Menara Masjidil Haram

Masjidil-Haram mempunyai menara-menara yang indah. Antaranya adalah Bab Al-Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi. Menara ini kemudiannya diperbaiki pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi. Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya.

Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Bab As-Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Bab Ali dan menara Bab Al-Hazurah atau Bab Wida’.

Pada tahun 1392 Masihi Bab Al-Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sha’ban dari Mesir.

Pada tahun 905 Masihi, KhalifahAl-Mu’tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Bab Az-Ziadah dan di perbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M. Kait Bait pula membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan.

Selepas kerja-kerja pembesaran di lakukan oleh Penjaga Dua Masjid Suci Pertama, Raja Fahd Abdul Aziz As-Saud, Masjidil Haram mempunyai sembilan menara.

Kesemua menara ini akan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana di terangi lampu-lampu dan membuatkan Masjidil Haram kelihatan sangat cantik.

Menara paling baru yang di didirikan ialah di Bab Al-Malik Fahd (Pintu Raja Fahd) yang berhadapan hotel Darul Tawhid, salah satu hotel 5 bintang di Mekah.

Kawasan masuk Bab Al-Malik Fahd juga kini lengkap berhawa dingin.

Masjidil Haram masih mengekalkan satu menara tunggal di Bab As-Safa.

Semua menara lain didirikan secara “berpasangan”, kecuali menara tunggal di Bab As-Safa.

Azan yang di kumandangkan 5 kali sehari dari menara-menara ini antara yang mendominasi ruang udara Kota Mekah setiap kali masuk waktu sembahyang.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s