Doa ayat tujuh



Ayat tujuh itu adalah terdiri daripada:

i- ayat ke-51, dpd surah at-Taubah [……قل لن يصيبنا ]

ii- ayat ke-107, dpd surah Yunus [……وان يمسسك الله ]

iii- ayat ke-6, dpd surah Hud [….. وما من دآبّة]

iv- ayat ke-56 ,dpd surah Hud […… انّي توكّلت على الله ]

v- ayat ke-60, dpd surah al-Ankabut […. وكأيّن من دآبّة ]

vi- ayat ke-2, dpd surah al-Faathir [….. ما يفتح الله ]

vii- ayat ke-38, dpd surah az-Zumar [….. ولئن سألتهم من ]

Manakala untuk ayat syifa’ pula, ayat2nya spt berikut:

i- ayat ke-14, dpd surah at-Taubah […. قاتلوهم يعذّبهم الله بأيديكم ]

ii- ayat ke-57, dpd surah Yunus […. يأيها الناس ]

iii- ayat ke- 69, dpd surah an-Nahl […. ثم كل من كلّ ]

iv- ayat ke-82, dpd surah al-Isra’ […. وننزّل من القرأن ]

v- ayat ke-80, dpd surah asy-Syu’ara’ [ وإذا مرضت …. ]

vi- ayat ke-44, dpd surah Fush-shilat [ ولو جعلناه قرأناً ….. ]

Soalan2 saya berkaitan amalan bacaan ayat2 di atas:

1- Berkaitan ayat tujuh, benarkah amalan bacaan ayat tujuh ini diambil dalilnya daripada atsar Saidina Ali Abi Thalib, yang matannya:

“Barangsiapa mengamalkan membaca (ayat tujuh) pagi dan petang, maka akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada terperdaya musuh dan bala dengan izin Allah”.

Serta kata kata daripada Syeikh Mohd Yaacob, iaitu:

i- “ Apabila ayat tujuh ini di baca siang sekali dan malam (sesudah sembahyang Maghrib dan Subuh) insyaAllah di mudahkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah di kasihi para hamba Allah serta di mudahkan atau di kabulkan segala apa yang di cita-citakannya ”.

ii- “Barang siapa yangmewiridkan pada tiap-tiap selesai sembahyang fardhu, InsyaAllah akan di mudahkan baginya sakratulmaut kelak dan memperolehi pahala yang besar pula. Jika di bacakan ayat ini kepada orang yang sakit, maka InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkannya dengan segera”.

2- Berkaitan ayat syifa’ pula, benarkah amalan bacaan tersebut diambil dalilnya dpd kata kata Imam Abu Qasim Qushairi rah. yg telah dilaporkan berkata seperti berikut:

“seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: “Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa’? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?” Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut (yakni seperti 6 ayat yg saya nukilkan spt di atas)

3- Sekiranya mmg ada benarnya dalil dalil berkaitan ayat ayat tersebut, dari manakah sumber dalil ini dipetik? Ini kerana setelah mencari sendirian di internet, saya gagal perolehi sumber primernya, yakni dari buku mana ia dipetik. Ingin juga saya ketahui status sahih dalil bg bacaan ayat ayat tersebut.

4- Bolehkah saya mengamalkan bacaan ayat tujuh dan syifa’ ini sekadar sebahagian dpd doa atau zikir, niat hanya mengharapkan agar dpd bacaan tersebut, jika diizinkan Allah, diringankan beban atau rasa sakit ketika menerima rawatan di wad ataupun di mana mana.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Doa ayat tujuh

  1. Sh.Shez Saifullah Al-Attas berkata:

    Jwpn kpd soalan2 d/a:

    1.-Benar.
    1.i-Benar.
    1.ii-Bergantung kpd tahap amalan/keikhlasan/khusyuk&tawduk orang yg mengamalkan ayat2 ini.
    2.-Benar
    4.-Boleh.

  2. zainordinm berkata:

    di mana kah saya ingin download bacaan ayat tujuh tersebut

  3. ARDI berkata:

    SEMUANYA BENAR!!!
    ALLAHU AKBAR!!

Tinggalkan komen