Nikah batin



Salah satu tugas ketua negara adalah menjaga keselamatan akidah orang Islam dan kesucian agama daripada dicemari oleh ajaran sesat atau penyelewengan dalam agama Islam terutama ber-kaitan dengan akidah. Tidak dinafikan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), telah berusaha menangani persoalan ini walaupun diakui masih terdapat 34 lagi ajaran sesat yang masih aktif. Persoalannya, ajaran sesat tidak boleh diambil ringan dan perlu diberi keutamaan oleh pimpinan negara kerana ia membabitkan akidah umat Islam.

Akhir-akhir ini, kedengaran isu nikah secara batin yang dilakukan secara orang perseorangan atau secara berkumpulan yang berselindung di sebalik nama institusi perbomohan.Walaupun perkembangan teknologi yang serba canggih dan pembangunan manusia yang serba moden dan kompleks, perkhidmatan bomoh, pawang dan dukun masih lagi menjadi tumpuan masyarakat.

Tetapi dalam kerancakan ini, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana yang harmoni dengan mencampur-adukkan pelbagai rencah yang dicedok dari acuan yang sama sekali berlainan dengan nilai-nilai masyarakat Islam. Dari dahulu lagi isu nikah batin ini sukar untuk ditangani kerana mereka pandai menyembunyikan dan sesetengahnya berselindung disebalik ajaran tasauf.

Atas dasar kepentingan diri sendiri, institusi bomoh dan perdukunan dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Atas dasar yang sama juga, ada pihak yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan membuat penganut taksub kepada pemimpin mereka sehingga rela mengorbankan apa sahaja hatta isteri yang dicintai untuk kepuasan pemimpin mereka.

Walaupun perlakuan segolongan ini tidak dapat diterima oleh akal yang sihat, tetapi ketaksuban ini menjadikan mereka lupa diri sehingga menimbulkan masalah yang berpanjangan kepada masyarakat sekeliling.

Biasanya gejala penipuan dari bomoh palsu melibatkan jenis perbomohan seperti rawatan kebatinan, ilmu guna-guna dan azimat, sehinggalah kepada soal nikah batin yang sudah lama wujud dalam masyarakat Islam, tetapi jarang yang menyedari kewujudannya.

Nikah batin muncul dalam masyarakat penganut Islam gara-gara ajaran tarikat sesat dari guru-guru ajaran tarikat palsu. Biasanya, nikah batin dihubungkaitkan dengan makam kasyaf guru tarikat sesat itu yang kononnya mendapat ilham rabbani. Kononnya seseorang perempuan muridnya telah dikahwinkan oleh Tuhan dengannya. Nikah batin ini lebih sesat dari nikah mutaah. Jika nikah mutaah pernah dibenarkan dalam Islam yang kemudiannya dimansuhkan oleh Nabi s.a.w., sebaliknya nikah batin tiada sebarang hujah dalam Islam.

Oleh kerana pengikutnya sudah diindoktrinasi (dirasuk fikiran) menerima gurunya sebagai orang yang memperoleh ilmu kasyaf dan ilmu ladunni (iaitu ilmu terus dari Allah) maka soal nikah batin itu dianggap pencapaian taraf guru yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Lalu guru mursyid tarikat sesat itu boleh berzina dengan sesiapa sahaja dari kalangan murid perempuan yang cantik dan memberahikan, sehingga berlaku isteri murid tersebut bernikah batin dengan gurunya.

Di Malaysia sahaja setiap ajaran sesat mengumpan mangsa-mangsa mereka dengan “syurga rahsia” iaitu dengan istilah lain ialah “nikah batin”. Untuk mengenali ciri-ciri ajaran sesat di Malaysia di antaranya ialah golongan ini memansuhkan Syariat Islam dan mengadakan syariat baru, meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamal suluk, penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin, menghalalkan nikah adik-beradik, semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini, nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin, murid-murid tidak boleh mengahwini wanita-wanita yang diminati oleh gurunya dan bagi mereka Islam itu ada zahir dan batin, zahir itu kulit dan batin itu isi, bila dapat isi maka kulit tidak berguna lagi.

Kebanyakan ajaran-ajaran sesat di Malaysia, guru-guru mereka mengaku diri mereka sebagai Imam Mahdi dan boleh melakukan upacara nikah batin. Jelas bahawa kebanyakan ajaran sesat di Malaysia menggunakan seks sebagai tarikan kepada ajaran mereka dan kebanyakan yang menjadi mangsa mereka adalah wanita.

Di kalangan wanita Islam yang sering tertipu oleh perangkap guru tarikat dengan nikah batin ini adalah dari kalangan mereka yang jahil dan tiada pengetahuan asas agama.

Dari hakikat ini, kerjasama dari semua pihak amat diperlukan bagi menangani masalah itu yang timbul akibat kegiatan ajaran sesat yang muncul bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jakim sebagai agensi pusat yang menyelaras semua perkara yang berkaitan dengan agama Islam haruslah meningkatkan lagi usaha membanteras gejala ajaran sesat ini di samping peranan pihak berkuasa agama negeri menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas tanpa kompromi dengan golongan ini.

Perbomohan palsu yang dipelopori oleh orang perseorangan atau berkumpulan juga merupakan sebahagian daripada ajaran sesat yang boleh membawa ancaman kepada umat Islam di negara ini. Tujuan sebenar kumpulan mereka ini adalah untuk menghancur dan merosakkan ajaran Islam yang suci ini. Untuk mencapai matlamat tersebut, mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi mempengaruhi masyarakat Islam yang tidak mempunyai pegangan akidah yang kukuh.

Mereka memperkenalkan ajaran baru yang sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Dengan cara ini mereka dapat melemahkan dan merosakkan pegangan umat Islam terhadap akidah Islamiah. Alam mistik dan kebatinan kepada orang Melayu sebenar bukan sesuatu yang baru untuk diperkatakan. Semenjak permulaan kependudukan masyarakat Melayu di sini, mereka telah mula melihat alam sekeliling yang mempunyai kaitan dengan kehidupan mereka walaupun tidak ada pengkhususan ilmu ketika itu. Perkaitan ini telah menjadikan mereka sebagai manusia yang peka dan sensitif serta mengaplikasikannya dalam cara dan budaya hidup sehingga menjadi satu cara hidup yang sukar dipisahkan.

Tetapi masyarakat Melayu sendiri sebenarnya telah mengalami evolusi yang mengagumkan. Sehingga sekarang nilai-nilai Islam telah begitu sebati dan menjiwai setiap etika hidup orang Melayu.

Dalam hal ini, masih ada yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Kewujudan ajaran sesat sedikit sebanyak menjejaskan akidah dan juga perpaduan di kalangan orang Melayu. Mereka ini berselindung di sebalik agama demi kepentingan diri sendiri.

Demikian jugalah dengan bomoh palsu yang berselindung di balik takbir pengubatan tradisional untuk mengaut keuntungan, memperdayakan pesakit, dan sebagainya, sehingga ia dipandang serong oleh masyarakat. Ibarat kata, akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sesungguhnya bukankah syaitan itu telah berjanji di depan Allah akan menyesatkan manusia dengan apa cara sekali pun. Mereka akan terus mengganggu atau mencederakan jasad atau roh manusia dengan izin Allah sama ada secara halus dan tidak disedari oleh manusia itu sendiri sehingga hari kiamat.

- MOHD SHAUKI ABDUL MAJID ialah penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

13 Responses to Nikah batin

  1. dewi says:

    aku mengalaminya nikah batin,,gmn caranya melepaskan nikah batin

  2. Dzul Dzulin says:

    Salam dan t.kasih ats info dan ilmu dlm Islam

  3. jhon karau says:

    assalamualaikum wr.wb
    klw boleh izin bagai mana doanya klau nikah batin itu (menyetubuhi istri yg sah) terimaksih

  4. mulyadi says:

    secara syariat nikah batin itu salah,……seharusnya didahului dahulu dengan nikah secara syariat,,kemudian baru dilanjutkan dengan nikah secara batin antara suami istri,,,,bukankah nikah batin itu ada ucapannya / doa nya,,,,,,?

  5. dede says:

    jadi apakah di benarkan nikah batin itu???apakah benar klo kita tidak melakukan nikah batin nanti di padang mahsyar kita tidak dapat melihat keluarga kita?

  6. yulasmita azmi says:

    anda terlalu dangkal untuk menilai sesat suatu ajaran yang mungkin sama sekali anda tidak mengetahuinya.

  7. cinta says:

    tak tahu atau tiada pengetahuan dlm sesuatu ilmu jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum sesat padahal hakikatnya ia halal walaupun tidak diterangkan secara terperinci dlm syariat..cukup saja menghukum pada lelaki yg menjadikan nikah batin sbg pemuas nafsu dan kepentingan sendiri atas nama agama.

  8. norlila bt mohamed oodin says:

    bagaimana pula sekiranya sudah bernikah secara sah tetapi di minta utk melakukan nikah batin..kerana org tidak faham apa yg dikatakan zahir dan batin? semoga ada yg boleh beri jawapan

  9. hitam says:

    adik saya yang telah berumur lebih 50 tahun masih taksub dengan kepercayaan benarnya nikah batin. Saya tidak berdaya menghalang dia, kerana dia petah menepis segala nasihat saya. Kini dia masih dengan pasangannya walaupun secara bersembunyi. Saya katakan mengapa harus takut. Dia kata undang2 negara yang tak membenarkan beliau sebegitu.

  10. Saya melakukan nikah batin meski tanpa sepengetahuan orang tua saya tpi allah telah menjadi saksi dan segala hal yang ghoib dan ghaib mereka melihat dan mestui , pengikat roh jasad dan sukma yg menjadikan kita suami istri meskipun dalam agama dan negara kita blum sah tpi di hadapan allah kita ini sah sebuah pasangan suami istri dan sebelum kita dalam keadaan sah yang di cantumkan di negara dan di balai KUA dosa saya akan di tanggu oleh suami

  11. wi2n says:

    hanya Alloh yang Maha Mengetahui, tapi sebagai manusia kita sudah diberikan akal dan pikiran untuk membedakan yang baik dan salah. Lihat dalam hati nurani apakah nikah batin itu sah atau tidak. apapun bentuk pernikahan bila awalnya melakukan kedzaliman dan menghalalkan perzinahan tetaplah itu suatu dosa besar.

    • abdullah says:

      Nikah batin menurut saya sah asal dilakukan dengan benar dan di bimbing oleh guru. Maksudnya bagaimana cara melakukan nikah batin. Bukan guru sewenang-wenang menikahi murid dan menyetubuhinya. Mungkin yg anda temui itu salah satu organisasi yg memakai nama saja tp tidak tahu apa itu ilmu tassawuf. Biasanya guru2 tasawuf itu orang yg sangat tawaduk dan baik hati. Tidak mengandalkan nafsu. Karna kecintaannya kepada Allah membutakan pandangan dunia. Krna ia lebih mencintai kebahagian akhirat di bnding kebahagiaan dunia. Kita di beri akal utk berfikir mkany jgn sembarang mencari guru dan lgsung percay. Lihat dulu karakter guru. Jika ia sesat maka tinggalkanlah jika ia benar ikutilah. Bukan kah Rasulullah SAW telah bersabda kita tak akan sesat selama-lamanya jika kita berpegng kepada 2: Al-Qur’an dan sunahnya. Dan jika kita berpegang kepada dua itu kita bagaikan memegang tali yg erat dan teguh. Banyak di Al-Qur’an Allah SWT berfirman menyuruh kita “berpikir”

      • abdullah says:

        Saya hanya menyarankan bagi yg telah melakukan nikah batin sebaiknya lakukanlah nikah secara negara. Jgn kalian anggap nikah batin lgsung menjadi suami istri. Kalian blum di anggap suami istri di dunia. Karna tiada bukti yg menerangkan bahwa anda suami istri. Dan kebanyakan dari di sahkannya nikah batin banyak yg berbuat zinah dgn alasan sudahnikah batin. Apa bukti kalian sudah nikah secara batin????
        Mengapa kalian tidak mau nikah secara negara. Apakah kalian malu menutupi pernikahan kalian??, apakah kaliansenang di cerca ataupun di sumpahi org dan jd buah bibir org. Dan apakah kalian tidak kasian kepada anak-anak kalian jika mereka lahir susah mengurus ktp(kartu tanda penduduk) anak tersebut dan bagimana anda melindungi hak waris anak anda secara negara agar dilidungi hak waris mereka dgn negara. Klo menurut saya nikahlah dulu secara negara lalu jika telah sah di mata negara lalu nikahlah secara batin. Nikah batin itu bukan utk nikah membelakangi pemerintah tapi utk menyatukan hati suami istri agar tidak saling menyelingkuhi dan saling menyakiti.jgn jadikan kedok nikah batin agar dapat kalian berzinah. Takutlah kepada Allah. Bagi yg benar-benar sdh melakukan nikah batin nikahlah secara sah di negara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s