Pengertian bersuci

PENGERTIAN BERSUCI

Firman Allah swt maksudnya, “Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubata dan yang suka menyucikan diri ” (Al Baqarah : 222)

Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita. Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah. Di dalam ajaran Islam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalah berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.

JENIS-JENIS BERSUCI

Bersuci dari hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan begini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al Quran. Cara untuk menyucikan ialah dengan mengamil wuduk ataupun bertayammum.

Bersuci dari hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk di dalam golongan ini. Cara bersuci daripadanya ialah dengan mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca Al Quran.

Beristinjak. Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua saluran iaitu qubul dan dubur.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

1 Responses to Pengertian bersuci

  1. hamba dhaif berkata:

    Tambah satu lagi – Bersuci hati. Buang sifat2 keji dan suburkan sifat2 terpuji. Baca Quran faham makna, hayati tuntutanNya. Berfikir kebesaran Allah SWT. Ingat kesalahan & dosa diri. Ingat jasa orang lain & syukur kepada Tuhan. Lupakan jasa diri dan kesalahn orang lain….

Tinggalkan komen