Keutamaan Solat

Keutamaan solat fardhu

Allah berfirman:

�Sesungguhnya solat itu merupakan kewajiban yang ditentukan atas kaum Mu’minin.� (an-Nisa : 103)

Rasulullah s.a.w. pula bersabda:

�Solat-solat yang lima dan demikian pula satu Jum’at sampai satu Jum’at yang lain menjadi tebusan dosa antara masing-masing solatnya, selama dijauhi dosa-dosa besar.�

Baginda juga pernah ditanya: Apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab: � Solat pada waktunya .�

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pula berkata: Apabila sampai waktu solat, maka segeralah mendapatkan api yang kamu nyalakan itu seraya memadamkannya .

Keutamaan menyempurnakan rukun-rukun solat

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

�Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya dan melengkapkan wudhu’nya serta menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyu’nya, nescaya solat itu akan terangkat (ke atas langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar solat itu: Semoga Allah memelihara engkau, sebagaimana engkau memelihara aku. Barangsiapa menunaikan solat di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wudhu’nya serta tiada menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyu’nya, nescaya solat itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam. Ujar solat itu: Semoga Allah menyia-nyiakan engkau, sebagaimana engkau menyia-nyiakan aku. Apabila ia telah sampai ke tempat yang ditetapkan oleh Allah, maka ia pun dilipat-lipat, sebagaimana dilipatkan baju-baju yang koyak, lalu dipukulkanlah solat itu ke muka orang yang melakukannya.�

Keutamaan berjemaah

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

�Solat berjemaah itu melebihi solat bersendiri dengan 27 darajat.�

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang tidak ikut serta dalam jemaah, lalu baginda berkata: Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam solat, kemudian saya pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkannya (solat berjamaah), lalu saya membakar rumah-rumah mereka .

Dalam sebuah Hadis Marfu’ yang diriwayatkan oleh Khalifah Usman r.a. dari Rasulullah bunyinya: Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya’ berjemaah, maka ia seolah-olah mendirikan ibadat sepanjang malam itu .

Berkata Muhammad bin Wasi: Saya tiada menginginkan dunia melainkan pada tiga perkara saja:

(1) Seorang saudara yang apabila saya membuat bengkok (salah), dia akan meluruskan (membetulkan) saya.

(2) Makan dari rezeki yang halal.

(3) Solat dalam berjemaah yang akan diangkat daripadaku semua kelalaianku dan dituliskan bagiku pahala.

Al-Hasan pula berkata: Jangan kamu bersolat di belakang seorang yang tidak sering mendatangi para ulama .

Ibnu Abbas r.a. berkata: Barangsiapa mendengar suara muazzin, sedangkan dia tiada menjawabnya (menurut pergi solat berjemaah), nyatalah ia tiada mencintai kebaikan, dan tentu sekali kebaikan juga tidak akan mencintainya .

Keutamaan sujud

Rasulullah s.a.w. bersabda:

�Tiada seorang Muslim pun yang bersujud kepada Allah sekali sujud saja, melainkan Allah mengangkatkan baginya satu darjat (pahala) dan menghapuskan satu keburukan (dosa).�

Dan sabdanya lagi:

�Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud, maka perbanyakanlah berdoa ketika itu.�

Allah berfirman:

�Tanda-tanda mereka ada di wajah mereka tersebab dari bekas (banyaknya) bersujud.� (al-Fath: 29)

Yakni cahaya atau nur kekhusyu’an mereka, kerana cahaya inilah yang dikatakan memancar dari batiniah seseorang, lalu terpapar dilahiriahnya.

Kewajiban berkhusyu’

Allah berfirman:

�Dan dirikanlah solat itu kerana mengingatiku.� (Taahaa: 14)

Mematuhi perintah itu adalah wajib dan kelalaian dalam solat bertentangan dengan maksud mengingati Allah. Bagaimana seseorang itu dikatakan mendirikan solat untuk mengingati Tuhan, sedangkan ia lalai dan lena dalam solatnya.

Allah berfirman lagi:

�Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai.� (al-A’raaf: 205)

�Sebenarnya telah menanglah orang-orang Mu’minin yang berkhusyu’ dalam solat mereka.� (al-Mu’minun: 1-2)

Allah telah mengkategorikan khusyu’ dalam solat itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang-orang yang lena dan lalai dalam solatnya, bahawa mereka itu adalah berada paling bawah sekali dari tingkat-tingkat kemenangan dari kejayaan yang dimaksudkan dalam ertikata �al-Falah�.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

� Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa, dan anda mengangkat kedua belah tanganmu berkata: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka solatnya tidak sempurna (kurang syarat-syaratnya).�

Sabda lain:

�Barangsiapa yang bersolat, padahal solatnya itu tiada dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadaNya.�

Diceritakan suatu peristiwa dari Muslim bin Yasar, bahawasanya pada suatu hari dia bersolat di Masjid Basrah, maka dengan tiba-tiba dinding masjid itu runtuh, sekalian orang-orang di pasar (yang berdekatan dengan masjid itu) merasa terkejut kerana kerasnya bunyi keruntuhan itu, akan tetapi Muslim yang sedang mengerjakan solat itu tetap pada tempatnya, menoleh pun tidak. Sesudah solat, apabila dilihatnya orang ramai mengucapkan selamat kepadanya, dia merasa hairan. Katanya: Saya tidak tahu atau rasa dinding itu runtuh.

Berkata Ibnu Abbas: Dua rakaat dalam tafakkur (mengingatkan kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala) lebih baik daripada beribadat sepanjang malam sedang hatinya lalai .

Keutamaan masjid dan tempat solat

Allah berfirman:

�Hanyasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.� (at-Taubah: 18)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

�Barangsiapa mendirikan masjid kerana Allah, sekalipun seperti pondok ayam, nescaya Allah akan mendirikan baginya rumah dalam syurga.�

Sabdanya lagi:

�Apabila seseorang di antara kamu memasuki masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk.�

Sabdanya lagi:

�Tiada akan sempurnalah solat orang yang bertetangga dengan masjid, melainkan di dalam masjid.�

Sabdanya lagi:

�Akan datang kepada manusia suatu masa, mereka akan duduk-duduk dalam masjid, mereka membicarakan tentang hal-ehwal keduniaan, ketahuilah bahawa Allah tiada berhajat kepada orang-orang serupa itu, maka hendaklah kamu menjauhkan diri daripadanya.�

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Keutamaan Solat

  1. zulkifli says:

    pk ustadz terdpt keslhan di firman allah swt,bkn hanyasannya tp yg bnr adlh bahwasannya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s