Jalan Akhirat

Mei 15, 2010

Arak dadah dan pelacuran kini kian marak di Iraq

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 7:47 pm



BAGHDAD: Penduduk ibu kota Iraq kembali mengeluh dan kesal dengan kemunculan semula alkohol dan pelacuran selepas hilang sejak enam tahun lalu malah kali ini peningkatannya lebih ketara.

“Dosa kembali menjadi sebahagian hidup penduduk Baghdad sekali lagi,” kata anggota pergerakan yang memperjuangkan tradisi keluarga dan moral, Fadilla Muhammed.

Bar, kelab dan kedai arak, satu ketika dulu ditutup oleh kumpulan militan, kembali meneruskan perniagaan dan membuat keuntungan lumayan. Pusat pelacuran juga kembali aktif dan kebanyakan mereka ligat mencari pelanggan.

Di pinggir Baghdad, panggung wayang yang menayangkan filem bertemakan seks ketika penonton melakukan aksi itu di kerusi masing-masing atau di dalam bilik air dibuka semula. Wanita yang ditemui dalam panggung wayang seperti itu, menawarkan diri atau anak gadis masing-masing untuk pelanggan.

Menurut pegawai kanan Kementerian Kesihatan, Mustafa al-Ghadhun, terdapat peningkatan dalam pengambilan alkohol dan ketagihan dadah di Iraq.

“Kami bimbang dengan kuantiti yang diambil, kerana banyak kes ketagihan alkohol dilaporkan,” katanya.

Daerah seperti Sadr, Alawi, Dora, Bab al-Muadhem dan Gazellia di Baghdad dilaporkan menjadi kawasan popular bagi urusan jual beli dadah.

Pengedar juga aktif di kawasan berkenaan yang kurang diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Bagi mereka yang terbabit dalam amalan yang satu ketika dulu diharamkan, inilah yang mereka mahu dibawa oleh Amerika Syarikat ke Iraq.

“Ini masanya untuk berasa bebas dan menikmati tradisi Barat. Kami sudah dewasa dan bertanggungjawab di atas tindak tanduk masing-masing,” kata Abu Feiraz yang bermain catur dengan anak lelakinya berusia 17 tahun di sebuah kafe di Karada sambil bangga menuangkan wain ke dalam gelas anaknya itu. – Agensi

1 Komen »

  1. inilah salah satu ciri pimpinan demokrasi yang AS dan dunia agungkan..maksiat dan kerosakan merata.nampaknya penjejahan AS ke atas iraq amat2 berjaya.

    Komen oleh am313 — Mei 24, 2010 @ 1:39 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Theme: Silver is the New Black. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 100 other followers