Jalan Akhirat

April 16, 2010

Tenaga nafas Pendekar

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 12:19 am



Alhamdulillah ….

Terimakasih diatas pandangan para sahabat yang dirahmati Allah Azzawajalla. Bila saya merenung ulasan2 diatas, datang ilham….

i) Kata Karimon…”Senaman bangsa melayu juga ada yang mengunakan teknik pernafasan iaitu dipanggil senaman Apok bagi membena tenaga dalaman bagi kekuatan zahir dan batin.Senaman yang terdapat didalam Chi Kung adalah khusus juga untuk membena badan dan minda yang sehat disamping meningkat energi seseorang.

Senaman mengeluarkan peluh dan didalamnya terkandung pelbagai kotoran seperti lemak dan kolestrol.Bila mengamalkan senaman dgn rutin/istiqamah akan menyihatkan badan dan minda kerana oksigen dapat memenuhi ruang yg sepatutnya didalam darah yg telah dibersihkan dari kotoran tadi. Bila darah mendapat bekalan oksigen yg cukup tanpa berkongsi ruang dgn kotoran yg memekatkan darah tadi(akan nampak kalau buat bekam), maka ibaratnya bola atau tayar yg cukup keras kerana mampatnya udara didalamnya. Kekuatan tubuh ibarat tayar tadi la…mampu menampung berat badan kereta bersama penumpangnya yg MASYAALAAH…Otak yg dipenuhi oksigen tentunya melahirkan akal yg cerdik. Gerakan yg lembut dlm Tai Chi ibarat naik tangga berjalan kaki, sampai juga kalau 10 tkt.Tapi kalau berlari…semput kat tengah jalan pasal….tak cukup udara kah..kah..kah.

ii) Kata Tok Waliqudus ” Tenaga Dalaman yang dimaksudkan adalah asas dari Teknik Pernafasan dimana ianya bermula dari Asas Zikir Nafs…tidak Dinafikan bahawa ianya memiliki Kekuatan Luar-biasa.”

Zikir yg paling afdal adalah LAILAHA ILLALLAH. JUGA SEBAIK-BAIK ZIKIR ADALAH MEMBACA AL-QURAN. Pembacaan al-quran merupakan satu set senaman nafas yang paling effektif untuk meningkat kan kekuatan dalaman ( selain sebagai satu ibadah sunat yg paling afdal), Bila dibaca secara tertib dan berlagu dengan betul, maka cerapan oksigen ( dan kekuatan Ilahiyah) akan berlaku.Bagaimana…MALAIKAT ISRAFIL adalah malaikat penjaga nafas, Israfil juga yg dianugerahi ALLAH SWT segala ILMU AL-QURAN dan bila Israfil memasukkan RUH kedalam jasad ADAM melalui ubun-ubun, ISRAFIL nampak pada dahi ADAM, terdapat juga seluruh isi al-quran pada NUR MUHAMMAD
didalam jasad ADAM. JADI, malaikat ISRAFIL akan mendampingi sesiapa sahaja yg memenuhi nafasnya dgn bacaan al-quran apalagi kalau dah sebati dan bacaan itu hidup sendiri didalam jantung serentak dengan keluar masuk nafas. Zikir LAILAHA ILLALLAH, tiada kekuatan selain kekuatan ALLAH, tiada kekebalan selain kekebalan ALLAH, TIADA YG HEBAT SELAIN ALLAH dan ALLAH SWT dah pancarkan kekuatan itu melalui SIFAT_SIFAT dan NAMA_NAMA NYA.

iii) Kata Pakcikli..” Di alam benda nafas disebut angin yang mengimbangi unsur tanah dan air untuk menerbitkan api. Di alam raga nafas disebut udara yang mengimbangi darah dan daging untuk menerbitkan haba.”

Allah SWT mengkhabarkan bahawa Ia menganugerahkan kepada manusia besi yg kukuh dan kuat untuk kegunaan manusia (juga dapat memerangkap JIN & SYAITAN). Besi dapat menghancurkan gunung (tanah), namun besi dapat dileburkan oleh api yg sangat panas. Sepanas-panas api kalau disimbah air padam lah dia kah..kah..kah..jangan engkau sombonglah wahai api. Walhal air dapat dikalahkan oleh Angin (NAFAS). Pernah tengok ombak tsunami yang diambil gambarnya dari satelit…..ANGIN telah membentuk ombak itu dalam bentuk 99 dalam satu titik. Menggambarkan kekuatan sebenar adalah kekuatan ALLAH AZZAWAJALLA dari BAHR AL_QUdr dibawa oleh MALAIKAT ISRAFIL. Bila ISRAFIL berdamping dgn kita , dia duduk dimana? Pada janggut brader….pasang janggut brader, biar ada tempat ISRAFIL bertempat pada badan kita…..biarkan kekuatan ILAHIYAH itu kekal bersama kita.

Sekian….kang ada pulak yg komplen, tak leh tulis pendek-pekdek ke brader ni..heheh.

1 Komen »

  1. shukurilah atas pemberiannya yang tiada tolak banding, kalau telah faham akan kesempurnaan yang dipinjamkan kepada kita dan telah pulak diakui akan kesempurnaannya. Timbul pulak persoalan siapa kah dia ?, masih timbul kah unsur2 segmentasi seperti dipinjam, sipeminjam dan tukang pinjam. Tanpa nya apalah kita, nanti seperti tayar tak berangin melainkan jenis tayar yang tak pakai angin iaitu dikata orang “tayar mati”. Tiada kuasa yang mengatasi akan kekuasaan allah, mutlak.

    Komen oleh maba — April 30, 2010 @ 1:57 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Theme: Silver is the New Black. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 101 other followers