Isterinya tak tahan digoda dengan minyak gajah berahi

Isterinya tak tahan digoda dengan minyak gajah berahi

Jeling anak, belai emak. Itu yang berlaku terhadap seorang wanita apabila dia dipercayai ‘dikenakan’ rakan sekerja suaminya menggunakan minyak pengasih di Kampung Sungai Buaya, Banting, dekat sini.

Difahamkan, mangsa, Ruzaiti Kamis, 36, tidak pulang ke rumah sejak 7 Januari lalu dipercayai terkena penangan minyak gajah berahi hingga sanggup mengikut lelaki berusia 33 tahun itu dan meninggalkan tiga anaknya berusia empat, 11 dan 12 tahun.

Menurut suaminya, Maizi Salleh, 38, kejadian bermula apabila dia selalu mendapat tugasan luar, ke serata negeri dan sering meminta rakannya itu menjenguk anak dan isterinya di rumah.

Bagaimanapun, rakan yang disangka baik rupanya gunting dalam lipatan apabila lelaki terbabit melarikan isterinya dan memisahkan Ruzaiti dengan tiga anaknya.

Lebih malang, Maizi turut menemui lebih lima botol minyak wangi dalam beg sandang isterinya dipercayai minyak pengasih berdasarkan objek pelik serta maklumat pengamal perubatan yang diperoleh. – Metro

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s