Ajaran sesat



PENGERTIAN AJARAN SESAT

* Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT

* Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.

* Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

* Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.

* Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

* Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.

* Menolak perkara yang qat’ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.

* Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.

* Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.

* Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.

* Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

* Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT

1. Kesan terhadap individu:

(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;

(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat;

(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik;

(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

2. Kesan terhadap masyarakat:

(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;

(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;

(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. Kesan terhadap negara:

(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;

(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

Qadiani

1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.

2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.

3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.

4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.

5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:

(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);

(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;

(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;

(d) menghapuskan jihad;

(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;

(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;

(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;

(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;

(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.

Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.

2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha’ullah.

3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.

4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.

5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.

6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:

(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;

(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;

(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);

(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;

(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;

(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;

(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;

(h) memansukhkan agama Islam;

(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;

(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

Taslim

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.

2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:

(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;

(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;

(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;

(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;

(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;

(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);

(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.

2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.

3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.

4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Ajaran sesat

  1. abui says:

    kmu mmg silap ttg agama bahai sbp kmu tdak tau apa2 pasal agama bahai…kmu main antam jak semua…semua yg kmu nyatakn diatas,cma ke-5 yg btul tp ug lai semua tdk sdkit pun….

  2. neilan says:

    betul pe…jangan sebarang cakap sahaja agama orang lain..dalam agama bahai mengatakan kewujudan syurga dan neraka…….dan tidak kekalnya dunia…….apa yang dinafikan lagi….jangan mementingkan diri sendiri sampai membuat orang lain tersinggung….pa guna kalau smbahynag 5 wkatu klau ckap2 agama orang lain….TUHAN MAHA ADIL!TUHAN MAHA KUASA!BERCAKAP berpada-pada kawan!KIta tidak tahu semuanya yang ada di dunia….sedar sikit tu?!!!BAYANGKAN APA YANG KAU KATAKAN ITU SEMUANYA SILAP?……..TULAH…lain kali tapis mulut…..kita ini sesama manusia….pa guna sudah ada agama kalau hina agama bahai!tak bersyukur langsung………

    • ALLAHUABHA ….sya pun terkilan dgn kata bahawa agama bahai AJARAN SESAT …. perlu kah org mnghina agama kami -BAHAI- mmg betul apa yg dkatakn oleh NEILAN …. sya amt mnyokong awak … sya amt mnyukai apa yg awk kata … mmg pantas mereka dikatan begitu … apa guna mereka memeluk agama islam hnya kerana mnghebohkn agama bahai ajaran sesat …xpayah lar nk mngkutuk agama org lain … sedar lar diri tu sikit … KEPADA YG EMPU NYA BLOG INI LEBIH BAEK X PAYAH BUAT BLOG INI KERNA ANDA MAKIN MENAMBAH DOSA !!!! SEDANGKAN RATA RATA UMAT ISLAM LAR YG MNGKUTUK AGAMA SNDRI … YA LAR MANA TIDAK MEREKA MMBUAT FILEM YG MNGHINA AGAMA seperti FILM KL GANGSTER RATA RATA PELAKONYA PULA ORG ISLAM … DAN YG PALING BURUK LAGI CRTA BOHSIA LAR DER !!! YG DIKATAKN MNGHINA AGAMA SNDRI …

  3. El says:

    BETUL LA DIA TULIH TU…SUME AD DLM BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH..X CAYA CUBE TENGOK

  4. up says:

    dah sah2 Islam tu hanya satu.. mana plak datang BAHAI…. kalau BAHAI x sama dgn apa yg dituntut dalam Al-Quran dan Sunnah.. sesat la tuh… mana plak nak sembang pasal KL Gangster… Umat akhir zaman betul…

  5. manusia says:

    Maaf ya, sekadar berkongsi pendapat.. :)
    kepada yang beragama Bahai, diharap tenang dengan kenyataan agama Bahai di atas.. :)
    Seperti yang diberitahu oleh El, ajaran-ajaran tersebut termasuk ajaran Bahai sememangnya telah dicetakkan dalam buku teks sekolah untuk pengetahuan pelajar.. :)

    Sesungguhnya Allah hanya menerima ajaran Islam..
    Saya faham penganut ajaran Bahai pasti sangat mempertahankan agama Bahai kerana anda telah menganutinya dan mempercayainya sejak kecil lagi.. :)

    Tapi di sini saya ingatkan bahawa, tidak semua perkara (termasuk agama) yang kita amalkan sejak kecil itu adalah benar! :)
    Ya, saya juga perlu mengkaji Islam walaupun saya ini beragama Islam sejak dari kecil.. :)

    Saya pernah tertanya-tanya bagaimana wujudnya agama Islam?..
    Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Islam itu agama yang benar?..
    Saya akui bahawa saya yakin dan percaya dengan agama Islam tetapi saya tetap ingin mengkaji dan mengetahui lebih mendalam tentang Islam.. :)

    Ternyata, Sangat Jelas bahawa al-Quran telah menjawab segala persoalan.. :)
    Antara buktinya,(yang jelas terkandung dalam al-Quran)
    1) kisah manusia diciptakan daripada segumpal darah.. SEDANGKAN Saintis BARAT baru menjumpai TEORI tersebut SETELAH al-Quran diturunkan berkurun lamanya.. :)
    2) kisah terpisah air masin dan air tawar dalam LAUT yang sama! :)
    3) Kisah Umat Nabi Lut yang diterbalikkan oleh Allah ke dalam tanah.. Dan hal ini TELAH dijumpai oleh PENGKAJI pada zaman ini , mereka MENJUMPAI KESAN-KESAN bencana tersebut di bawah TANAH!! Dan KAJIAN tersebut TELAH DISIARKAN SECARA JELAS&TERANG dalam SIARAN TELEVISYEN!..

    masih banyak lagibukti kebenaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran, sahabat.. :)

    Kajilah agama Anda, dan kajilah agama Islam.. :)
    insyaAllah, anda pasti menemui jalannya,,dan JAWAPAN yang terbaik! :)

    # Contoh : Ada seorang Pendeta dalam agama Hindu, dahulunya sering mengajak orang masuk agama Hindu, dan akhirnya dia dikurniakan Hidayah dan memeluk agama ISLAM.. :)
    #Seorang gadis cina yang dahulunya beragama KRISTIAN ,gadis belasan tahun dahulunya sering menentang dan mempersoalkan agama Islam , akhirnya memeluk Islam.. :) tak percaya? cuba search di You-tube.. :)

    => Sahabat sekalian, Islam itu bukan MELAYU.. :) Ramai yang takut untuk memeluk Islam kerana melihat anak-anak Melayu yang semakin merosot nilai akhlaknya..
    Islam tidak pernah memaksa,..tetapi Islam menerima dan mengajak anda dengan penuh keikhlasan.. :) Pilihan terletak di tangan anda..
    Dengan izin Allah, kehidupan anda pasti akan tenang setelah memeluk agama Islam kerana adanya Keredhaan dan Keberkatan dari Allah.. :)

    * Saintis ada menjumpai bahawa jantung yang berdegup dalam tubuh kita, berbunyi ‘RAB’ pada setiap denyutannya.. :) DAN yang PASTI, RAB dalam bahasa Arab BERMAKSUD ‘TUHAN’ iaitu Allah S.W.T. :)

    Wallahualam..^_^

    (maaf andai ada salah dan silap,mohon teguran)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s