Dan sesungguhnya Malaysia memerlukan lebih banyak pakar bedah otak

Dan sesungguhnya Malaysia

KOTA BAHARU, 16 Ogos (Bernama) — Universiti Sains Malaysia (USM) akan melahirkan 30 lagi pakar bedah otak dan saraf menjelang tahun 2017, kata Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains USM Prof Dr Jafri Malin Abdullah.

Katanya, kesemua 30 pelajar pengkhususan pakar dalam bidang itu akan menamatkan pengajian masing-masing di universiti berkenaan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Beliau berkata sejak program melahirkan pakar itu dimulakan pada 2001, USM telah mengeluarkan 41 pakar bedah otak dan saraf yang kini berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta di negara ini.

Dr Jafri Malin berkata, dengan jumlah sedia ada dan tambahan 30 graduan pakar yang sedang mengikuti program pengajian, negara akan mempunyai 71 pakar bedah otak dan saraf lulusan USM menjelang tahun 2017.

“Graduan (pakar) kita telah diiktiraf oleh World Federation of Neurosurgical Societies (WFNS) dan pada tahun lepas badan dunia ini telah mengiktiraf Malaysia (USM) di tempat ke-17 daripada 195 negara,” katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Agung dan Saintifik Tahunan Persatuan Surgeri Neuro Malaysia di sini, Sabtu.

Dr Jafri Malin berkata USM mempunyai standard tinggi dalam melahirkan pakar bedah otak dan saraf yang berkualiti dan setaraf dengan pakar dari negara maju.

“Pada dua tahun lepas satu penerbitan jurnal perubatan keluaran WFNS telah menetapkan bahawa kursus Sarjana Neurosurgeri di USM ini yang paling hebat sistem pengajaran dan sistem peperiksaannya,” katanya.

Beliau berkata setiap tahun USM mengeluarkan antara lapan hingga 10 graduan peringkat sarjana kepakaran tersebut walaupun permintaan untuk mengikuti kursus itu ramai kerana universiti lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti.

Katanya bilangan pesakit berkaitan otak semakin meningkat di negara ini terutamanya pesakit strok dan pesakit mengalami kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya.

“Melalui usaha yang sedang dilakukan oleh USM, tempoh menunggu bagi pesakit mendapatkan pembedahan telah berjaya dipendekkan daripada tiga bulan menunggu pada 10 tahun lalu kepada kurang daripada seminggu sekarang ini,” katanya.

Katanya secara keseluruhannya terdapat sebanyak 70 pakar bedah otak dan saraf yang sedang berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta dan jumlah itu adalah tidak mencukupi.

Beliau berkata, kerajaan masih memerlukan 250 pakar untuk menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s