Kenapa perlu tarekat


Tarekat berasal daripada perkataan Arab bermaksud jalan atau cara. Yang dimaksudkan di sini ialah jalan atau cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dari sudut istilah ia merujuk kepada aliran-aliran yang wujud dalam amalan tasawwuf atau amalan penyucian hati dan jiwa yang selalunya difokuskan kepada pengamalan zikir-zikir tertentu yang disusun dan dihimpunkan oleh tokoh-tokoh ulama tertentu.

Amalan penyucian diri atau lebih dikenali dengan nama Tasawwuf adalah sebahagian amalan yang dituntut oleh Islam. Ia berdasarkan sebuah hadis sahih Bukhari dan Muslim yang menceritakan kisah Jibril `alihissalam bertemu dengan baginda saw dan bertanya beberapa soalan penting tentang agama. Antara ialah tentang apa itu iman, apa itu islam dan apa itu ihsan. Baginda menjelaskan bahawa iman itu ialah kamu beriman kepada Allah, MalaikatNya, Rasul-rasulNya, Kitab-kitabNya, Hari Akhirat dan dengan ketentuan baik dan buruk. Islam pula ialah kamu memberi kesaksian bahawa Tiada Tuhan yang mesti disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitillah sekiranya mampu. Ihsan pula ialah bahawa kamu beribadah/memperhambakan diri kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya. Sekiranya kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu.

Iman berkaitan dengan ilmu aqidah iaitu kumpulan keyakinan di hati terhadap perkara-perkara ghaib. Ia melahirkan ilmu Tauhid atau Usuliddin. Islam pula berkaitan dengan pengamalan zahir seperti solat dan sebagainya. Ia melahirkan ilmu Fiqh atau dikenali juga sebagai ilmu syariat. Ihsan pula berkaitan dengan penyucian jiwa. Dari perbahasan Ihsan inilah lahirlah ilmu tentang penyucian jiwa yang lebih dikenali kemudiannya sebagai ilmu Tasawwuf. Dari sini lahir pula aliran-aliran Tasawwuf yang pelbagai yang dikenali sebagai Tarekat. Kepelbagaian ini berlaku kerana perbezaan fokus amalan dan perbezaan bentuk-bentuk zikir yang digunakan dalam amalan seharian. Sebahagian zikir ini dipetik daripada al-Qur’an dan hadis, manakala sebahagiannya adalah susunan tokoh-tokoh ulama yang menjadi perintis kepada kumpulan Tarekat tersebut.

Umat Islam wajib menyucikan diri dengan pelbagai amalan yang membawa kepada penyucian hati. Antara amalan yang dianjurkan untuk penyucian jiwa ialah zikir-zikir seharian yang banyak disebut dalam al-Qur’an dan Hadis. Untuk menyucikan diri atau “menjadi ahli sufi”-menurut istilah beberapa pihak-tidak memerlukan diri mengikuti mana-mana kumpulan Tarekat. Umat Islam boleh beramal dengan apa sahaja amalan yang sabit menurut al-Qur’an dan Hadis atau beramal dengan apa sahaja bentuk zikir yang diajar oleh Nabi saw atau yang disusun oleh ulama tanpa perlu menggabungkan diri kepada mana-mana kumpulan Tarekat tersebut.Yang penting ialah membekalkan diri dengan ilmu dengan sentiasa mengikuti majlis-majlis ilmu dan beramal dengan panduan guru-guru yang bertaqwa dan wara`

Adapun, menggabungkan diri dengan kumpulan-kumpulan Tarekat ini adalah sesuatu yang baik kerana ia membantu seseorang mendekatkan diri kepada Allah dengan panduan seorang guru yang mengetua Tarekat-tarekat tersebut. Namun, perlu dipastikan kumpulan Tarekat tersebut tidak menyeleweng daripada aqidah yang benar dan syariat yang tepat. Ini berlaku kepada Apa yang segelintir kumpulan Tarekat yang wujud di alam Melayu. Justeru, rujukan perlu dibuat kepada pihak berkuasa agama untuk memastikan kumpulan Tarekat yang dikuti tidak menyeleweng.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

23 Responses to Kenapa perlu tarekat

  1. rahmat berkata:

    beberapa teman berpendapat bahwa kita tdk perlu belajar tentang ma’rifat.lakukan saja syariat dan kita akan sampai ke ma’rifat itu sendiri.apa itu benar? mohon penjelasan….!!!

  2. Yatno berkata:

    Tanpa tarekat org tdk th jlnya mati.tarekat adlh bagian dr islam yg terpenting..d tarekat ada rel2ny 5 a .tdk melanggar hukum2 Allah .hukum alam.hukum adin/agama.hukum akal & hukum akhlak..

  3. Amrizal berkata:

    Bagi pendapat saya ma’rifat tidak mungkin kita sampai ke tahap ini tanpa mempelajarinya kecuali kehendak Allah,sbab kita bukan golongan aulia.

  4. mohd zakie berkata:

    sya berada di johor bahru..adakah hanya org2 tertentu atau yg terpilih sahaja dapat mempelajari ilmu tarekat??

  5. sofwan mangarif berkata:

    1.syariat
    2.tarekat
    3.hakekat
    4.ma’rifat
    pertama belajar syariat maka nantinya akan naik sendiri tingkatanya.
    bisa menjadi ahli tarekat karena belajar dan menjalankan syariat secara menyeluruh dulu.dengan semata mata mengharap ridho alloh.

    • malbath berkata:

      salam..
      mana mungkin naik sendiri..sbg contoh: syariat tu ibarat huruf.. tharikat ibarat mengeja dan menulis, hakikat ibarat karangan, makrifat ibarat objek yang di karang.

      dengan menghafal huruf sahaja tanpa belajar mengeja apakah boleh membaca dan menulis, sudah tentu tidak sama sekali.. kalau nak tahu cerita yang terdapat pada karangan mestilah dengan belajar menghafal huruf kemudian belajar menulis dan membaca maka barulah boleh membaca karangan tersebut dan kemudian lepas baca karangan baharulah faham akan objek tang dikarangan tersebut. dalam hal semua keadaan tersebut mestilah belajar dari guru yang betul ajarannya yakni Guru Mursyid.

      begitulah tamsilnya Syariat, Tharikat, Hakikat Dan Makrifat.

      wallahu aklamu bissawab.

  6. sofwan mangarif berkata:

    la ilahaillalloh
    syariat::tidak ada tuhan kecuali alloh.
    hakekat::tidak ada tuhan yang wajib kita sembah kecuali alloh.tidak ada tuhan yang memberi kita rizki kecuali alloh.dan lain2

  7. awangsoh berkata:

    Usah lagi menjadi kekeliruan, keempat-empatnya itu adalah suatu yang wajar. Suatu kenyataan yang sebenarnya tidak lagi perlu dibantah. Nah! tanyalah para alim ulama kalau masih tidak percaya.

  8. sudra berkata:

    yang saya pertanyakan apakah torekatnya nabi muhamad rosullulloh saw ???

    • jalanakhirat berkata:

      Asalamualaikum

      Sudra,

      Tarikat itu adalah amalan Rasulullah saw, sebab itu salasilahnya sampai kepada baginda. (tolong buat homework sikit tentang apa tarikat jika ingin mengetahui mengenainya lebih lanjut).

      Wasalam

      • malbath berkata:

        salam.. tompang sikit;

        Tarikat itu adalah seluruh perbuatan Rasullullah s.a.w. yakni perbuatan mengabdikan diri pada Allah Aza Wa Jalla… dan yang paling di tekankanya ada lah berzikirullah di dalam sir seperti yang di riwayatkan oleh saidina Ali Krmh.

        kalau nak tahu lebih lanjut baca kitab Sahih Sunan Attirmizi. ada lima jilid dengan syarah nya bahrul madzi sebanyak 22 jilid.

        wallahu aklamu bissawab.

  9. aulia lutfiani berkata:

    TOREKAT ARTINYA USAHA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLOH CARANYA MENJAUHKAN RASA KEPADA DUNIAWi yg telah dicontohkan oleh nabi Muhamad Saw di gua hiro

    • anang berkata:

      untuk sampai kepada makrifat billah org harus tau haqiqat allah atau mengetahui siapakah allah yang sebenarnya, untuk mencapai haqiqat tiada jalan laen kecuali dengan tareqat atau jalan menuju hakekat, dan untuk bertarekad orang harus bersyareat, karena syareatlah yang sebenarnya harus dilakukan seseorang bila sudah makrifat…jadi orang yang bersyareat dan dia telah makrifat derajadnya jauh lebih tinggi dibandingkan dg org yg bersyareat tapi belum makrifat.,.allah mengangkat orang 2 beriman dan berilmu berderat derajat, ada yg mengatakan sholatnya orang yg beriman lagi berilmu satu rekaat, lebih baek dari sholatnya org bodoh selama 30 tahun

  10. darul ngulum berkata:

    bagaimana caranya utk dpt konsentrasi dlm wirid sir,,,,

    • sabriani berkata:

      salam..
      menurut hemat kami untuk berkonsentrasi atau khsuk dalam berwirid tergantung pada level mana amalan tarekat kita. sebab ada orang yang level tarekatnya baru pada tingkat hakekat maka berkonsentrasilah pada yang anda wiridkan. dengan penuh keyakinan. tapi bagi anda yang sudah sampai tingkat marifatullah yaitu sudah kenal mengenal dengan Tuhan. ya khsyuklah dengan-Nya. sebab khsyuk itu menurut maunya Allah adalah tidak ada lagi segala sesuatu selain Allah. luar dan dalam…

      demikian
      salam

  11. Nizam berkata:

    Assalamuallaikum .
    (awan lintang kelana says-tak kan sampai seseorang kpd Tuhannya hanya dengan bersyariat, tanpa bertharikat)..saya mengamalkan syariat sahaja..adakah saya tidak sampai kepadaNya?Boleh mintak dalil di mana mana mengenai kenyataan ini..

    • malbath berkata:

      salam.
      Hadis nabi: Bermula syariat itu beberapa perkataanku dan bermula tarikat itu beberapa perbuatanku (amalanku) dan bermula hakikat
      itu beberapa hal ku (pendirianku) dan makrifat itu kepala hartaku(hasil perolehanku)

      Jika hanya berkata tapi tak ada perbuatan apakah terjadi sesuatu amalan..tentu tidak sama sekali kan. sbgai contoh: solat .. jika hanya belajar perkataan yang akan di baca dalam solat tapi tak buat perbuatan solat tersebut apakah anda telah bersolat namanya ??
      cuba lah fahamkan.

      wallahu aklamu bissawab.

      • sabriani berkata:

        salam tuan malbath..

        cuba anda buka lagi Al Quran surat AL Isaraa ayat 72… di sana Allah mengatakan yang artinya.. ” barang siapa yang hidup di duniaku buta hatinya ( tidak bisa melihatKu) maka lebih lebih nanti di akhirat akan buta dan lebih tersesat dari jalan-Ku yang lurus ( bertemu dengan-Ku)

        nah disini Allah sudah peringatkan untuk untuk mengenal Allah dan meilahat Nya selagi masih di dunia.. sebab jika di dunia saja sudah tak mampumengenal dan melihat Nya maka apalagi nanti di d akhirat tidak akan mungkin bertemu dengan Nya.

        untuk bisa sampai pada mengenal Allah dan melihat Nya maka salah satu caranya harus melalui jalan tarekat dan seterusnya.

        semoga mendapar Rahmat Nya untukdi bimbing kejalan Nya. berdoalah saudara sebab semua itu berkat Rahmat Allah..

      • malbath berkata:

        17. Al Israa’

        Ayat no. 72. “Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar). ”

        Tuan Sarbriani:
        Ternyata terjemahan anda salah.

        Mana boleh lihat Allah Di Dunia..Sedangkan nabi musa pon pengsan tak boleh lihat..apakah anda tidak tahu peristiwa ITU???

        Jangan tuan menggubah Firman.. Besar Dosanya..Tersangat Besarrrrrrrr

      • SUPRIADI JENTAK berkata:

        ASLM..PADA KESIMPULANNYA MENGERJAKAN 5 WAKTU,TANPA DI DI PAHAMI TINGKATAN MA’RIFAT ARTINYA PENGENALAN DIRI/CAHAYA, ATAS KEKUASAAN ALLAH YANG AKU LIHAT DENGAN MATA HATI, ARTINYA IBARAT BANGUNAN YANG TIDAK PAKAI PONDASI SEMUA AKAN ROBOH,

  12. Jabid berkata:

    Di jaman sekarang susah bersyariat malah banyaj orang yg bertareka0tanpa ber syariat contoh kita solat tp hanya mengikuti gerak dan rukun solat .(gerakan kosong)

  13. heri berkata:

    kalau ditanya Alloh itu seperti apa?saya yakin orang bermakrifat yg bisa jawab..kalau baru sampai sareat kayaknya baru tau alif lam lam ha..maaf kalau salah

Tinggalkan komen