Cina buta rujuk cerai tidak sah



Soalan;

Isteri saya seorang yang degil, tetapi mudah percaya cakap orang dan mudah dipengaruhi. Kami pernah bergaduh besar semata- mata kerana cerita dan hasutan kawannya. Katanya, kawannya menceritakan kepadanya mengenai skandal saya dengan gadis yang juga kenalannya. Selepas itu pergaduhan antara kami terus berlaku walaupun atas perkara yang kecil. Kadangkala daripada perkara kecil ini akan merebak besar yang sering kali diakhiri dengan perbuatan cabar mencabar. Satu hari isteri saya mencabar saya supaya menceraikan dia terus dengan talak tiga. Saya pula sambut cabaran dengan penuh keegoan. Selepas jatuh talak, saya katakan kepadanya bahawa inilah akibat tidak percaya pada suami dan lebih percayakan pada orang lain. Memang benar ada orang yang gembira selepas kami bercerai. Perceraian ini menyakitkan, kami insaf dan menyesali perbuatan kami. Kami masih sayang menyayangi, namun demi malu dan mengelak daripada pengetahuan orang, kami bersekedudukan hampir setahun. Saya rasa berdosa dengan cara kehidupan yang dilarang ini. Kami bertindak mencari ‘cina buta’ untuk menyelesaikan hubungan haram ini di Selatan Thailand. Sebaik saja upacara pernikahan cara ‘cina buta’ itu, isteri saya diceraikan serta-merta tanpa menyentuhnya. Selepas edah, maka kami bernikah semula secara senyap. Soalan saya, adakan perkahwinan saya ini sah dari segi Islam dan bagaimanakah kedudukan anak dilahirkan.

Hamba Allah Serba Salah.
Sijangkang, Selangor.

Jawapan;

Nasihat saya kepada saudara ialah hentikanlah hidup bersekedudukan dengan bekas isteri yang saudara ceraikan dengan talak tiga. Saudara sudah tidak punya hubungan yang sah dengan isteri saudara. Tindakan saudara cuba untuk menghalalkan perbuatan saudara melalui kaedah ‘cina buta’ juga tidak betul.

Berdasarkan hukum, apabila seseorang itu menceraikan isterinya dengan talak tiga jika dia hendak mengahwini bekas isterinya, isterinya mesti berkahwin dengan orang lain dulu. Selepas dia diceraikan suami keduanya barulah bekas isteri saudara boleh mengahwini saudara semula. Syarat untuk perbuatan ini diterima ialah perkahwinan itu berlaku tanpa ‘diatur’, bererti ia berlaku dengan kehendak hati tanpa diupah atau dipaksa. Sebab itu, timbulnya istilah ‘cina buta’.

Masyarakat Melayu dulu mengambil jalan mudah iaitu ‘menggunakan’ muallaf (orang yang baru masuk Islam – biasanya orang Cina) untuk berkahwin dengan isteri diceraikan dengan talak tiga. Selepas bercerai dengan muallaf itu dia pun mengahwini bekas isterinya. Perbuatan ini menurut agama adalah terkutuk dan orang yang sanggup dipergunakan tujuan ‘cina buta’ ini sebenarnya
tak ubah seperti kambing jantan yang dipinjamkan untuk membuntingkan kambing betina orang kampung.

Maka, anak yang lahir dari hubungan saudara dengan isteri ini adalah anak yang tidak sah tarafnya. Menurut hukum muamalat dari apa yang saya pelajari dari kitab Muta’albadrin pula ialah perkahwinan saudara dengan bekas isteri saudara hanya sah jika isteri saudara diceraikan selepas disetubuhi suami keduanya. Bererti ‘the marriage is consumed’.

Dalam kes seperti saudara sebutkan keadaan ini tidak berlaku. Nasihat saya pada saudara dan bekas isteri ialah seperti berikut:

* Failkan perceraian saudara dengan isteri di mahkamah syariah. Biar hakim memutuskan dan mengesahkan perceraian saudara dan ‘isteri’ (saya tulis ‘isteri’ kerana dari sudut hukum beliau bukan lagi isteri saudara, tetapi harus disahkan menurut hukum/undang- undang). l Jika hakim memutuskan saudara menjatuhkan talak tiga dengan isteri saudara terimalah hakikat ini.

* Bertaubatlah dan bersabarlah di atas keterlanjuran kerana gopoh dalam mengambil sesuatu keputusan.

* Terima hakikat isteri saudara tidak akan kembali kepada saudara melainkan dia mengahwini orang lain dengan sukarela tanpa diatur dan kemudian diceraikan sama ada cerai mati atau hidup.

* Saudara dan ‘isteri’ ambillah haluan masing-masing selepas berpisah dan berserah kepada Allah soal jodoh dan pertemuan.

* Akhir sekali, ingatlah dunia ini tempat sementara. Janganlah kita menderita di akhirat kerana perbuatan melanggar hukum yang jelas haramnya dalam agama kita.

Jawapan disediakan oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dengan kerjasama wanita JIM. Persoalan dan jawapan bagi persoalan yang lepas boleh dilayari di ww.bicarakalbu.blogspot.com

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

19 Responses to Cina buta rujuk cerai tidak sah

  1. iznie berkata:

    ustaz,sy ingin bertnya mengenai cina buta.si suami tlh mnceraikn isteri dgn talak 3,kemudian ingin menggunakan cina buta.pernikahan terjadi diantara si isteri dgn cina buta di atas rncangan suami.si isteri tlh bersetubuh dgn cina buta hanya semalamn shj dn di ceraikan keesokan harinya atas kehendak suami seperti yg dirancangkan,persoalanya apakah sah perkhawinan di antara isteri dan bekas suami?dan hukum tersebut?

  2. jalanakhirat berkata:

    Asalamualaikum

    Hukumnya haram dan tidak sah.

    terima kaseh.

    • nur berkata:

      Bagaimana isteri yg diceraikan talak 3 bkahwin tanpa pengetahyan bekaa suaminya…dan bsetubuh sekali selepas itu ncerai…adakah boleh dia bkahwin semula dengan bekas suami…dia bercerai taklik

  3. Nazrul berkata:

    Assalamualaikum…w.b.t. dan Salam Sejahtera..

    Sedih jugalah kejadian ni berlaku di Sijangkang, tempat saya menetap.

    Jom facebook.com/nazklgt
    kalau ada masalah dalam Sijangkang, kita leh settle cepat dalam Sijangkang sendiri 😉

  4. PokMe berkata:

    saya menhyediakan perkhidmatan Cina Buta

  5. mohd radhi berkata:

    jika ia haram kenapa ada setengah tempat terus jatuhkan hukuman dan d sahkan oleh hakim talak tersebut.ada pasangan cerai pertama kali talak 3 bila hadir bicara naik mahkamah 2 kali terus hakim jatuhkan sah talak tersebut.kenapa ia tidak usul periksa dahulu rekod tiap pasangan sama ada penah cerai@tak.kenapa ia tidak bg perluang pada pasangan tersebut?saya rasa ada tidak puas hati jugalah dengan tindakan hakim tersebut.Mentang-mentanglah kuasa ade tangan dia senang2 je buat keputusan.rekod pasangan tersebut baru pertama kali cerai terus suami nya beri talak 3.tiap manusia tidak semua sempurna tapi bagi kita yg memegang kuasa atas dunia ni tak perlulah nak gunakan sepenuhnya.ada baiknya ia menyelamatkan psangan tersebut.Kenapa tidak di beri pualang pada pasangan tersebut untuk membetulkan kesalahan.diberi kaunseling selepas itu untuk baik semula dengan d beri talak 1@2.bagi pasangan yang selalu naik mahkamah masih lagi nak di selamatkan.jika sayalah akan usul periksa dahulu,siasat d tempat kerja pasangan tersebut,dapatkan maklumat@rekod mereka d tempat keje sama ada masalah rumah tangga pasangan tersebut sudah goyang@tak.

  6. hamid bin karim berkata:

    ustaz sy ingin bertanya dlu sy pernah ceraikan isteri sy dengan talak satu,kemudian kami bergaduh dan dia mendesak sy menceraikanya.sy pun menceraikanya dengan lafaz sy ceraikan awak dengan talak dua kerana sy ingatkan kalau menceraikan isteri kali ke 2 kena sebut saya ceraiakan awk dengan talak 2.Setelah dirujuk ustaz mereka memberitahu kami telah bercerai talak 3.bagaimana pandangan ustaz?

    sy yg jahil

  7. Isa bin Rahman berkata:

    soalan saya, bagaimana pula kalau suami mencarikan bekas isteri calon suami, kemudian mereka berkahwin lebih kurang sebulan kemudian bercerai di atas persetujuan bersama, Bekas suami pertama tidak terlibat dalam penceraian tersebut [tidak mengatur penceraian],bagaimana hukum sekiranya lepas edah bekas suami pertama menikah semula dengan bekas isterinya, sah atau tidak penikahan pertama dan penikahan kedua.

  8. rudi berkata:

    jaman rasul pengucapan talak tiga dalam satu ucapan dihukumkan jatuh talak satu,berdasarkan bbrp hadis

  9. rudi berkata:

    jaman rasul pengucapan talak tiga dalam satu ucapan dihukumkan jatuh talak satu,berdasarkan bbrp hadis,jaman khalipah umar,dihukum jatuh talak tiga,dan diikuti 4 majhab 085249659667

  10. nad berkata:

    boleh x trangkan kesan perkahwinan cina buta nie dgn lbih mndalam kepada psangn suami isteri

  11. amirul berkata:

    assalamualaikum….
    apakah hukum bila bersekedudukan dengan bekas isteri tanpa rujuk
    apakah kesan&punca
    serta cara mengatasinya

  12. abd majid b hassan. berkata:

    Sebelum bernikah .juru nikah WAJIB jelaskan pd bakal suami dan isteri erti cina buta dan akibatnya pada SYARAK.Ramai pasangan yang berkahwin semula lepas bercina buta dgn ilmu nafsu tidak pada hukum.akhirnya dapat anak haram sepanjang zaman.

  13. cadangan berkata:

    dalam saya mencari-cari mengenai cerai di internet, saya ada terjumpa pendapat yang mengatakan bahawa, dalam beberapa situasi, mungkin pendapat ibn taimiyah lebih sesuai. tak silap saya, prof yusuf qardhawi bpendapat begitu, menurut fahaman saya.

    ibn taimiyah bpendapat talak 3 skaligus adalah talak 1. prof yusuf qardhawi berkata bahawa kita sepatutnya mempersempitkan perceraian, bukan meluaskannya. fiqh juga boleh berubah mengikut zaman, yang penting adalah mesti berlandaskan quran dan sunnah.

    tidak kasihankah kepada masyarakat yang sering terlepas cakap dgn perceraian talak 3 skaligus. apatah lagi isteri yang berkahwin dgn suami muallaf yang dberi hdayah mlalui pkahwinan, yang imannya sangat tipis, yang tak memahami mengenai perkahwinan dan betapa bahayanya lafaz cerai itu, ketika ianya dilafazkan untuk menyakitkan hati isteri. kasihan pasangan2 sebegini, yang situasinya berbeza dengan masyarakat melayu islam yang kuat pegangan agamanya.

    mungkin ulamak2 malaysia juga patut lebih memikirkan permasalahan umat mengenai perceraian ini.

    • Anymous berkata:

      Tapi suma hakim kat malaysia snang2 ja menghukum..asal tak selak dah dalil2 yang lain…sampaikan sekarang suami yang lafaz talak tapi isteri tak ada pon jatuh….apatah lagi yang lafaz untuk selamatkan isteri dan suami terpaksa..pon jatuh jugak..

  14. ayu samar indah berkata:

    seorang laki-laki datang pada saya dan mengtakan sudah menceraikan istrinya talak 3 berkali-kali dalam kurun waktu 6 bulan, tapi oleh keluarganya dia dianjurkan rujuk… apakah sah rujuk mereka dan berdosakah saya yang sebagai saksi ucapan talak lelaki ini terhadap istrinya?

  15. nur berkata:

    Salam ustaz sy nk ty.. klu dh bcerai talak 3…selepas tu isteri xsanggup bpisah dgn suami…dan dan dia mencari org yg sanggup bkahwin dgnnye dan bersetubuh skali selepas itu bcerai apakah hukumnye…

  16. saiful berkata:

    bertaubat lah. jgn teruskn bnde yg slh. id saminamonz

  17. Rahsia berkata:

    Assalamualaikum..boleh saya bertanya..kalau bercerai talak 3..phtu ade org sanggup kwin ngn bkas isteri utk bkas isteri baek blik dgn bkas suami..mcm mne tu??boleh terangkan tak..

Tinggalkan komen