fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.

fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:

1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Wassalam.

Artikel adalah sumbangan dari : Saudara Rosli Hanip

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

18 Responses to fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.

  1. nurul iman amin berkata:

    sesungguhnya…diwaktu malam sunyi itu….ia bukan sekadar sunyi..
    roh orang beriman..dengan rela hati menggerakkan jasadnya… bangun.berwuduk..dan berdiri..bersujud..dan bertasbih..kerana allah…bercucuran airmata taubat..airmata iman.airmata bahagia tatkala dapat berbisik-bisik dengan kekasihnya…allah rabbuljalil….subhanallah..tiada yang saat paling indah ketika hati bahagia di buai ketenangan saat dalam pelukan rindumu ya allah..ya rahman ya rohim….

  2. Muaz Elhaaj berkata:

    dan semuanya telah terbukti. Maha Benar Allah SWT dengan segala Firman-Nya. Amin………!!

  3. Ali Hassan Bin Haji Hamid berkata:

    Assalamualaikum wr. wb.

    Alhamdulillah syukur kehadrat Mu Ya Rabuljalil. Seseungguhnya niatku sekecil zarah utk ikhlas menghadap Mu di sepertiga malam di malam Ramadhan 2009 Engkau tunaikan jua. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim diriku yang sekerdil ini masih mendapat tempat di sisi Mu. Air mataku tumpah tanpa ku sedari bertapa bahagianya jiwaku dengan rasa kesyukuran atas nikmat Mu ini. Sehingga saat ini, amalan Solat Tahajud ini akan menjadi rutin kehidupan ku kerana hanya aku seorang saja dapat merasakan nikmatnya. Ya Allah mantapkan iman ku, perkukuhkanlah iman ku dan peliharakan serta terimalah amalanku. Ampunkanlah dosa ahli keluargaku, dosa kedua ibu-bapaku dan dosa kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun yang telah pergi mendahului ku. Amin, Ya Rabullalamin..

  4. Semoga diberi ketabahan dan ketenangan…amin

  5. mohd nor shafiq bin jamil berkata:

    Assalamualaikum.., mohon kebenaran utk d siarkn d fb sy utk ingatan bersama.terima kasih 🙂

  6. Aisyah Nur Umar berkata:

    Terima kasih atas info nya =)
    Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

  7. Nik berkata:

    share yer dia fb..tkasih

  8. marwan berkata:

    Terbaik… Moga Allah bg kekuatan utk istiqomah…

  9. nurul atiqah daud berkata:

    sye kekadang buat tapi sye x rasa kemanisan nye laa… boleh bgtau / nasihat sikit macam mana nak dapatkan kemanisan solat tahajjud ni..

    • jalanakhirat berkata:

      Asalamualaikum

      Nurul Atiqah Daud,
      Tidak diragukan lagi bahwa ibadah menghadirkan rasa nikmat, kebahagiaan hati kelapangan dada, dan ketentraman jiwa. Rasa-rasa ini hadir ketika seorang hamba sedang melaksanakan ibadah kepada penciptanya. Dan rasa itu terus berlanjutan walaupun setelah selesai melaksanakannya.

      Seorang ‘abid (yang beribadah) merasakan manisnya iman dalam hatinya, kenikmatan bermunajat dalam dzikir mereka, ketenangan dan ketentraman jiwa ketika ruku’ dan sujud. Semua ini adalah kenikmatan ibadah yang sebenarnya diharap oleh nafsun muthmainnah (jiwa yang tenang).

      Hal ini sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya:

      وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ

      “Dan dijadikan penyejuk mataku di dalam shalat.” (HR. An-Nasai, dihasankan Asy-Syaikh Muqbil dalam Ash-Shahihul Musnad, 1/82)

      Beliau saw memberikan kenyataan seperti ini karena beliau mendapatkan kelezatan dan kebahagiaan hati ketika mengerjakan shalat. Panjangnya shalat malam beliau merupakan satu bukti kemanisan yang diperoleh tatkala bermunajat kepada Rabb-nya.

      Menjelang wafat, Mu’adz bin Jabal radhiallahu ‘anhu menangis. Namun ia bukan menangisi ajal yang akan menjemputnya. Berikut sebab tangisnya:

      إِنَّمَا أَبْكِي عَلَى ظَمَأِ الْهَوَاجِرِ وَ قِيَامِ لَيْلِ الشِّتَاءِ وَ مُزَاحَمَةِ الْعُلَمَاءِ بِالرُّكَبِ عِنْدَ خَلْقِ الذِّكْرِ

      “Aku menangis hanyalah karena aku tidak akan merasakan lagi rasa dahaga (orang yang berpuasa) ketika hari sangat panas, bangun malam untuk melaksanakan shalat di musim yang dingin, dan berdekatan dengan orang-orang yang berilmu saat bersimpuh di halaqah dzikir.”

      Kenikmatan yang dirasakan seorang hamba dalam ibadahnya tadi merupakan anugerah Allah terbesar baginya. Dia akan selalu rindu dengan ibadah dan senantiasa menunggu-nunggu kehadirannya. Sebelum waktu ibadah itu tiba, dia sudah bersiap diri menyambutnya.

      Namun, tidak semua orang yang beribadah merasakan kenikmatan tersebut. Allah sebutkan tentang kondisi orang munafikin yang kosong dari kenikmatan dalam melaksanakan ibadah yang paling utama, yaitu shalat.

      وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

      “Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. An Nisa’: 142)

      Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata dalam menfasirkan ayat di atas, “inilah sifat orang munafikin terhadap amal ibadah yang paling mulia, utama, dan terbaik, yaitu shalat. Jika melaksanakannya, mereka berdiri dengan malas. Hal ini disebabkan karena tidak ada niat dalam dirinya, tidak mengimaninya, dan tidak memahami maknanya.”

      Sesungguhnya orang yang merasakan kenikmatan ibadah memiliki tanda-tanda zahir sebagaimana iman juga memiliki tanda tanda zahirnya. Allah berfirman,

      سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ

      “Tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud.” (QS. Al Fath: 29)

      Abu Darda’, salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Wahai Ahlul Madinah, kenapa aku tidak melihat kenikmatan iman pada diri kalian? Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, kalau seandainya seekor hewan merasakan kenikmatan iman pasti akan terlihat manisnya iman padanya.” (Dalam az Zuhd libni al Mubarak dan Syu’ab al Iman milik Imam al Baihaqi: III/130)

      Di antara tanda-tanda orang merasakan nikmatnya ibadah adalah bersegera melaksanakan ketaatan, memperpanjang bacaan shalat, merutinkan puasa, memperbanyak tilawah al Qur’an, merasa rugi jika tertinggal dari melaksanakan ketaatan, dan rindu bertemu dengan Allah untuk merasakan kenikmatan terbesar.

      1. Bersegera Melaksanakan Ketaatan

      Sikap seorang mukmin jika menghadapi macam ibadah apapun, dia akan bersegera melaksanakannya karena rindu dengan kedatangannya. Baik terhadap waktu shalat, kedatangan bulan ramadlan, haji, jihad atau ibadah lainnya.

      Dia berusaha agar tidak didahului oleh orang lain dalam masalah ibadah. Sebagaimana dia tidak mau menjadi urutan pertama dalam urusan dunia dan terlambat dalam urusan akhirat. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

      لاَ تَكُنْ أَوَّلَ دَاخِلِ السُّوْقِ وَلاَ آخِرَ خَارِجٍ مِنْهَا

      “Janganlah menjadi orang yang pertama kali masuk ke dalam pasar dan yag terakhir keluar darinya.” (HR. at Thabrani dalam al Kabir dengan sanad shahih dan al Baihaqi dalam Syu’ab al Iman) karena pasar menjadi markaz syetan dan dikibarkan bendera mereka. Hal ini menunjukkan agar seorang mukmin tidak berlumba lumba mengejar urusan dunia, tapi mereka hanya berlumba lumba dalam urusan akhirat. Berlumba lah kamu dalam melaksanakan kebaikan.

      Berllumba lumba menjadi juara dalam urusan akhirat tidaklah termasuk kategori perlumbaan yang tercela. Bahkan mengalah dalam hal ini tidak diperbolehkan. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

      التُّؤَدَةُ فِي كُلِّ شَيْءٍ خَيْرٌ إِلَّا فِي عَمَلِ الْآخِرَةِ

      “Mengalah (mendahulukan yang lain) dalam segala sesuatu itu baik, kecuali dalam urusan akhirat.” (HR. Abu Dawud dan dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh al Dzahabi dari Sa’id bin Abi Waqqash dalam Shifatus Shafwah (III/304).

      ‘Adi bin Hatim, salah seorang shabat, sudah bersiap-siap melaksanakan shalat sebelum datang waktunya dan selalu rindu dengan kehadirannya. Dia menyatakan, “tidaklah datang waktu shalat kecuali aku sudah siap. Dan tidaklah datang waktu shalat kecuali aku sudah sangat rindu melaksanakannya.”

      Tokoh besar Tabi’in, Sa’id bin Musayyib mengatakan, “sejak tiga puluh tahun, tidaklah seorang mu’adzin mengumandangkan adzan kecuali aku sudah berada di masjid.”

      Beliau juga pernah mengatakan, “aku tidak pernah ketinggalan takbir pertama dalam shalat selama 50 tahun. Aku juga tak pernah melihat punggung para jamaah, karena aku selalu berada di shaf terdepan selama 50 tahun.”

      Muhammad bin Sama’ah at Tamimi rahimahullah menyatakan selama empat puluh tahun tidak pernah tertinggal takbiratul ihramnya imam, kecuali ketika ibunya meninggal.

      Muhammad bin Sama’ah at Tamimi . . . selama empat puluh tahun tidak pernah tertinggal takbiratul ihramnya imam. . .

      Al Imam al Qari’, ‘Ashim bin Abil Junud ketika melewati sebuah masjid pasti beliau mampir untuk melaksanakan shalat di sana. Hal ini karena beliau sangat rindu dengan shalat.

      Yunus bin Ubaid sudah dalam keadaan siap sebelum perintah Allah datang kepadanya. Makanya dia sentiasa dalam keadaan suci supaya tidak tertinggal dari shalat sunnah atau shalat wajib ketika datang waktunya.

      Juga perlu diketahui, syaitan berusaha keras agar seorang mukmin terlambat melaksanakan ibadah.

      Dalam sebuah hadith shahih disebutkan, syaitan mengikatkan tiga ikatan pada tengkuk seseorang ketika sedang tidur. Pada setiap ikatan tadi syaitan mengatakan, “malam masih panjang teruslah tidur.” Dan ketika orang tadi bangun lalu mengingat Allah, maka lepaslah satu ikatan darinya. Lalu jika dia berwudlu, lepas satu ikatan lagi. Dan jika ia shalat maka lepaslah seluruh ikatan syetan sehingga di pagi hari dia akan semangat. Dan jika tidak melakukan semua tadi, di paginya dia akan malas.”(HR. Al Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

      . . . syaitan berusaha keras agar seorang mukmin terlambat melaksanakan ibadah . . .

      Kerananya jangan ditunda-tunda melaksanakan ibadah dan ketika tiba kesempatan beribadah.

      2. Memperpanjang bacaan shalat

      Orang yang merasakan nikmatnya ibadah tidak akan merasakan banyaknya waktu yang dihabiskannya, bahkan waktu yang panjang terasa sebentar.

      Setahun dihabiskan untuk kesenangan terasa sebentar
      Sehari yang berisi keburukan terasa setahun

      Dari sini, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan qiyamullail dengan membaca surat al Baqarah, Ali Imran, dan An Nisa’ dalam satu rakaat. Tidak terasa waktu yang lama itu karena terisi nikmatnya munajat.

      Begitu juga yang dijalankan oleh para sahabat beliau shallallahu ‘alaihi wasallam dan para pengikut mereka. Diriwayatkan dari khalifah Utsman bin ‘Affan, beliau mengkhatamkan Al Qur’an dalam satu rakaat. (Diriwayatkan Abu ‘Ubaid dalam Fahlaa-il al Qur’an: hal. 90).

      Beliau bisa begitu karena tidak merasa penat lamanya berdiri dalam shalat karena merasakan nikmatnya membaca Al Qur’an. Beliau sendiri pernah berkata:

      لَوْ طَهُرَتْ قُلُوبُكُمْ مَا شَبِعْتُمْ مِنْ كَلاَمِ رَبِّكُمْ

      “Jika hati kalian bersih, pasti tidak akan pernah kenyang untuk membaca al Qur’an.” (HR. Ahmad dalam Zawaid al Zuhd: 155)

      Tamim ad Daari, Sa’id bin Jubair, dan Imam Abu Hanifah rahimahumullah mengkhatamkan Al Qur’an dalam satu raka’at bersama beberapa orang, sebagaimana yang didokumentasikan oleh oleh Imam Nawawi rahimahullah, “boleh jadi ini pada malam musim dingin yang panjang, ditambah lagi berkahnya masa pada zaman itu.” (At Tibyan fi Aadaab Hamalah Al Qur’an: 81)

      “Jika hati kalian bersih, pasti tidak akan pernah kenyang untuk membaca al Qur’an.”

      Abu Ishaq al Sabi’ii rahimahullah ketika sudah tua tidak mampu berdiri shalat sehingga harus dibantu. Jika sudah berdiri shalat, beliau membaca seribu ayat. Beliau mengatakan, “aku sudah tua dan tulangku sudah lemah, sungguh hari ini, aku berdiri shalat dengan membaca surat Al Baqarah dan Ali Imran.”

      Subhanallah, di kala sudah tua dan lemah, beliau berdiri shalat dan tidak ruku’ kecuali setelah membaca surat Al Baqarah dan Ali Imran. Untuk membaca kedua surat tadi, paling tidak dibutuhkan waktu satu seperempat jam.

      Di bawah itu ada ‘Atha bin Abi Rabbaah (w. 114 H.) pada saat sudah tua dan lemah, beliau melaksanakan shalat dan membaca dua ratusan ayat dari suarat Al Baqarah dengan berdiri, selama itu beliau tidak bergeser dan tidak bergerak. (Dikeluarkan oleh al Baihaqi dalam Syu’ab al Imaan: 6/783)

      Khalid bin Daarik berkata, “kami memiliki seorang imam di Bashrah. Dia mengkhatamkan Al Qur’an empat hari sekali selama bulan Ramadlan. Dan kami menilainya sudah meringankan bacaan.” Maksudnya dia membaca seperempat Al Qur’an setiap harinya, dan masih dianggap telah meringankannya. Tidak ada pentafsiran lain kecuali mereka itu jika sudah menghadap Rabb-nya Yang Maha Suci dan Maha tinggi, mereka lupa kepada selain-Nya.

      Ada bentuk memanjangkan shalat yang lain, yaitu shalat Shubuh dengan wudlu isya’. Dan sudah banyak ulama Salafus Shalih yang mengerjakannya. Maknanya mereka tidak tidur semalaman, waktunya diisi dengan ibadah dan berkhalwah (menyendiri) dengan Allah ‘Azza wa Jalla.

      Di antara mereka adalah Sa’id bin Musayyib rahimahullah. Disebutkan bahwa beliau melakukan shalat Shubuh dengan wudlu Isya’ selama lima puluh tahun. Ini adalah imam at tabi’in dan pemimpin mereka. Dalam amalnya tidak ada yang diingkari. Hal itu tidak hanya dikerjakan satu atau dua tahun.

      Ulama salaf lainnya adalah Sulaiman al Taimi al Bashri rahimahullah yang shalat shubuh dengan wudlu’ isya’ selama 40 tahun.

      Antara salafus Shalih ada yang bersungguh-sungguh ibadah sehingga kalau dikatakan kiamat terjadi besok hari, dia tidak bisa lagi menambah amal ibadahnya, karena sudah dikerjakan melebihi kemampuan. Antara mereka ada Abu Muslim al Khaulani rahimahullah, beliau berkata, “kalau dikatakan padaku, Jahannam sudah dinyalakan, maka aku tak bisa lagi menambah amalku.”

      Kenikmatan ibadah yang dirasakan sebagian ulama menjadikan mereka berdoa kepada Allah agar menganugerahkan shalat di kuburnya. Harapannya supaya boleh merasakan nikmatnya shalat di alam kubur sebagaimana yang dirasakannya di dunia.

      Tsabit bin Aslam al Bannaani al Bashri rahimahullah berkata, “tidak ada sesuatu yang kurasakan dalam hatiku lebih nikmat daripada qiyamullail.” Dan beliaupun berdo’a “Ya Allah, jika Engkau masih memberikan kesempatan untuk shalat dalam kuburnya, maka berikan aku kesempatan shalat dalam kuburku.” (Dikeluarkan oleh al Baihaqi dalam Syu’ab al Imaan: 6/402)

      Mereka menghidupkan malamnya dengan ketaatan kepada Rabb-nya

      Dengan tilawah, tadharru’, dan berdoa

      Air mata mereka mengalir dengan deras

      Seperti mengalirnya lembah karena hujan

      Di waktu malam laksana rahib, dan ketika berjihad

      menghadapi musuhnya, mereka panglima paling berani

      Di wajahnya terdapat bekas sujud pada tuhan-nya

      Dengannya kilauan pancaran cahaya-nya

      Imam al Syatibi rahimahullah berkata, “yang disebutkan tentang orang shalih terdahulu berupa amal-amal mereka yang berat yang tidak bisa dikerjakan kecuali oleh individu individu yang telah Allah persiapkan untuk melaksanakannya dan menyiapkannya untuk mereka. Allah telah menjadikan mereka suka kepada amal-amal itu. Hal itu tidaklah menyimpang dari sunnah, bahkan mereka tergolong dalam kelompok as Sabiqiin (bersegera melaksanakan ketaatan), semoga Allah menjadikan kita dalam barisan mereka. Hal itu disebabkan alasan yang menjadikan dilarangnya beramal yang berat telah hilang dari diri mereka. Maka larangan itu tidak berlaku atas mereka.” (Al Muwafaqaat: 2/140)

      Sesungguhnya kenikmatan ibadah bukan ada pada zaman dahulu saja. Alhamdulillah, zaman kita sekarang juga masih ada. Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz rahimahullah selalu menjaga qiyamullail dalam kondisi muqim atau safar. Dikisahkan oleh salah seorang sahabat beliau, dalam sebuah perjalan darat dari Riyadl ke Makkah. Di pertengahan malam, pukul 24.00 waktu setempat, Syaikh berkata: “Bagaimana kalau kita tidur dulu di sini kemudian kita lanjutkan perjalanan esok pagi?” Orang-orang yang dalam rombongan beliau setuju. Lalu mereka tidur, sedangkan Syaikh minta air untuk wudlu kemudian shalat sebanyak yang beliau mau, setelah itu beliau tidur. Ketika bangun shalat Shubuh, mereka dapati Syaikh telah lebih dulu bangun dan sudah shalat. (Sekilas biografi Syaikh Abdul ‘Aziz bin Bazz oleh Andurrahman al Rahmah : 236-237)

      Suatu kali beliau diundang ke Jeddah -waktu itu beliau berada di Makkah-, beliau menerima undangan itu. Beliau kembali ke rumahnya di Makkah pada pukul 02.00 malam. Orang-orang dalam rombongan beliau tidur. Ketika sudah masuk waktu untuk shalat tahajjud, sekitar pukul 03.00, beliau membangunkan mereka untuk shalat. Kamudian beliau shalat hingga masuk shubuh. Setelah shalat, beliau menyampaikan ceramah sebentar lalu melakukan mu’amalah.

      Itulah beliau, di tengah-tengah agenda harian beliau yang padat, tidak pernah meninggalkan qiyamullail.

      Wahai saudaraku, karena Allah, contoh-contoh yang disebutkan di depan terasa jauh dari angan-angan kita. Jika kita mahu, pasti boleh Insya Allah. Caranya, laksanakan secara bertahap, sedikti-demi sedikit. Mulailah shalat malam dengan beberapa surat pendek. Setelah berjalan beberapa hari, mulailah membaca surat-surat panjang. Lama-kelamaan, kita akan terbiasa melaksanakan shalat dengan lama. Jangan seperti orang yang langsung shalat dengan bacaan panjang lalu berhenti, tidak melaksanakannya lagi. Sesungguhnya amal yang paling disukai Allah adalah yang istiqamah walaupun sedikit.

      Sesungguhnya ‘amal yang paling disukai Allah adalah yang istiqamah walaupun sedikit.

      Man Jadda wa Jadda, Barangsiapa yang bersungguh sungguh pasti akan Mendapatnya

      Wasalam.

  10. faiz rozee berkata:

    Banyak info yang saya tahu mengenai solat tahajjud melalui blog ini… Terima kasih

  11. Assalamualaikum.. Mohon Share yah.. 😀

  12. Pingback: Fadhilat Dan Kelebihan Bangun Solat Tahjud | Fuh.My

  13. kamal berkata:

    Alhamdulillah.. satu ilmu yang amat bermanfaat bagi kita semua. Terima kasih tuan. Izinkan saya share tuan untuk kebaikan kita semua. Semoga kita semua diber petunjuk taufik dan hidayah.

  14. Hamba Allah berkata:

    Terjawab soalan aku pebila aku meminta agar aku diberi petunjuk keatas kecurangan isteri ku. Alhamdulillah doa ku dikabulka!…….SubhanAllah!!!….

  15. alia berkata:

    assalamualaikum penulis blog, terima kasih at as jasamu menulis artikel ini..ianya sangat membantu membuka minda saya dalam memahami erti,kepentingan dan manfaat mengerjakan solat tahajud.
    terima kasih sekali lagi

Tinggalkan komen