Tharikat dan tasauf



Ilmu tasauf ini merupakan satu ilmu kerohanian yang kini telah hampir luput dikalangan umat Islam, kebanyakan orang tarikat sufi yang menghidupkan ilmu tasauf, namun begitu cabaran mencari dan mempelajarinya adalah amat-amat hebat malah ditentang oleh ahli-ahli feqah dan ahli-ahli syariat, bagi mereka yang tidak memahami mengangap tarikat dan tasauf adalah ajaran atau amalan sesat dan tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Namun begitu bagi mereka yang betul-betul ingin mendalami dan menuntut nya kerana amalan tarikat dan ilmu tasauf ini dapat mempertingkat diri kerohanian dan jati diri, dengan itu adalah sebaik-baik jalan dan ilmu yang dicari. Ilmu kerohanian ini merupakan ilmu berkaitan dengan ketuhanan, memahami diri terperi dan penciptaNya Allah Azzawajjala, sebagai mana kita tahu tokoh-tokoh cerdik pandai Islam dizaman puncak kegemilangan Islam seperti Ibnu Ar-Rabbi, Ibnu Sina, Ibnu -Khaldun dan lain-lain lagi cerdik pandai Islam semasa itu mereka merupakan ahli tasauf and sufi. Pemikiran dan kecintaan mereka tentang ilmu Allah adalah amat-amat luas sehingga dapat menghayati kehidupan sebagai seorang cerdik pandai Islam yang unggul didunia ini suatu ketika dahulu. Sebagai contohnya Ibnu Sina membedah tubuh pesakitnya dengan hanyanya menggunakan tangan sahaja tanpa alat-alat bantuan seperti zaman sekarang dan menjadi pelopori menerokai ilmu kedoktoran dan memahami rahsia jasad manusia. Dimanakah asal ilmu-ilmu ini jika tidak diterokai dengan ilmu kerohanian, kerana ilmu kerohanian inilah yang menjadi sesorang individu mempunyai kekuatan dalam secara hati jiwa dan roh yang kuat dan sebati dengan diri untuk menjadi insan hamba yang diredai Allah dan Allah Maha Bijak menganugerahnya.

Serba sedikit latar belakang hubungan tarikat dan ilmu tasauf, seperti diKelantan, banyak ahli tarikat dan sufi adalah dikalangan tarikat Ahmadiah, dimana mengikut sejarah tarikat Ahmadiah Kelantan di pelopori oleh Allahyarham Tok Guru Haji Daud Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Pondok Haji Daud Bukit Abal masih lagi ada diKelantan pada masa kini. Kini banyak madrasah-madrasah tarikat diKelantan dimana ramai yang ingin mendalami ilmu kerohanian yang mana ilmu kerohanian adalah amat penting untuk amalkan dalam diri seseorang supaya ia dapat membuka basirah hati didalam diri individu itu supaya celik dan berilmu. Namun begitu tidak diKelantan sahaja malah banyak lagi madrasah tarikat yang muktabar seperti tarikat Qadiriah, Naqshabandiah, Qadariah and Sazaliah seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Kedah, Perak dan lain-lain negeri. In bergantung kepada individu itu sejauh ingin mencari haluan diri supaya ia dapat mempelajari dan mencari guru yang murysid lagi muktabar. Didalam mencari ilmu kerohanian juga tidak dilupakan bahawa cabaran mencari ilmu yang benar itu ada banyak cabarannya sehingga seseorang itu bersungguh dengan ikhlas untuk mendapat keredaan Allah sehingga menjadikan dirinya kerana hamba dan Allillah.

Ilmu tasauf ini merupakan suatu ilmu yang hidup dan kekal selagi hayat dikandung badan kepada mereka yang menempuh kejalan menuju Allah, kerana ilmu tasauf ini menjadi satu pedoman didalam pembinaan diri dan rohani. Apa gunanya jasad jika hati tidak hidup, apa guna hati jika jiwa tidak tenteram, apa guna roh jika jiwa tidak terisi. Makanan hati, jiwa dan roh adalah zikrullah. Orang yang mendalami ilmu tasauf mereka akan merasa jiwa dan roh mereka hidup dikandung jasad kerana bagi mereka kekuatan diri secara psikologi berlandaskan hikmah Allah yang memberi kehidupan pada setiap hari, sedetik atau sesaat mereka tentunya memikir dan mngingati Tuhan Allah. Mereka menilai dan menghargai diri mereka dengan rasa penuh kenikmatan dan sentiasa meminta limpah kurnia Rahmat dan Kasih sayang Allah. Apabila berbicara mereka berbicara dengan rasa untuk keihklasan dari hati walaupun nafsu sentiasa ingin membatasi sifat yang baik, diri mesti sentiasa bergantung pada hati dan nurani. Diri akan cuba mendapatkan hikmah dari Allah dalam apa jua keadaan sekali pun walaupun suka gembira mata memandang atau sedih pilu mata dan hati hati merasakan pada sesuatu keadaan. Allah akan sentiasa memandang dan seseorang sufi akan berpandangan dengan Allah dengan hikmah hidayah Allah, merasai jiwa sanubari terisi dengan nur Allah. Walaupun begitu cabaran menempuh dugaan sentiasa dihadapi namun begitu harus diterima dengan penuh kekuatan dan ketabahan, itulah yang dinamakan seorang insan, hakikatnya kita adalah insan manusia. Didalam perjalanan sufi perjalananan mereka adalah perjalanan kehidupan menuju Allah, dimana mereka akan merasai bahawa hakikat diri insan ini perlu diisi dengan pemahaman diri betul bernilai diatas kejadian diri keturunan Nabi Adam dan Hawa, kerana kejadian makhluk manusia itu merupakan penciptaan yang akbar dan mutlak. Kejadian manusia dari tanah, api ,air dan angin sehingga dimasukkan roh akhirnya bernyawa hidup membesar. Penciptaan diri sebagai manusia itu adalah begitu unik dan bermakna kerana Allah dengan anugerahNya menjadikan kita manusia sebagai makhuk manusia bernama Adam (tanah). Jasad kita inilah yang merupakan insan yang yang hidup yang beroh dan berjiwa naluri. Kita diciptakan Allah ditentukan dari lauh mahfuz tentang qada dan qadar, namun begitu kita mesti berusaha untuk menjadikan diri kita yang terbaik untuk diri kita demi menjadikan insan yang sebenar-benarnya sempurna. Kekuatan memahami hakikat diri melalui melalui ilmu tasauf adalah merupakan salah satu dari kunci cabang ilmu yang boleh membuka hati, jiwa dan roh itu kepuncak anugerah Allah, kerana Allah akan membuka jalan yang seluas-luasnya kepada mereka mngingatiNya dan memyembahNya. Kekuatan rohani inilah yang sering teruji dikalangan kita, kerana kebanyakan kita orang awam kehilangan keyakinan diri apabila menghadapi dugaan dan rintangan, kekuatan perlu dipertingkatkan dengan amalan kerohanian dan pengisian jiwa dengan ilmu tasauf terhadap individu itu, namun begitu pencarian dan pengalian rohani itu mesti disamping diusahakan dengan amal dan ibadat serta ingatan kepada Allah.

Kehidupan sebagai manusia itu lebih bermakna apabila dirinya sentiasa megingati Allah dan memuji Allah, kerana itulah keindahan dan kasih sayang insan terhadap penciptanya. Kasih sayang Allah terhadap makhluk tiada terbatas tidak dapat ditolok bandingnya walaupun tidak dapat ukur banyaknya bertaburan berkelipan bintang-bintang dilangit atau buih-buihan dilautan, begitu juga dengan ilmu Allah yang terbentang luas seluruh alam samada secara dianugerah rohani atau secara kalam. Ilmu kerohanian atau tasauf adalah merupakan satu cabang ilmu yang tiada batasan yang dilimpahi dengan kurniaan Allah kepada hamba yang dipilihnya atau hamba yang menuju jalannya menuntut ilmu datang dari ilham laduni, bil hikmah, dari kalangan manusia itu sendiri baik dari ulamak-ulamak , para solehin ataupun para awliyah. Bagi mereka yang menempuh atau mencari jalan menuju Allah, maksud menuju untuk menghampiri diri dengan Allah agar diri sentiasa dilindungi dengan rahmat dan kasih sayang, dan merasa nikmat kehidupan sebagai makhluk yang berilmu dan berhikmah, dan menjadikan ibadah sebagai tiang agama, kenyataan diri terperi itu sentiasa dirasai dengan ukuran hati yang murni bersih, semakin banyak ingatan zikir kepada Allah dan pujian semakin nyata diri ini wujud dialam kenyataan dunia, semakin rasa perhambaan dan semakin rasa akan maksud diri, wujud Allah didalam diri semakin kuat dengan kekuatan iman dan tauhid.

Serba sedikit disentuh secara ilmu tasauf,untuk menyatakan dan merasai diri itu berjiwa dan beroh merupakan satu usaha yang perlu dipertingkatkan kerana adanya roh didalam jasad itu amat-amat halus sehingga kita sebagai insan amat-amat susah untuk menghadapi kenyatan berjiwa dan dan roh. Berkenaan dengan jiwa , jiwa insan itu merupakan satu penghayatan perasaan yang susah untuk dirasai namun begitu apabila insan itu membaca kalam-kalam Allah seperti ayat-ayat Al-Quran maka jiwanya akan mula diseliputi dengan kalam-kalam suci yang memberi kekuatan dan ketenangan yang penuh, namun begitu susah untuk dihalusi jika setiap individu tidak merasa nikmat membaca Al-Quran, nikmat mengisikan jiwa itu dengan kalam-kalam Allah adalah ibarat mengisi sebuah bekas bijana dengan air yang lama kelamaan bijana itu akan berbekas dengan sirami air tersebut, begitu juga dengan roh sekiranya diisi dengan zikir-zikir roh maka roh itu akan sentiasa hidup dengan rasa diri terperi denga rasa kehidupan berdiri berjalan bergerak dan bertutur itu ada maksudnya dan maujudnya Allah. Ini adalah salah satu penghayatan ilmu tasauf dan amalan tarikat dimana nafas dan tanafus secara kerohanian, ini bermulanya apabila individu itu mencapai tahap basirahnya hatinya, maka segala penghayatan ilmu dan ibadahnya akan mula berputik sedikit demi sedikit sehingga mereka atau individu merasa nikmatnya mengerjakan perbuatan amal dan ibadah, dengan maksud yang lebih mendalam, namun perjalanan menuju kedudukan hakikat setelah makrifat yang berkekalan perlu diusahakan lagi dengan amalan kerohanian zikir itu..sebagai satu contohnya sehingga tahap untuk mencapai istilah tahap kekhuysukannya didalam satu-satu solatnya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

11 Responses to Tharikat dan tasauf

  1. Wong Bolong@Gusti Agung berkata:

    As’kom paraUmati Muhammad Sekelian,
    Saya bersetuju dengan pendapat saudara…Sesungguh para penentang atau yang tidak mahu menerima perjalanan Ahli Tarikat/Ahli Sufi adalah orang yang tidak memahami perjalan Ugama itu sendiri..mereka hanya jenis manusia tk tahu Hujung pangkal hidupnya sendiri disebabkan Kejahilan Diri sendiri dan Bodoh Sombong yang susah diajar
    Kurang Ajar kerana tiada Pelajaran Ugama.Ilmu Ke Ugamaan ini sangat luas tidak kira apa Ugama sekali pun.
    Manusia jenis Kurang Ajar adalah Jenis Manusia Rakus cara Hidup nya- Sombong-Bodoh- angkuh- Takabur-Pentingkan diri sendiri yang melulu. Sebab itu orang Tarikat mereka bersusah payah untuk mengenali dirinya-Tuhan nya kemudian sampai kepada Allah semasa Hidupnya. Jadi kenapa pula para Ulamak Fikh ( Bodoh /Goblok )
    Asyik suka menuding orang-orang yang menjalani cara hidup untuk Ber Tarikat pula di Ganggu di Cela di hina…?
    Orang yang suka menuduh orang lain tak betul sebenarnya jiwa SAKIT kosong dan tak tahu hidup ini untuk apa…berma’ana serupa swperti HAIWAN hanya RAKUS ke inginan diri sahaja.
    Kerana itu di akhir Zaman ini telah banyak yang BUTA mata hati kerana di tipu oleh puak Rakus.Ugama sudah menjadi alat Adat pada Hidup mereka…sebabaku ketuturuna ISLAM…Siapa yang Islam ini sebenaranya…? Oleh kerana kita mengucap Dua Kalimah Syahadat, Mengerja Perbuatan Sembahyang,Berpuasa, Zakat dan Fitrah dan berkemampuan untuk pergi ke MEKAH mengerjakan Rikun Haji….!!!
    Hidup Tanpa Ilmu Tauhid.Tasawuf serta terkemudian nya Ilmu Fikh dengan berguru yang MURSYID Hidup dan Matinya SIA-SIA sama seperti HAIWAN.Wallah Wualam Bisawab.

    • Tepat…..Bull….ini lah Manusia yang di katakan Haiwanu Natiq :-

      Kata Bismillah asal smula jadi
      Makrifat Iman itulah Nur nya illahi
      Apalah guna amal di cari kalaulah kita tak mengenal diri

      Pandang lah makrifat didalam hati
      Tempat tajali Ismi illahi
      Apa lah Amalan syariat belum lah bererti
      Amalan Makrifat itulah yang di bawa Kembali ( Bukan mati )
      Nota:- Istilah mati dan Mampus hanya pada manusia Haiwanu natiq.
      Asala Kapas menjadi Benang
      Benang di pintal segumpal kain
      Badan terlepas barulah terkenang
      Rupanya bertempat aku bersujud bertahun2 kepada yang lain ( Jahil Murakap/Syirik )
      Ku sangka Peria rupa nya bukan
      Ku sangka Insan sujud ku ini……rupanya bukan

      illmu tinggal di jalan
      Hamba tidak bertemu dengan Tuhan
      Jasad hancur tiada keraguan ( Pasti )
      Sifat bertukar menjadi Haiwan.

  2. M Naufal za berkata:

    Tarikat yang menuju kehakikat ,itulah jalan sebenarnya untuk mencapai ma,rifat,mengenal diri yang zhahir dan diri yang bathin….diri yang sangat rahasia…

  3. azam berkata:

    Alhamdulillah bg yg mengerti

  4. M Danial berkata:

    Belajarlah ilmu syariat bersamanya ilmu tauhid,kemudian apabila datangnya keinginan untuk mendekatkan dan mengenal lagi Allah ( Tuhan ),maka carilah ilmu tasawuf bersamanya tariqat..kemudian rasailah,selamilah dan sedarilah bahawa diri kamu itu apa atau siapa.Jika kamu dapat mengenal Tuhanmu maka kamu itu bergelar Insan Kamil

  5. al_wahidah berkata:

    Assalamu’alaikum…..Saya ingin mencelah sikit, Adakah kita yang hina ni bulih kenal Allah? setahu saya hanya seorang sahaja yang bulih buat begitu!! Kita ni siapa dan tinggi mana mertabat kita? saya rasa kalau bulih sampai di kaki bukit pun dah cukup bagus, yang berHAQ panjat bukit tu siapa? ya ka bulih sampai? 🙂

  6. ana berkata:

    Sepanjang yg ana baca tntang tarikat ni kbanyakannya semua kaum adam yg mmpelajarinya n mngamalkannya… bgaimana kaum hawa nk mmpelajari n mngamalkan amalan tarikat ini??

  7. mk berkata:

    tarekat yng benar tidak menyimpang drp al quran karim dan sunnah yng sahih.
    kalau menyimpang itu adalah tarekat yng sesat.
    sesiapa yng mengambil petunjuk selain daripada petunjuk rasullullah tidak akan diterima amal soleh nya.. jadi sesuaikan lah ajaran tarekat mu dengan Al quran dan sunnah yng sahih. jgn diterima sembrono hendak dirujuk quran karim dn sunnah yng sahih.

  8. Latifah harun berkata:

    Aamiin….perempuan pun boleh belajar, tidak terkecuali….bab mengenal Allah tak tuju pada lelaki or perempuan….dituju bagi orang2 yg beriman, pegangan, awall2 agama mengenal Allah…..Islam tu Diri….yg mengenal Diri…baru Islam…..tak kenal tu…pikirlah sendiri….

Tinggalkan komen