Tingkatan bacaan al Quran

Al-Quran adalah merupakan Kalamullah dan mukjizat teragung Nabi kita Muhammad s.a.w. Jadi membaca al-Quran mempunyai adab-adabnya tersendiri. Antaranya adalah membaca al-Quran dengan bertartil iaitu mengikut kaedah-kaedah hukum tajwid.

Bacaan al-Quran itu sendiri mempunyai empat tingkatan. Jadi pada kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca sekelian tentang tingkatan-tingkatan bacaan tersebut.

Sebagaimana yang telah dimaklumi bahawa terdapat empat tingkatan atau martabat bacaan al-Quran iaitu bacaan dari segi cepat dan perlahannya bacaan itu.

1) At-Tartil

Iaitu bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah yang paling baik dan lebih diutamakan kerana telah sabit dari firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Telah Kami(Allah) membacakannya(Al-Quran)kepadamu(Muhammad)secara tartil” – Surah al-Furqan ayat 32.

2) At-Tahqiq

Bacaan ini adalah seperti bacaan Tartil cuma ianya lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang baru belajar bacaan al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.

3) Al-Hadar

Bacaan jenis ini ialah bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan ini kebiasaannya adalah untuk mereka yang telah menghafal al-Quran. Ini supaya mereka dapat mengulangi hafalan bacaan al-Quran dalam masa yang singkat.

4) At-tadwir

Jenis yang terakhir ini adalah bacaan yang pertengahan iaitu antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar. Namun tetap memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.

Sekiranya diperhatikan, semua jenis bacaan di atas tetap menitik beratkan hukum bacaan yang mengikut hukum-hukum Tajwid walaupun dari jenis bacaan yang cepat. Ini bermaksud bahawa membaca al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib. Jadi nasihat saya belajarlah ilmu Tajwid ini supaya bacaan anda tidak terkeluar dari bacaan yang sebenar.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Tingkatan bacaan al Quran

  1. zulhana says:

    info yg bagus…blh x berikan info tentang Qiraat Sab’ah

  2. tips says:

    saya tumpang baca di sini. syukran.. :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s