Doa Haikal



Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman. Ujarnya,”Ya Rasulullah. Salam Allah Ta’ala pada tuan hamba dan firmannya: Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba. Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah SWT melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.

Ya Muhammad. Barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal(azimat), nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman. Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu. Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.

Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat. Nescaya beroleh pahala umpama membaca 70,000 kali khatam Qur’an dan 70,000 mati syahid dan 70,000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan seperti memerdekakan 70,000 hamba dan seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70,000 orang hafiz qur’an dan beroleh kebajikan kemenangan 70,000 orang perang syahid dan pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000 malaikat dan 70,000 orang yang berakal dan 70,000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, ‘IzrailAlaihissalam.

Ya Muhammad SAW. Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.” Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri Baghdad. Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia. Tiada luka. Diselamkan ia di dalam air. Tiada lemas. Kemudian dibakar ia akan dia. Itupun tiada terbakar. Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim, “Apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?” Maka sahut pencuri itu, “Ada di kepala hamba fadhilat doa haikal. Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba.” Maka apabila didengarnya oleh hakim akan kata kata pencuri itu. Lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannya sekalian hal pencuri itu. Maka baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.

Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya. Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak. Sekadar diambil ringkasannya sahaja di sini. Sesungguhnya tiadalah syak lagi. Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil i’tikad

Dan doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut:

1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);
2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;
3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;
4. Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;
5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;
6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan
7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52

Untuk rujukan anda boleh download doa tersebut yang telah di simpan dalam format PDF melalui butang download di bawah ini. Semoga mendapat faedah dan pengajaran kepada kita semua. Insya Allah.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

17 Responses to Doa Haikal

  1. aidah yazid berkata:

    terima kasih kpd yg berkenaan,semoga anda mendapat rahmat dan hidayah dr Allah.Jazakallah……….!

  2. taufik berkata:

    saya menulis komen ini pada tanggal 17 Ramadhan 1431 hj (nuzul Al-Quran) dan kisahnya, selepas solat subuh pagi td sy tidur semula dan telah bermimpi sahabat saya menyuruh saya membaca doa haikal firasat…setelah masuk kerja pagi ini saya terus mencari di internet dan Alhamdulillah saya menjumpai blog ini..segalanya ketentuan Allah swt..allahhualam..

  3. muhammad taufiq berkata:

    memang banyak faedah membaca surah ini, tapi mesti faham, hayati, dan gabungan ibadah lain. takkan la dilepaskan api neraka kalau bnda ni buat surat simpan dalam buah rantai sambil ibadah wajib tunggang langgang.

  4. normah berkata:

    terima kasih atas bantuan and

  5. Tuan Kuzali berkata:

    Tahniah dan selamat beramal kepada Bunga Rose eryn atas usaha berkongsi ayat keramat ini bersama2 rakan kita disini.
    Saya sudah mengamal ayat ini sudah lebih 8 tahun bermula apabila saya ditimpah musibah pd tahun 2004. Alhamdulillah saya dapat merasai nikmat dan merasai apa yg dijanjikan oleh Allah walau tidak sepenuhnya.
    Kepada kwn2 mari lah kita sama2 amalkan doa haikal ini setiap selesai solat wajib…kalau x pun baca lah sekali seumur hidup kita pun mencukupi.
    Selamat mengamal dari saya …. tuan kuzali sri damansara.

  6. Tuan Kuzali berkata:

    Utk mengamal doa ini kita harus ada gurunya…blh rujuk kepada ustaz atau ahli2 agama yg berhampiran kita.
    Sekadar yg blh dikonsi disini ialah :
    1. baca selawat atas Nabi SAW. 11 kali
    2. baca surah alfathihah sekali.
    3. baca surah Qulhuwallah….3x
    4. baca surah Alfalaq 1x
    4. baca surah Annas 1x
    5. basa surah Alfathihah 1x
    baru mula membaca doa haikal tersebut dengan jelas..
    bila habis membaca doa tersebut sampai 7 ulang semula baca :
    1. alfathihah 1x
    2, Qulhuwallah 3x
    3. Alfalaq 1x
    3. Annas 1x dan
    4, Alfathihah 1x kemudian :
    baca doa haikal yg no 1, 3, 5, dan 7 yg ganjil.
    Dah selesai membaca ulang semula baca :
    Alfathihah 1x..Qulhuwallah 1x..Alfalaq 1x Annas 1x dan Alfathihah 1x lalu :
    terus lah berdoa dng kusyuq apa yg kita hajati.
    Insyaalah Allah mendengar semua doa yg diminta oleh hambanya,
    Selamat beramal………tuan kuzali sri damansara.

  7. Jadikan amalan, semoga kita dilindungi…

  8. H.Subandi al badr berkata:

    Bisakah mengamalkan do’a haikal untuk memperoleh kekayaan,

  9. raja mohd azam berkata:

    alhamdulillah akhirnya jumpa juga dengan doa haikal yang saya cari dan tanyakan sbb yang tahu ayat ini hanya membacakan sekali lalu seolah2 saya orang yang boleh mengigati segalanya.

  10. Abdullah berkata:

    riwayat hadisnya ndak ada.. asalnya dr mana?
    bagaimana mengamalkannya.. pencuri pun boleh mengamalkan..
    Ini Suatu yg mengada ada dalam agama, Bid’ah yg sesat.

    wassalam.

    • hamba Allah berkata:

      menurut saya Sesat atau tidaknya tergantung dari niat para pengamalnya…
      selagi kita mengamalkannya karna Allah itu syah2 saja.
      toh surat2nya pun di ambil dari ayat2 Al-Quran…
      maen sesat sesat aj…
      situ tuhan?????

    • Shairul berkata:

      Sokong.. Doa @Ayat2 Haikal ni memang benar, tapi bab keterangan di atas x sahih. Jika dari hadis bermakna hadis itu palsu dan daif. Sekadar menaruh xkan ada kesan. Sama seperti al Quran yang dibuat hiasan. Dan bukankah amalan tangkal @ azimat itu jelas Syirik, Kurafat dan Bid’ah.

  11. Mohamad Feroz berkata:

    Assalamu’alaikum tuan admin.

    Alhamdulillah, syukur. Saya menemui blog ini. Terlalu banyak info yang bermanfaat untuk diambil dan dijadikan amalan.

    Mohon izin untuk berkongsi. Dan jika tidak keberatan saya mohon untuk mendapatkan emel tuan bagi kemudahan perkongsian ilmu di masa hadapan. Kerana saya juga mempunyai perkara penting untuk mendapatkan pandangan.

    TERIMA KASIH

  12. syarifuddin berkata:

    Bolehlah di jadikan amalan untuk mendapat ridho Allah

  13. arsam berkata:

    Tujuan hidup

  14. Norli berkata:

    Nenek saya mengamalkan doa ini. Hidupnya penuh berkat dan bila beliau sampai ajalnya, beliau pulang ke Rahmatullah dengan mudah sekali hanya dengan beberapa hembusan nafas dengan tenang. Inilah berkatnya doa2 haikal.

  15. salmah bt ahmad berkata:

    assalmualaikum kak suka baca doa haikal setiap hari sekali sahaja walaupun panjang tp memang terasa tenang biarpun seribu dugaan melanda.Bila diamalkan kak sudah boleh menghafal.Alhamdulillah segalanya senang.Kaka tampal juga di dalam rumah.Moga kita semua beroleh rahmat..

Tinggalkan komen