Saidina Hassan cucu Nabi saw

Sesungguhnya kehidupan dan kematiannya merupakan gambaran yang indah dari insan yang mulia, penuh pengorbanan, iffah, suci, jiwa yang tenteram dan bersih. Patut baginya memperoleh kedudukan yang tinggi di dunia dan di akhirat, kerana dia adalah cucu Rasulullah SAW putera Saidina Ali ra. dan Fatimah Az-Zahrah, serta saudara kandung Husein, penghulu para syuhada. Layak pula baginya memperolehi tempat yang mulia di antara orang-orang soleh, kerana beliau meninggalkan jabatan khalifah dengan cara bermandikan darah para syuhada. Beliau mengutamakan meninggikan bendera Islam sebagai ganti mengumandangkan teriakan perang. Hatinya memancarkan rahmat, kasih sayang, kalbunya diliputi dengan perasaan kasih, dan jiwanya penuh dengan sifat keutamaan.

Bekas ciuman Nabi bau semerbak dari bibirnya. Baginda SAW mencintai Hasan dan saudaranya Husein, sehingga menjadikan kehidupan keduanya bagai kehidupan para malaikat. Keduanya hidup dalam naungan Ilahi. Pada masa kanak-kanaknya yang suci, mereka diberi ucapan-ucapan wahyu di lingkungan kenabian. Rasulullah SAW memberinya pelajaran dan cara hidup Islam serta pendidikan Ilahi. Dari lingkungan kedua orang tuanya, mereka mengambil suri teladan yang mulia. Dalam lingkungan yang jelas dan positif itulah Saidina Hasan dan Saidina Husein hidup berdampingan satu sama lain.

Hampir tiada berlalu suatu haripun tanpa baginda SAW mengungkapkan kepada para sahabatnya tentang cintanya kepada cucu-cucunya. Badan Saidina Hasan banyak kemiripannya dengan bentuk badan Rasulullah. Diriwayatkan bahawa suatu hari Abu Bakar dan Ali sedang keluar dari masjid selesai solat. Tiba-tiba mereka berdua melihat Hasan ra. sedang bermain. Lalu Abu Bakar ikut mengajaknya bermain. Setelah itu beliau berkata kepada Ali ra.: “Demi Allah, dia lebih mirip dengan Nabi SAW daripada denganmu.” Mendengar yang demikian itu Saidina Ali ra. tertawa.

Tentang kecintaan Nabi SAW kepada Saidina Hasan dan Saidina Husein, Abu Hurairah ra. pernah berkata: “Rasulullah SAW datang kepada kami bersama kedua cucunya, Hasan dan Husein. Yang pertama ada di bahunya yang satu, dan yang kedua ada di bahunya yang lain. Sesekali baginda SAW menciumnya, sampai baginda berhenti di tempat kami. Kemudian baginda bersabda: “Barangsiapa mencintai keduanya (Hasan dan Husein) bererti ia mencintai aku. Barangsiapa membenci keduanya bererti ia membenci aku.” Hadith-hadith yang berhubungan dengan kecintaan baginda SAW terhadap Saidina Hasan dan Saidina Husein banyak disebut dalam sejarah Nabi SAW.

Berkaitan dengan Saidina Hasan, Nabi SAW memberitahukan bahawa ia akan mendamaikan antara dua golongan kaum muslimin. Beberapa tahun setelah itu ramalan tersebut betul-betul terjadi. Peristiwa itu terjadi setelah wafatnya Rasulullah SAW dan setelah Saidina Ali ra. meninggal dunia. Saat itu penduduk Irak datang untuk membaiat Saidina Hasan. Mereka percaya bahawa Saidina Hasanlah yang paling berhak menduduki jabatan khalifah.

Pada waktu yang bersamaan penduduk Syam membaiat Muawiyah, sehingga pertempuran baru antara Irak dan Syam tidak dapat dihindari lagi. Di sinilah nampak kecerdasan Saidina Hasan. Beliau berfikir, terbayang dalam benaknya apa yang pernah terjadi dalam perang Shiffin. Di situ ia melihat ramainya korban yang terbunuh dan darah yang mengalir, mengakibatkan anak menjadi yatim dan perempuan menjadi janda. Apa yang dihasilkan oleh perang hanyalah kebinasaan dan kerosakan. Beliau khuatir terulangnya kembali peristiwa peperangan dan pertumpahan darah antara sesama kaum muslimin.
Ketika ia sedang mencari jalan penyelesaian dari terjadinya pertumpahan darah tersebut, tiba-tiba datang surat dari Muawiyah kepadanya. Di dalamnya tersirat politik Bani Umaiyah untuk mengadakan perdamaian dengan syarat Saidina Hasan dijanjikan akan menjadi khalifah nanti setelah kematian Muawiyah.

Setelah Saidina Hasan selesai membaca surat tersebut, serta merta ia mengutus utusan untuk menemui saudaranya Husein di Madinah. Ia menganjurkannya menerima usul perdamaian tersebut. Demikian pula sikapnya saat para pemuka penduduk Irak berkumpul di gedung pertemuan di Irak. Beliau berkata kepada mereka: “Sesungguhnya kalian membaiatku adalah untuk berdamai dengan orang yang mengajak damai dan berperang dengan orang yang mengajak perang. Sesungguhnya aku telah membaiat Muawiyah, maka dengarlah kata-kataku.”

Peristiwa ini diterima oleh penduduk Iraq secara terpaksa. Begitu pula halnya dengan Saidina Husein, beliau menerimanya secara terpaksa pula. Pada dasarnya semuanya menghendaki agar jabatan khalifah dipegang oleh keluarga Nabi, bukan didahului oleh Bani Umaiyah. Akan tetapi cara berfikir Saidina Hasan menuju kepada mencegah pertumpahan darah di kalangan kaum muslimin. Cukuplah bagi beliau apa yang pernah terjadi dalam perang Shiffin. Akan tetapi Muawiyah tidak ingin menepati janjinya. Ia telah menetapkan perintah membaiat anaknya, Yazid. Politiknya adalah jangka panjang, meskipun pada mulanya keinginannya belum tercapai, namun ia menjadikan strateginya itu secara bertahap.

Akibatnya setiap sahabat Rasulullah SAW yang mendengar maksud Muawiyah tersebut bukan main marahnya. Sebab jabatan khalifah akan dipegang oleh penguasa yang bengis, sebagaimana yang pernah diberitakan oleh Rasulullah SAW.

Namun meskipun Saidina Hasan menjaga jangan sampai terjadi pertumpahan darah di kalangan kaum muslimin. Tapi tetap saja perkara-perkara lain muncul di hadapannya. Pada akhirnya berkali-kali beliau menghadapi usaha orang lain yang hendak meracuninya, tapi masih boleh diubati. Orang-orang tersebut tidak puas jika belum berhasil dalam usahanya. Hingga suatu ketika Saidina Hasan merasakan adanya racun pahit yang ada dalam makanannya. Rasanya seperti ditikam pisau dalam perutnya. Dengan menahan rasa sakit yang keras itu, beliau bertanya kepada saudaranya Saidina Husein: “Siapa yang menyembunyikan racun tersebut?” Saidina Husein tidak boleh menjawab, dan tidak lama kemudian beliau pun wafat.

Peristiwa itu terjadi pada tahun 50 H menurut pendapat yang paling kuat, dan seluruh penduduk Madinah ikut berkabung, menguburkan jasadnya yang suci di Baqi’. Dikhabarkan di tempat itu tersebar bau harum sewangi kasturi, seolah-olah para malaikat menaburkan wewangian syurga di dalamnya.

Semoga Allah memberi rahmat kepada Saidina Hasan dan Saidina Husein. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda tentang mereka berdua: “Mereka berdua termasuk pemuka para pemuda ahli syurga.”

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to Saidina Hassan cucu Nabi saw

  1. iqbal berkata:

    Assallammualaikum Wr. Wb…..

    Mohon maaf , saya hairan karena sudah cukup lama saya tidak ada lagi menerima email masuk dari ja;an akhirat .

    Saya rasa penasaran untuk mendapat artikel lebih lengkap seputar Nur Muhammad .

    Terima kasih .

    Wassallam ,

    Mhd. Iqbal Singh

  2. Mohd Satar bin Lajeh berkata:

    Adakah Saidina Hasan dan Saidina Husein ada mempunyai anak cucu mereka sehingga sekarang?

  3. Banjoe berkata:

    IMAM HASSAN CUCU NABI SAW…
    Yang ini baru betul, dialah sebenar-benar “CUCU NABI”.
    Dialah putra dari Saka-Baka Imam Ali dengan Siti Fatimah.
    Anak Cucu Imam Hassan dinamakan “KELUARGA HASSAN”.
    Keluarga Hassan itu dikenali dengan gelaran “AS-SYARIFF”…

    • jalanakhirat berkata:

      Asalamualaikum

      Tuan Banjoe,

      Terlebih dahulu saya ucapkan terima kaseh di atas kesudian tuan kerana terus berkomentar di weblog ini, izinkan saya mencelah berhubung dengan komentar tuan di atas.

      Apakah yang dimaksudkan dengan prediket Sayyid, atau Syed yang diletakkan bersama dengan nama seseorang yang berketurunan darah Rasulullah SAW? Perkataan `As-Sayyid’, (jamaknya `Saadat’ atau `Asyad’), sebenarnya merupakan kalimah Arab yang memberi makna `ketua’ atau `pemimpin’. Sahih Al-Bukhari meriwayatkan sebuah Hadeeth, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai Al-
      Hassan : “Sungguhlah bahawa puteraku ini (sambil menunjuk kepada Al- Hassan r.a) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum Muslimin.”

      Rasulullah SAW juga pernah menggelar puterinya, Fatimah sebagai `pemimpin kaum wanita Islam (sayyidah nisa’ ummati)’ dan cucunda baginda, Al-Hussein, sebagai `pemimpin kaum belia di syurga (sayyid syabab ahlal-jannah).’ Selain itu, kalimah Sayyid dalam beberapa konteks yang lain bererti `ketua suku’ (sayyid al qabilah)
      atau orang bangsawan. Istilah `Syarif’, (jamaknya `Asyraaf), bererti ketua atau pemimpin, sama maksudnya dengan istilah `Sayyid’. Gelaran `Syarif’ dipakai untuk Bani Hasyim di masa-masa permulaan Islam sebagai nama sebutan, atau prediket bagi mereka. Orang pertama dari Bani Hasyim yang memakai gelar `Syarif’ ialah Syarif Ar-Radhiy dan saudaranya Al-Murtadho.

      Di Hijaz, sebutan `Syarif’ tidak digunakan kecuali untuk para Penguasa Mekah dari keturunan Al-Hassan. Menurut adat dan kebiasaan umat Islam, prediket `Sayyid’ diberikan kepada ahlul-bait dari keturunan Al-Hussein sementara `Syarif’ dari keturunan Al-Hassan. Keturunan Sayyidd dari Hadhramaut, iaitu sebuah negeri di Selatan Semenanjung Arab, juga dikenali dengan gelaran `Habib’, yang bererti
      orang yang dikasihi.

      Apabila seseorang berketurunan Sharifah berkahwin dengan orang bukan berketurunan Syed, nama bayinya dengan sendirinya ditukarkan nama pangkalnya kepada Meor kepada anak lelaki dan kepada anak perempuan pula diberikan nama Wan.

      Wasalam.

  4. Banjoe berkata:

    Apabila dikatakan pewaris itu lazimnya terletak pada “Anak Lelaki”, kerana dialah “Baka” penyambong zuriat bagi leluhurnya. Berkaitan dengan “Ahlulbait Nabi”, oleh kerana semua Putra-Putra Nabi telah wafat sewaktu kecil, maka rata-rata mengatakan telah terputus “Baka” talian pewaris Nabi. Maka kepada Siti Fatimah itu sebagei penyambong “Keluarga Nabi”…

    Seperti apa yang tuan katakan, apabila Syarifah bernikah dengan Orang Biasa, anak-anak mereka akan hilang title Syednya. Mereka dinasabkan pada Bapaknya Orang Biasa dengan dimulai nama pangkalnya Meor atau Wan. Begitu juga jika Ibunya Raja bernikah suami Orang Biasa, anak-anak mereka hilang title Rajanya, dinasabkan pada Bapaknya dengan nama Megat atau Putri, dsbnya. Bagaimana pula Siti Fatimah setelah bernikah dengan Imam Ali, adakah taraf putra-putri mereka itu sama..??

    Cucu Nabi yang rapat dengan Nabi itulah 2 Putra Imam Ali. Pertama : Imam “Hassan As-Syariff”, maka anak cucunya dinamakan dengan “Keluarga Hassan”. Kedua : Imam “Hussein As-Sayyed”, maka anak cucunya dinamakan “Keluarga Hussein”. (1) Apa sebab 2 Cucu Nabi itu diberi 2 gelaran yang berbeda..?? (2) Apakah benar “Baka Ahlulbait Nabi” dari “Sulbi Nabi” itu telah terputus? Hanya sebenar-benar “Ahlulbait Nabi” pemilik sah “Pusaka Nabi” itu yang bisa menjawab 2 soalan misteri itu.. Allahu’alam Wasalam…

  5. jalanakhirat berkata:

    Asalamualaikum

    Tuan Banjoe,

    Sesungguhnya saya maseh berhati hati membicarakan atau memberi komentar mengenai bab hakikat diweblog saya kerana banyak keburukannya yang kita nampak dari komentar yang diberi pengunjung mengenainya dari kebaikannya yang kita harapkan. Apa tah lagi saya hanyalah seorang Dukun Asmara. Bagaimana pun terasa betapa hampanya jiwa bila kita berbicarakan syariat tanpa hakikatnya. Kerana keimanan itu adalah mempercayai perkara yang ghaib untuk mengiringi pekara yang nyata.

    Berbalik kepada persoalan misteri yang tuan lemparkan mengenai Imam “Hassan As-Syariff” dan Imam “Hussein As-Sayyed” dalam komentar tuan di atas adalah untuk memahami keadaan yang zahir dan batin ia itu antara syariat dan hakikatnya, apakah ianya melibatkan soal baka sulbi dan baka roh, dalam lain perkataan bapa sulbi dan bapa rohani, kerana sebagaimana yang dimaklum bapa rohani itu adalah sangat penting untuk mewarisi sifat sifat kenabian itu berbanding dengan baka sulbinya untuk sampai kehadrat atau tali Allah swt. Kerana dalam apa keadaan sekali pun kita perlu menyaksikan terlebih dahulu kalimah لا اله الا الله محمد رسول الله (Laillah hailallah Muhammadurasulullah) sebelum beroleh kebanaran menyembah kalamullah.

    Berikut ini saya copy paste komentar tuan mengenai persoalan saya mengenai cucu cucu Nabi saw ia itu Imam “Hassan As-Syariff” dan Imam “Hussein As-Sayyed”ini yang mungkin ada kaitannya dengan soalan misteri tuan di atas, dari pautan intri di bawah ini;

    Siapakah sebenarnya al Mahdi

    Banjoe says:
    Julai 11, 2011 at 4:20 pm (Sunting)

    …. MISTERI KEBERADAAN SAYYEDINA HUSSEIN ….

    Salam…

    Sekira kira 20 tahun yang lalu kami pun pernah mendengar hampir hampir sama, seperti apa yang PakChik paparkan itu. Dari seorang anak murid arwah Pak Guru seorang Ahli Hakeqat, katanya : Ujudnya Sayyedina Hussein itu adalah dari “Kembar” kepada Sayyedina Hassan, buat kawan teman sepermainan Al-Hassan…

    Wallahu’alam… Sehingga dengan izin-Nya jua kami diketemukan pula dengan Tok Habib, salah seorang Ahlul Bait dari warisan Nasab Wali 7 Alam Melayu. Katanya Sayyedina Hussein itu adalah seorang “Anak Pintak”. Bermulanya Sayyedina Hussein itu dari “Tiada” sehingga Paduka Rasul amat berdukacita, hingga berlenangan menitis air matanya.Dengan Kehendak-Nya dengan Mukjizat Nabi SAW, Sayyedina Hussein menjadi “Ada”….

    Demikian sedikit teka-teki keberadaan Sayyedina Hussein, sekadar buat renungan seketika. Telah banyak kali kami berikan teka-teki yang sama, dalam banyak blog dan forum, tapi celaan yang diterima. Akibatnya banyak guna akal fikirannya, tenggelam punca. Sedangkan jawapan amat jelas dan nyata. Itulah Mukjizat Terakhir bagi Rasulullah SAW sekira2 2 tahun 8 bulan lagi, sebelum baginda dijemput berpulang keHadrat-Nya…

    Ada diriwayatkan tatakala Rasulullah saw ditanya soalan yang berat berat, baginda mengambil sebatang ranting lalu melukis bulatan diatas pasir. Lalu jawapannya dan penutupnya baginda hanya meletakkan “Satu Noktah” ditengah tengah. Bagi Tok Habib Al-Hussein beliau meletakkan “Dua Noktah”.. Sekian, omongan kosong kami, bisa baca usah percaya…

    Allahu’alam ^ Wassalam….

    Ampon & Peace….

    Wasalam

  6. Algifari Putra Eldora berkata:

    Imam Hasan dan Husain adalah buah hati Rasulullah SAW, mereka berdua adalah keluarga termuliah di dunia dan akhirat, semoga ALLAH SWT melaknat orang-orang yang membunuh cucu terkasih Rasulullah SAW itu..
    Allahumma taqabbal minna haazal qurban.

Tinggalkan komen