Beza air mani dengan mazi



SOALAN

SAYA akan berkahwin awal tahun depan tetapi saya keliru antara air mani dan air mazi. Apakah perbezaannya. Apakah pengeluaran air mazi juga boleh membatalkan puasa seseorang?

PUTERI HANG LI POH, Melaka

JAWAPAN

AIR mazi perempuan ialah cecair yang keluar ketika wanita itu ghairah dan cecair itu ialah lelehan daripada faraj, pundi bartholin dan pundi vestibule yang terletak di permukaan ‘vulva’ atau bahagian antara bibir kecil.

Air mazi boleh keluar ketika perempuan itu membaca buku romantis atau menonton adegan mengghairahkan seperti, pasangan sedang bercumbuan dan bersentuh. Bagaimanapun, air mazi tidak membatalkan puasa seseorang.

Air mani pula ialah cecair yang keluar akibat rangsangan anggota syahwat dengan tangan iaitu menyentuh klitoris atau keseluruhan vulva atau dengan merangsangkan pembukaan kemaluan dengan alat penggetar.

Cecair yang keluar itu kadangkala meleleh dan jarang sekali memancut. Air mani perempuan tiada benih (air mani lelaki mengandungi benih atau sperma) dan lelehan itu datang dari pundi para urethral dan semacam air kencing dan kadangkala berbau seperti air kencing tetapi bukan air kencing.

Jika perempuan mencapai kemuncak dan ada lelehan dari kemaluannya, itulah air mani dan jika pengeluarannya berlaku, ia membatalkan puasa.

(http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Doktor/20041107110514/Article/)

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Beza air mani dengan mazi

  1. bby beruk berkata:

    saya rasa artikel ini perlu ditambah macam mana air mani keluar dari faraj

  2. Muzzamil Khairul berkata:

    jikalau seseorang itu keluar air mani pada malam hari puasa ..tetapi dia bangkit dari tido dia terus mandia wajib ..adakah puasa di siang harinya sah ??

  3. hamba ALLAH berkata:

    boleh saye tau, sumber jawapAn drpd mane maaf ye,..

  4. tasrul haimie berkata:

    tapi kenapa dalam sains x ada air mani perempuan..
    kecuali air mazi..????

  5. zura berkata:

    x paham langsung.. pp xda air mani la.. air mazi adelah setau sy..

  6. matt lan berkata:

    salam.
    Nak tanye nie, 1)adakalanya apabila saya tidur & selepas bngun 2 saya lihat ada cecair kat kemaluan saya, so saya tak pasti sama ada itu air mani atau air mazi. Jadi mcam mana nak kenal pasti sama ada itu air mani atau air mazi.
    2)apa jadi pada puasa saya jika perkara ini berlaku pda bulan buasa disebabkan sya tidur petang hari dan keluar cecair.

  7. yati berkata:

    brrti air mazi tdk mmbataklkan wudhu dan puasa ya

Tinggalkan komen