Kenapa lambat bertemu jodoh

Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.

siapalah jodoh ku….

siapalah jodoh ku….

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1. Usaha Belum Sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

16 Responses to Kenapa lambat bertemu jodoh

  1. tinta emas berkata:

    salam ziarah.. jodoh bukan bawah kekuasaan kita.. yang penting DUIT..
    Doa
    Usaha
    Iktiar
    Tawakal

    Jangan sesekali putus asa.

  2. Yudhy berkata:

    Duit gak jd ukuran,,belum tentu bisa membuat setiap orang bahagia,,intinya NIAT baik,,di ikuti toleransi yg penuh pertimbangan..

  3. Ika berkata:

    Salam, pada diri saya pulak, jodoh tu menjadi sukar apabila hati tu berkunci dek kerana dikecewakan oleh pasangan..macam saya alami sekarang ni…langsung tak ada hati dah kat lelaki….macam perkahwinan tu jatuh pada tangga akhir sekali…tambah2 tengok pengalaman kawan lagi buat kunci tu betul2 ketat….

  4. jasslina berkata:

    apa usaha yang bole kita buat? doa x putus2 lg… smayang hajat wlpun x kerap tp masih dibuat… ke kena mandi bunga lagi???

  5. ivanalif berkata:

    Allah maha pengasih dan maha penyayang
    beruasaha dan berdoa jangan pernah berputus asa
    hingga mendapatkan hidayahnya yang patut akan kita syukuri

    Amien

  6. mohon kongsi ilmu/share.tq.

  7. santi berkata:

    sejak saya berusia 24 tahun saya sudah siap untuk menikah, tapi sampai usia saya yang akan memasuki 35 tahun ini, saya belum juga bertemu dengan jodoh saya, padahal semua saran dan upaya sudah saya lakukan. Jujur…itu semua mulai melelahkan. Dunia kerja saya dan pergaulan saya padahal sangat didominasi kaum pria, dan saya tidak terlalu tomboy juga tidak nakal apalagi gonta-ganti pacar. Mereka (teman2 pria saya) biasanya selalu mengatakan bahwa saya lebih asyik untuk dijadikan teman. jika jalinan rasa yang ada lebih dari itu, mereka khawatir tidak lagi bisa berteman dengan saya seperti sedia kala. Mereka bilang sangat menyayangi saya, tapi hanya sebagai teman/sahabat/kakak/adik. Ada tanya dalam benak saya, bukankah jodoh/pasangan hidup kita adalah teman dalam hidup kita yang suatu saat juga bisa hilang dari kehidupan kita….
    ?

  8. Luxuryxia berkata:

    Pd pndagn sy lah.,alhamdulillah sy dkurniakn wajah yg agk sempurna dmata allah dn jga mnusia,ad psagan,tp psgan blum brsedia utk kawen.fkt0rnya kwangan,ad btl jgk ble dye kate ,nt law da kawen nk mkn pe?Pasir?? Trang2 Duit tu pnting ..

  9. Sudarto berkata:

    Ingn dptkn seorang istri kayak aisah.

  10. KID KAITO berkata:

    salam..mungkin jodoh menjadi sukar kerana manusia terlalu mengejar kesempurnaan..apa pun aku yakin seandainya usaha dan doa serta tawakal pada Allah yg Maha Kuasa,insyaallah akan diperkenankanNya..mintala pada tuhan yg menjadikan kita,firman ALLAH Subhana wa Ta’ala yang berbunyi :

    Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.

    Adz-Zaariyat : 049.
    bersabarla dlm mencari jodoh..yang pentingnya jangan berputus asa..insyaallah^^

  11. Saraa berkata:

    umur sy dah masuk 26th… kerja dah ok, rupa pun alhamdulillah… tinggi, cerah… ntahla, tiap kali bercinta mesti diakhiri dengan pengkhianatan… alhamdulillah, Allah maha petunjuk, tp knp sy slalu je trima nasib macam ni… ingtkan makin berusia semua matang2 tp sy rasa seperti bercinta d zaman sekolah je… sgt sedih… sy ada suka kat seseorg, dah hampir 2thn berkawan, dgr2 org cakap dia dah nak bertunang, bila ditanya dia mengaku, kemahuan mak dengan sepupunya sendiri… pastu exboy sy contact untuk berkawan smula, sy bg dia peluang lg wpun belum tahap serius… sy terjumpa dia dgn seorg perempuan, rupanyer perempuan tu girlfrnds dia… kekadang terasa sgt kwn2 smua dah kahwin n bakal jd ibu tp sy belum… sy redha tp keinginan untuk ada keluarga sendiri

  12. zera berkata:

    saya dah berusia 26 .bertunang masa 23 hingga 25 tapi putus di tgh jalan ..selepas putus dgn tunag saya berkawan dengan byk lelaki tapi x lama sekejap .apa salah saya dan apa dosa saya sampai sekarang saya tertanya2.hu3

  13. Mustaffa berkata:

    bykkan baca 3 kul(3x),pada sembhyg subuh dan asar,doalah dilindungi dari sihir dan makhluk yg zalim terhadap kita..

  14. bukannamasebenar berkata:

    salam..bolehkah kita berdoa bertemu jodoh pada usia tertentu?contohnya..bertemu pada usia 38?

  15. Pingback: Kenapa Anda Lambat Bertemu Jodoh ?

Tinggalkan komen