Jalan Akhirat

Mac 11, 2010

Cerita seorang ahli kubur di Ma’la Mekah

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 10:08 pm



“Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi..

Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia….

Ceritanya begini….

Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram). Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah….

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. ”

10 Komen »

  1. subhanallah…mudah-mudahan aku tegolng dalm orng2 yg beriman…amin….

    Komen oleh anis — Mei 21, 2010 @ 12:01 pm

  2. Ya Allah…jadilah keluarga KU tergulung dlm org2 yg di beri nikmat MU YA ALLAH……

    Komen oleh khadijah — Mei 22, 2010 @ 12:37 pm

  3. assalamualaikum. selepas membaca cerita tersebut, saya sangat terharu sehingga mengeluarkan air mata. sesungguhnya itulah balasan bgi orang-orang yang hidup jalan allah s.w.t.. dan itulah juga yang diimpikan oleh orang2 yg mengharapkan keredhaan allah s.w.t.

    Komen oleh siti aishah — Mei 22, 2010 @ 3:14 pm

  4. Ya Allah sesungguhnya aku ini hak mu.Tiada satu pun hak ku melainkan semuanya hak mu.Tetapi aku kenal sangat akanMu.Maka aku mengikut kehendakMu bukan mengikut kehendakku.

    Komen oleh nuar — Mei 31, 2010 @ 4:36 pm

  5. subhanallah……hebat sungguh kuasa ALLAH…..
    smoga kita pon ke jln yg lurus….
    AMIN…

    Komen oleh anis binti zaidi — Julai 20, 2010 @ 3:10 pm

  6. ASTAGHFIRULLAHHALAZIM……..
    bertapa hbtnya kuasa kuasa ALLAH……..
    Semoga kita pon mengikut jejak langkah lelaki arab yg soleh tdi ya kwn2……
    subhanallah….!!!!

    Komen oleh aDaMiFa FaRhAnA — Julai 20, 2010 @ 3:14 pm

  7. ya allah!!!!!!!!!
    subahanallah!!!!!!
    allah huakbar!!!!!!
    maha suci allah!!!!!!!!!

    Komen oleh ikomy alysa — Julai 20, 2010 @ 3:17 pm

  8. subhanallah……….allahuakhbar….
    …Allah maha besar dan maha mengetahui………..mengalir airmata….bila membacanya………

    Komen oleh maksu odah — Julai 20, 2010 @ 8:44 pm

  9. subchanaalloh,allohuakbar

    Komen oleh ali zuhdi — Julai 25, 2010 @ 8:49 am

  10. rajin2lah baca Al Quran agar ia menjadi teman kita semasa berseorangan dalam kubur.

    Komen oleh Almuttadin fisabililah — Julai 28, 2010 @ 2:58 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Theme: Silver is the New Black. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 101 other followers