10 solat yang tidak diterima Allah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to 10 solat yang tidak diterima Allah

  1. farhana berkata:

    salam…cam mane kita nak tahu mandi wajib yg kita buat tue sempurna dan diterima alllh taala

  2. jalanakhirat berkata:

    Waalaikumusalam Farhana, dibawah ini saya jelaskan cara cara mandi wajib tersebut,

    فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

    Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

    Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

    ثم أتيته بالمنديل فرده

    Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

    Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

    1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

    2) Membaca ‘Bismillah’.

    3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

    4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

    5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

    6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

    7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

    ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

    “Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

    Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

    . بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

    Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

    Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

    عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

    Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

    Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

    دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

    “Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

    8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

    عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

    Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

    9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

    10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

    Mandi Farhana jangan tak mandi !

    wasalam

  3. abdul hamid berkata:

    mohon ijin untuk mempaste,salam dari indonesia

  4. iqbal berkata:

    Ass.Wr.Wb…,Mohon dijelaskan maksud dari pada orang lelaki sholat sendirian tapi tidak membaca sesuatu itu seperti apa keadaannya . Terima kasih .

    Wassallam ,

  5. Auna Nadhirah berkata:

    Assalamualaikum…..mohon copy dan meletakkan dalam blog saya..Syukran..

  6. muslimin berkata:

    artikel diatas tolong disebutkan sumber haditsnya, apakah shahih ataukah dha’if ?

  7. alaq22 berkata:

    Assalamualaikum,
    mohon pencerahan maksud orang lelaki yang melarikan diri..melarikan diri dari ape?
    juga maksud orang lelaki solat sendirian tanpa membaca apa-apa…

    terima kasih

  8. Mimi berkata:

    Tidak mungkin akan khusyuk solat selagi mengikut syariat. Bagaimana hendak beriman kepada sesuatu yang TIDAK NAMPAK? Mengapa tok2 imam di kg2 yang paling banyak mengumpat dalam masjid? Nabi Muhammad SAW mengamalkan shariat, tarekat, hakikat dan mencapai makrifat. Umat akhir zaman pula hanya amal shariat yang sibuk menghukum haram segala benda sehingga islam dipandang hina dan dianggap beban. Inilah kelemahan shariat. Ianya terbatas. Sekadar ibadah tanpa pengisian.

  9. murni (cinta pd Rasul yg kuagungi) berkata:

    assalamualaikum,ada petanda ke klw selalu mimpi solat berimamkan orang asing

Tinggalkan komen