Ada peniaga di Mekah tahu bahasa Melayu



MEKAH: ‘Kota yang tidak pernah tidur’. Itulah gambaran yang paling sesuai bagi Kota Mekah, Tanah Suci bagi umat Islam di Arab Saudi di mana setiap tahun berjuta masyarakat Islam seluruh dunia berkunjung bagi menunaikan ibadah Haji dan juga Umrah.

(Menunaikan Haji di Mekah ialah Rukun Islam kelima dan ibadah ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup bagi mereka yang mampu dalam bulan Zulhijjah manakala Umrah atau ‘haji kecil’ boleh dilaksanakan pada sepanjang tahun).

Baru-baru ini penulis berkesempatan melawat Mekah dan lawatan itu memberi beliau peluang memerhatikan gelagat berjuta masyarakat Islam dari seluruh pelusuk dunia membawa pelbagai bahasa dan budaya yang berkunjung ke kota suci ini.

Walaupun lawatan itu ialah pada minggu ketiga bulan Disember lepas, terdapat masih ramai jemaah Haji dari Malaysia yang berada di sini.

Hotel tempat penginapan terletak hanya 500 meter dari Masjid Besar, Masjidil Haram. Mempunyai sembilan tingkat, Hotel Ajyad Makkah Makarim di Ajyad Street didirikan pada tahun 1984.

Ia boleh menampung seramai 1,200 tetamu.Ketika lawatan penulis iaitu selepas bulan Zulhijjah, hanya bilik-bilik di satu tingkat Hotel Ajyad Makkah Makarim yang dihuni pengunjung. Kedaan sebegini dijangka berterusan dalam dua bulan selanjutnya.

HALANGAN BESAR

Bahasa merupakan ‘tembok’ penghalang yang agak besar di sini bagi mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris dan jika hanya tahu serba sedikit tentang ‘lidah’ ini, sudah banyak membantu.

Tetapi bagi Bahasa Melayu, penulis mendapati bahasa ini dipertutur oleh kebanyakan peniaga di sini dalam bentuk ayat-ayat ringkas dan mudah, yang senang difahami oleh mereka yang mendengarnya.

Basheer, seorang petugs di premis Salma Perfume Exhibition yang terletak di lokasi popular, Hilton Towers, hanya di hadapan Masjidil Haram, bertutur Bahasa Melayu dengan agak fasih.

“Saya belajarnya pada musim Haji. Orang Malaysia serta Indonesia menggunakan bahasa yang hampir sama, jadi saya ambil keputusan untuk belajar ayat-ayat yang perlu.

“Baik untuk jualan saya,” kata Basheer sambil mempromosi pelbagai wangian, bau-bauan serta haruman dan juga losyen yang menurut beliau dibuat khas untuk pelanggan-pelanggannya.

Bagi petugas hotel di tempat penginapan penulis, mereka juga boleh bertutur Bahasa Melayu walaupun dalam keadaan tersekat-sekat.

Seorang daripada mereka ialah Abul Aziz, berasal dari Timur Tengah, bila ditemui di lobi hotel, dengan yakinnya beliau menyapa: “Selamat datang”.

“Dari Indonesia ?” dia meneka.

Penulis tersenyum dengan tekaannya yang salah itu.

GAYA HIDUP

Gaya hidup bukan lagi memberi masalah kepada pengunjung ke kota Mekah kerana para pelawat mengamalkan cara hidup sendiri yang selesa serta sesuai dengan keperluan mereka walaupun ini kadang-kala agak sukar diterima bagi penghuni kota yang dari pelbagai tempat ini.

Seorang lagi petugas, kali ini di gedung harian yang popular Ben Dawood, didapati boleh mengira dalam Bahasa Melayu.

“Lima puluh satu riyal,” tuturnya kepada seorang pelanggan dari Asia yang mahu membayar barang yang dibeli. Daripada gaya berpakaian pelanggan itu dan rakan-rakannya, beliau menganggap mereka sudah tentu boleh berbahasa Melayu.

Dan tekaan beliau memang tidak meleset.Penulis juga sempat bertemu dengan jemaah Haji dari negara China, di hari-hari terakhir mereka berada di Tanah Suci.

Gaya mereka dan juga cara berpakaian, nampak begitu ketara yang mereka mempunyai pertalian dengan Asia Timur. Bagaimanapun, mereka agak sukar berkomunikasi dengan yang lain kerana hanya fasih berbahasa Mandarin.

Tetapi bila disapa, senyuman tipis mereka menjadi mesra sehingga boleh berkongsi ketawa kecil ketika sampai waktu untuk berpisah.

Tidak mengira bangsa dan warna kulit, lautan manusia yang ramai ini, yang boleh mencecah tiga juta orang, termasuk penduduk tempatan dan mereka dari luar negara, mencerminkan bahawa individu-individu ini masih boleh berkomunikasi walaupun terbatas oleh budaya dan bahasa.

Dan apa yang menakjubkan bagi rakyat dari Malaysia ialah bagaimana bahasa ibunda mereka wujud di sini, walaupun dipertutur oleh bangsa lain sama ada penduduk tempatan Arab Saudi sehingga kepada mereka yang datang dari benua Afrika.- BERNAMA

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Ada peniaga di Mekah tahu bahasa Melayu

  1. Kathie says:

    Greetings! Quick question that’s entirely off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My blog looks weird when viewing from my apple iphone. I’m trying to
    find a template or plugin that might be able to fix this problem.

    If you have any suggestions, please share. Many thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s