Jalan Akhirat

April 19, 2010

Wanita Indonesia tawar diri kawin mutaah / kontrak

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 9:17 pm



KabarIndonesia – JOHOR BARU: Beberapa wanita warga Indonesia yang bekerja di negeri Jiran atau Malaysia terkesan sekali menawarkan diri untuk dinikah secara kontrak atau mutaah dengan lelaki setempat atau warga asing untuk memenuhi tuntutan nafsu.

Bagaimanapun, mereka menetapkan syarat utama yaitu tidak boleh mengandung atau melahirkan anak. Ini karena jika mengandung atau melahirkan anak, wanita tersebut berarti melanggar syarat perjanjian kontrak kerja yang akan mengakibatkan mereka dikirim kembali ke negara asalnya.

Seorang wanita berasal dari Padang, Sumatera, Ratna, 28 tahun, (bukan nama sebenarnya), mengakui pernah melakukan kawin kontrak dengan seorang lelaki pada saat pertama mulai bekerja di negeri Jiran itu, sekitar enam tahun lalu.

‘Bukan dengan lelaki setempat, ada juga rekan saya menikah secara kontrak dengan lelaki warga asing yaitu orang Pakistan. Sudah tentu perkawinan ini atas dasar suka sama suka,’ katanya. Ratna berkata nikah kontraknya yang dulu batal apabila ‘suaminya’, seorang lelaki setempat, dan didapati suaminya ternyata sudah menikah dengan wanita lain.

Petugas KUA atau jurunikah bisa didapat dengan biaya antara RM300 ($133) dengan RM500. Walaupun menyadari surat nikah yang dikeluarkan jurunikah tersebut tidak diakui, tidak menjadi persoalan karena yang paling penting pernikahan itu sah menurut agama dan tidak melakukan dosa.

‘Banyak kawan saya masih berbuat demikian… yang penting ada orang mau, karena selain menghindari dosa dan melakukan maksiat serta persetubuhan diluar nikah, kami juga ada pelindung, tempat mengadu selain uang dan sarana tambahan. Maklumlah, kalau hanya mengharap gaji kerja kilang, berapa sih dapatnya.
‘Biasanya, kami hanya hidup sebagai suami isteri pada malam minggu saja,’ katanya.

Sumber : http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,97798,00.html?

8 Komen »

  1. PERBEZAAN ANTARA SUNNI DAN SYIAH DALAM SOAL NIKAH MUTA’AH.

    Saya terpaksa menerangkan ini kerana ada pihak sudah terlalu kerap menganjurkan pernikahan muta’ah dengan membawa dalil ayat Quran Surah An-Nisa’ ayat 24. Ini untuk menyuluh semula pegangan agama kita dalam soal ini.

    1. PENGENALAN

    Nikah mut’ah adalah satu fatwa sesat daripada golongan Syiah.

    Cara nikah mut’ah itu ialah dua orang laki-laki dan perempuan tanpa wali dan tanpa saksi bernikah dengan akad, misalnya “mengahwini sipolan selama satu minggu dengan upah sebanyak 5000.00″. Seterusnya mereka bergaul seminggu dan sesudah seminggu nikahnya itu terbatal dengan sendirinya.

    Eddah wanita bercerai dari nikah mut’ah ini adalah 2 kali haidh wanita yang berhaidh, dan 45 hari bagi wanita yang tidak berhaidh.

    Nikah mut’ah boleh dibuat dengan apa saja wanita, tidak perlu mengikut ketetapan syara’ sehingga empat sahaja sebagaimana kahwin yang biasa.

    2. DALIL NASH YANG TERBABIT

    Firman Allah Ta’ala [ Surah An-Nisa'] ayat 24::

    ﴿ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاء إِلاَّ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ كِتَابَ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَاء ذَلِكُمْ أَن تَبْتَغُواْ بِأَمْوَالِكُم مُّحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُم بِهِ مِن بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيماً حَكِيماً ﴾

    Ertinya::

    “Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki [ - iaitu hamba sahaya yang dimiliki dengan jalan tawanan dalam perang Sabil, yang suaminya tidak tertawan sama - ].( Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan ke atas kamu).Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina.

    Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah).

    Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama-sama oleh kamu (suami isteri), sudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya).

    Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui, lagi amat bijaksana.”

    3. PERBEZAAN TAFSIRAN ANTARA SYIAH DAN SUNNI

    3.1 GOLONGAN SYIAH::

    Golongan Syiah menafsirkan ayat di atas [ khususnya daripada "famastamta'tum bihi ... hingga ... faridhotan ] sebagaimana berikut::

    ( Menurut Syiah) Maka wanita-wanita yang telah kamu istimta’ dengan mereka, berikanlah kepada mereka upah mereka sebagai suatu kewajiban”.

    Menurut golongan Syiah, kita boleh istimta’ (iaitu bersenang-senang) dengan wanita asalkan dibayar upahnya, dan istimta’ itu ialah mut’ah menurut mereka.

    3.2 GOLONGAN SUNNI atau AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH

    Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, ringkasnya Sunni atau ASWJ, berpegang bahawa nikah mut’ah itu sama hukumnya dengan zina, terlarang lagi haram.

    Erti ayat ke-24 Surah An-Nisa’ di atas bukanlah menghalalkan mut’ah, tetapi ayat yang berkaitan dengan soal nikah. Erti yang sebenar dari frasa ayat mulai dari “famastamta’tum bihi … hingga … faridhotan” itu ialah::

    “Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah).“

    “Ujur” dalam ayat itu bukan bermaksud “upah” tetapi bererti “mahar” atau “mas kahwin“. Ini jelas diterangkan oleh ayat selepasnya iaitu ayat 25 Surah An-Nisa’::

    ﴿ وَمَن لَّمْ يَسْتَطِعْ مِنكُمْ طَوْلاً أَن يَنكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ فَمِن مِّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم مِّن فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ وَاللّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِكُمْ بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَانكِحُوهُنَّ بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ وَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلاَ مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ الْعَنَتَ مِنْكُمْ وَأَن تَصْبِرُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴾

    Ertinya::

    Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan hamba yang beriman yang kamu miliki.Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba sahaya itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula).Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya, serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut.

    Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan.

    Kemudian setelah mereka (perempuan hamba sahaya itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) siksa yang ditetapkan kepada perempuan-perempuan yang merdeka.

    ( Hukum perkahwinan ) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan perempuan-perempuan hamba sahaya) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan perempuan hamba) itu adalah lebih baik bagi kamu.

    Dan (ingatlah) Allah amat pengampun, lagi amat mengasihani.

    Frasa ayat “fankihu hunna bi izni … hingga … bil ma’ruf” di atas jelas menyatakan::

    Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya, serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut.

    Di sinilah letaknya kesalahan golongan Syiah yang mana mereka menghalalkan yang haram kerana tersalah dalam menafsirkan erti “ujur” sebagaimana yang diterangkan sendiri oleh ayat yang lain (iaitu ayat 25 di atas, iaitu maskahwin).

    Komen oleh jalanakhirat — April 19, 2010 @ 9:32 pm

  2. Janagn lah kitah sentiasa menyalahi yang lain.

    Kalau Hamba boleh dijadikan halal.

    Mengapa mempertikaikan mutaah.

    Allah telah beri kemudahan kepada mat Nabi ADAM.

    Kerana tafsir yang menyusahkan umat Maka ramai UMAT islam berzina. sebab haram nya banyak wahai ustaz……..Sebab islam dah jadi susah………Zamnan nabi mutaah dibolehkan mengapa zaman Umar diharamkan. AlQuran turun pada zaman Nabi!!!

    Komen oleh soleman — Ogos 10, 2010 @ 11:22 am

  3. salam…
    mutaah tidak boleh dijadikan alasan buat lelaki,
    bayangkan jika suami yang mempunyai isteri tatapi masih mahu bermutaah dengan wanita lain,
    sedangkan ia mempunyai tanggugjawab terhadap isteri yang dikahwinkan mempunyai wali.
    wanita tidak boleh mudah dengan bermutaah, jika habis contrak ia mengandung? siapa yang akan rugi..
    kahwinlah secara sah sesungguhnya allah lebih mengetahui dan memberikan yang terbaik buat orang2 yang soleh & solehah

    Komen oleh nourol — Ogos 13, 2010 @ 1:39 pm

  4. Saya di Kuala Lumpur, Malaysia ingin bermutaah dengan gadis Indonesia di Kuala Lumpur, di mana saya boleh dapati dan sila hubungi saya di alamat e mail di atas.

    Abu

    Komen oleh abu Zahra — September 5, 2010 @ 3:54 pm

  5. salam..pd stiap wanita yg ingin bmutaah sila email kt sy dan sy ada jln serta cara2nye.

    Komen oleh alimukmin — November 2, 2010 @ 10:11 pm

  6. salam…. kepada wanita yg ingin bmutaah dll…sila emailkan pada saya…insyallah banyak kebaikanya….( iltizam_05@hotmail.com )

    Komen oleh Zakaria — Disember 25, 2010 @ 2:21 am

  7. Saya nak khawin secara sah dan nak bantu sesiapa / wanita mana yg perlukanya….( iltizam_05@hotmail.com )…

    Komen oleh Zakaria — Disember 25, 2010 @ 2:22 am

  8. wah enak banget bisa mut’ah… engga usah jauh-jauh ke negara orang

    Komen oleh dudung — Disember 26, 2010 @ 11:06 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Theme: Silver is the New Black. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 101 other followers