
Ketika Nabi Adam as. telah diciptakan Allah SWT, ia melihat ke atas dan ke bawah, maka baginda tidak melihat seorang pun dari jenisnya untuk dijadikan sahabat di dalam kesunyian. Seperti diungkapkan bahawa burung terbang bersama jenisnya maka ia pun merasa sunyi dan rindu kepada jenisnya.
Pada waktu itu ia sedang duduk, tiba tiba ia merasa sangat mengantuk dan akhirnya tertidur. Ketika itu Allah memerintahkan kepada Malaikat Jibril as. agar mengeluarkan tulang rusuk kirinya, sedangkan Nabi Adam as. tidak merasakan kesakitannya. Kemudian Allah menciptakan dari tulang rusuk kiri Adam itu seorang wanita, yang diberi nama dengan Hawa.
Segala kecantikan, dan keindahan diletakkan oleh Allah SWT kepada Siti Hawa hingga pada hari kiamat. Begitu juga segala kesucian dan budi pekerti diletakkan pada Siti Hawa. Sedangkan kerinduan, kecintaan dan kasih sayang diletakkan di dalam hati Adam as. Sehingga Siti Hawa menjadi seorang wanita yang paling cantik di seluruh langit dan bumi, sedangkan Adam as. menjadi seorang lelaki yang paling tinggi rasa cintanya di seluruh langit dan bumi.
Kemudian Allah SWT memakaikan kepada Siti Hawa tujuh puluh macam perhiasan Syurga, dan diberinya pula sebuah mahkota, akhirnya didudukkan diatas singgahsana dari emas.
Setelah itu Allah SWT membangungkan Adam as. dari tidurnya, sambil dilihatkan Siti Hawa kepadanya. Adam as. bertanya: “Siapakah Engkau? Siti Hawa menjawab” Aku diciptakan Allah untuk dirimu. Adam berkata: Dekatlah engkau kepadaku. Siti Hawa menjawab: Sebaiknya engkaulah yang mendekati aku.” Adam lalu berdiri dan pergi menemui Siti Hawa. Semenjak itulah menjadi kebiasan bagi umat manusia sebagai keturunan Adam. pihak lelaki menemui atau meminang wanita.
Di saat Adam as. mendekati Siti Hawa, beliau ingin memegang Siti Hawa, tiba tiba terdengar suara: “Wahai Adam, bersabarlah!, sebab pergaulanmu dengan Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan nikah.” Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada seluruh penghuni Syurga, menghiasi Syurga dengan seindah indahnya. Setelah itu Allah memerintahkan kepada semua Malaikat di langit berkumpul di bawah pohon bernama Thuubaa. Semua malaikat pun berkumpul di sana.
Kemudian Allah berkhutbah: “Alhamdulillah pujian untuk-Ku, dan keagungan adalah selimut-Ku, kesombongan adalah selendang-Ku, seluruh makhluk adalah hamba hamba-Ku. Aku menjadikan malaikat malaikat dan penghuni langit-Ku sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dengan Adam dengan mas kahwin dan tasbih serta tahlil atas-Ku.”
Kemudian pelayan pelayan Syurga dan para malaikat menaburkan mutiara dan delima, lalu Siti Hawa mereka serahkan kepada Adam as. Siti Hawa meminta maskahwinnya daripada Adam. Maka Adam as. berkata: “Ya Allah apakah yang harus aku berikan kepadanya, emas, perak atau permata? Allah berfirman: Bukan Wahai Adam as.”
Adam bertanya lagi: “Apakah aku harus berpuasa, solat atau mengucapkan tasbih untuk-Mu? Allah berfirman: Bukan wahai Adam. Adam bertanya lagi: Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan? Allah berfirman: Mas kahwin Siti Hawa iaitu engkau membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi dan kekasih-Ku Muhammad penghulu seluruh Rasul.”
Allah SWT berfirman kepada Adam as.: “Berilah selawat kepada Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagimu. Kepada umat Muhammad Allah berfirman: “Shollu Alaihi Wasallimu’ berilah selawat dan salam untuknya. Berilah selawat kepada Muhammad, agar Aku haramkan neraka bagi kamu, dan berilah salam kepadanya, agar Aku halalkan Syurga untuk kamu.”







info yg baik..sgt3 hargai ats pkongsian ini..syukran..
amin!!!!!!!!!
agar saya diperbolehkan ole malaikat masuk ke surga!!!!
amin saya juga biar kesurga
Saya agak keliru tentang kisah ini. Saya ada membaca posting di beberapa blog cerita yang sama – takisahlah sama ada ianya diambil secara copy-and-paste atau sebagainya.
Yang menjadi persoalan, benarkah Allah memerintahkan Nabi Adam A.S. berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. sebagai maharnya? Berdasarkan kisah nabi-nabi yang pernah saya baca, kali pertama Nabi Allah Adam menyabue nama nabi Muhamad s.a.w. adalah ketika baginda telah berada di dunia. Ketika itu Baginda menyebutnya untuk memohon keampunan dari Allah kerana melanggar laranganNya. Itupun Baginda menjelaskan bahawa baginda mengetahui nama Rasulullah s.a.w. ketika terpandang nama penghulu segala nabi itu tertulis pada Arash Allah. Bukankah ketika itu Allah sendiri yang telah bertanya kepada Nabi Allah Adam a.s. dari mana Baginda mengetahuinya.
Harap dapat penjelasah kerana ilmu yang tidak jelas mampu mengubah hala kebenaran.
Wassalam.
ceritanya kurang jelas…!!!
tidak lengkap..!!!
hufftt..!
Tentu saja tidak lengkap lha belum ada wartawan waktu itu
Mudah Mudahan Dapat Berjuang Di Surga
bAgOz aR..I LiKe kSaH2 nIe..kTe mNpRbNyKkAn lGi KsAh2 NiE..
Assalamualaikum,
Boleh tahu dari mana sumber kisah ini?
@tezar irawan
lebih baik berkata begini
“agar saya diperbolehkan ole Allah masuk ke surga!!!!”
Malaikat memang menjaga syurga tapi yang menentukan kita masuk syurga atau tidak ialah Allah.
membingungkan
as salam….boleh sy tau apa kah ayat pertama yg d baca nabi adam as ke atas isterinya unutk menjaga keharmonian kasih sayang agar kekal selamanya…terima kasih perkongsian ustaz…
Assalamualaikum,
Mane dapat sumber cerita ini. Tolong berikan sumber?
Terima kasih
Subbahanallah
Mahasuci Allah dgn sgla firmanx.
janganlah kita mempersoalkan atau nak berbahas mengenai info yang di berikan semua info yang diberikan oleh pengarang atau ‘saat’ adalah betul cuma kebenarannya menjadi tanda tanya bukan… takyah le pikir benda tu semua iktikodlah kewujudan dan kebenaranya…..apa pun nabi kita Nabi Muhammad S.A.W adalah junjungan mulia kita semua umat islam di muka bumi……(nama nabi Muhamad s.a.w sebenarnya dah wujud dan di sebut dari alam roh nabi adam lagi)-sedikit info tambahan…oleh itu sama sama kita mendalami ilmu agama nie…. sedangkan ilmu al quran kita kurang dalami nape nak p jauh memikirkan ilmu kewujudan nabi adam lak…..bukan….apa yang penting bacalah al quran dan fahamkan intipatinya itulah yg dituntut….ok buat ‘rama’ sekiranya anda islam baliklah pada al quran…tetapi sekiranya anda bukan islam dalamilah ilmu islam nie……jgnlah kamu dalami ilmu ORANG islam(yang terpesong)……saya takut anda akan sesat mohon Allah buka pintu hati dan pelihara anda dari bisikan syaitan yang akan memsongkan niat kamu terhadap agama ISLAM ini.kerana AGAMA ISLAM nie adalah AGAMA ALLAH S.W.T
suka sekali karena mngetahui tntng nabi adalah ilmu bagi setiap orang orang mana yg tak mau mngetahui kisah nabi dan rasull allah paling jg orang kafir & musrikin
confius ckit… x dapt oden nak accept, x de dalil yg kukuh, sumber yg tepat… so just membaca jela… terima kasih
Bagus juga,,,, Thanks
itu kisah diurai dr kitab apa y?
tks
nabi adam adalah seorang pemimpin,tapi kenapa di sebut manusia pertama?seharusnya sebelum di pilih menjadi pemimpin pasti sudah ada umat yg di pimpin.
Nabi Adam adalah benar di ciptakan Allah sebagai pemimpin, artinya yang pertama pemimpin untuk dirinya sendiri. Sekarang terbukti bahwa Nabi Adam merupakan tokoh pemimpin seluruh manusia setelah memimpin keturunannya ( anak anaknya )
Salam pada semua …
Mohon ijin numpang tanya pak…
Jika maqam Siti Hawa letaknya diJeddah,
mohon bapak berikan bukti2 ketandaannya…
Kalo maqam Nabi Adam AS dimana pula pak..??
Mohon pencerahan, TQ… Wassalam…
Kalo bisa juga di sebutkan asal usul kisah tersebut…apakah dari Al quran atau dari hadist ? atau hanya kisah belaka ?
Mahar perkahwinan Adam
Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).
wanita tercantik memang siti hawa as..tp keterangan dr certia percakapan antara SANG PENCIPTA DAN NABI ADAM AS bersumber dr mana yah..sebabnyakan inssyaallah klo g slh jamanx nabi adam belum ad sang NABI MUHAMMAD SAW
bess cita psal nabi adm
indahnya syurga itu…sehingga kan aq segan untuk menyebutnya apatah lg untuk menghuni nya…kerdilnya diriku…ya allah ampunkan aq…
hmhm apa benar surga t indah , dan benar orang yg bnyak brbuat kebaikan seperti pak ustadz , lalu bgaimna kmi yg mempunyai pahala yang sedang
tolong d jawab
nk tng0k yg btol ,bke lh al-Quran ,,,
aq semakin bingung
i like it…
Subhanall0h,,,
wl0pun rasulullah bl0m ada d dunia,,, tapi d syurga beliau sudah d agungkan oleh manusia pertama ciptaan ALLAH SWT…