Isterinya tak tahan digoda dengan minyak gajah berahi

Isterinya tak tahan digoda dengan minyak gajah berahi

Jeling anak, belai emak. Itu yang berlaku terhadap seorang wanita apabila dia dipercayai ‘dikenakan’ rakan sekerja suaminya menggunakan minyak pengasih di Kampung Sungai Buaya, Banting, dekat sini.

Difahamkan, mangsa, Ruzaiti Kamis, 36, tidak pulang ke rumah sejak 7 Januari lalu dipercayai terkena penangan minyak gajah berahi hingga sanggup mengikut lelaki berusia 33 tahun itu dan meninggalkan tiga anaknya berusia empat, 11 dan 12 tahun.

Menurut suaminya, Maizi Salleh, 38, kejadian bermula apabila dia selalu mendapat tugasan luar, ke serata negeri dan sering meminta rakannya itu menjenguk anak dan isterinya di rumah.

Bagaimanapun, rakan yang disangka baik rupanya gunting dalam lipatan apabila lelaki terbabit melarikan isterinya dan memisahkan Ruzaiti dengan tiga anaknya.

Lebih malang, Maizi turut menemui lebih lima botol minyak wangi dalam beg sandang isterinya dipercayai minyak pengasih berdasarkan objek pelik serta maklumat pengamal perubatan yang diperoleh. – Metro

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Mengenali kemaluan isteri

Mengenali kemaluan isteri

Faraj wanita merupakan kawasan sensitif yang boleh membuatkan wanita terangsang atau ghairah. Faraj melekit merupakan tanda wanita telah mula ghairah dan terangsang. Kawasan ini akan mula berair dan berlendir sekiranya wanita telah cukup terangsang.

Pada Kebiasaannya, wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks, amat mudah terangsang dan berair. Keadaan ruangnya juga begitu rapat dan ketat. Berbeza dengan keadaan ruang faraj wanita yang telah pernah melakukan hubungan seks, ruangnya akan longgar dan besar sedikit. Begitu juga bagi wanita yang telah melahirkan anak, keadaan ruang farajnya juga akan lebih besar dan longgar.

Adakalanya, faraj wanita yang melekit akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ini kerana, terdapat kulat putih atau bintikkan putih yang terhasil dari tompokan darah haid yang telah kering di dalam faraj. Bauan ini, akan membuatkan pasangan seksual anda kurang berasa selesa dan besar kemungkinan rangsangan seksualnya akan berkurangan.

Wanita akan berasa ghairah jika titik rangsangannya telah di sentuh dan di rangsang secukupnya. Setelah itu, anda boleh rasa di bahagian ruang farajnya telah mula melekit dan itulah tandanya wanita telah mula ghairah dan terangsang. Dalam hubungan seksual, pastikan anda (lelaki) merangsang wanita secukupnya sebelum anda berjimak. Baru wanita akan menikmati kepuasan seksual yang maksima.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Komputer Apple pertama dilelong RM2.96 juta

Komputer Apple pertama dilelong

NEW YORK – Sebuah komputer pertama keluaran syarikat Apple yang dikenali sebagai Apple-1 dijual pada harga AS$905,000 (RM2.96 juta) dalam satu acara lelongan di sini kelmarin.

Komputer berkenaan dipercayai antara 50 unit komputer pertama yang dipasang oleh pengasas bersama Apple, Steve Wozniak dan mendiang, Steve Jobs di garaj kereta milik Jobs di Los Altos, California pada tahun 1976.
Rumah lelongan Bonhams berkata, komputer berkenaan yang masih berfungsi sebelum ini dianggarkan dijual pada harga antara AS$300,000 (RM981,338) hingga AS$500,000 (RM1.63 juta).

Komputer itu berjaya dibeli oleh Yayasan Henry Ford yang merancang mempamerkan komputer berkenaan di sebuah muzium miliknya di Dearborn, Michigan.
“Apple-1 bukan sahaja inovatif tetapi juga merupakan asas kepada revolusi digital,” kata Presiden Henry Ford, Patricia Mooradian.
Hanya beberapa pembeli yang membeli komputer berkenaan sebelum pemilik syarikat elektronik, Paul Terrell membuat tempahan 50 unit Apple-1 dan menjualnya pada harga AS$666.66 (RM2,180.72).

Selepas kejayaan tersebut, Jobs dan Wozniak mengeluarkan 150 lagi komputer dan menjualnya kepada rakan-rakan serta syarikat elektronik.
Pada tahun 2012 sebuah komputer Apple-1 yang masih berfungsi dilelong pada harga AS$374,500 (RM1.22 juta).

Ketika ini tidak sampai 50 unit komputer Apple-1 yang masih berada dalam keadaan baik. – Reuters

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Isteri lapur polis suami cederakan alat sulitnya

Isteri lapur polis suami cederakan alat sulitnya

BESUT 21 Sept. – Akibat tidak tahan dengan perlakuan suaminya yang cuba mencederakan bahagian sulitnya, seorang isteri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini hari ini berhubung kejadian yang dialami.

Wanita berumur 28 tahun yang juga isteri muda lelaki berkenaan dalam aduannya mendakwa, dia bosan dengan perlakuan seks ganas suaminya termasuk bertindak mendatangkan kesakitan kepada alat sulitnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Roslan Hasan ketika mengesahkan kejadian itu memberitahu, mangsa yang mempunyai seorang anak itu mengadu bahawa sebelum ini suaminya pernah cuba memasukkan jari kakinya ke dalam alat sulitnya.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi ini, tindakan keterlaluan suaminya itu mencetuskan pertengkaran dan pergaduhan antara mereka sebelum mangsa membuat laporan polis tiga jam kemudian.

Tambah beliau, pasangan yang tinggal di kawasan perumahan Tanjung Demong, Pengkalan Nyireh itu yang berkahwin sejak lima tahun lepas pernah bercerai kira-kira empat bulan lalu tetapi telah rujuk semula.

“Polis telah mengambil kenyataan daripada pengadu tetapi belum menahan si suami berumur 30-an itu memandangkan tiada kecederaan fizikal dikesan pada mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut Roslan, pihaknya juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Agama Daerah untuk memastikan pasangan terbabit dipanggil untuk disoal siasat selanjutnya.

Tambahnya, polis akan bekerjasama dengan Pejabat Agama berkenaan bagi menyelesaikan kes tersebut kerana ia merupakan masalah rumah tangga yang perlu diselesaikan dengan baik.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Rukun Islam itu berdiri di atas rukun iman

Rukun Islam berdiri

Pengertian Iman

Takrif iman jika diteliti dari segi bahasa memberikan erti kepercayaan atau tasdiq. Oleh itu, orang yang beriman dikatakan seorang yang percaya. Iman itu merupakan aqidah atau pokok dan di atasnya berdiri syariat Islam.

Manakala dari segi istilahnya pula boleh dimengertikan melalui sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadits baginda yang menegaskan:

“Membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lidah dan diamalkan dengan jasad (anggota lahir).”
Dari hadith ini bolehlah difahami bahawa iman ialah membenarkan dengan hati secara putus (jazam), akan segala yang dibawa atau didatangkan oleh Rasulullah s.a.w. yang sabit secara nas qat’ie, diketahui kedatangannya itu adalah secara darurat (mudah).

Maka, ulama hadits & fiqh berpendapat dengan tegas bahawa iman adalah ‘tasdiq dengan hati, iqrar dengan lisan dan beramal dengan segala rukun’.

Oleh itu tanpa tiga syarat yang disebutkan tadi seseorang itu belum dikatakan mempunyai iman yang sempurna. Ketiadaan satu daripada ketiga-tiga syarat tadi bermakna statusnya daripada nama Islam bertukar dan nama lain akan diberikan kepadanya iaitu samada fasik, munafik atau kafir.

Dalil Rukun Iman

” Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah An-Nisaa’: 136)

Dari ayat diatas Rukun Iman disebutkan hanyalah lima perkara iaitu:
Percaya kepada Allah
Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
Percaya kepada Malaikat-Malaikat
Percaya kepada Kitab-Kitab
Percaya kepada Hari Akhirat

Tidak disebut rukun iman ke-6 iaitu Percaya kepada Qada’ dan Qadar

Kewajipan beriman kepada Qada’ dan Qadar sememangnya tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa’. Namun begitu, Rukun Iman ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah tetap mempunyai asas di dalam al-Quran berdasarkan kepada ayat-ayatnya yang lain iaitu:-

” Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid: 22-23)”

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

” Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin.
Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit.
Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu?
Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan solat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan.
Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu.
Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu?
Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah.
Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 10)

Rukun Iman & Penerangannya

Rukun Iman bagi orang Islam ada 6 perkara iaitu :-
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab
4. Percaya kepada nabi dan rasul
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qada dan qadar


1. Percaya kepada Allah
Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Kenapa perlu kerap bersetubuh

Kenapa perlu kerap bersetubuh

1. Beroleh Ketenangan.

Hubungan seks boleh membantu pasangan suami isteri untuk lebih
tenang menjalani kehidupan di dunia yang sedang mencabar sekarang ini. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit serangan jantung
dan strok.

2. Lebih Aktif

Dengan persetubuhan yang kerap suami isteri akan jadi lebih aktif secara fizikal kerana persetubuhan adalah aktiviti fizikal seperti bersenam di mana ia dapat membakar kalori di dalam badan.Badan yang kurang kalori akan menyebabkan tuan badannya lebih aktif.

3. Tingkatkan Imunisasi.

persetubuhan juga boleh meningkatkan sistem pertahanan badan.

4. Isteri akan lebih sihat.

Isteri akan lebih sihat jika persetubuhan kerap di lakukan kerana seks boleh membantu badan isteri untuk alami sistem haid yang normal dan sihat.

5. Awet Muda.

Kekerapan bersetubuh juga boleh membantu suami dan isteri untuk nampak awet muda.Ini kerana hubungan seks akan memberi keseronokan pada si pelaku dan mengikut kajian manusia yang sentiasa gembira,muka tubuhnya akan sentiasa nampak muda.

6. Mengiratkan hubungan zahir batin

Hubungan suami isteri akan lebih rapat jika mereka selalu melakukan persetubuhan

7. Mencegah Risiko Kanser.

Bagi lelaki,sentiasa bersetubuh dengan isteri tercinta akan mengurangkan risiko mereka untuk menerima kanser prostat.

8. Ibadah

Di dunia yang mencabar ini selain melakukan solat dan berzikir bersetubuh dengan pasangan tercinta juga boleh memberi ketenangan kepada minda dan jiwa.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Kenapa lelaki haram pakai emas

Kenapa lelaki haram pakai emas

Larangan kaum lelaki haram memakai emas jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi. A-Nasai dan Ahmad)

Daripada hadis ini, emas dalam bentuk apa pun, sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram.

Sementara itu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya emas – hanya rupa dan warna saja kelihatan sama.

Yang haram adalah emas dan bukan kemiripannya.

Hikmah disebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya senantiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul. Disamping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias.


Wanita memakai emas

Perhiasan emas hanya diberikan kelonggaran kepada wanita untuk memakainya sebagai alat mencantikkan diri dan menarik perhatian suami. Manakala lelaki pula tidak ada keperluan untuk menambah hiasan pada diri mereka kerana perhiasan sebegitu tidak sesuai dengan sifat dan kejantanan seorang lelaki.

Kebelakangan ini, perintah Allah yang diturunkan melalui Rasul sejak 1,400 tahun dahulu mula tersingkap hikmah dan kebenarannya terutama dari sudut perubatan.

Ahli sains menyimpulkan bahawa partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan kepada pemakai.

Dari sudut sains menjelaskan bahawa kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan seorang wanita.

Melalui satu perkongsian sumber yang dimuatnaik di sebuah blog, perhiasan emas yang kita pakai juga bukanlah seratus peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat. Ini bermakna, jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium.

Tujuan utama menambahkan logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut dan emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas.

Kesan penggunaan emas terhadap kulit sebenarnya sudah dikaji oleh seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan bernama william S. Rapson.
Daripada penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida.

Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.

Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.

Tambahan pula, lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. Sebab itulah kenapa sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita.

Apa pula yang akan berlaku selepas penyerapan logam ke dalam kulit?

Apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein atau protein terkumpul.

Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberikan impak kepada sistem kardiovaskular lelaki.

Malah, penemuan baru oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), begitu mengejutkan apabila mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik.

Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).

penyakit

Penyakit Neurodegenerative.

Bagaimana pula dengan wanita? Adakah pemakaian emas juga berbahaya kepada golongan ini?

Wanita tidak menderita masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada lelaki iaitu hormon estrogen.

Dari segi kesihatan, hormon ini membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid, saluran darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah.

Walaupun lelaki juga memiliki hormon estrogen, tapi ia sangat sedikit malah fungsinya juga tidak diketahui. Malah, estrogen lelaki cuma berkeadaan statik dan saluran darah mereka tidak mengalami pengembangan seperti wanita.

Jadi, jika sekiranya ada partikel emas memasuki badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menyumbat saluran darah dan sebab itulah kenapa lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan seperti kardiovaskular.

Dan inilah sebabnya kenapa Islam melarang lelaki daripada memakai emas.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen