Inilah lelaki yang bertelor

Inilah lelaki yang bertelor

Lelaki bertelur mungkin dijel?

Jakarta: Tersohor atau meringkuk di penjara? Ada dua kemungkinan dihadapi ‘lelaki bertelur’ yang mencetuskan kegemparan ramai beberapa hari lalu.

Ketua Jabatan Kesihatan Jakarta Utara, Bambang Suheri berkata, jika terbukti dakwaan Sinin adalah bohong, dia boleh didakwa di mahkamah. “Dia menyebabkan keresahan orang ramai. “Lebih penting, dia membodohkan masyarakat jika dakwaannya cuma rekaan,” katanya semalam. Sinin, 62, yang menetap di Tanjung Wangi, Penjaringan, baru-baru ini mendakwa dia mengeluarkan telur sejak 1998.

Akhir-akhir ini, kata Sinin, kekerapan itu meningkat dan menghasilkan lebih 200 biji sejak ia bermula 16 tahun lalu. Kata Bambang, ketika ini pasukan perubatan memeriksa dakwaan Sinin bagi mendapatkan kesahihan. “Kami meminta Sinin sedar kesan dakwaannya itu,” katanya.

Menurut Bambang, berdasarkan kajian sains, sangat sukar mempercayai ada manusia menghasilkan telur seperti seekor ibu ayam. “Menurut ilmu kedoktoran, tidak mungkin telur boleh keluar melalui dubur kerana ia pasti akan pecah terlebih dulu,” katanya. Keganjilan lain termasuk keadaan telur Sinin yang keluar dalam keadaan kering serta bersih.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Inilah lelaki yang bertelor

  1. liongkim says:

    saya meminta penipuan penipuan gaya seperti ini banyak di lakukan oleh orang orang kita , yang masih kuat mempercayai hal hal yang tidak rasional saya harap aparat menghukumnya dengan seberat beratnya supaya membikin orang jera untuk melakukan hal yang meresakan warga.

  2. susah nak dipercayai

    ..p/s :Jemput baca entri terbaik saya ”Bestnya Rezeki Suami Untuk Poligami ”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s