Hukum membesar dan memanjangkan zakar



Assalamualaikum,

Ustaz, ana ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan ubat tradisional untuk memanjang dan membesarkan saiz zakar lelaki yang semakin popular hari ini. Ada mengatakan hukumnya haram atas alasan mengubah ciptaan Allah s.w.t. Ada pula mengatakan tidak mengapa atas alasan kesihatan. Adakah alasan untuk menaikkan syahwat dibenarkan untuk membolehkannya? Bagaimana pula dengan penggunaan alatan-alatan seperti pump untuk tujuan yang sama? Mohon tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Fiqhmedic. Wassalam

Wassalam dan Syukran atas soalan.

Jawapan oleh Abul Harith:

Hukum membesarkan dan memanjangkan zakar, tertakluk kepada dua keadaan;

Ia menjadi HARAM apabila;

– bertujuan ke arah melakukan zina & maksiat

– membuat prosedur yang lebih memudaratkan diri sendiri

Sebaliknya, ia dikira HARUS apabila;

– bertujuan mengekalkan keharmonian rumah tangga

– bertujuan mendapatkan lebih ramai zuriat

Dalam hal ini, ia bergantung kepada niat individu tersebut. Ianya bergantung kepada tujuan samada baik ataupun buruk. Ia sama seperti hukum pembesaran payudara. Sila rujuk;

Pembedahan Pembesaran Payudara

Namun, mengikut sains perubatan, prosedur pembesaran dan pemanjangan zakar bukanlah satu keperluan atas alasan berikut;

1. Panjang zakar adalah tetap (fix) pada setiap lelaki iaitu sekitar 5 inci (12-14 cm). Manakala panjang vagina kebanyakan wanita adalah maksimum adalah 4 inci (10 cm). Saiz kebanyakan zakar lelaki adalah memadai.

2. Disebabkan panjang zakar yang tetap, apa sahaja prosedur sama ada pembedahan atau rawatan lain tidaklah menambah kepanjangan zakar.

3. Pembedahan dilakukan dengan memotong ligament yang menggantung zakar (samada fundiform & suspensory ligament). Jadi zakar akan tertonjol keluar dan kelihatan lebih panjang.

4. Implantation silikon boleh membesarkan & memanjangkan zakar, namun terdapat banyak mudarat yang lebih teruk.

5. Rawatan ubatan tradisional pula dirisaukan mempunyai kandungan yang diragui dan memudaratkan, seperti mendatangkan komplikasi pada hati dan buah pinggang.

6. Urutan mungkin berkesan untuk melancarkan saluran darah pada zakar, namun hendaklah dilakukan oleh doktor yang pakar. Urutan tradisonal dikhatiri akan merosakkan tisu, salur darah & urat saraf

7. Penggunaan pump pula adalah untuk merawat mati pucuk (erectile dysfunction), bukannya untuk membesarkan zakar. Penggunaan melampau boleh menyebabkan zakar melecet dan tercedera

Sila rujuk : http://www.webmd.com/a-to-z-guides/penile-enlargement

Bagi mereka yang gemuk dan obese pula, boleh jadi 1/3 hingga ½ pangkal zakarnya dilindungi lemak yang berada di bahagian perut & pubic (pangkal zakar). Jadi senaman dan gaya hidup sihat boleh mengurangkan lemak & menonjolkan zakar kembali.

Berdasarkan kajian juga, kebanyakan individu yang merasakan zakarnya kecil adalah kerana perasaan inferior mereka dan faktor psikologi semata-mata. Begitu juga orang yang mendakwa berjaya membesarkan zakar, kebanyakannya tetap sama, cuma mereka mahu percaya zakar mereka telahpun panjang selepas makan ubat tertentu. Hal ini sama sahaja dengan placecbo effect.

Kesimpulannya, usahlah isu saiz zakar menjadi keresahan Muslim. Jumpalah doktor yang pakar jika ada masalah. ALLAH memerintahkan kita menjaga ‘amanah’ kemaluan yang diberi dengan sebaik-baiknya. Banyakkan pergantungan, ibadah dan doa kepada ALLAH demi menjaga keharmonian rumah tangga.

WaLLAHU a’lam.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Hukum membesar dan memanjangkan zakar

  1. Md Aazizul berkata:

    Saya nak bertanya adakah benar zakar boleh di besar kan dan dipanjangkan?

  2. mohd yazid bin hashim berkata:

    assalamualaikum ustaz hari ini kebykan trend sekarang ramai yang menbesarkan zakar dengan cara suntikan memasukkan minyak zaitun apakah hukumnya adakah itu dikira mengubah ciptaan allah swt

  3. hamba allah berkata:

    assalamualaikum, sy ingin menambahkan saiz zakar dengan cara yang betul, apakah langkah2 yg sy perlu lakukan? semoga admin dpt mnjwb persolan sy..trima kasih

  4. rafizi berkata:

    aslm. bolehkah kita solat selepas mengurut menggunakan minyak lintah? adakah zakar perlu d cuci dulu sebelum mengambil wuduk?

Tinggalkan komen