Jalan Akhirat

Mac 17, 2010

20 bomoh khurafat diburu Jais

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 5:51 am



SHAH ALAM 5 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memburu 20 orang bomoh dipercayai terlibat dengan amalan khurafat dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.

Bomoh-bomoh terbabit dikesan menawarkan pelbagai khidmat seperti menilik nombor empat angka, menyediakan pelaris perniagaan, minyak pengasih untuk memikat wanita dan menyelesaikan masalah rumah tangga.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd. Hidayat Abd. Rani berkata, mereka sanggup melakukan perbuatan itu semata-mata mahu mencari keuntungan daripada orang ramai yang datang meminta bantuan termasuk mengamalkan ilmu hitam

”Kegiatan mereka sudah dikesan dan intipan turut dilakukan tetapi JAIS perlu mendapatkan bukti kukuh sebelum sebarang tangkapan dilakukan kerana ia melibatkan proses undang-undang di mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam JAIS berjaya memberkas lelaki berusia 65 tahun di rumahnya di Kampung Johan Setia, Klang pada pukul 10 malam Selasa lalu kerana didakwa melakukan kegiatan bertentangan ajaran Islam.

Bomoh itu dikatakan bekerja sebagai pekebun nanas pada sebelah siang tetapi pada waktu malam, menawarkan perkhidmatan menilik nombor selain menyediakan ubat pelaris perniagaan.

Malah dia sendiri mendakwa boleh memanggil hantu jerangkung dengan hanya membaca mantera Jawa sebelum makhluk itu membisikkan nombor ekor ke telinga.

Mengenai bomoh itu, Mohd. Hidayat memberitahu, tertuduh dibebaskan dengan jaminan pada malam dia ditahan dan diminta hadir semula ke ibu pejabat JAIS di sini pada 17 November ini.

Katanya, lelaki itu perlu berbuat demikian untuk memberi beberapa lagi keterangan berhubung aktivitinya sebagai bomoh sejak 1995 bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum didakwa di mahkamah.

”Saya berharap setelah mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya kelak, dia benar-benar insaf dengan perbuatannya kerana ini bukan kali pertama dia ditahan,” katanya.

Beliau berkata, JAIS akan terus memantau pergerakan bomoh itu bagi mengelak dia mengulangi perbuatan khurafat tersebut.

2 Komen »

  1. inilh mslh msyrkt kta dah tahu benda kurafat dan haram tp itu jg yg di cr.smoga keluarga dan keturunn sy nnt dilindungi Allah dr perkara begini.Amin

    Komen oleh milla — Mei 7, 2010 @ 4:10 pm

  2. melihat dgn mata sendiri lebih baik dari mendengar….

    Komen oleh hamba yg hina — Mei 12, 2010 @ 11:06 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Theme: Silver is the New Black. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 101 other followers