Mati syahid

Dalam Islam, mati syahid (bahasa Arab: شَهيد ‎ šyahīd, jamak: شُهَداء šyuhadā’) ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah (jihad fi sabilillah).

Dalil orang mati syahid

Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai berikut:

“ “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171) ”

Adapun hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkenaan dengan masalah golongan yang meninggal dalam keadaan syahid banyak dijumpai diantaranya adalah sebagai berikut:

1. Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid.” (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142)) ”

2. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:

“Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?” Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah.” Rasulullah bersabda: “Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit.” Mereka bertanya: “Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid.” (Hadis Riwayat Muslim(3539)) ”

Ganjaran mati syahid

Rasulullah bersabda:
“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar

2. melihat tempatnya didalam surga

3. dilindungi dari azab kubur

4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar

5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,

6. dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Syahid pertama

Orang yang syahid buat pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia iaitu Sumayyah binti Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di tangan kafir Quraisy di Mekah untuk mempertahankan agamanya. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah telah gugur syahid. Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.
[sunting] Penghulu para syuhada

Sabda Rasulullah:
“ “Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh.” (Hadis Riwayat Al Hakim)

Rujukan

1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat [1]
2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,IIUM [2]
3. Kitab Al Imarah Bab Bayan Asy Syuhada, Juz. 10, Hal. 29, No hadith. 3539. Al Maktabah Asy Syamilah

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Mati syahid

  1. Bang Uddin says:

    Semoga Allah memberikan aku petunjuk-Nya dan membimbing aku di jalannya sampai akhir nafasku……!!!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s