Isteri potong senjata sulit suami yang telah melakukan hubungan sulit

Isteri potong senjata sulit

JAKARTA – Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu kejadian di Jawa Timur, hari ini.Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, lapor portal berita Tempo.Co.

“Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi,” kata Mahrus, penduduk Langsar sebagaimana dipetik laman portal berita itu.Beliau berkata, ketika itu lelaki berkenaan sedang tidur nyenyak dalam bilik, isterinya yang terjaga dari tidur terus menuju ke dapur, mengambil sebilah pisau, kembali ke bilik tidur dan memotong alat kelamin suaminya.

Pasangan suami isteri itu berusia 33 tahun.Jurucakap polis daerah Saronggi yang megesahkan kejadian itu berkata, berdasarkan maklumat yang dikumpul polis, wanita itu nekad memotong alat kelamin suaminya kerana mengesyaki beliau menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

“Suspek sudah kami tahan dan masih menjalani proses siasatan di balai polis,” katanya.Mangsa kejadian itu kini sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep. – Bernama

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s