Sujud Sahwi

Cara melakukan Sujud Sahwi

Sujud sahwi dilakukan pada penghujung rakaat yang terakhir, yaitu sesudah tahiyyat dan sebelum salam. Bersujud sambil mengucapkan “Allaahu Akbar” dan dalam sujud membaca:

Subhaanalladzi laa yanaamu walaa yansaa (3x)

“Maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa”

Bila yang terlupakan itu salah satu rukun soalat, yang tidak bisa dibetulkan seketika, maka solatnya tidak sah, dan solatnya harus diulang kembali. Tetapi bila yang terlupakan itu rakaat, misalnya solat Isya yang mestinya 4 rakaat , hanya 3 rakaat, maka sesudah memberi salam, tanpa diselingi dengan atau perbuatan lain, segeralah ia berdiri dan tambahlah rakaat yang tertinggal itu. Rakaat tersebut tetap diawali dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam, kemudian anda lengkapi dengan sujud sahwi.

Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka ambillah jumlah rakaat yang sedikit lalu yakinlah dengan itu (Misalnya bila kita lupa apakah sudah empat rakaat atau baru tiga rakaat, maka ambilah keputusan bahawa itu rakaat yang ketiga. Lalu lanjutkan solat dan tambahkan yang kurang).

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

1 Responses to Sujud Sahwi

  1. Muzani Bin Mohamad berkata:

    Mungkin ramai yang pernah mendengar perkataan ini tapi adakah 100% insan Islam yang telah pun baligh mengatahuinya. Saya rasa tidak kerana saya adalah salah seorang yang baru tahu bacaannya ini. Jadi kalau urusan dunia kita harus @ wajib bekejar bagaimana dengan akhirat. Adakah kita lupa agama apa yang kita penggang. Siapa penghulu kita dan siapa yang menjadikan kita.

Tinggalkan komen