Izinkan saya mencelah dalam membicara Bab Ilmu ini. Saya rasa kita patut berterima kaseh kepada saudara Abdul Jamil Lam yang cuba menerangkan masalah jenis-jenis ilmu.
Masalah Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat adalah bidang-bidang atau cabang ilmu yang sangat khusus dan amat berbeza disegi pendekatan dan sumber perantara ilmu itu.
Pertelingkahan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu lagi. Mereka sebenarnya “betul” dalam bidang masing-masing. Sebagaimana berlaku antara Nabi Musa dan Nabi Khaidir. Nabi Musa, walaupun seorang Nabi, beliau tidak mempunyai Makrifat. Jadi beliau menghukum sesuatu kejadian berdasarkan ilmu Syariat yang beliau tahu. Nabi Khaidir pula dikurniakan Allah ilmu Makrifat, jadi beliau menghukum sesuatu mengikut ilmunya. Jadi dalam perjalanan bersama-sama Nabi Musa, Nabi Khaidir telah membunuh seorang budak, membangun semula rumah yang telah hampir musnah dan mengapak kapal yang beliau tumpangi. Perbuatan ini amat bersalahan dengan Syariat Nabi Musa. Kerana tidak sabar, Nabi Musa menegur perbuatan Nabi Khidir. Dengan itu mereka terpaksa berpisah sebagaimana perjanjian yang telah dibuat sebelum perjalanan. Nabi Khaidir berbuat demikian kerana pada pandangan Makrifatnya, budak itu mesti dibunuh kerana ia bakal menjadi anak yang nakal, sedangkan ibu/bapanya orang yang solleh. Dibawah bangunan lama terdapat harta anak yatim yang belum dewasa. Dalam perjalanan dengan kapal, Nabi Khaidir merosakkan sedikit kapal yang ditumpanginya supaya tidak dirampas oleh Raja yang zalim di pelabuhan yang mereka akan singgah. Raja ini akan merampas kapal-kapal yang baik.
Dalam hal ini Nabi Musa betul dengan ilmunya dan Nabi Khaidir betul dengan ilmunya.
Seperti juga berlaku pada Halaj, seorang wali Allah. Ia dihukum bunuh kerana dikatakan mengaku dirinya Allah dengan berkata `Anal Haq’. Pada pandangan Feqah (ilmu syariat) beliau telah bersalah dan perlu dihukum bunuh. Setelah kepalanya dipancung, darah tersembur dan membentuk perkataan “La ila ha illa llah” dipermukaan tanah. Dalam hal ini, ahli Syariat yang menghukum tidak bersalah dan Halaj juga tidak bersalah. Halaj berkata demikian kerana terlalu ‘Zuk” atau telah fana didalam kewujudan Allah SWT.
Sumber hukum untuk masyarakat umum dalam Islam mestilah berlandaskan Syariat. Ini adalah untuk menjadikan hukum Islam bersistematik sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Laduni dan Kashaf sebenarnya bukan ilmu. Ia merupakan cara ilmu itu disampaikan. Laduni bermaksud Allah memasukkan terus maklumat berkenaan sesuatu perkara kedalam pengtahuan orang itu. Tidak melalui pendengaran atau penglihatan. Dengan perkataan lain tidak ada guru.
Khasaf pula bermaksud keupayaan seseorang itu melihat perkara-perkara yang ghaib pada mata kasar. Pandangan khasaf ialah pandangan menggunakan mata basir (mata batin atau mata ruhani). Kalau mata kasar menggunakan cahaya (cahaya matahari atau lampu) untuk melihat, mata basir menggunakan “nur” untuk melihat. Kekuatan mata basir berbeza-beza. Paling rendah boleh melihat dimensi jin (dan syaitan). Peringkat lebih tinggi boleh melihat dimensi malaikat (alam malakut), kemudian dimensi roh. Paling tinggi ialah dimensi ketuhaan (Alam Lahut).
Jadi ilmu-ilmu ini walaupun sumbernya Allah SWT, tetapi melalui cara yang berbeza. Sesuai dengan Ilmu Syariat yang bersifat zahir dan membicara perkara-perkara yang zahir semata-mata, maka cara penyampaiannya juga menggunakan peralatan zahir, seperti guru zahir, kitab-kitab yang bersumberkan Quran dan Hadith Rasulullah SAW.
Tariqat ialah jalan atau cara-cara untuk mempertingkatkan IMAN, TAQWA dan seterusnya mendapatkan keredhaan Allah SWT. Jadi, untuk mendapatkan keredhaan Allah, mestilah menggunkan jalan atau peraturan yang diredhai Allah. Apabila sesorang pengamal tariqat beramal bersungguh-sungguh dengan ikhlas dibawah panduan seorang guru yang murshid, darjat IMAN dan TQWAnya meningkat dari sehari-kesehari. Hasil dari peningkatan ini, “dirinya” yang di dalam diri zahir, atau ronya, menjadi bertambah kuat dan sehat. Mata basirnya semakin terang sehingga pada suatu masa, cukup kuat sehingga boleh melihat alam ghaib atau kashaf. Setelah kasyaf dan sudah melihat dimensi-dimensi yang dijelaskan tadi, IMANnya meningkat dari ILMU YAKIN kepada AINUL YAKIN. Kalau dahulu murid itu yakin adanya alam ghaib kerana percaya kepada ilmu syariat yang dipelajari. Tetapi sekarang ini telah melihat sendiri adanya alam ghaib tersebut. Naiklah darjat menjadi AINUL YAKIN (Ain bermakna mata).
Kemudian Allah membuka lagi lautan ilmu (maklumat) berkenaan dengan Rahsia Allah kepada murid ini melalui guru-guru ghaib yang terdiri daripada Wali-wali Allah atau ALLAH memberi terus melalui Laduni. IMAN murid tadi meningkat lagi sehingga HAQQUL YAKIN. Ia itu yakin sebenarnya-benar yakin. Inilah darjat yakin para Nabi-nabi.
Setelah mengtahui rahsia-rahsia kejadian alam ini, maka dikatakan murid tadi telah mendapat HAQIQAT. Ia itu mengtahui kejadian makhluk Allah disegi zahirnya dan gahibnya (batinya). Setelah mendapat HAQIQAT, seterunya murid tadi dengan kurniaNYA, mungkin akan ditambah lagi ILMUnya sehingga mengenal KHALIQ, Yang Maha Pencipta iatu ALLAH YANG MAHA PERKASA. Inillah dikatakan telah mendapat MAKRIFAT. Ia itu mengenal ALLAH sebagaimana ALLAH sendiri memberi tahu diriNYA.
Jadi sebagai kesimpulan, Tariqat itu masih berbetuk syariat kerana ia ilmu zahir. Hasil dari amalan tariqat, seseorang itu dikurniakan Haqiqat dan Makrifat.
Guru murshid ialah guru yang telah mendapat sekurang-kurangnya peringkat Haqiqat kalaupun tidak mendapat Makrifat.
Jadi kesimpulanya, kalau kita bukan ahlinya, tak payahlah jadi macam orang buta yang cuba menceritakan bentuk seekor gajah. Orang buta yang pegang belalai tentu mengatakan gajah itu seperti ular. Orang buta yang pegang kaki, kata gajah macam tiang, begitulah seterunya.
Berkenaan dengan bagaimana nak membezakan sama ada sumber ilham atau guru ghaib itu yang haq (wali-wali misalnya) atau batil (syaitan). Ini perkara senang. Guru yang murshid akan dapat membantu muridnya. Guru murshid melihat dengan mata bashir dan dapat mengenal siapa sebenarnya yang datang. Syaitan memang pandai berupa, tetapi mata bashir lebih tajam. Syaitan itu boleh dibunuh.
Kalau berbicara masalah Tariqat, tak payahlah tanya mana hadis atau nasnya. Lihatlah siapa yang mengajar dan siapa muridnya. Mana salsilahnya. Tariqat yang betul jelas. Tariqat yang salah pun jelas. Kalau amalan Tariqat tersebut bersalahan dengan Syariat, jangan ragu lagi. Pasti salah. Seperti sembahyang tanpa kelakuan atau sembahyang niat atau dipanggil juga sembahyang batin, tentu salah kerana sembahyang mesti ada ketiga, niat, berkata-kata dan kelakuan. Kalau tidak menjaga aurat, bercampur laki-laki dan perempuan juga salah.
Bahkan, semakin tinggi seseorang itu dalam perjalanannya menuju keredhaan Ilahi, semakin banyak dia bersembahyang. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kalau semakin tidak sembahyang, sahlah syaitan atau ketua syaitan ia itu Iblislah gurunya.
Sebagai kesimpulan, kalau kita bermaksud untuk menjadi orang yang diredhai Allah SWT MESTI belajar dan amal Tariqat. Sesorang yang mengamal Tariqat telah tahu dengan yakin sama ada segala amalannya diterima atau tidak oleh Allah SWT sebelum ia meninggal dunia lagi. Ia masih boleh betulkan sebelum mengadap Ilahi. Bahkan mereka ini mungkin dilantik menjadi Wali-Wali Allah.
Orang syariat hanya mendapat tahu sama ada Allah redha atau tidak setelah mereka mati. Ini sudah terlambat kalau terdapat kesilapan dalam amalan sehingga tidak diterima Allah SWT.
Fikirkanlah……………… saudaraku
Sekian. Harap maaf kalau terkasar bahasa.
Syed Mohd al-Yahya al-Hussaini.






ye ke ni..boleh percaya ke?
Komen oleh photomaniacstore — Mei 12, 2010 @ 4:42 pm
kepercayaan ini soal keimanan, boleh ke tak boleh bermakna was was yang mudah dirasuk syaitan.
Komen oleh jalanakhirat — Mei 12, 2010 @ 7:14 pm
Adalah didalam kajian hakikat kesemua perjalanan AGAMA bersendikan akan perjalanan pulang iaitu pengenalan akan AGAMA ialah untuk mengenali asal dan usulnya diri kita dan kaitan kita dengan Tuhan. Maka sebagai mana yang telah kita ketahui perjalanan mengenal itu membawa kita kepada pengertian SHARIAT, TARIKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT dan juga yang dikatakan MARGA atau JALAN dalam kefahaman AJARAN HAKIKAT maka PERJALANAN itu sebenarnya IALAH jalan kita mendekati akan Tuhan kita iaitu mengikuti peraturan yang menjadi asanya HUKUM agar patuh akan apa yang dikehendaki dan kedua kebaktian diatas peraturan itu yang membuka kepada pintu RAHMATnya dan menyempurnakan akan pengenalannya dan sampai akan perjalanannya kepada Tuhannya.
Maka sempurnanya itu diatas PERJALANAN AGAMA ialah memahami akan zahirnya atau turunnya akam hukum itu dan mematuhi akan hukum itu bukan diatas suatu PAKSAAN dan MENERIMA PADAH jika ditolak tetapi diatas mengenal TUHAN ITU DAN MENYINTAINYA bukan seperti PERCAYA KEPADA TUHAN kerana ini tiada membawa manusia itu kepada keimanan sejati kerana sekadar percaya adalah membawa kepada DASAR KEWAJIPAN kerana takut didera sementara KENAL DAN CINTA Tuhan membawa erti ibadat diatas sebab kerana cinta tanpa paksaan dan bukan kerana DOSA atau PAHALA maka disini kita lihat HUKUM ITU DIPATUHI TETAPI KENA TAHU KENAPA BARU SEMPURNA KENYATAAN KITA.
Akan perkara yang dikenali sebagai PERJALANAN itu terbahagi ia kepada 7 makam iaitu
1. SHARIAT – TUBUH
2. TARIKAT – HATI (SANUBARI)
3. HAKIKAT – QALBI (HATI FUAD)
4. MAKRIFAT – SIR
5. HARIKAT – SIRUSIR
6. RAMAKAT – KHAFA
7. EKATAT – AKHFA
Empat yang pertama telah dikenali sementara tiga yang terakhir merupakan batin kepada MAKRIFAT.
RENGKASAN 4 JALAN YANG PERTAMA
1. SHARIAT = satu jalan zahir yang membentuk suatu peraturan yang telah digariskan oleh Allah dalam Al-Quran dan rasulullah melaluinya hadis.
KARMAMARGA SEMBAH RAGA – ertinya perjalanan ibadatnya hanya bertumpukan diatas kesungguhan dan tertib akan ibadatnya dan berusaha untuk memperbaiki akan ibadatnya sehingga tiada cela lahiriahnya dan mengharapkan diatas kelakuannyanya itu mendapat ganjaran
2. TARIKAT = satu jalan yang diterokai bagi merapatkan diri dengan Allah s.w.t.. Ianya merupakan jalan menyucikan diri dan hati supaya terbentuk jalinan akrab diantara dirinya dengan Allah s.w.t.
BAKTIMARGA SEMBAH SUKMA – ertinya perjalanan ibadatnya yang semakin mantap dikeusiaannya dan kerajinannya menjalankan ibadat dengan sempurna shariatnya membawanya kepada tahap kebaktian yang sejati kepada Tuhannya
3. HAKIKAT = suatu jalan menyelami dan mengenali diri sendiri yang merupakan satu-satunya jalan ke arah makrifat diri dengan Allah s.w.t.
JANNAMARGA SEMBAH JIWA – ertinya perjalanan ibadatnya disertai akan ilmu yang memberi erti diatas segala hukum shariat itu yang mana dia memahami kenapa dan apa maksud shariat itu
4. MAKRIFAT = adalah jalan yang dilalui oleh wali Allah yang agung.
YUGAMARGA SEMBAH RAHSIA – ertinya perjalanan ibadatnya sudah mencapai tahap kesempurnaan yang tertinggi dan sudah keluar dari tabiat kebiasaan beribadatnya manusia dimana segala ibadatnya tertumpu diatas kefana’an dirinya sehingga tiada lagi keberadaan dirinya
PENGENALAN KEPADA HARIKAT, RAMAKAT DAN EKATAT
Selepas pengenalan kepada empat perjalanan maka disini diperkenal akan 3 lagi jalan yang membawa kepada kesempurnaan terakhir. Adapun 3 jalan terakhir ini adalah batin kepada MAKRIFAT atau jalan RAHSIA alam SIRURSIR namanya terbahagi kepada 3 BATINnya iaitu
1. Sirrusir ( RAHSIA DALAM RAHSIA)
2. Khafa (TERSEMBUNYI –GHAIB)
3. Akhfa (AMAT TERSEMBUNYI – GHAIBUL-GHAIB)
Pengenalan jalan ini hanya terbuka kepada manusia dalam masa 11 ribu tahun sekali dan hampir-hampir tiada yang dapat melengkapkan kerana setiap jalan itu pula terbuka untuk 11 orang manusia yang terbaik diantara bangsa dan keturunannya dan lagi setiap perjalanan itu memakan 1.1 juta tahun dan penghujung perjalanan ini jika lengkap akan tiga perjalanan memakan masa selama 330 juta tahun.
Adalah pengenalan akan HARIKAT, RAMAKAT dnan EKATAT ini suatu yang dinamakan batin kepada makrifat dimana makrifat itu sendiri terpecah kepada tiga bahagian tersebut menjadi ia hakikat akan makrifat atau batinnya makrifat itu. Kefahaman diatas perkara ini amat bergantung diatas kefahaman makrifat itu sendiri dan hanya terbukti kebenarannya apabila seseorang itu telah sampai kepada pengajian makrifat.
MARTABAT PERJALANAN HARIKAT
Ianya suatu jalan yang membawa ertinya kesatuan diatas dua keberadaan yang ditampirkan sabagai INSAN AL-KAMIL iaitu sempurnanya KUN diatas lidahnya satu Kun dengan Tuhannya, inilah martabat orang yang telah memasuki wilayah MAKRIFAT segera tenggelam didalam lautan ilahiyah yang menjadikan dirinya tiada lagi berkata diatas lidahnya melainkan di KUN-kan oleh Tuhannya. Mereka yang didalam martabat harikat ini menjadi dia RAJA yang akur akan segala sesuatu dan menjadi dia penghukum hukum Allah itu menjadi kitab akan Allah itu dan menjadi ganti diri Allah itu dikemanusiaannya iaitu ternyata ketuhanannya di kemanusiaannya tiada dapat terbeza oleh manusia awam kerana KUNnya itu Kun Tuhannya. Disini yang arifbillah itu mengenali Tuhannya dengan kalamnya dan shuhud yang tiada lagi bertempat melainkan pada dirinya itulah ternyata akan kekuasaan ilahi itu tiada liagi ada batasan lagi
MARTABAT PERJALANAN RAMAKAT
Adalah perjalanan RAMAKAT pula perjalanan kepada menghadirkan diri kepada dua alam dan duduk nya pada satu alam dimana tiada lagi kemanusiannya dan ketuhanannya bahkan telah luluh pada satu alam jua walaupun masih ujud keduanya tetapi alamnya tiada dua tetap satu jua dan mereka yang didalam perjalanan ini adalah pemegang kuasa pemeliharaan yang membawa erti kesatuan kehormanian yang seimbang diatas dua alam pada satu alam itu jua maka ilahiyah itu sudah berubah kepada satu AKU dua DIRI namun tiada shiriknya lagi kerana tuhannya telah menjadikan dia dua kepala satu tubuh membolehkan dia melihat pada satu mata dua pandangan kasyaf pada bayangan yang cerah dan kelam itu jua.
MARTABAT PERJALANAN EKATAT
Ini adalah satu jalan semata-mata perjalanan MAHARAJA bukan Raja kerana disini tiada lagi Dia atau Aku bahkan hancur semuanya kepada suatu martabat yang menyatu akan segalanya kuasa dan kehendak sebagai KUASA SEMATA-MATA yang membawa kepada PENCIPTAAN dan KEHANCURAN itu ada pada sesiapa yang sampai ke martabat ini.
Komen oleh radin mas — Mei 13, 2010 @ 2:21 pm
Asalamualaikum
Mungkin saudara Radin Mas orang yang saya kenali berdasarkan nama dan gaya penulisannya atau pun saudara mengenali saya, mungkin.
Walau bagaimana pun saya mengucapkan terima kaseh atas komentar saudara ini. Sebagai penghargaan saya telah menjadikan komentar saudara sebagai intri weblog Jalan Akhirat seperti pautan dibawah ini:
http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/05/13/pendirian-berugama/
wasalam.
Komen oleh jalanakhirat — Mei 13, 2010 @ 2:59 pm
Alhamdulillah dan terima kasih kerana saudara memaparkan keterangan yg amat baik ini. bertahun2 saya cuba memahaminya.. malah beberapa org yg mempelajarinya pernah saya jumpa tp penjelasanya tidak sejelas ini..semuga sdr sentiasa dberkati Yang Maha Esa…amin.
Komen oleh mohd ghazali — Ogos 19, 2010 @ 9:51 am
mcmana klu saya ingin belajar tarikat sedangkan hati saya masih was-was dgn guru itu.mcmana saya hendak pastikan apa yg ingin saya belajar itu bukan satu ajaran sesat?
Komen oleh JOHAN — Ogos 25, 2010 @ 8:26 pm
Kalau ada tarekat saja tak cukup, syariat, hakekat dan makrifat buang kat mana.
Mestilah berjalan serentak.
Komen oleh adi — November 19, 2010 @ 4:49 pm
sekiranya pihak tuan boleh memberi panduan yg lebih tepat untuk rujukan saya dimana tpt yg lebih selamat utk dituntut.t.kasih
Komen oleh JOHAN — Ogos 25, 2010 @ 8:43 pm
hu
Komen oleh al-faqir — September 20, 2010 @ 11:23 pm
Assalamualaikum… memang seronok baca/belajar benda2 magik ni… semua maklumat diberi tanpa sebarang sandaran hadis2 sahih dan nas2 al-quran, jd macam mana nak pastikan kebenaran fakta dan cerita… tanpa sandaran, maka sama jer dgn cerita Hang Tuah dll… cerita yg selalu kita dgr x semestinya sahih, byk jugak cerita2 agama yg kita dengar tp sbnrnya cerita2 israiliyyat… kalau ikutkan takwa & keyakinan terhdp agama, para sahabat jauh lebih hebat malah pengorbanan mereka pasti x mampu org zaman skrg nak buat, tp x pulak pernah dgr dikhabarkan yg mereka ni dpt kuasa ghaib dan boleh belajar terus drpd Allah tanpa melalui Rasulullah.. malah Rasulullah terima Al-Quran pun melalui Jibril… jd sapa kita yg hanya duduk berzikir tanpa sikit pun berjuang ke jalan Allah, berdakwah, mencegah perkara mungkar dll pulak boleh dpt sampai tahap yg mcm tu sekali… cuba2lah fikirkan… ilmu tu, ilmu jugak tp sapa kita klu nak dibandingkan dgn Rasullullah yg Allah kata kekasih Allah? lg satu mcm mana pulak boleh tahu rahsia kejadian alam sedangkan dah jelas lg tersuluh Allah nyatakan ianya adalah rahsia Allah.. tak pulak Allah nyatakan, klu iman ko sampai tahap yg tertinggi, ko akan tahu segala rahsia kejadian alam…mmmm…. confuse.. mcm ni lah, lebih baik beramal dgn apa yg jelas disuruh oleh agama yg bersandarkan quran dan sunnah dgn ikhlas kpd Allah.. x payah niat beramal sbb nak kebolehan2 luar biasa..takut silap2 amalan ditolak kerana bukan kerana Allah Ta’ala…wallahua’lam..
Komen oleh az — September 29, 2010 @ 1:26 am
Salam, maaf mencelah. Saya sedari kecil mendengar perkara-perkara ini dan sekarang umur saya dah 26 tahun telah banyak perkara pelik yang saya tengok dan dengar dari ayah saya sendiri. Contohnya ayah saya boleh berubat dan berbicara dengan jin, Mak cik saya menangis menceritakan ayah saya menemuinya di mekah sedangkan ayah bersama saya di Terangganu dan bermacam-macam lagi.
Alhamdullillah saya lahir dari keluarga yang mempelajari ilmu makrifat ni sekian lama dan agak banyak rahsia telah didedahkan kepada saya berkenaan Bismillah, solat, zikir dan lain2 lagi. Saya yakin dan bertmbah yakin. Apa yang diterangkan oleh syeikh di atas pernah selalu dengar dari kecil dan Alhamdullillah penerangan Sheikh lebih menjelaskan lagi.
Komen oleh Saya — Oktober 10, 2010 @ 5:38 pm
Awal agama adalah makrifat kepada Allah.
Kalau sudah makrifat bila pula tarikh kita beragama?
Kalau mengaku sudah beragama, siapa yang memberi kita agama?.
Komen oleh adi — November 19, 2010 @ 4:44 pm
jgn terjebak di mengenal Allah kawan….
tp awal agamanya yg perlu di pahami kawan….
awal agama itu iman, lalu islam,, lalu tauhid, dan akhirnya ma’rifat…
jika keempatnya sdh kt pegang dan kt himpun,,, itulah namanya Din…jelasnya kt disebut sdh beragama
Komen oleh badai — April 5, 2011 @ 8:45 am
SALAM..
Saya ada seorang kawan yang mengamalkan ilmu tariqat. antara kebolehan yang di anugerahkan kepada beliau adalah beliau boleh melihat alam ghaib dan berubat orang. bagi diri saya, saya yakin apa yang dibawanya adalah betul selagi ianya tidak lari dari landasan syariat. saya pernah menyuarakan rasa hati untuk belajar tariqat tapi saya tidak pasti tariqat yang mana sesuai dan yang boleh saya bawa. boleh syeikh bagi pandangan?
Komen oleh lan — Oktober 21, 2010 @ 1:46 am
Kamu yakin betul, ape kata kalau tidak betul.
Komen oleh adi — November 19, 2010 @ 4:39 pm
RADIN MAS-saya nk tnya ni.kamo tiggal kat mane?saya mahu berjumpa dan berbicara dengan kamo
Komen oleh man — Oktober 25, 2010 @ 10:58 pm
Salam,Ilmu ini memang bagus,Macam iman Ghazali berkata, belajar senang tapi amalkan amat payah.Bila belajar makrifat jangan guna akal,guna hati dan keyakinan.
W.salam.
Komen oleh Zakaria ( Pak Ya Balok) — November 1, 2010 @ 3:06 pm
Assalaamu Alaikum Saudara2 Islam yg saya cintai,
Memang betul, kalau dalam beragama kita wajib mempunyai ini empat pekara. Lebih2 lagi tentang Ilmu Ma’rifat baru kita kenal dgn sebenar-benar pengenalan terhadap ALLAH kita. Tak kenal macamana nak cinta atau nak sembah. Baitullah hanyalah rumah ALLAH yg di perbuat dari batu.
Komen oleh Mohd.Azmi — November 15, 2010 @ 12:13 pm
Baitullah adalah rumah Allah,
Di mana Allah itu berada.
Baitullah bukan daripada batu.
Komen oleh adi — November 19, 2010 @ 4:34 pm
qalbun mukminin baitullah..
Komen oleh badai — April 5, 2011 @ 8:46 am
aslm semua
alhamdulilah makin terang lagi nyata.
rahsia tu tetap rahsia. dan bukan sumua dianugerah jalan ini.banyak lah kita buat amal mohon pada nyer supa ditemukan jln ini. bagi pendapat saya betulnyer sesuata jln tu bergantung pada kalimahsyahadad nyer. selagi tak terpisah ALLAH DN MUHAMMAD insyahallah betul lah jln tu.
bagi yg ingin lg mendalam cuba rujuk kitab sirrul asrar atau pun guru dr ustaz al azwan( cucu tok kenali dr kelantan) insyaallah akn diteranggi hidayah dari ALLAH
Komen oleh zol — November 3, 2010 @ 5:02 pm
Allah tidak berpisah dari Muhammad.
Jadi ape ada rahsia lagi siapa mau mengenal Allah carilah Muhammad.
Ada Muhammad adalah Allah.
Komen oleh adi — November 19, 2010 @ 4:37 pm
salam.. mengenai perkara yg dibincangkan diatas dan juga hamba ALLAH yg tak putus beri pengetahuan dalam perkara ini. sya ingin menanyakan kepada sesiapa yg arif. adakah ilmu ini hanya boleh kepada waris sahaja? atau bukan waris? kita sebagai manusia yg juga hamba ALLAH pasti digalakkan tak kedekut ilmu betul? kerana ilmu ALLAH adalah untuk hamba ALLAH yg ingin mempelajari adalah digalakkan. kerana dapat mendekatkan diri dgn ALLAH. Mengapa ada yg masih bersikap seperti yg sya.. sedangkan ini ilmu ALLAH. sekian.. sya berharap, sesiapa yg mempunyai ilmu ini, jgnlah sombong..sebarkan ilmu kepada org yg layak dan benar2 ingin belajar. bimbing mereka sbgai mn dbimbing oleh guru sendiri.
Komen oleh muhammad — November 17, 2010 @ 4:57 pm
tidak usah diperbincangkan yang tidak perlu………
yang jelas 5 jari yang kita angkat waktu takbir itu bermakna
Iman Islam Tauhid Ma’rifat Din
katanya awal agama mengenal Allah..
jadi apa itu awal agama???
Awal agama dulu yang kita harus tahu saudara2 ku semua…baru akhirnya kita beragama ….
Komen oleh badai — Disember 13, 2010 @ 3:46 pm
terima kasih syed mohd alyahya alhusaini atas penjelasannya semoga Allah merahmati anda ! sudah lama saya mencari tentang penjelasan semua ini !harap kita ambil hikmahnya sebagai pembelajaran dan pengetahuan tentang ilmu ini ! dan bagi sdr-sdr yang ingin lebih mendalami tentang ilmu tarekat hendaklah mencari guru yang silsilah tarekatnya bersambung dgn Baginda Rasulullah !
Komen oleh anaf — Disember 19, 2010 @ 12:38 am
…rahsiAmu,rahsiAku jua….
Komen oleh sp69 — Januari 8, 2011 @ 12:58 pm