Gadis yang sering mimpi basah adalah merbahaya.

Gadis yang sering mimpi basah merbahaya

Mimpi basah bagi lelaki bujangan adalah lumrah. Tapi bagi kaum hawa ia adalah luar biasa. sebab kaum wanita terdidik dengan sifat pemalunya maka jarang berlaku terbawa-bawa pemikiran porno ini dalam mimpinya.

Tapi di zaman canggih ini, rasa malu di kalangan perempuan sudah mula hilang. Malah ada yang bergaya lucah dan menggayakan cara hidup bebas. Maka tidak hairan ramai perempuan ketika ini yang bermimpi basah.

Namun jika kerap bermimpi basah, ia adalah petanda ada unsur usikan daripada makhluk halus. Kalau dibiarkan maka benda itu akan bertapak dalam badannya. Lama kelamaan ia menjadi PELALAU yang seringkali menggagalkan hubungan dengan orang yang disukai. Maka seringkali lelaki yang mula bercadang ingin meminangnya tidak berhasrat meneruskannya atau sudah bertunang tapi tidak membawa ke jinjang pelamin.

Memang adakalanya masalah mimpi basah ini berkaitan dengan hormon, cuma jika ia kerap berulang-ulang dan merasa keletihan yang amat sangat, rasa kepala berat dan rasa mengantuk tapi masih bernafsu dalam mimpi, maka berhati-hatilah. Jangan dibiarkan.

Jika ada tanda mimpi anda adalah usikan dari benda-benda halus dan anda rasa ingin mengatasi perkara ini :

Pekara pertama Ubah niat anda. Jangan ada rasa suka atau seronok.

Kedua : Jangan biarkan diri anda dinodai di dalam mimpi, atau merasa seronok dengan mimpi yang sedemikian. Jangan pasrah. Kawal mimpi anda.

Ketiga : Jangan tidur tanpa membaca doa perlindungan atau selesaikan amalan sebelum tidur. Jika penat sekalipun. Pastikan anda tidur dalam keadaan berzikir.Biasanya benda2 halus ini akan membuat anda rasa letih atau tiba-tiba letih yang amat sangat hingga anda terus tidur tanpa menyempurnakan amalan.

Keempat : Berubatlah jika masih berterusan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s