Pengertian sujud

Sujud

Muslim sujud ketika solat

Sajdah (bahasa Arab: ُسجدة‎), IPA: /sæʤədæh/ atau sujūd (bahasa Arab: سُجود‎, IPA: /sʊʤʊːdə/) merupakan perkataan Arab yang boleh disama ertikan dengan perbuatan meletakkan dahi, hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua perut anak jari-jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan tertentu kerana Allah pada waktu dan masa-masa tertentu. Ketika sujud, Muslim dikehendaki membaca bacaan tertentu dalam perbuatannya itu.

Takrifan sujud ini boleh ini boleh disejajarkan dengan kewajipan bersujud yang telah diperintahkan Allah dan RasulNya. Sabda Muhammad Rasullullah yang bermaksud:

Aku diperintah (oleh Allah) bahawa aku sujud di atas tujuh anggota, di atas dahi dan diisyarat dengan tangannya di atas hidungnya,dan dua tangan dan dua lutut dan perut-perut anak jari dua kaki. (Hadis Muttafaqun Alaih)

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen