Jalan Akhirat

Mac 19, 2010

Waktu taubat tidak lagi diterima

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 10:40 am



Apabila seseorang hamba bertaubat kepada Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan beserta dengan hati yang ikhlas, sudah pasti Allah akan menerima taubat hamba-Nya. Tetapi terdapat beberapa keadaan dan masa tertentu yang mana pada ketika itu, taubat seseorang hamba TIDAK AKAN diterima oleh Allah S.W.T.

Ingatlah akan pesanan Allah S.W.T. dalam Al-Quran agar kita segera bertaubat sebelum tiba masa dan keadaan di mana taubat tidak lagi diterima.

Seperti firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 54 yang bermaksud:

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”

1. Nazak

Manusia sememangnya sentiasa lalai. Lebih-lebih lagi apabila banyak nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan kepada mereka. Kelalaian inilah yang membawa manusia kepada azab Allah S.W.T. yang amat pedih di akhirat nanti kecuali pada mereka yang sedar akan nikmat Allah S.W.T. Mereka sentiasa bersyukur tidak kira masa senang mahupun waktu susah, waktu sihat mahupun waktu sakit.

Tetapi ramai manusia yang akan mengingati Allah S.W.T. apabila datangnya sakit. Pada saat dan ketika inilah mereka akan ingatkan Allah S.W.T. Pada saat inilah mereka akan bertaubat, akan meninggalkan segala perbuatan dosa yang telah dilakukan dan apabila mereka sihat semula, mereka lupa akan janji mereka semasa sakit.

Ingatlah Allah S.W.T. tidak akan menerima taubat hamba-Nya apabila roh sudah sampai ke kerongkong atau dalam keadaan nazak. Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesunggunya Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama belum sampai saat ghargharah.”

2. Terancam Nyawa

Manusia yang telah berada dalam bahaya dan dirasakan akan mati, dan pada ketika itu, mereka bertaubat kepada Allah, maka Allah tidak akan menerima taubat hamba-Nya.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nissa ayat 18, maksudnya:

“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini.” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

3. Hampir Kiamat

Apabila Kiamat bakal menjelma, Allah tidak akan menerima taubat hamba-Nya. Antara tanda Kiamat Kubra adalah apabila matahari terbit dari arah tempat terbenamnya ia, iaitu barat. Dan apabila matahari terbit dari barat, ketika itulah Kiamat menjelma dan ketika itu jugalah taubat hamba-Nya tidak diterima oleh Allah S.W.T.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Theme: Silver is the New Black. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 101 other followers