ada, dengan syarat sudi mendengar dan berfikir (surah al Mulk, ayat 10).

    Sekarang tahap ummu jah dah terlalu tinggi. mempertikaikan beliau = mempertikaian abuya, Rasul dan Saidi (RSA). Zaman Ashaari dulu pun tak macam ni.

    Moga Allah melindungi saya, tuan2 dan seluruh ummat ini dari kesesatan mereka, Amin.

    Wassalam
    Din Taliban

  13. Ajaran sesat berkata:

    Tahun 1500 lagenda guru nanak……..Orang Islam dan Hindu hendak berebut mayat nya masing masing mengagap dia seugama (i.e hindu kata dia hindu,Islam kata dia Islam). Kisah nya mayat nya hilang (pengikut nya kata ghaib) mungkin keluarga nya menyembunyikan untuk mengelak perebutan> hindu nak bakar ,Islam nak tanam.

  14. Afifa berkata:

    Dah hampir 3 thn Abuya mati, kisahnya jemaahnya tak pernah hilang, krn masih ada penerusnya yaitu: anak2 Khatijah yg dibesarkan dgn cerita palsu, mrk hidup selesa dgn duit tipu. Kini rasakanlah duduk dipenjara Arab Saudi. Yg bersalah tetap salah. Sepandai2 menyimpan rahasia, maka akan terbongkar jua. Sudah dipenjarakan, masih merasa dipihak yg benar. Semoga Khatijah serta pengikutnya sadar, kembali kpd Al Qur’an dan Hadis, tak lagi membohongi pengikut dgn cerita palsu dari alam gaib yg direka2.

  15. Din Taliban berkata:

    Salam.

    Dulu beriya-iya memberikan AR kepada para penyokong seperti SFR. Tapi sekarang bila kawan tu dah menentang UJ, maka AR tu pun ditarik balik ke?

    Sekarang SFA nak ke mana? Nak berbaik dengan GBA yg dikutuk dulu ke? Bagus juga, sebab mereka ada common enemy (marriage of convenience).

    Kalau nak tahu hal2 pekung ni, bacalah dalam

    http://nmtoday.net/?p=60

    Inilah akibatnya membelakangkan nas dan ilmu. Arwah Ashaari dulu dah buat silap, pengikutnya macam UJ pun buat silap, harap2 pengikut tegar seperti Anjang Muor tu insaflah. Anjang, bila lagi nak mengaku salah….?

    Wassalam
    Din Taliban

  16. Din Taliban berkata:

    Salam.

    Sudah2lah tu wahai GISB. Bawa2lah bertaubat. Anda semua telah jaaauuuuh menyimpang dari AQ dan AS, hatta dari sudut akal sekali pun dan tak masuk akal.

    Soalan saya: Siapa yg akan jadi wasilah lepas UJ meninggal nanti. Khaulah Abuya? Anjang Muor? Mawar Merah? Pak Belalang?

    Baik suruh praktis dari sekarang. Atau lantik terus dari sekarang.

    Wassalam
    Din Taliban

Tinggalkan komen