Malaikat



Kata malaikat merupakan jamak dari kata Arab malak (ملاك) yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.

Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).

Muslim wajib beriman kepada malaikat dengan tafsil (تفصيل) dan ijmal (إجمال).

Beriman dengan tafsil

Beriman dengan tafsil adalah beriman akan setiap satu daripada mereka secara berasingan dan bukan mempercayai mereka itu sebagai satu (contoh: satu kumpulan) dan percaya yang tiap satunya adalah malaikat. Berikut adalah sepuluh malaikat yang wajib diketahui secara tafsil.

Malaikat wajib

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-

Nama Arab Tugas
Jibrail جبرائيل/جبريل Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail ميكائيل Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil إسرافيل Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
Izrail عزرائيل Mencabut nyawa.
Munkar منكر Menyoal mayat di dalam kubur.
Nakir نكير Menyoal mayat di dalam kubur.
Ridhwan رضوان Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik مالك Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib رقيب Mencatat segala amalan baik manusia.
Atid عتيد Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

Dari nama-nama malaikat di atas hanya tiga yang disebut dalam Al Qur’an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.

Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadits. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur’an dia hanya disebut Malaikat Maut.

Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur’an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur’an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dan lain lain.

Beriman dengan ajmal

Beriman kepada malaikat yang ajmal ialah percaya akan wujudnya malaikat yang lain selain daripada sepuluh malaikat yang wajib diketahui tersebut dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak diketahui berapa bilangannya melainkan Allah.

Antara malaikat yang wajib diketahui secara ajmal ialah malaikat pemegang atau yang menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi menjadikannya lapan malaikat penanggung arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga manusia atau Hafzah.Ia juga sering digelar Qarin. Qarin turut wujud dalam bentuk syaitan. Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui ialah:

* Malaikat Zabaniyah – 19 malaikat penyeksa didalam neraka
* Hamalatul Arsy – empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)
* Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)
* Malaikat Kiraman Katibin – pencatat amal baik dan buruk
* Malaikat Harut dan Marut

Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah SWT.

Iman kepada malaikat merupakan Rukun Iman yang ke-2. Rukun Iman yang 6 merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan, juga tidak dapat dipilih-pilih. Sehingga tidak disebut orang beriman jika tidak meyakini salah satu dari Rukum Iman tsb. Dalam H.R. Muslim, Rasulullah bersabda:

Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk. (Hadis Riwayat Muslim)

Sejarah Malaikat

Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam.

Terdapat juga malaikat seperti Harut dan Marut yang telah sesat akibat mempelajari dan mengamalkan sihir. Walau bagaimanapun kenyataan ini diragui kesahihannya/kebenarannya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

12 Responses to Malaikat

  1. hayamwurok berkata:

    السلام عليكم

    “malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam”…

    …terlebih dahulu maafkan saya..apakah terdapat dalil atau fakta jelas dari Quran bagi menyokong kenyataan petikan di atas ?..

    …sekiranya bumi belum tercipta bererti Allah gagal mencipta manusia iaitu Adam , sebab sebahagian daripada bumi berfungsi sebagai acuan untuk mencipta lembaga Adam..

    …menunjukkan bahawa Allah perlu [terpaksa] terlebih dahulu mencipta bumi kemudian barulah memulakan penciptaan lembaga manusia ?…

    … “Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar”..

    …Bumi yang tercipta sewaktu malaikat mengambil tanah untuk dijadikan acuan manusia , adakah bersifat nyata seperti sekarang ?.

    …dapatkah sesuatu yang bersifat ghaib berada serentak dalam satu masa , seperti malaikat yang bersifat ghaib datang untuk mengambil tanah [bumi] yang sudah pun bersifat nyata..

    …maha keliru..

  2. jalanakhirat berkata:

    Waalaikumusalam

    Sekelian alam dicipta oleh Allah swt yang terdiri datipada alam raga, jiwa, jasmani dan rohani. Tujuan Allah swt mencipta berbagai alam untuk menyatakan kesempurnaan keujudannya.

    Allah swt mencipta alam semesta menurut hukum supaya manusia boleh befikir untuk menyatakan kesempurnaan dan kebesaran Allah swt.

    Allah swt itu boleh melakukan apa jua yang dikehendakinya. Setiap makhluk hatta malaikat sekali pun tidak berhak mempertikaikannya.

    Wasalam.

  3. hayamwurok berkata:

    السلام عليكم

    Demikianlah sunnah [aturan ketetapan] Kami terhadap rasul-rasul Kami sebelum engkau. Dan engkau tidak akan menemui perubahan sunnah Kami. (Q, 17: 77)

    Demikianlah sunnah Allah terhadap orang-orang pada masa lalu. Dan engkau [Muhammad] tidak akan menemui perubahan sunnah Allah itu. (Q, 33: 62)

    Maka iman mereka tidak ada manfaatnya bagi mereka setelah mereka melihat siksaan Kami . Demikianlah sunnah [peraturan ketetapan] Allah yang telah tetap berlaku terhadap hambaNya . Dan ketika itu orang-orang kafir menderita (Q, 40; 85)

    …t/s , atas respond jalanakhirat..maafkan saya , jauh sekali saya sebagai makhluk Allah mahu mempertikai kekuasaan dan kebesaranNya…akan tetapi apa yang saya pertikaikan adalah kefahaman manusia terhadap kekuasaan dan kebesaran Allah…

    …mengenai kenyataan saudara , “Allah swt itu boleh melakukan apa jua yang dikehendakinya”..

    Berdasarkan tiga keterangan Quran di atas jelas bahawa ketetapan Allah [sunnatullah] tidak sesekali akan berubah .

    oleh demikian , adakah Allah dengan KudratNya yang bersifat Maha Berkuasa bertindak merombak ketetapanNya sendiri , dalam ertikata bahawa Allah swt menyalahi perjanjianNya , iaitu ketetapan tidak berubah yang disebut sebagai sunnatullah . sepertimana kenyataan saudara jalanakhirat di atas , bermaksud Allah swt boleh melakukan apa saja menurut kehendakNya sekali pun perkara yang berlaku itu menyalahi sunnatullah iaitu ketetapanNya .

    Justeru , bagaimanakah dengan insan yang telah beriman di muka bumi ini , bahawa Allah sesekali tidak akan merubahkan ketetapanNya , walau sebesar zarrah sekali pun tidak akan diubah oleh Allah setiap ketetapanNya , lihat uslub Quran di atas iaitu S 17 : 77 , di mana Allah swt menegaskan kepada Muhamad rasulNya “bahawa engkau Muhamad tidak akan menemui perubahan sunnah Kami” …

    ‘….saya amat mengharap penjelasan dari anda jalanakhirat ..t kasih .

  4. jalanakhirat berkata:

    Waalaikumusalam

    ALLAH SWT BERKUASA KEATAS SEGALA SESUATU.

    Makna al-Qadir (القديرُ) ialah Allah Ta’ala bersifat dengan Maha Berkuasa dengan sifatNya yang Azali (Tiada Permulaan), Abadi (Kekal Selamanya) dan berkuasa ke atas segala al-mumkinat (الممكنات).
    Iaitu makna al-Qadir (المتَّصف بالقدرة، وهي صفةٌ أزليّةٌ أبديةٌ يؤثّر بها في الممكنات).

    Al-Mumkinat ialah segala perkara dari sudut Hukum ‘Aqal harus untuk kewujudannya dan harus untuk ketiadaannya iaitu segala makhluq termasuk perbuatan makhluq yg diciptakan oleh Allah Ta’ala.

    Perlu diketahui bahawa prinsip Hukum Aqal terbahagi kepada tiga (3) dan ianya perlu dipegang:

    * Wajib Pada ‘Aqal: Apa yg tidak boleh digambar pada ‘aqal ketiadaanNya iaitu Kewujudan Allah Ta’ala dan Sifat-sifatNya (Allah Ta’ala wajib pada ‘aqal wujud dengan sifat-sifatnya)

    * Harus Pada ‘Aqal: Apa yg boleh digambar pada ‘aqal kewujudannya dan ketiadaanya iaitu segala al-mumkinat termasuk segala makhluq (makhluq boleh/harus pada ‘aqal untuk wujud (ada) atau tidak diwujudkan (tiada))

    * Mustahil Pada ‘Aqal: Apa yg tidak boleh digambar pada ‘aqal kewujudannya iaitu kewujudan sesuatu yg menjadi sekutu bagi Allah Ta’ala (mustahil pada ‘aqal sama sekali dengan kewujudan sekutu bagi Allah Ta’ala)

    Amat ditegaskan bahawa kita hendaklah berpegang bahawa sifat al-Qadir (القديرُ) iaitu Allah Ta’ala berkuasa terhadap perkara yang Harus Pada ‘Aqal (الممكنات) di mana berkuasanya Allah Ta’ala tidak berkaitan dengan perkara yang Wajib Pada ‘Aqal dan perkara yang Mustahil Pada ‘Aqal.

    Oleh itu, kita tidak boleh menanyakan soalan seperti [Bolehkah Allah Ta’ala berkuasa mengambil sekutu bagiNya (wal’iyadzubiLlah)], kerana Kekuasaan Allah Ta’ala tidak berkaitan terhadap perkara yang mustahil pada ‘aqal. Dan juga kita tidak boleh mengatakan [Allah berkuasa untuk mentiadakan dirinya (wal’iyadzubilLah)], kerana Kekuasaan Allah Ta’ala tidak berkaitan terhadap perkara yang wajib pada ‘aqal. Hendaklah kita memahami dengan jelas terhadap perkara ini dan berhati-hati kerana jika kita beri’tiqad atau hanya mengatakan sedemikian ia boleh membatalkan ‘aqidah dan jatuh kufur.

    Firman Allah Ta’ala:
    وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
    Dan Dia (Allah) Mengetahui (Segala) Apa Di Langit Dan (Segala) Apa Di Bumi, Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu
    [Surah Ali ‘Imran: 29]

    Sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu (yg termasuk dalam perkara-perkara yang harus pada aqal) iaitu perkara yang berjisim (segala makhluq), perbuatan manusia, usaha manusia, niat di hati, lintasan di hati, degupan jantung, pernafasan dan lain-lain. Sesiapa yang mengatakan atau ber’itiqad bahawa Allah Ta’ala tidak berkuasa terhadap perbuatan manusia, maka dia telah bertentangan dengan nas al-Quran. Dan sesiapa yang bertentangan dengan nas al-Quran, maka dia jatuh kufur.

    Golongan muktazilah menafikan bahawa Allah Ta’ala berkuasa dan mencipta ke atas perbuatan manusia. Taqiyyuddin an Nabhani (Pengasas Hizb at-Tahrir) dalam kitabnya Syakhsiyyah al-Islamiyyah menyatakan seperti berikut:

    “Segala perbuatan manusia tidak terkait dengan Qadha Allah, kerana perbuatan tersebut ia lakukan atas inisiatif manusia itu sendiri dan dari ikhtiarnya. Maka semua perbuatan yg mengandung unsur kesengajaan dan kehendak manusia tidak termasuk dalam Qadha” (Wal’iyadzubiLlah).

    [Rujuk kitabnya Syakhsiyyah al-Islamiyyah, Juz 1, bah. 1, hlm 71-72].

    Wasalam

  5. hayamwurok berkata:

    السلام عليكم

    Terlebih dahulu maafkan saya , di sini saya perjelaskan maksud persoalan saya . Sebenarnya saya tidak sampai ke peringkat untuk membahas dari sudut perbuatan hamba yang terikat dengan Qadha dan Qadar [semoga saudara jalanakhirat tidak menghukum saya terlalu awal] . Namun demikian tidak dinafikan persoalan saya ini sedikit sebanyak menyentuh perkara tersebut . Sebab setiap sesuatu yang dizahirkan Allah swt tidak terlepas daripada konsep berkadar [Qadha dan Qadar] , rujuk Q ;

    Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisinya dengan kadar yang tertentu , Q 13 : 8 .

    Begitu jua perkara berkaitan prinsip Hukum akal iaitu wajib , harus dan mustahil [semestinya tiga hukum ini dirujuk pada akal , jika tidak ke mana lagi ?] . Pada saya perkara berkaitan hukum sebegini telah sekian lama wujud bersama akal , iaitu akal yang sempurna [akal dapat berfikir , ikhlas , jujur , adil dan sabar] di mana dengan keupayaan berfikir maka manusia mampu menolak kebatilan yang menjamah dirinya semasa hidup . Buktinya dapat dirujuk pada baginda rasul sendiri , iaitu dengan kekuatan tiga hukum yang sedia wujud bersama akalnya [hukum akal] yang belum diterjemah atau dipecah secara berasingan sepertimana penjelasan saudara jalanakhirat , di mana baginda rasul mampu menolak kebatilan penyembahan berhala oleh masyarakat Arab Jahiliyah , sedangkan baginda pada waktu tersebut belum berada pada landasan kenabian [sebelum berlaku peristiwa di Gua Hira’] . Rasanya , tidak perlu disentuh tiga hukum tersebut atas alasan tiga hukum itu muncul dan diperbahaskan setelah kewafatan nabi saw [tidak salah sekadar berbincang mengenainya] . Lagi pun pada saya , saudara jalanakhirat sudah cukup dewasa dan matang dalam hal ini .

    Mengenai kenyataan saudara jalanakhirat….

    “Oleh itu, kita tidak boleh menanyakan soalan seperti [Bolehkah Allah Ta’ala berkuasa mengambil sekutu bagiNya (wal’iyadzubiLlah)],

    Dan juga kita tidak boleh mengatakan [Allah berkuasa untuk mentiadakan dirinya (wal’iyadzubilLah)]
    Rujuk Quran ;
    Tidak ada satu pun yang serupa dengan Dia [Allah] . Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat , Q 42 : 11 .
    Katakan [wahai Muhamad] , Dialah Allah Yang Maha Tunggal , Q 112 : 1 .
    Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya , Q 112 : 4 .
    Memadai dengan tiga pengertian uslub ini , sekiranya Allah swt itu tidak dapat diserupai dengan sesuatu dan tunggal [Esa] , bermaksud kuasaNya juga tunggal dan tidak dapat ditandingi [tiada kuasa lain lagi yg sebandingNya] . Jadi , untuk apa lagi bagi insan yang telah beristiqamah dengan tiga keterangan uslub di atas memunculkan persoalan “Bolehkah Allah Ta’ala berkuasa mengambil sekutu bagiNya” ?. Apa erti soalan tersebut buat insan yang sedemikian ? Tidakkah tiga kenyataan firman ini sudah cukup untuk bertindak mencairkan persoalan atau bertindak menghazafkan persoalan yang muncul itu . Masih ada mana-mana kuasa lagikah yang Allah swt boleh ambil buat sekutuNya ? . Tidakkah kita hanya membuang masa mempersoalkan perkara begini ….
    “Dan juga kita tidak boleh mengatakan [Allah berkuasa untuk mentiadakan dirinya]”…
    Rujuk Quran;
    Dan Zat Allah Tuhanmu itu kekal , iaitu Zat yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan , Q 55 : 27 .
    Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir , Dia yang zahir dan Dia yang Batin dan Dia Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu , Q 57 : 3 .
    Sekiranya dua keterangan pengertian uslub ini sudah terasuh dan bersemadi dalam diri seseorang insan yang sempurna akal [menjadikan Quran sebagai pedoman], masih wujud lagikah persoalan “Apakah Allah berkuasa untuk mentiadakan diriNya ?”. Kemanakah hilangnya Baqa [بقاء] serta keqadiman [قديم] Allah ? Kalau dah Allah itu paling awal , akhir dan kekal , pada akhir manakah lagi , pada kekekalan manakah lagi sehingga boleh memunculkan soalan sepertimana sauadara jalanakhirat utarakan itu ?
    Kerja Allah ke hadapan dan sekali , “Dialah mengatur urusan makhlukNya” [يُدَبِّرُ اْلاَمْرَ] , bermaksud Allah swt tidak pernah mengulangi ciptaanNya seperti mencipta untuk kedua kalinya dengan ciptaan yang sama . Hari selasa yang dilalui hari ini bukan bererti selasa minggu akan datang . Selasa hari ini hanya sekali dan selasa minggu akan datang adalah selasa baru . Sekali kenyataan Quran zahir melalui mulut baginda rasul bererti ternafilah persoalan tersebut . Hal ini menunjukkan kewujudan Allah swt itu bersifat Istighna [أستغنى عن الشىء] . Oleh itu , saya menyusun jari sepuluh memohon pada saudara jalanakhirat supaya kita jangan membuang masa dalam soal ini .
    Menyedihkan bila saudara jalanakhirat merujuk [kitab Syakhsiyyah al-Islamiyyah, Juz 1, bah. 1, hlm 71-72] . Kenyataannya , segala keputusan terdapat dalam kitab tersebut adalah hak pengarangnya . Adakah setiap keputusan yang diputus oleh pengarang tersebut merupakan hak saudara jalanakhirat jua ? Pada saya , pengarang kitab tersebut telah pun menunaikan hak kewajipannya dengan mengeluarkan kenyataan [berkaitan hukum] sepertimana yang saudara rujuk . Tidak semestinya dapat diterima sebagai kebenaran begitu jua sebaliknya tak semestinya ditolak tanpa membuat penyelidikan .
    Persoalannya , di manakah hak saudara jalanakhirat sendiri ? saya belum nampak yang sauadara jalanakhirat cuba menunaikan hak saudara [maafkan saya] . Saudara jalanakhirat jua arif bahawa setiap manusia ada hak [tanggungjawab] untuk ditunaikan , sepertimana sabda baginda rasul “atas dirimu ada hak” [ولنفسك عليك حقا] , al Quran [kitab tertua] dan tidak pernah berubah malah terpelihara .
    Fokus persoalan saya berkenaan dengan kenyataan “malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam”. Maka kita tumpu pada topik ini ,
    – Allah berstatus ghaib [وجود فى ذهن ولاموجود فى الخارج] .
    – Malaikat pun sama iaitu ghaib [سمعيات]
    Di sini saya mohon sedikit penjelasan bagaimanakah keadaan ghaib Malaikat ? Begitu jua dengan bumi , saya belum pasti apakah bumi sewaktu malaikat mengambil tanah untuk dijadikan acuan manusia berkeadaan nyata atau ghaib [tiada penjelasan dari saudara jalanakhirat] . Setiap kebenaran itu pasti ada jalan untuk menuju sehingga dapat kita memutus bahawa itu adalah kebenaran , kecuali kenyataan itu dusta . Sebab pada saya , kenyataan “malaikat ambil tanah di bumi” terdapat ciri-ciri mulhid . Semoga dengan penjelasan saudara jalanakhirat nanti , akan mematikan pegangan sesetengah pihak yang menganggap bahawa ugama itu bukan sumber kebenaran . Sesekali saya tidak bertujuan untuk menang atau kalah tetapi untuk kebenaran , kemenangan bukan di sini tetapi setelah kembali ke rahmatullah ..
    Cukup di sini saya mohon undur diri salah ,silap terkasar bahasa saya dahulukan jutaan mohon maaf pada saudara jalanakhirat .. semoga saudara jalan akhirat sudi meneruskannya . wasalam

  6. jalanakhirat berkata:

    Waalaikumusalam

    Saudara Hayamwuruk yang dikasehi,

    Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kaseh diatas kesudian dan usaha saudara yang telah memberi komentar yang panjang lebar di weblog ini.

    Buat pengetahuan saudara saya tidak pernah terniat nak menghukum sesiapa, saya sekadar menyatakan mengenai hukum sesuatu perkara yang dinyatakan menurut hukumnya. Bagaiman pun jika saudara merasakan saya sedemikian saya memohon ampun dan maaf.

    Buat pengetahuan saudara weblog ini saya asaskan adalah bertujuan untuk menyatakan berbagai pengetahuan keugamaan dan budaya hidup kita berugama. Setiap intri diweblog ini tidk semestinya merupa pendirian saya berugama. Banyak pendapat intri weblog ini yang bercanggah dengan fahaman saya tapi saya siarkan sekadar untuk pengetahuan kita bersama.

    Sebagaimana yang saudara maklum weblog ini telah mendapat perhatian dari orang ramai walau pun maseh terlalu awal usianya. Kerana saya tidak terlalu arif dibidang ugama ada baiknya saudara memberi pendapat mengenai sesuatu tajuk dan muatkannya ke halaman komentar ini, Insyaalah saya akan menjadikannya sebagai intri weblog ini.

    Kerjasama dan perhatian saudara saya ucapkan terima kaseh.

    Wasalam.

  7. aeroh berkata:

    sememangnya beramal baiklah kita semasa hidup di duni. selagi ada kesempatan, kerana tuhan yesus pernah berkata ‘Aku datang seperti pencuri, janganlah hendaknya kamu terlena ketika aku datang menjeput…

  8. aisya berkata:

    adakah perbuatan manusia yang iktiari itu juga telah direncan a dan ditetapkn allah juga sebagaimana ajal rezki jodoh dan malangnya kita? klu sudah ditetapkan apa gunanya kbebasan berkehendak dlm diri manusia? apakah khidupan seorg dari awal hingga akhir sudah termaktub hingakan keputusan serta fikiran dan gerak gerinya telah ditetapkan? dan adakah dia hnya pelaksana sahaja? bgaimana dia bisa dipertangungjwbkan kelak di akhirat? adilkah?

    • Kembara berkata:

      salam

      Setiap kejadian [disebut makhluk] yg dizahirkan Allah menunjukkan kesempurnaan atas ciptaanNya . Maksud kesempurnaan adalah dirujuk pada sisi Allah dan bukan
      berdasarkan penilaian manusia . Jika menurut penilaian manusia apabila terdapat kecacatan pada manusia seperti buta , bisu @ sebagainya [OKU] maka manusia
      tersebut dirumuskan sebagai tidak sempurna . Di sisi Allah kesempurnaan itu tidak dinilai sedemikian , bermaksud zahir sesuatu kejadian bererti sempuna sebaliknya jika
      tidak sampai ke tahap sempurna maka tidak ada kejadian dizahirkan . Lantas kejadian-kejadian yg telah sempurna zahir dan difahamkan sebagai makhluk Allah ini disebut
      sebagai sifat “KAMALAT” , iaitu menunjukkan kesempurnaan atas kejadian/ciptaan Allah .

      Atas prinsip kesempurnaan ini maka setiap makhluk bertanggungjawab terhadap kewujudan dirinya . Masing-masing bertanggungjawab menunaikan hak [perjanjian]
      semasa hidup di alam zahir [alam dunia] . Seperti menyatakan pada zat , sifat , asma dan af’al . Hatta seekor katak sekali pun perlu melompat ke arah bahagian yg
      terdapat makanan dan air bagi menyambung habitatnya di alam zahir . Allah sesekali tidak akan memasukkan makanan ke dalam mulut katak tersebut tanpa katak itu
      berusaha sendiri bergerak dan melompat berdasarkan tabi’atnya .

      Keseluruhan ciptaan Allah adalah dalam keadaan berkadar , iaitu dizahirkan makhluk dengan kadar-kadar tertentu , dan hal ini merupakan ketetapan Allah di alam zahir .
      Seperti akal dikadarkan dgn kejahilan [ kemampuan berfikir ] , tenaga manusia dikadarkan keupayaan [kehabisan tenaga] dan begitulah dalam perkara lain pun .

      Istilah “perencanaan” atau “perancangan” pada dasarnya adalah bersumberkan akal [akal manusia] . Ilmullah [ كَوْنُهُ عَالِمًا ] bukan akal atau ianya tidak sedikit pun memiliki
      ciri-ciri akal yg berada pada manusia , seperti membuat perancangan terlebih dahulu untuk melakukan sesuatu perkara . Oleh itu istilah “berada dalam perencanaan Allah”
      [berada dalam Ilmullah] tidak bermaksud bahawa setiap perkara yg akan berlaku telah pun ditetapkan atau telah dimaktubkan terlebih dahulu . Hanya cuma menunggu
      perkara yg dimaktubkan itu berlaku saja [ aisya tersilap faham ni ] .

      Perbuatan manusia [ termasuk katak yg melompat ] iaitu berusaha dibahasakan sebagai “menyurat” [ menyuratkan Ilmullah yg ghaib] , disebut juga sebagai “menzahirkan”
      , “menyatakan” melalui perbuatan makhluk . Sebagai contoh , si A telah mengeluarkan dana utk memulakan perniagaan [berusaha mendapatkan rezeki] . Maka dgn kadar
      dana yg dikeluarkan itu , dgn kadar kebijaksanaannya mengurus perniagaan , dgn kadar ujian yg ditempuhinya dalam perniagaan , dgn kadar sambutan org ramai terhadap
      pernaigaannya , dgn kadar masa menjalankan perniagaan , maka akan didapati di penghujungnya satu keputusan [hasil] samada untung [banyak/sedikit] ataupun rugi
      [banyak/sedikit] . Justeru , pada saat ini ketentuan Allah pun berlaku disebut Qada dan Qadar Allah [ berkadar] . Oleh demikian manusia perlu menerima [beriman] dgn
      ketentuan Allah tersebut . Manusia tidak perlu protes jika menghadapi kegagalan sebaliknya tingkatkan usaha [beraf’al] dgn kadar kemampuannya utk mengatasi kegagalan .
      Bahawa ketentuan [qada dan qadar] berlaku setelah beraf’al atau berusaha . wasalam

  9. jalanakhirat berkata:

    Asalamualaikum

    Aisya, Pada asasnya terdapat tiga pendirian kehidupan (aqidah) ia itu Jabariah, Kadariah dan Ahli sunah wal jemaah. Aqidah kaum Kadariah usaha itu memberi bekas, Jabariah itu usaha tidak memberi bekas (segalanya dari ketentuan Allah, sebagaimana Aisya sebutkan). Pendirian kita adalah Ahli sunah wal jemaah iaitu pada hakikatnya ketentuan tuhan dan pada syariatnya usaha kita.

    Wasalam.

  10. jasonking berkata:

    ambil laps mencelah…..
    dah abis baring dah nie…heeeeeee selamat tak tergolek . bawa hayamwurok sekali…ketawa…

    persoalannya… ALLAH mahu menjadikan manusia itu di BUMI sebagai Khalifah….
    faham kan ayat Al-Baqarah nie..

    Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” ayat 30.

    * bermaksud ADAM di tempa mengunakkan tanah tanah yang di ambil di bumi-
    barang kali jika tiada Bumi ALLAH nak jadi kan Khalifah… sudah pasti Bumi sudah tersedia untuk nabi ADAM .

    Al-Hijr ayat 26 –
    Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.

    Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74;

    “Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan roh (ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir”

    Nabi bersabda;

    “Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan Adam dijadikan daripada tanah.”

    Menurut riwayat, ketika Allah swt menitahkan kepada malaikat Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s, bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.

    Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula turun ke bumi bagi mendapatkan tanah sebagaimana malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap sama sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang sama.

    Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman;

    “Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”

    Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah swt.

    Lalu Allah swt berfirman lagi;

    “Ya Izrail, pertama engkau yang Kutugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia.”

    Maka Izrail berasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Allah berfirman lagi;

    “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.”

  11. kembara berkata:

    Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman;

    “Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.” [nama surah ?..ayat ke ?…]

    Lalu Allah swt berfirman lagi;

    “Ya Izrail, pertama engkau yang Kutugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia.” [nama surah ?…ayat ke ?..]

    ..Firman Allah yg sdr titipkan itu tercatat pd surah apa nie ?..demi memudahkan kita mencari titik pertemuan dlm soal ini sy mohon sdr jasonking perjelaskan rujukan setiap firman Allah seperti mana sdr tunjukkan pd sebelum tu..

    ..muga-muga surah dan ayat tersebut tidak bersumberkan drp kitab ‘Dongeng Israeliyyat’..

Tinggalkan komen