Kisah Tok Pandir mencari ilmu



AMARAN: Cerita Tok Pandir ini adalah rekaan sahaja, tidak melibatkan mereka yang maseh hidup , separuh nyawa atau sudah mati dan jangan pula ada mereka yang ingin memegang watak pandir dalam cerita ini.

Kisah Tok Pandir moden menuntut ilmu di alaf baru perginya tak lama, lebih kurang empat lima hari sahaja, kerana perginya umpama seperti cerita Pak Pandir pergi belayar. Ketika pemergian Tok Pandir ,kampung halaman terasa tenteram, banyak pelayar yang singgah di kampong halaman.

Sekembalinya Tok Pandir menuntut ilmu kampong halaman kembali riuh rendah dengan labunnya. Pak Pandir memperkecilkan pengetahuan para hadirin kerana tidak tahu kemana dia menghilang selama lima hari, kerana yang Cuma mengetahui pemergiannya cumalh Mak Andih, Pak Kaduk dan Lebai Malang ia itu mereka yang telah diberi tahunya. Sebodoh Pak Pandir zaman dahulu pun jika nak ke Mekah diadakan majlis kenduri dan bacaan doa selamat supaya orang kampong tahu kemana dia menghilangkan diri. Sekembali dari Mekah Pak Pandir terpaksa pula pakai seban supaya orang tahu dia sudah ke Mekah, dan namanya perlu ditukar kepada Haji Pandir. Ini bermakna Tok Pandir moden lebih banggang dari Pak Pandir.

Labun Tok Pandir berguru lima hari lebih hebat dari cerita Pak Pandir pergi ke Mekah selama lima bulan naik kapal layar buruk. Bezanya jika Pak Pandir banyak habis masa di laut, Tok Pandir banyak habis masa di atas jalan walau pun ilmu yang diperolehinya jauh sedikit daripada di tepi jalan. Jika Pak Pandir mengeluh kehabisan wang berpuloh ribu pergi ke Mekah, Tok Pandir pula hebuh kehabisan wang RM 1200 belanja makan minum dan tidur. Bagaimana pun Tok Pandir tidak kecewa kerana dia telah berjaya memujuk guru yang ditemuinya hanya selama dua jam untuk memperokehi dua ilmu. Bayangkanlah betapa banyak ilmu yang Tok pandir perolehi jika semua masa selama lima hari tersebut digunakan untuk memujuk Tok Guru memperolehi ilmu, mungkin beratus ratus atau beribu ribu ilmu. Dan guru yang ditemui Tok Pandir tentunya macam orang perempuan atau kanak kanak yang boleh di pujuk pujuk untuk dirujuk. Sebab itu guru tersebut walau pun boleh kenal hantu syaitan tapi tak kenal cek tendang. Sebenarnya jika guru seumpama ini yang mendakwa boleh menurunkan ilmu bila di pujuk, mereka cuma diberi bungkusan yang mengandungi tahi sahaja, kerana cuma tahi sahaja benda yang tak berkulit diatas muka bumi ini. Pak Pandir pun tentu terkejut jika ada Tok guru yang mendakwa boleh memberi ilmu kecuali ilmu sihir. Sebab itu Miss Tique cakap dia ada ketemui Tok batin orang Asli yang menyebut ayat al Quran. Sebab itu salasilah yang ditulis Tok Pandir tidak pernah nasapnya sampai kepada Nabi Muhammad saw. Tok Pandir Cuma mengajuk ngajuk saja, oranng berbaiah dia berbaiah, orang bersalasilah dia bersalasilah tapi menyalah.
Sebenarnya banyak amalan khurafat yang didakwa sebagai amalan suci dalam weblog ini dan ulasannya banyak saya sediakan dalam bentuk artikal dalam weblog Jalan Akhirat. Oleh itu jika sesiapa yang ingin mengetahuinya bolehlah melayari : http:jalanakhirat.wordpress.com/

Wasalam.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to Kisah Tok Pandir mencari ilmu

  1. Tok Syeikh berkata:

    Kalau kita hidup hanya nak perli orang…APA KAH ITU ORANG BERIMAN ????Pakciklioo saya tidak bermusoh pun dengan anda, tetapi kenapakah ANDA MEMPERTIKAI NASAB DAN KETURUNAN SAYA ???anda perli saya kerana menuntut ilmu lagi…MEMANG LAH SUDAH SAYA KATA KAN SAYA TIADA ILMU…KALAU KITA TIADA ILMU WAJIB KITA BELAJAR LAGI !!!TIDAK KAH ITU CARA GURU GURU ANDA MENCARI ILMU…IAITU MENGADAP GURU BUKAN DENGAN CARA BACA DI WEB BLOG ATAU BUKU !!!!

  2. jalanakhirat berkata:

    Asalamualaikum

    Saya pun tak suka maki, perli orang dan mencari musoh, tapi saya suka nasihatkan Tok Syeikh, jika kita tak suka orang perli dimaki dan dimusuhi kita, janganlah kita bersikap sedemikian. Hormati hak, pandangan dan perasaan orang lain. Berfikirlah sebelum kita meluahkan sesuatu. Ilmu itu adalah buah dari amalan dan bukan dicari. Saya tidak pernah menyatakan memadai sekadar belajar dari buku dan weblog. Tapi buku dan weblog banyak membantu manusia memperolehi pengetahuan sebelum beroleh ilmu.

    Terima kaseh.

  3. Tok Syeikh berkata:

    Waalaikum musallam Pakcik lioo !!Sebelum bab ini di tulis saya tidak sentoh pun nama anda dan tidak perli pun anda…tetapi setelah anda masuk KARIMON BLOG dan perli saya baru lah saya HENTAM ANDA !!!!ANDA FIKIR SENDIRI KERANA ANDA ORANG BERILMU,TAPI TAK KISAH PERKARA INI SAYA SERAH KAN KEPADA ALLAH SWT….WASALLAM.

  4. jalanakhirat berkata:

    Asalamualaikum Tok Syeikh’

    Saya menghormati pendirian Tok Syeikh dan saya harap begitu juga pendirian Tok Syeikh terhadap orang lain. Kita perlu saling menasihat menasihati. Terus terang saya katakan bahawa komentar Tok Syeikh di Karimon’s blog banyak menguris perasaan pengunjungnya. Saya harap Tok Syeik dapat menyemak kembali komentar Tok Syeik di weblog tersebut bila ada masa dan ketenangan. Pandangan saya ini adalah daripada apa yang saya rasakan dari seorang penggunjung Karimon’s blog. Dan terpulanglah kepada Tok Syeikh untuk menilaikannya.

    Terima kaseh salam hormat.

  5. Tok Syeikh berkata:

    Walaikum salam !!!Saya tidak akan masuk lagi dalam apa pun blog anda dan ini YANG TERAKHIR !!Kalau pun komen saya kasar bukan kamu yang nak tegor…RAHIM/KARIMON ADA NO TALIPON SAYA DAN RUMAH SAYA PUN DIA TAHU JUGA PERNAH DATANG…BAGITU JUGA TOK WALI KUDUS/AZMAN,NEO ISKANDAR/FAIZOL DAN JUGA PENDEKAR/ZULKIFLI….KAMI SELALU BERBINCANG MELALUI TALIPON…jangan kita sengaja mencari kesalahan orang….ITU SEBAB NYA AKU SUROH KAU FIKIR…TANPA BLOG PUN AKU MEMANG DAH BERUBAT ORANG…BUKAN CARA AKU CARI POPULAR DAN CARI MAKAN DI DALAM BLOG…TQ.

  6. csi9 berkata:

    salam… salam… salam…
    ayuhai tuan-tuan yang bersaudara… ucapkanlah benih kasihsayang… yang meraikan cinta… dan menyebarkan salam…

    ayuhai tuan-tuan dari benih terpilih lagi pilihan… bersegeralah sedar, insaf, rujuk… bahkan tuan-tuan berdarah pemimpin… maka pimpinlah… hati hati yang berhati…

  7. jalanakhirat berkata:

    Waalaikumusalam

    Kita manusia yang lemah kadangkala kita lalai menjaga hati kita dari nafsu amarah.

    Terima kaseh salam hormat.

  8. Rushdi berkata:

    Saya tak setuju, cakap cover baik tapi menghina orang lain, taik kita letak ceri dan reben tetap taik. Jangan kita jadi hipokrit.

Tinggalkan komen