Jalan Akhirat

Mac 10, 2010

Suami tak beri nafkah batin

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 5:28 am



Ustaz,
Sedang saya mencoret kemusykilan hati saya, air mata saya tidak berhenti berlinangan sambil membisik kata-kata Istighfar berulangkali didalam hati. Ustaz, saya berusia 2o an dan suami saya 30 an. Saya amat menyayangi dirinya kerana disebabkan dia saya telah banyak berubah dari seorang yang keras hati & tempremental kepada seorang yang penyabar. Beliau juga telah menyelamatkan saya dari terus hanyut dengan masalah sosial yang asalnya berpunca dari masalah keluarga. Kini saya semakin matang dan bisa menilai intan permata. Hubungan saya dan orang tua saya semakin baik dan alhamdulillah, saya berubah.

apalah nasibku ini…

Usia perkahwinan kami baru menjejaki 3thn dan kami belum dikurniai zuriat. Persoalan yang membuat jiwa saya hiba ialah semenjak 2thn ini, saya merasakan seperti tidak diberi kecukupan nafkah batin. Walaupun telah kerap kali saya membincangkan masalah ini, setiapkali itu jugalah dia berjanji akan cuba mengubah dirinya namun beliau tetap sama dan tiada perubahan. Saya masih bersabar, Ustaz. Saya fikir pasti akan ada jalan penyelesaiannya suatu hari nanti. Namun, hari berganti hari bulan berganti bulan dan tahun demi tahun saya tidak nampak sekalipun bahawa dia cuba berusaha untuk memperbaiki masalah kami.

Ustaz, saya merasa terlalu malu untuk meluahkan masalah ini kepada insan-insan terdekat ibarat ‘Membuka Pekung’ diri sendiri. Suami saya seorang yang tidak gemar berkomunikasi atau memberi perhatian pada saya. Saya amat memahami dirinya jika dia terlalu letih dengan pekerjaannya. Tetapi didalam sebulan, takkan tidak ada suatu waktu pun untuk dia dapat membelai saya, mendakap saya atau mengucupi saya. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri mengekalkan hubungan yang intim terhadap isteri-isterinya, apakan kami yang hanya manusia biasa ini? Saya amat memerlukan dirinya disisi saya.

Ustaz, biarpun seharian kami bertemu diwaktu malam setelah penat berkerja, bagi saya jiwanya dan dirinya tidak bersama saya. Terlalu banyak kali, saya cuba membuat langkah pertama seperti mendakapnya tetapi saya diusirnya dengan alasan rimas dan panas. Betapa saya amat tersinggung dengan sikapnya itu. Apakah hak saya sebagai seorang isteri disisinya? Tiada pernah kata-kata manja atau cinta yang keluar dari bibirnya. Jiwa saya begitu sebak sekali hingga ke saat saya mencoret emel ini air mata saya terus bertitisan.

Kerana berkali-kali menanggung & memendam kekecewaan, saya selalu terfikir untuk mencari seorang teman lelaki lain buat pengganti dirinya yang terlalu tidak mempedulikan saya. Namun saya akan beristighfar dan berusaha sedaya upaya untuk mengingatkan diri ini bahawa dengan perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa penyelesaian malahan ia hanya mendatangkan dosa yang amat besar serta fitnah yang buruk sekali.

Ustaz, saya tidak tahu lagi dengan siapa harus saya mengadu. Saya sudah putus akal untuk bagaimana lagi memperbaiki hubungan kami. Pada beliau kini, saya telah menerimanya seadanya maka sedikit pun didalam hati beliau tidak pernah merasa bersalah akan sikapnya itu. Teguran-teguran yang pernah saya ajukan kepadanya dulu meskipun secara kasar atau lembut hanya ‘Menuang air didalam daun keladi’. Saya sudah pun berhenti menegurnya. Dia masih kekal begitu…

~Hamba yang dhaif~

=================================================
JAWAPAN

Saudari,

1. Saya dapat merasakan isu yang anda hadapi ini sungguh berat sehingga ianya begitu begitu menghiris perasaan. Pastinya ia merupakan satu perkara yang tidak mudah untuk dikongsi kerana ia sungguh peribadi walaupun hanya melalui emel.

2. Namun tindakan yang dilakukan untuk mendapatkan bantuan ini merupakan satu usaha yang betul bagi mengatasi isu yang anda hadapi sekarang ini.

3. Berdasarkan emel saudari ini, saya membuat kesimpulan maksud ‘tiada kecukupan nafkah batin’ merupakan tiada hubungan seks yang aktif antara anda berdua dalam jangkamasa dua tahun. Jika adapun ia merupakan satu perkara yang sangat minimal. Betulkan saya jika saya silap dalam hal ini.

4. Isu utama di sini ialah suami bersikap dingin terhadap seorang isteri, bukan sahaja tidak mesra tetapi juga tidak memberikan nafkah batin. Bagi mengatasi hal ini, sebenarnya perkara pertama yang perlu diketahui ialah sebab utama di sebalik mengapa si suami tiba-tiba selepas setahun bernikah terus bersikap dingin? Selepas dikenalpasti barulah ianya dapat dibantu.

5. Berkemungkinan suami saudari mempunyai isu yang hanya dipendam sendiri sehingga membuatkan mood beliau melakukan hubungan terjejas dengan teruk. Ini memandangkan jika tiada sebab yang utama, amat jarang sekali seseorang suami akan bersikap demikian lebih-lebih lagi rumahtangga anda baru berusia 3 tahun.

6. Perlu diakui, jika perkara ini tidak dapat ditangani segera maka secara tidak langsung ia boleh menggugat keimanan seorang isteri jika kita kita tidak berhati-hati (anda sendiri sudah mengakuinya).

7. Ini memandangkan pernikahan merupakan satu jalan keluar untuk seseorang Muslim atau Muslimah melepaskan nafsu syahwat mereka secara halal seterusnya mengelakkan diri dari kancah maksiat. Jika perkara ini (seks) tidak dapat dilakukan maka ia pastinya merosakkan matlamat di sebalik pernikahan pasangan tersebut.
Suka saya cadangkan beberapa perkara berikut untuk dilakukan segera:

* Pertama: Perlu bersikap berterus terang

Cuba sedaya upaya untuk memilih masa yang sesuai bagi membincangkan perkara ini. Sebaik-baiknya ketika suami sudah cukup rehat. Elakkan sama sekali membincangkannya ketika suami baru pulang dari bekerja. Anda perlu bersemuka dengan suami bagi menjelaskan tekanan perasaan yang dialami dan kesan di sebalik sikap dingin suami.

Melalui perbincangan ini diharapkan kedua-duanya dapat meluahkan segala ketidak puasan hati masing-masing, namun sebelum melangkah lebih jauh dalam perbincangan, anda berdua perlu mendapatkan persetujuan bersama bahawa keadaan rumahtangga yang dialami sekarang adalah tidak sihat dan perlukan jalan keluar bagi memperbaiki keadaan.

* Kedua: Bercuti

Mungkin anda suami isteri boleh fikirkan pelan rancangan bercuti ke luar negara, Mungkin lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota dan tempat yang dapat membuatkan suami melupakan hal pekerjaan dapat difikirkan dengan serius.

Secara tidak langsung dengan mood dan suasana yang tenang, mungkin boleh merubah keadaan menjadi lebih baik.
melancong menhangatkan hubungan

melancong menhangatkan hubungan

* Ketiga: Dapatkan bantuan Kaunselor

Jika suami bersetuju bahawa keadaan rumahtangga adalah kritikal dan dalam keadaan yang tidak sempurna, cuba sarankan kepada suami untuk rujukkan kepada kaunselor bagi bantuan untuk memperbaiki keadaan rumahtangga anda.

* Keempat: Rujuk ke Mahkamah Shariah

Andai kata langkah-langkah di atas tidak dapat dilakukan dan keadaan suami tetap seperti dulu. Sebagai jalan terakhir, anda perlu merujukkan ke Mahkamah Shariah bagi mengadu perihal suami yang tidak menjalankan kewajipannya, melalui cara ini sekurang-sekurangnya mereka akan ’summon’ anda berdua untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

Saya amat berharap agar anda dapat bertahan dan cuba lakukan langkah2 di atas. Perkara keempat perlu ditimbangkan dengan serius memandangkan keadaan rumahtangga anda yang tidak memenuhi keperluan perkahwinan.

Kadang kala perceraian merupakan satu jalan keluar bagi kedua-dua pihak memulakan hidup yang baru. Lebih-lebih lagi jika perkahwinan tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pernikahan seperti hubungan seks antara suami isteri, malah jika diteruskan perkahwinan ditakuti lebih membawa kemudaratan kepada pasangan suami isteri tersebut.

Seperkara lagi, jangan sekali-kali mengadukan isu rumahtangga anda ini kepada mana-mana lelaki (bukan mahram) sama ada yang sudah berumahtangga ataupun tidak kecuali kepada pakar seperti kaunselor. Ini berdasarkan pengalaman saya ianya boleh menyebabkan kepada perkara-perkara yang tidak diingini dan ditakuti diambil kesempatan oleh lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab atas nama simpati.

Dekatkanlah diri pada Allah agar anda diberikan kekuatan dalam mengharungi saat-saat yang sukar begini. Perbanyakanlah solat dan doa agar diberikan pertolongan dan diperteguhkan keimananan anda.

Wassalam.

3 Komen »

  1. asallamialikum ustaz, saya juga ada masalah dengan hubugan suami saya sex saya lebih tua dari nya 10 tahun sudah 2 tahun kami berumah tangga baru baru ini 3 bulan kami tak sefahaman dengan hubangan sex .. saya ingin tahun apakah hukuman nya sekira suami tidak mau berhubungan sex dengan istri ,,, sekian
    tarima kasih
    wasalam

    Komen oleh rahila — Jun 20, 2010 @ 11:57 am

  2. Waalaikumusalam

    Puan Rohila, Hukuman suami yang tidak mau berhubung seks dengan isterinya adalah berdosa, kerana adalah menjadi kewajipapan tanggung jawab seorang suami memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Saya sungguh simpati dengan masalah puan dan ramai wanita yang mengalami penderitaan yang sama sebagaimana puan alami sekarang ini. Tetapi mereka agak segan silu untuk menceritakan masalah mereka. Dari cerita puan jelaslah kelihatan bahawa punca masalah ialah pada pihak suami yang agak dingin, terhadap keperluan seksual puan. Mengikut kajian pakar, biasanya kekerapan hubungan seksual suami-isteri adalah antara dua hingga tiga kali seminggu khususnnya di kalangan pasangan-pasangan yang muda. Kekerapan ini berkurangan apabila mereka menjangkau umur lima – puluhan, ketika mana seorang wanita mengalami “menopause” atau putus haid. Bagi puan yang begitu muda dan saya bayangkan puan seorang wanita yang sungguh menarik tetapi mengapa suami tidak begitu ghairah untuk mengadakan hubungan seksual dengan puan?

    Kalau kita kaji punca masalah yang seperti puan alami kebanyakan adalah berpunca daripada gangguan fikiran akibat daripada stress ataupun tekanan jiwa , mungkin tekanan ini berpunca dari tempat kerja ataupun di sekitaran rumah-tangga atau juga akibat masalah kewangan atau lain-lain.

    Kadang-kala berlaku di mana kedinginan suami juga berpunca dari hubungan sulitnya dengan wanita lain, tapi saya tidak mahu menimbulkan syak prasangka ini pada puan. Untuk menangani masalah puan, mungkin ada baiknya puan dan suami berjumpa dengan doktor pakar sakit puan, lebih-lebih lagi sekarang ini puan sedang hamil, untuk membincangkan permasalahan hubungan seksual ini. Mungkin doktor pakar sakit puan boleh memberi sedikit nasihat kepada suami ataupun meneroka punca masalah suami serta mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut sambil puan boleh membuat perbincangan secara peribadi dengan doktor pakar bidan yang sedang merawat puan tetapi masalah puan mesti diutarakan kepada doktor pakar bidan yang sedang merawat puan tanpa pengetahuan suami.

    Adakalanya dingin seks di kalangan orang laki bukan saja disebabkan oleh tekanan mental atau jiwa malah ada beberapa penyakit khususnya penyakit-penyakit kencing manis darah tinggi penyakit urat saraf ataupun apa-apa jenis penyakit yang memerlukan pengubatan dalam jangka panjang. Pemeriksaan khusus untuk mengesan penyakit-penyakit ini mungkin perlu dilakukan oleh doktor pakar.

    Bagi mengatasi masalah dingin seks suami, cuba juga kaedah seks kaunseling dan terapi yang boleh diberikan oleh pakar saikologi. Kadang-kala kaedah urut traditional pun boleh memberi kesan positif.

    Sekian terima kasih

    Komen oleh jalanakhirat — Jun 20, 2010 @ 4:42 pm

  3. Salam, Ustaz.

    Saya ingin bertanya, apakah hukum bagi seorang suami yang tidak memberi nafkah batin kepada isterinya, dengan alasan tidak bernafsu dengan fizikal isterinya (isterinya berbadan sederhana, suami ingin isteri berbadan berisi). Pasangan tersebut telah berkahwin selama dua tahun, dan si isteri hanya pernah disentuh suaminya sekali sahaja iaitu selepas setahun perkahwinan. Itu pun setelah ditegur oleh isterinya. Suaminya juga tidak suka tidur sekatil dengan isteri kerana rimas, apatah lagi untuk bermanja-manja seperti layaknya pasangan yang sudah berkahwin. Si isteri sudah beberapa kali cuba berbincang dengan suaminya tentang hal ini tetapi suami agak ego. Apa pandangan Ustaz terhadap perkara ini?

    Komen oleh miya — Disember 22, 2010 @ 11:08 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Theme: Silver is the New Black. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 101 other followers