Rasulullah lahir dan dibesarkan

Kelahiran Muhammad adalah seperti bayi lain juga. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Dia di lahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi. Muhammad adalah berketurunan Quraisy. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Datukn neneknya adalah ketua kaum Arab yang bertugas menjaga Kaabah yang pernah diancam oleh tentera-tentera Habsah.

Datuk Muhammad bernama Abdul Mutalib bin Hasyim dan bapa saudaranya bernama Abu Talib. Keturunan keluarganya berminat dalam perniagan dan menternak binatang-binatang terutamanya unta. Kelahiran Muhammad sudah di ketahui oleh Nabi Isa sejak Muhammad belum dikandung oleh ibunya lagi. Nabi Isa mendapat wahyu dari Tuhan bahawa seorang Rasul akan lahir ke dunia dan dialah nabi yang terakhir.

Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan keliling amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan. Muhammad lahir dengan selamat, disaksikan oleh Mak Bidan.

Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu.

“Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung sesuatu diatas,,” kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung emas.

“Luar biasa anak ini, ” ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. “Apa yang luar biasa?’ Tanya Aminah. “Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan.”

Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-jirannya. Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramia.

Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah mereka datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.

Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad. Mereka sayang kepada Muhammad. “Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang anak seperti ini,” kata diantara wanita yang datang itu.

Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang semakin ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun turut datang melihat Muhammad.

Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia memberi semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ.

“Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya,” kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.

Sungguhpun begitu nasib Muhammad sungguh malang. Ketika dia dilahirkan, bapanya sudah kembali kerahmatullah. Bapanya meninggal ketika dia masih dalam kandungan ibunya. Kira-kira dua bulan sebelum Muhammad lahir, bapanya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Dia tidak sempat melihat wajah anak yang ti tunggunya. Sebagai seorang isteri, yang punya kasih sayang terhadap suami, Aminah mengalami penderitaan yang hebat.

Tetapi, Aminah tetap sabar. Orang yang dikasihi pulang kepada Allah. Abdullah jatuh sakit dalam perjalanan pulang dari Syam. Abdullah adalah seorang ahli perniagan. Dia selalu merantau kerana urusan perniagannya. Kali akhir dia mengembara untuk berniaga ialah ke Syam. Dalam perjalanan pulang, dia singgah di Madinah. Sampai di situ Abdullah jatuh sakit.

Tapi, dari hari ke hari penyakitnya semakin tenat. Dia puas juga berubat, tapi tidak juga sembuh. Akhirnya dia menhembus nafas yang akhir. Aminah seolah-olah hilang akal. Hatinya bertambah sedih bila mengingatkan bayi yang akan lahir, tidak mempunyai ayah.

Aminah tidak dapat mengawal perasaannya dia menangis semahu-mahunya. Tetapi orang ramai menyabarkan Aminah. Perasaan dan hati Aminah dijaga. ” Itu semuanya kehendak Tuhan. semuannya kekuasaan Tuhan” pujuk orang ramai.

Abdul Mutalib, Abu Talib menjaga hati Aminah sebaik-baiknya. Mereka tahu bagaimana perasaan seorang wanita yang kehilangan suami buat selama-lamanya. Memang berat penanggungan itu. Seberat bumi dan langit.

Akhirnya, perasaan Aminah yang berkocak itu damai sedikit demi sedikit. Perutnya makin sehari semakin membasar. Hari yang ditunggu-tunggu semakin dekat. Akhirnya, saat yang dinanti-nanti itu tiba juga.

Pada malam Aminah hendak melahirkan Muhammad tidak ada apa-apa tanda pada dirinya. Aminah menyangka lambat lagi anaknya akan di lahirkan. tapi dengan tiba-tiba sahaja di subuh hari itu, Aminah melahirkan Muhammad.

lahirnya sungguh0sungguh mengejutkan keluarga Aminah, kampung Al-Irash, tempat kelahiran itu riuh rendah dengan berita baru. Muhammad sejak di lahirkan sudah daoat menarik hati orang ramai. Sebagaimana anak-anak lain, Muhammad tetap diberi susu oleh ibunya sendiri. Ketika itu memang ramai wanita yang rela menyusukan Muhammad, tapi Aminah tidak memberikan diperingkat awal.

Abdul Mutalib, datuk Muhammad nampaknya begitu gembira kerana dia mendapat cucu. Kehilangan Abdullah, bapa Muhammad di Madinah dulu, benar-benar terasa baginya. Tapi bila Muammad lahir, seolah-olah itulah sebagai ganti Abdullah dan Muhammad sebagai bayi yang disayangi.

“Aku namakn dia Muhammad” kata Abdul Mutalib kepada Aminah dan orang ramai yang berada disitu. Abdul Mutalib bertanya Amina; “Bersetujukah kau Aminah.” Aminah hanya tersenyum, dia sendiri berasa senang dengan nama itu, walaupun timbu sedikit kehairanan.

“Muhammad ertinya yang terpuji. Aku harap dia akan menjadi manusia yang terpuji nanti” kata Abdul Mutalib dengan bangga.

Memang sebenarnya tidak ada nama Muhammad dikalangan bangsa Arab selama ini, baik yang sudah besar ataupun yang muda. nama Muhammad seolah-olah memberi ilham baru kepada Abdul Mutalib. Setelah beberapa hari badannya kelihatan begitu segar. selepas menyusu pada ibunya, dia menyusu pula pada seorang perempuan yang bernama Halimah. Halimah ialah perempuan yang biasa mengambil upah menyusukan bayi. halimah juga mempunyai anak kecil tetapi beliau tidak keberatan menyusukan Muhammad.

Kelahiran Muhammad telah memberi cahaya kepada penduduk-penduduk kota Mekah. Keadaan kota Mekah tiba-tiba bertukar wajah. Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur. Kalau ternakan kurang biak dengan mudah sahaja menjadi biak. ini adalah satu rahmat kepada penduduk kota Mekah. Sungguhpun Muhammad dijaga dengan baik hingga besar,tapi dia tidaklah hidup dalam kemewahan. Dia hidup sebagaimana kehidupan orang yang mengasuhnya. Orang yang mengasuhnya bukanlah orang kaya.

Muhammad telah mengenali erti kesusahan sejak dari kecil lagi. Dia tahan menghadapi berbagai penderitaan. Muhammad tidak pernah merasai kasih sayang bapanya yang sebenar. Malah dia tidak tahu apa ertinya bapa dalam satu-satu keluarga. tapi bila sudah besar sedikit barulah dia tahu erti bapa. Tetapi Muhammad tidak pernah bertanya kepada sesiapa pun kemana pergi bapanya selama ini. Samaada dari ibunya, datuknya mahupun bapa saudaranya. Hatinya tidak terlintas mahu bertanya. Aminah dan Abdul Mutalib tidak mahu menyebut-yebut nama bapa Muhammad tambahan pula di depan Muhammad sendiri. Mereka bimbang hati Muhammad akan berasa sayu. Mereka kasihan kepada Muhammad.

Ketika berumur empat tahun, Muhammad sudah boleh bertutur. Kata-katanya teratur. Cakapnya boleh di pakai. Sifatnya boleh dipercayai. Sungguhpun kecil, dia tahu menjaga hati orang yang mengasuhnya. Dia tahu menjaga hati datuk serta bapa saudaranya. kalau aku bertanyakan di mana bapaku tentu ibuku bersedih dan menangis.

Dengan hormat Muhammad pergi mendapatkan ibunya, Aminah. Dia menghadapi ibunya sambil tersenyum seolah-olah tidak ada kocak di dada kecil itu. Ibunya tersenyum membayangkan kegembiraan.

“Ibu” seru Muhammad manja.

“Mengapa… Muhammad” sahut Aminah.

“Marahkah kalau saya bertanya?’

“Tanyalah apa sahaja, masakan ibu akan marah” sahut Aminah jujur.

Sebenarnya Aminah tidak menyangka yang Muhammad hendak bertanya tentang bapanya.

“Dimana bapa saya..bu?’ tanya Muhammad.

Aminah memang tidak menyangka soalan itu akan dikemukakan olah Muhammad. Dia tersentak darahnya berderau naik ke muka. Aminah menundukkan muka menahan perasaan hiba.

“Dimana bapa saya….bu?” tanya Muhammad Lagi.

Aminah benar-benar tidak dapat menahan perasaannya. Dia cuba menahan nafas. Hatinya bagai di hiris-hiris. Dengan segera Aminah mengambil buah kurma lalu di suapkannya ke mulut muhammad. Ini kerana dia tidak mahu Muhammad menyebut-nyebut pasal ayahnya. Lepas sebiji-sebiji buah kurma di sumbatkan ke dalam mulut Muhammad. Tapi bila buah kurma itu habis, Muhammad terus bertanya lagi.

“Dimana bapa saya …bu?” ulangnya.

Sekarang mulut Muhammad sudah tidak boleh ditutup lagi. Dia tetap bertanyakan bapanya. Aminah seolah-olah hilang akan dibuatnya.

“Di mana bapa saya..bu? ulang Muhammad lagi.

“sebenarnya” Aminah berterus terang ” bapa Muhammad telah meninggal dunia ketika Muhammad masih dalam kandungan lagi. Dia meninggal dalam perjalanan pulang dari Syam. Bapa Muhammad seorang peniaga. Dia selalu merantau kesana ke mari membawa barang-barang dagangan. Malangnya, tiba di Madinah dia telah jatuh sakit lalu meninggal di sana.”

Muhammad terdiam seolah-olah bertafakur.Tapi di kelopak mata Aminah bergenang air jernih bila mengingatkan peristiwa lama bersama dengan suaminya. Muhammad faham perasaan ibunya dalam kesedihan. Dan Muhammad tahu bahawa itulah sebabnya ibunya tidak mahu bercerita selama ini. Sekarang barulah Muhammad faham tahu dengan jelas bahawa bapanya sudah tidak ada lagi. Muhammad tahu bahawa dirinya adalah anak yatim., anak yang tidak berbapa lagi.

” Muhammad….kau tidak mempunyai bapa. Sungguhpun ada orang yang bertanggung jawab seperti datuk dan pakcikmu itu,tapi hati-hatilah dalam hidup ini. Perangai biar baik, berbudi bahasa, Jangan nakal-nakal nanti orang tidak suka. Jangan hasad dengki nanti orang benci” kata Aminah memberi nasihat. ” Kematian bapamu sudah sampai masanya. Semua makhluk Tuhan akan mati apabila sudah sampai masanya” kata Aminah lagi memujuk.

Rupanya dalam termenung itu, Muhammad mempunyai rancangan hendak pergi ke kubur bapanya. tapi buat sementara ini dia tidak memberitahu ibunya tentang rancangan itu. Dia ingin melihat kubur bapanya suatu hari nanti.

“Ingat” sambung Aminah lagi ” Pada pendapat setengah orang Muhammad akan menjadi orang besar di Kota Mekah ini. Tanda-tandanya telah banyak seperti yang ibu sebutkan tadi. Perangai-perangi yang baik harus di contohi.”

Setelah berumur enam tahun, Muhammad berkata lagi kepada ibunya. Muhammad mahu lihat kubur bapa” katanya.

Aminah terdiam mendengar permintaan Muhammad itu. Walaubagaimanapun Aminah tidak mahu menghampakan permintaan Muhammad.

“Baiklah”kata Aminah kepada Muhammad”. Tapi mesti minta izin dari datukmu.”

Abdul Mutalib tidak menegah hajat itu. Setelah segala persiapan di buat mereka pun berangkat ke Madinah. Dalam perjalanan yang susah dan jauh itu macam-macam cabaran yang di terima. Tapi Muhmmad tabah menempuhnya. Walaupun letih tapi di atahan menghadapi semua itu.

Akhirnya, sampai juga mereka di Madinah. Hajat Muhammad sampai. Mereka pergi ke kkuburan. Sungguhpun masih anak-anak tapi Muhammad dapat menunjukkan kesabaran. Dia sedih tadpi dia dapat menahan kesedihannya itu. Dia pujuk ibunya yang menangis. Dia pinta ibunya bersabar. Sedikit sebanyak, dapat juga Muhammad memberi petunjuk kepada ibunya.

Setelah beberapa lama di kuburan itu, Muhammad lalu mengajak ibunya pulang. Dia cuba damaikan perasaan ibunya dalam perjalanan itu. Tapi nasib Muhammad memang malang. Ibunya jatuh sakit dalam perjalanan.

Muhammad tidak dapat meneruskan perjalanan pulang. Maklumlah ibunya sakit. Masakan boleh orang sakit dipaksa pulang. Muhammad sabar lagi. kalau ibu sembuh bolehlah pulang, fikirnya. Muhammad terus berusaha untuk menyembuhkan penyakit ibunya itu. Tapi penyakit Aminah tidak mahu sembuh juga. Makin sehari semakin berat. Muhammad tidak putus asa. Tapi makin sehari semakin berat juga.

Akhirnya, ibu Muhammad meninggal dunia. Ini satu kejadian yang tidak diduga-duga oleh Muhammad. Tapi Muhammad sabar walaupun tanggungannya berat. Dan dia menangis dalam sabar. Dia bersedih dalam sabar. Dia uruskan ibunya.

Kematian Aminah itu menjadikan Muhammad yatim piatu. Tidak punya ibu dan bapa lagi. Muhammad benar-benar tinggal sebatang kara. Namun begitu, dia berjaya pulang ke Mekah. Keluarga Muhammad terkejut besar bila mendengar kematian Aminah. Tapi Abdul Mutalib tidak menunjukan kesedihan walaupun hatinya pedih dan hancur. Dia pujuk Muhammad supaya jangan bersusah hati.”Jangan kemana-mana. Tinggal sahaja di rumah datuk,” pujuk Abdul Mutalib sambil mengusap-usap rambut Muhammad. Abdul Mutalib sambil adalah datuk Muhammad yang sebenar. Kasih sayangnya kepada Muhammad memang tidak dapat diragukan lagi.

Muhammad mendengar pujukan datuknya itu. Dia berfikir lakunya. Tapi sekarang Muhammad tahu akan dirinya. Bergantung kasih kepada seorang datuk yang sudah tua.

SELEPAS ibu nabi wafat, maka Nabi terus berada dalam peliharan dan perlindungan datuknya Abdul Mutalib. Pengasuhnya yang bernama Ummu Aiman makin sayang kepada Nabi. Di sebabkan kasih sayang datuknya itu maka Nabi juga sangat sayang kepada datuknya. Apabila Abdul Mutalib berada dalam suatu majlis, tidak ada anak atau cucunya yang berani duduk berhampirannya kalau tidak di ajaknya. Ini berlainan pula dengan Nabi. Baginda segera mendekati datuknya dan datuknya pula akan menyuruh Nabi Sentiasa duduk di sampingnya.

Pada satu kali, Nabi terus sahaja duduk di tempat yang khas untuk Abdul Mutalib. Melihat ini, bapa-bapa saudaranya berkata, “Muhammad! Jangan kamu duduk di tempat duduk datukmu!”

Kebetulan pada waktu itu Abdul Mutalib tiba lalu berkata. ” Biarkan cucuku ini duduk di tempat itu, kerana dia memang suka kepada kebesaran!”

Semenjak Nabi dalam pemeliharan Abdul Mutalib, Abdul Mutalib tidak pernah memanggil cucunya itu dengan perkataan ‘cucu’ tetapi dengan perkataan ‘anak saya’. Meskipun beliau tahu apa yang di kisahkan oleh Raja Saif Zi Yazan mengenai diri Nabi, namun demi kepentingan dan keselamatan cucunua, beliau tidak pernah menceritakan apa-apa kepada sesiapapun, walaupun kepada Abu Talib yang akan menerimanya kelak.

Selama hayatnya, setiap hari Abdul Mutalib sentiasa pergi ke Masjidil Haram. Kemudian sekali dalam setahun beliau pergi mengikuti rombingan kaumnya berniaga ke negeri Syam. Waktu itu umur Abdul Mutalib ialah 100 tahun.

Pada suatu hari, apabila Abdul Mutalib tahu dirinya akan meninggalkan dunia, beliau pun menyuruh khadamnya memanggil semua anaknya ke sisinya. Ketika itu, Nabi berada di belakan tempat tidur Abdul Mutalib mendengar dan memerhatikan segala pengalaman datuknya yang sedang sakit itu.

Apabila semua anaknya itu telah berada di hadapannya, maka Abdul Mutalib pun berkata.

“Anak-anakku, tidak lama lagi aku akan kembali ke negeri yang kekal abadi. Oleh itu sebelum aku menghembuskan nasafku yang akhir, ada suatu pesanku yang penting.”

Abdul Mutalib lalu berpaling mencari-cari Nabi. Bila beliau melihat Nabi, beliau pun memegang tangan Nabi sambil bersuara,

“Aku berpesan kepada kamu sekalian supaya menjaga anakku, yang kecil ini! jagalah dia baik-baik.”

Mendengar ini , Al-Abbas bin Abdul Mutalib anaknya yang berada sekali diantara anak-anaknya yang lain berkata.

“Jika itu yang ayahanda hendakkan, biarlah anakanda menjaga Muhammad. Anakanda tidak mempunyai anak, lagipun anakanda mampu menyaranya!.”

Mendengar kata-kata Al-Abbas tadi anak-anak Abdul Mutalib memandang sahaja kepada ayahanda mereka yang terbaring di atas tempat tidurnya. Mereka menanti sama ada Abdul Mutalib bersetuju atau tidak dengan permintaan Al-Abbas tadi.

“Aku tahu. Aku tahu! kamu memang mampu daripada segala saudara-saudaramu! tatapi dalam hal ini biarlah aku berlaku adil! Abdul Mutalib berhenti seketika daripada berkata-kata. Beliau mengumpulkan sehala kekuatannya untuk meneruskan kata-katanya lagi. Setelah berhenti sejenak, beliau pun berkata.

“Supaya adil biarlah aku suruh anakku sendiri memilih kepada siapa yang disukainya. Pemilihan anakku ini adalah muktamad!”

Abdul Mutalib lalu memegang tangan Nabi dengan penuh kasih sayang dan penuh kasih mesra. Kemudian beliau pun berkata.

:Anakku, pilihlah dengan siapa anakku akan tinggal selepas datuk tidak ada lagi nanti!”

Nabi memandang datuknya dengan penuh hiba dan saya, Kemudian Nabi memandang satu persatu bapa-bapa saudaranya yang berada di hadapannya. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada Abu Talib dan lekas-lekas menghampirinya, kemudian memegang tangannya.

“Nah! anakku telah memilih kamu Abu Talib. Aku tahu engkau mempunyai ramai anak. Oleh itu aku harap engkau menjaga anakku lebih daripada anakmu sendiri. Semoga dengan penjagaan engkau yang demikian, Tuhan akan memberkati engkau!”

“Memang, sejak beberapa lama, apabila Abdul Mutalib keluar dari kota Mekah, Nabi sering di serahkan kepada Abu Talib. Walaupun Abdul Mutalib tahu, anaknya ini miskin tetapi beliau kaya dengan hati budinya. Dan pilihan Nabi terhadap Abu Talib memang tepat sekali.

Tidak lama kemudian, Abdul Mutalib pun meninggal dunia. Nabi sungguh dukacita dengan kematian datuknya yang sangat di sayanginya. Berhari-hari Nabi merasa kehilangan sesuatu. Dulu dia telah kehilangan ibunya, sekarang datuk yang di sayanginya pula telah pergi meninggalkannya.

Melihat kesedihan Nabi demikian rupa, Abu Talib cuba menghibur Nabi dengan mengajak Nabi bermain-main dengan anak-anaknya. Demikianlah berkat kesabaran dan ketekunan Abu Talib, Nabi merasakan kehilangan datuknya telah berganti. Abu Talib juga sangat sayang kepadanya.

ABU TALIB merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui ataiu menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Meskipun beliau dan keluarganya hidup miskin, namun tidak pernah dia meminta-minta kepada saudara-saudaranya itu. Dia tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara seluruh keluarganya.

Kemudian, apabila Nabi tinggal bersama-sama dengannya, kehidupan kian bertambah baik dan diberkati Allah. Beliau bersyukur kerana kehidupannya semakin bertambah baik.

Apabila tiba musim bunga dan musim kafilah Mekah untuk berniaga ke Syria, Abu Talib telah merancang-rancang untuk turut berniaga kesana. Bebarapa hari sebelum bertolak Nabi telah mendengar bahawa bapa saudaranya itu akan pergi ke Syria selama sebulan atau 2 bulan lamanya. Nabi ketika itu berumur kira-kira 12 tahun. Semenjak Nabi mendengar bapa saudaranya akan pergi itu, Nabi begitu gelisah sekali dan hampir-hampir tidak dapat tidur pada malamnya.

Pada pagi Abu Talib hendak bertolak dan sedang bersiap-siap itu Abu Talib melihat anak saudaranya itu sedih sekali. Abu Talib merasa bahawa kesedihan Nabi itulah disebabkan oleh pemergiannya ke Syria. Beberapa hari sebelum Abu Talib ke Syria, dia pernah berunding dengan Al-Abbas mengenai Muhammad.

“Saya kadang-kadang kasihan kerana terpaksa berpisah dengan Muhammad!’ ujarnya memulakan perbicaraan.

“Memang! tetapi untuk membawa kanak-kanak yang di bawah umur dan menempuh padang pasir yang luas dan kering kontang berhari-hari akan menyusahkan Muhammad sahaja!” terang Al-Abbas.

“Sebab itulah aku tidak mahu membawanya! tetapi hati kecilku amat kasihan kepadanya. Kerana semenjak ayah kita meninggal dunia, dia tidak pernah berpisah dariku!”

“Aku masih ragu-ragu sekarang sama ada mahu membawanya atau tidak!” terang Abu Talib lagi.

“Engkau pergilah sahaja. Aku akan menjaganya semasa engkau di sana. Sebulan dua bukanlah lama! jika terjadi sesuatu kepadanya di perjalanan adalah lebih teruk daripada dia berada di rumah!” nasihat Al-Abbas.

Mendengar kata-kata abangnya ini, Abu Talib memutuskan tidak membawa Muhammad yang masih muda itu. Umurnya baru 12 belas tahun. Akan tahankah anak yang berumur 12 tahun mengharungi padang pasir yang luas dan kering kontang hingga berhari-hari? Ini lah yang sering menghalang Abu Talib daripada membawa anak saudaranya yang di kasihi itu.

Tetapi pada hari Abu Talib akan berangkat, NAbi telah merayu-rayu kepada Abu Talib supaya membawa bersama-samanya. Abu Talib melihat betapa anak saudaranya itu tidak mahu berpisah daripadanya. Malah pada ketika itu, perasaaan kasih Abu Talib dan pesanan ayahnya Abdul Mutalib terdengar-dengar di telinganya.

“Aku harap engkau akan mendahulukan urusan Muhammad daripada urusan engkau dan keluarga engkau sendiri! itulah pesanku utama!’

“Demi Allah, biarlah apapun terjadi. Aku tidak akan berpisah dan meninggalkannya sendirian!”

“Bukankah ini akan menjadikan bebanmu bertambah wahai Abu Talib?’ ujar kawan kafilahnya apabila melihat Abu Talib maembawa Nabi bersama-samanya.

“Tidak, Syarif! tidak! dengan adanya anak saudaraku disisiku aku akan dapat melihat lebih jauh dan perasaanku lebih gembira, InsyaAllah jawab Abu Talib dengan tegas.

Demikianlah, dengan hati yang lapang dan penuh keyakinan Abu Talib telah membawa anak saudaranya bersama-sama ke Syria. Beliau yakin sebagaimana anak saudaranya selalunya, segala pekerjaannya yang sukar sering di berkati oleh Allah dengan kehadiran anak saudaranya itu.

SETELAH Nabi mula dewasa sedikit, baginda telah bekerja menggembala kambing bersama-sama saudara susunya di pergunungan Bani Saad. Pengalaman ini kemudiannya di sambung ketika Nabi tinggal bersama-sama bapa saudaranya Abu Talib.

Melihatkan keadaan yang di tanggung oleh bapa saudara yang miskin itu, baginda telah meminta kebenaran untuk mengembala kambing-kambing jiran-jirannya dengan mendapat sedikit upah. Dengan demikian Nabi dapat juga membantu bapa saudaranya yang miskin itu.

Pada suatu hari, ketika Nabi menggembala kambing-kambingnya bersama-sama teman-temannya, baginda mendapat tahu ada suatu keramaian di Kota Mekah pada malam itu. Nabi seperti anak-anak muda yang lain ingin mengunjungi tempat keramaian itu, lalu berkata kepada seorang temannya.

“Bolehkah engkau melihat-lihat kambing saya, kerana saya ingin benar masuk Kota Mekah beramai-ramai di sana seperti pemuda-pemuda yang lain-lain!”

“Mengapa tidak! engkau selalu menolongku menjaganya dan kali ini bolehlah engkau pergi pula!” ujar temannya secara bersungguh-sungguh.

Kemudian Nabi pun keluar. Baginda menuju ketempat tiu, bunyi-bunyian pancaragam itu kian kuat terdengar ketelinganya. entah bagaimana tiba-tiba Nabi merasa amat mengantuk lalu tertidur ditepi rumah yang pertama sehingga waktu pagi. Seorang pun tidak membangunkan Nabi di situ, sehingga baginda terasa perit oleh panas matahari yang menimpa tubuhnya. Setelah itu Nabi pun kembali menemui teman yang menjaga kambingnya.

Setibanya di tempat kawannya itu, temannya berkata. “Apakah yang engkau lakukan disana Muhammad?” Nabi tersenyum mendengar pertanyaan kawannya itu, lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku keatas dirinya.

Buwanah ialah nama sebuah berhala. Semasa diadakan pesta Buwanah, orang Qiraisy akan datang beramai-ramai dan menyembelih haiwan-haiwan mereka sambil bersumpah di hadapan berhala tersebut. Abu Talib telah mengajak Nabi menghadiri pesta itu. PAda mulanya Nabi tidak mahu turut dalam upacara tersebut. Tetapi ibu saudara Nabi berkata dengan nada marah.

“Kami takut jika engkau tidak mahu turut dalam pesta-pesta kami, nanti engkau akan menjauhi tuhan-tuhan kita!”

Untuk menjaga hati ibu saudaranya ini, Nabi terpaksa pergi juga ke upacara itu. Tetapi sebaik sahaja Nabi tiba di tempat itu, Nabi ketakutan dan ingin pulang segera. Melihat ini ibu saudaranya bertanya.

“Apa yang menakutkan engkayu Muhammad?”

“Saya takut diganggu syaitan!” jawab Nabi sungguh-sungguh.

“Orang yang mempunyai sifat-sifat baik seperti engkau tidak akan di cubai Allah dengan sangguan syaitan! katakanlah apakah yang sebenarnya telah engkau lihat?” soal ibu saudara Nabi apabila melihat anak saudaranya yang ketakutan itu.

“Setiap kali saya mendekati sebuah berhala, saya nampak seorang lelaki putih yang tinggi berteriak-teriak mengatakan:

“Mundur kau Muhammad! Mundur! Jangan sentuh!”

Abu Talib terpaksa menghantar Nabi pulang kerumahnya.

Semenjak kejadian itu Abu Talib tidak pernah mengajak Nabi menghadiri upacara-upacara yang berhubung dengan berhala.

Semenjak hari itu Abu Talib juga merasai adanya keanehan pada anak saudaranya itu. Sejak Nabi berada di dalam rumahnya tidak pernah beliau melihat Nabi makan tanpa mengucapkan ‘Bismillahi Ahad’ begitu juga ketika selesai makan dan minum Nabi mengucapkan ‘Alhamdulillah’ pula. Malah yang menarik hati Abu Talib kepada budi pekerti anak saudaranya ini ialah Nabi tidak pernah berdusta atau melakukan sesuatu perbuatan jahilliyah. Bahakan anak saudaranya itu tidak pernah dilihatnya berdiri bersama-sama kanak-kanak yang lain bermain-main.

Abu Talib dapat melihat keistimewaan anak saudaranya itu ketika musim kemarau di Mekah yang hebat sekali. Oleh keranahebatnya kemarau itu, orang Quraisy telah membawa lembu-lembu mereka ke atas pergunungan yang sukar dinakiki. Kemudian pada ekor lembu-lembunya itu diikatkan 2 ranting kayu yang berdaun. Ranting-ranting kayu yang ada pada ekor lembu inilah yang akan dibakar sebagai permohonan supaya hujan turun. Menurut pendapat dan kepercayaan mereka, apabila lembu-lembu yang telah diikatkan dengan ranting-ranting yang sedang terbakar itu, berlari kesana-ke mari, maka akan turunlah hujan dengan lebatnya. Malangnya usaha-usaha tradisi ini tidak memberikan apa-apa hasil yang dikehendaki.

Kemudian, dengan penuh keyakinan bahawa anak saudaranya itu akan dapat membantu keadaan yang semakin mencemaskan itu, Abu Talib pun membawa Nabi ke Kaabah. Setibanya di dalam Kaabah, Abu Talib pun sujud dan meminta bersungguh-sungguh kepada Allah supaya menurunkan hujan keatas kota Mekah yang kering kontang itu.

Dengan kuasa Allah maka berkumpullah awan dari sana sini, kemudian menjadi hitam lalu turunlah hujan yang lebat sehingga lembah Mekah penuh digenangi air. Melihat keajaiban ini, Abu Talib kian yakin bahawa anak saudaranya ini mempunyai suatu keistimewaan dalam dirinya yang dianugerahi Allah. Oleh yang demikian, semenjak kejadian kemarau itu Abu Talib tidak mahu lagi berpisah dengan Nabi baik pada waktu siang mahupun pada waktu malam.

“Patutlah ayahku berpesan kepadaku, supaya mendahulukan urusan Muhammad daripada urusannya sendiri dan urusan keluarganya”.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Rasulullah lahir dan dibesarkan

  1. nur hijjah says:

    menyeronokkan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s