Tiada janda di Somalia kerana kaum lelakinya kaki janda

Tiada janda di Samolia kerana

Somalia dari daerah (suku?) Ogaden. Budaya masyarakat Ogaden amat berbeza dengan budaya arab amnya. Masyarakat Ogaden tidak melabelkan janda. Mereka tidak melihat masa silam seseorang kerana bagi mereka masa silam adalah masa yang lepas. Tidak kira berapa kali seseorang wanita itu diceraikan, yang penting masa depan. Wanita Ogaden yang bercerai beberapa kali dan sudah pun mempunyai beberapa orang anak, masih tetap disunting orang. Ada yang sampai lapan sembilan kali kahwin pun masih ada jodoh lagi!

Satu lagi budaya unik yang diamalkan oleh masyarakat Ogaden ini ialah apabila berlaku kematian seorang suami, saudara lelaki sebelah arwah suami akan secara otomatik mengahwini balu simati (asalnya kakak atau adik ipar). Adat ini diamalkan untuk memastikan kemaslahatan anak yatim setelah kematian bapa itu dijaga. Wanita (balu) itu pula terjaga dan dilindungi dengan terhormat melalui hubungan yang sah tanpa fitnah.

Masyarakat Ogaden ini dalam urusan tolong menolong mereka amat mengambil berat antara satu sama lain. Somalia merupakan Negara yang tidak pernah aman. Lantaran itu, ramai rakyat Somalia yang berhijrah. Ke Australia, ke Norway, Canada, Qatar, Kenya, NZ dan lain lain. Mana-mana yang berhijrah, yang telah berjaya ditempat baru akan menghantar wang bagi membantu mana-mana kenalan yang memerlukan bantuan.

Pada mereka, tiada istilah “pinjam”, yang ada ialah istilah “beri”. Yang ada “memberi” kepada yang tiada. Yang senang “memberi” kepada yang susah. Maka sukarlah untuk melihat janda di bumi Somalia, apa tah lagi janda berhias.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s