Bersetubuh atau jimak pada malam jumaat ?



Adakah terdapat dalil dari Al-Quran atau pun Hadis Rasulullah SAW berkenaan mengauli isteri pada malam Jumaat?

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara tersebut . Sepanjang pengetahuan kami – yang sedikit ini dan yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala – tidak ada sebarang keterangan yang kuat lagi sahih ( daripada Al-Quran Al-Karim , mahupun As-Sunnah ) yang menetapkan tatacara menggauli isteri di hari-hari tertentu seperti malam Jumaat itu . Ini disebabkan setiap masa dan ketika boleh dilakukan padanya majlis perkahwinan , dan begitulah juga dengan menggauli isteri ( berjimak dengannya ) , kecualilah pada masa-masa yang telah maklum akan larangannya seperti di dalam keadaan berihram , di dalam keadaan haidh ( wanita tidak suci ) dan sebagainya .

Kalaulah disebabkan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri mengahwini / “ menggauli “ seseorang isterinya daripada isteri-isterinya pada hari-hari tertentu menunjukkan sunat hukumnya , maka sudah tentu semua waktu dan ketika yang pernah Baginda Rasulullah s.a.w berkahwin / berjimak dihukum sunat juga , kerana Baginda Rasulullah s.a.w mempunyai isteri yang ramai . Sudah tentulah hukum dan kiasan seperti ini tidak dapat diterima .

Oleh itu kenapa pula timbul kepercayaan sesetengah umat Islam bahawa sunat dilakukan perkahwinan @ “ pergaulan suami-isteri “ di malam Jumaat ? .

SEBAB-SEBABNYA :

1 – Disebabkan malam tersebut merupakan malam bagi hari Jumaat . Dan ia pula dianggap sebagai penghulu segala hari ( sebagai mana di dalam hadis-hadis sahih ) . Selain itu , Hari Jumaat juga sebagai mana di dalam hadis-hadis sahih adalah salah-satu daripada hari-hari kebesaran dan perayaan umat Islam .

2 – Disebabkan sunat melakukan Mandi Hari Jumaat . Oleh itu , sebahagian ulama’ kita telah menyatakan bahawa jika kita “ tidur @ mencampuri @ berjimak “ dengan isteri kita pada malam tersebut lalu kita tidur , maka pada paginya – sebelum solat Subuh – kita pun bangun untuk menunaikan mandi junub @ janabah @ wajib . Dalam masa yang sama , kita pun berniat untuk mandi sunat hari Jumaat . Daripada sinilah sebahagian ulama’ mengatakan sunat berjimak dengan isteri di malam Jumaat .

3 – Biasanya kitab-kitab klasik yang menerangkan kelebihan berjimak dengan isteri di Malam Jumaat ditulis di masa sesebuah negara umat Islam itu mendaulatkan hukum-hukum Islam sebagai Perundangan Negara . Oleh itu sudah pasti juga mereka menjadikan Hari Jumaat itu sebagai HARI CUTI MINGGUAN ( sebagai mana yang masih berlaku di beberapa negara / I seperti Arab Saudi , Mesir , Kelantan dan Terengganu).

Oleh kerana pada Hari Jumaat mereka bercuti dan berehat , maka sudah tentulah sangat-sangat sesuai dilakukan upacara akad-nikah @ berjimak dengan isteri pada malam sebelumnya ( Malam Jumaat ) . Sayangnya kelebihan bercuti pada Hari Jumaat ini telah dilenyapkan sendiri oleh mereka yang “ bermati-matian “ mewar-warkan bahawa merekalah pemimpin parti Islam ketiga terbesar di dunia . Dan yang sayang seribu kali sayang pula , adanya golongan ulama’ upahan yang bermati-matian menentang Hari Jumaat dijadikan “ Hari Cuti Mingguan “ dengan mengatakan bahawa perkara itu tiada dalilnya daripada sumber-sumber perundangan Islam . Tapi yang amat malangnya pula , golongan ini tidak pula mahu menunjukkan dalil-dalil yang sahih lagi kuat untuk mereka menjadikan Hari Ahad sebagai “ Hari Cuti Umum @ Mingguan “ !!! .

Namun bagi kebanyakan kita yang tidak tinggal di Kelantan ataupun di Terengganu dan tidak pula bercuti pada Hari Jumaat , maka tidaklah menjadi halangan untuk melakukan sesebuah majlis pernikahan ( dan begitulah juga untuk “ bergaul beberapa pusingan “ dengan isteri ) pada Malam Ahad , memandangkan keesokan harinya kita mempunyai masa rehat yang lebih ( cuti ) berbanding dengan hari-hari selainnya .

KESIMPULANNYA :

Tiada hari khusus dan cara yang khusus untuk kita melakukan jimak ataupun majlis perkahwinan melainkan apa yang telah dimaklumi daripada sumber-sumber perundangan Islam yang sahih . Adapun kalam-kalam yang mengatakan “ sunat dilakukan pada Malam Jumaat “ hanyalah berdasarkan keluasan masa rehat dan kelebihan yang ada pada hari keesokannya ( Jumaat ) .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

RUJUKAN

1 – YASALUNAKA FID DIN WAL HAYAH ( Jilid II , ms 160 )
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Ahmad Asy-Syarbasi – Pensyarah Univeristi Al-Azhar , Mesir .
Cetakan : Darul Jil , Beirut .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Bersetubuh atau jimak pada malam jumaat ?

  1. Rashid says:

    Bersetubuh dengan isteri pada malam di bulan Ramadhan. Soalannya : Bilakah waktu mereka mandi wajib, adakah sah puasanya bila mandi wajib dilakukan ketika waktu imsak atau subuh?

  2. nurul says:

    Salam.
    Saya ingin bertanya, bagaimana pula ada yang mengatakan hari2 dna waktu2 tertentu dilarang berjimak kerana jika Allah kurniakan anak hasil drpd jimak itu anak itu akan menjadi buta/cacat/bakhil dan macam 2 lagi. contohnya pada awal malam, selepas zohor, pada awal, tengah dan akhir bulan. sudh tentu kami semua mahukan anak2 yang sempurna cukup sifat sihat lagi menjadi soleh/solehah jadi minta tolong jelaskan tentang maklumat itu kerana ditakuti bercanggah dengan Quran/Hadith. dan kalau begitu banyak pantang larang usdah tentulah sukar untuk mencari masa hari yang sesuai untuk berjimak dengan suami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s