
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
Matlamat
Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya
Kelebihan
* Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.
* Ia boleh menjelma sebagai manusia.
* Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
Kelemahan
* Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
* Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
* Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
* Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.
Penelitian secara ilmiah
Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.
Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.
Kelemahan hantu raya
Dari segi agama Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.
Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.
Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.





saya sedang di sakiti oleh hantu raya yang dihantar. menurut bomoh hantu raya ini ada perjanjian untuk musnahkan saya selama-lamanya. dah 9 tahun. Allah sahaja yang mengetahui sensara saya ini. Tlg doa supaya saya sembuh dan manusia yang kianat itu dibalas Allah jua.
Komen oleh mohamad azmee bin ali — April 29, 2010 @ 10:44 pm
ADA RAWATAN YANG AMAT BERKESAN UNTUK MERAWATNYA…EMAIL MASALAH KEPADA SAYA..
Komen oleh ZIKEN — Jun 13, 2010 @ 5:23 pm
salam saudara….
hantu raya ni senang je nak bunuh…
amalkan yasin 7 mubin. niat 1, matikan zahir dan batin semua rangkaian sihir. mohon hanya pada Allah swt.
bomoh?…no way man…cari ikhthiar lain.
Komen oleh bentara — Mei 26, 2010 @ 11:28 am
MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBUNUH JIN,MELAIKAN ALLAH SHJ..TIADA BUKTI IA DPT DI BUNUH DGN APA2 AYAT..SEDANGKAN IA TIDAK NAMPAK DGN MATA KASAR..MANUSIA MAKHLUK YG PALING SEMPURNA,JIKA KITA MENGENAL AKAN DIRI,KELEBIHANNYA AMAT TERNILAI..
Komen oleh ZIKEN — Jun 13, 2010 @ 5:26 pm
salam saya nak tanya apa kah tanda-tanda kita diganggu oleh hantu raya?
Komen oleh jas — Jun 29, 2010 @ 2:48 pm
saya nak beritahu hantu kat kerusi lebih seram tau
Komen oleh anis zulaikha — September 3, 2010 @ 11:07 am
salam,d bdn sya bnyk lebam,bru nie saya ada pergi ber ubat,dn d kta kn saya terkene ganguan hantu raya,boleh saya tahu knp bnd nie gangu saya?
Komen oleh ina — Oktober 4, 2010 @ 2:24 pm
salam. saya dikatakan selalu diiringi oleh hantu raya yg dihantar oleh seseorang utk merosakkan hubungan saya dan suami. bagaimana nak hapuskan sihir ini sbb dipercayai ia sentiasa di update oleh tuannya?
Komen oleh syid — November 21, 2010 @ 2:05 pm
Salam, segala yg baik itu dtg dari Allah…dan yg buruk itu datang dari diri kita sendiri…saya mempunyai pengalaman terkena sihir…dan alhamdulillah keadaan makin pulih…dan alhamdulillah juga keadaan huru-hara berlaku dalam masa yg tidak terlalu panjang…dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan perawat2 yg mengikut jalan Allah…yg jelasnya…kita tak boleh memikirkan hal sihir ini…anggaplah ini ujian Allah sebagai penyuci dosa kita…dekatkan diri dengan Allah, nescaya semuanya yg tidak baik itu akan pergi…amalkan segala yg wajib, tinggalkan segala yg haram/makhruh…dan tambahkan segala yg sunat…insyaAllah, Allah akan pasti membantu hambaNya yg merintih padaNya
Komen oleh yus — Disember 3, 2010 @ 2:46 pm
Salam..
Sy difahamkan bahawa Hantu raya adalah dari jenis jin Ifrit..dikatakan bahawa ianya berbadan besar dan berbulu dan masyarakat Jawa memanggilnya sebagai Gondorowo..
Namun kaedah utk menghadapinya adalah berbeza-beza mengikut anugerah yg Allah beri kpd Ahli2 Rukyah..Ada yg diberi Allah kelebihan dpt melihatnya secara kasar dan sekali imbas..
Ada yg boleh merasakan kehdirannya dgn isyarat atau getar dibahagian muka dan kepala..ada yg dpt melihatnya melalui pandangan makrifah ititu dgn menutup pandangan zahir dan melihat dgn mata hati..Sememangnya pemberian Alah kpd Ahli2 rukyah itu berbeza-beza krn kelebihan amalan setiap hamba Allah itu juga berbeza-beza..
Komen oleh keluhum — Disember 4, 2010 @ 11:54 pm