Merancang untuk hamil



Penting untuk anda tahu adab ketika berjimak:

Watak atau keperibadian ibu bapa, masa dan ketika melakukan jimak akan memberi kesan terhadap peribadi anak yang bakal dilahirkan kelak.

Jika kita membaca doa ketika hendak melakukan jimak dan mengikut adab-adab yang baik ketika hendak melakukan jimak maka syaitan tidak akan menganggu dan ini akan mengelak anak kita dari pengaruh jahat.

Doa ketika berjimak:

” Ya Allah Ya Tuhanku! Jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan dari rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami”

Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim

Adab-adab berjimak:

* Membersihkan diri sebelum hubungan

* Pilih masa dan tempat yang selesa, bersih dan jauh dari gangguan keluarga

* Berwuduk

* Tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar

* Menutup badan

* Melakukan hubungan dengan lembut dan mesra

* Mencuci kemaluan dan berwuduk sekiranya ingin melakukan jimak kali seterusnya

* Tidak melakukan pada bulan ramadhan, masa isteri datang bulan atau berjimak melalui dubur

* Elak melakukan aksi atau posisi yang boleh memudaratkan

* Pasangan berada dalam kesihatan lahir dan batin yang baik

* Jaga kebersihan diri sebelum dan selepas berjimak

* Berehat selepas melakukan jimak

* Kemudian bersiap untuk membersihkan diri dan solat subuh apabila masuk waktu.

Proses Kejadian Manusia menurut Al-Quran (Surah Al-Mukminun:12-14) :

“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutfah) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari nutfah (benih) Kami proses menjadi ‘alaqah (segumpal darah), dari ‘alaqah menjadi mudghah (segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging. Setelah itu kami ciptakan makhluk baru berbentuk lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik.”

Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama
bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Bermasalah Untuk Hamil:

Biasanya terdapat beberapa faktor kenapa anda mempuyai masalah untuk hamil. Ada sesetangah wanita yang boleh hamil tetapi sering gugur, manakala langsung sukar tidak hamil walaupun sudah berumah tangga sehingga berpuluh-puluh tahun.

Bagi yang kes yang hamil tetapi sering gugur, anda digalakkan mengambil ceraian salindah B1 dan L12 bersama Ekonopek Griptite bersama STAMINEX. Ia dapat membantu merawat dalaman anda serta meningkatkan pengaliran darah. Malahan produk ini juga dapat memberikan keseimbangan hormon di dalam badan anda.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Merancang untuk hamil

  1. trima kasih atas sarannya

Tinggalkan komen