Jalan Akhirat

Mac 30, 2010

Mengenali ahli syurga dan neraka

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 9:20 pm



1.Riwayat Imam Bukhori

قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُعْرَفُ أَهْلُ الْجَنَّةِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَلِمَ يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ يَعْمَلُ لِمَا خُلِقَ لَهُ أَوْ لِمَا يُسِّرَ لَهُ
Telah berkata seorang lelaki: Wahai Utusan Allah! Adakah boleh dikenali ahli syurga berbanding ahli neraka ?
Sabda RasuluLLaah : Ya
Katanya lagi (lelaki itu): Maka untuk apakah beramalnya orang-orang yang beramal?
Sabda RasuluLLaah: Setiap orang akan beramal untuk apa yang telah Allah tetapkan untuknya

2.Riwayat Imam Muslim

عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعُلِمَ أَهْلُ الْجَنَّةِ مَنْ أَهْلِ النَّارِ قَالَ فَقَالَ نَعَمْ قَالَ قِيلَ فَفِيمَ يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ

Terjemahan hampir sama dengan riwayat Imam Bukhori diatas

Setiap amalan sama ada perbuatan atau ucapan kata seseorang hamba Allah itu boleh menjadi tanda ke atas dirinya sendiri sebagai ahli syurga atau ahli neraka. Kecenderungan dan minatnya juga boleh menjuruskan dirinya menjadi penghuni syurga atau neraka di akhirat nanti. Orang-orang kafir dan munafiq memang akan ke neraka. Manakala orang-orang Islam yang melakukan @ cenderung hati ke arah kebaikan sudah tentu bekal menjadi ahli syurga.

Manakala mereka yang melakukan maksiat @ cenderung hatinya ke arah maksiat maka sudah tentu akan ke neraka bagi membalas segala dosa mereka. Mereka sudah tentulah pencuri, penzina, perasuah, penjudi, peminum arak dan lain-lain pengamal dosa. Mereka barangkali orang-orang yang kita kenal peribadinya atau kita tahu fe’elnya. Selama mereka tidak bertaubat dan tidak diampun Allah akan dosa-dosa mereka maka mereka tetap ahli neraka.

Ahli-ahli syurga pula sudah tentu mereka yang taat kepada perintah Allah, hamba-hamba Allah yang soleh dan mendapat rahmat / keampunan-Nya. Mereka juga dapat dikenali melalui kerja buat dan ucapan seharian mereka. Sudah tentu laku perbuatan bakal ahli syurga dan neraka dapat dikenali, dicam dan dibezakan semasa hidup di dunia ini lagi. WalLahu a’lam bissowaab.

Ya Allah jauhilah kami dari siksaan neraka.

2 Komen »

  1. YA ALLAH KAU MASUKKANLAH AKU KE DALAM SYURGAMU

    YA ALLAH KAU MASUKKANLAH AKU KE DALAM SYURGAMU

    YA ALLAH KAU MASUKKANLAH AKU KE DALAM SYURGAMU

    Komen oleh nabil — September 2, 2010 @ 12:14 am

  2. Asalamualaikum

    Ya Allah Ya Tuhan ku masukkanlah budak Nabil ini ke dalan SyurgaMu, Amin.

    Wasalam.

    Komen oleh jalanakhirat — September 2, 2010 @ 3:30 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Theme: Silver is the New Black. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 101 other followers